cardos31's said :

Masaalkhair utk semua pengunjung setia Blog Cardos31...

En3 kali ni hanya sekadar berkongsi kisah sedih & pengajaran terutamanya kepada mereka yang ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa..
VIVA hilang tu.. bukan VIVA kami tp VIVA my kanda Fiktheboss... untuk pengetahuan my kanda stay @ Pasir Tumbuh, Kelantan. Keja disana & di samping tu beliau membuat perkhidmatan kereta sewa di USM Kubang Kerian terutamanya... .. kadangkala ada juga penyewa yang tempah melalui hotel & untuk yang VIP boleh juga menyewa PERDANA V6 beliau.. selalunya Perdana orang2 hotel la booking... majoriti bebudak USM akan menyewa Kancil & VIVA... ikutla samada nak menyewa ikut jam @ hari @ bulan...

Kejadian berlaku sebulan yang lalu... ada seorang hamba Allah (A) ni datang menyewa VIVA melalui hotel.. macam biasa prosuder menyewa perlukan salinan IC & lesen serta no telefon... kata si A tu nak menyewa untuk seminggu.. ok beres...
Dah cukup tempoh seminggu.. tp VIVA tak jugak dipulangkan.. bila call dah tak dapat.. cuak la jugak pemilik kereta ni. Sepanjang menyediakan perkhidmatan ni tak pernah lagi kejadian sebegini terjadi.. so, rilek dulu. Dah hampir sebulan kejadian tu berlaku,barulah my kanda menceritakan kepada ayahbonda & kami adik beradik mohon membuat solat hajat & doa supaya VIVA dapat kembali...

Setelah berbincang & difikir2, my kanda membuat laporan polis... alamat pada IC & lesen tu ade la.. alamat IC di Temerloh & alamat Lesen di Trg.. kebetulan my kanda ada kawan yang mmg kejanya "tarik kereta" , so minta tolong beliau carikan alamat di Temerloh tu manakala alamat di Trg tu saya yang cuba cari, kebetulan dekat je dgn teratak kami iaitu area Kuala Ibai...

Balik dari Pulau Redang ritu saya berpeluang untuk jejak add tersebut.. dengan bertanyakan kerani sekolah saya yang stay area Kuala Ibai, saya sudah mendapat kepastian di mana add tersebut.. so dengan bertemankan seorang kawan (hubby kat KL time tu) kami pun menuju ke add tu.. lorong nya dah jumpa tp no umah plak tak jumpa coz kawasan tu kampung, jadi no umahnya tak tersusun seperti umah2 taman...lama jugak mencari & bertanyakan org2 kampung no umah tersebut tetapi malangnya tidak jugak jumpa & orang2 situ pun tak kenal jugak bila disebut nama si A tu....dah tak jumpa kami pun kembali ke teratak masing2.

Manakala, kawan my kanda yang mencari di area Temerloh nun dah jumpa add nya & semua orang kampung mengenalinya.. dan si A ni mmg dikenali dengan seorang yang "putar belit".. tp si A ni tiada di rumah & kelibat VIVA jugak tidak nampak...

Dipendekkan cerita... hasil kerjasama 5 orang kawan my kanda ni.. mereka telah menjumpai si A ni di KL nun di sana... tp tak bolehla nak tangkap gitu jer coz tak dak bukti.. beberapa hari selepas tu, selepas usahasama mereka mencari akhirnya VIVA tu telah dijumpai di Kuala Selangor & dalam proses nak dijual... thah macamana cara 5 sekawan tu telah buat, akhirnya mereka dapat kembali VIVA tersebut & alhamdulillah VIVA masih dalam keadaan baik seperti sediakala... my kanda telah mengambil semula VIVA nya di Kuantan...

Alhamdulillah berkat kesabaran, solat hajat & berdoa serta ikhtiar .. Allah telah memakbulkan segala kehendak hambaNya.. syukur padaMu ya Rabb...

p/s : berhati2 kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa...
taktik si A : pada mulanya beliau menyewa PERSONA di hotel tu utk beberapa hari. Kemudian menghantar & membuat bayaran seperti biasa.. kemudian menyewa semula VIVA.. oleh kerana kali pertama beliau menyewa & menghantar seperti dijanjikan, so orang percayalah dgn dia... padahal... PENCURI ghopanya....

Wallahua'lam...

4 comments:

ila nursalida said...

aku ingat viva hang tadik...huh, alha,dulillah selamat

FirJah said...

tidaakkkk!! nauzubillah...
alhamdulillah dapat kembali..
pengalaman & pengajaran yang dapat...

syahrulnizam said...

Salam

Terima kasih kerana memasukkan www.syahrulnizam.com dalam senarai Puan.

www.syahrulnizam.com

fa10 said...

mcm2 kes penipuan...mujur dapat balik,