cardos31's said :

Salam ukhuwah fillah buat semua... moga sihat wala'fiat hendaknya...


Ohhh.. dah lama tak menulis.... agak bz minggu ni..banyak keja nak kena settlekan...macam2 perancangan & pelaksanaan nak kena buat..keja2 sek, kerja2 rumah & lain2...

Hari ni agak letih ambe rasa... mungkin cuaca yang tak menentu ni di tambah dengan kerja2 yang banyak nak kena disiapkan... tadi kul 4.30 petang baru balik coz nak latih budak membuat persiapan utk pertandingan hari puteri Sabtu ni...

Hari puteri ni dianjurkan oleh Pergerakkan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang bertempat di SMK Sultan Sulaiman...ambe sebagai guru pengiring kenala mengiringi bebudak yang masuk pertandingan tu..antara pertandingan yang bakal dipertandingkan pada hari tersebut adalah Hafazan, Tilawah Al-Quran, Bercerita, Memasak, Kraftangan menggunakan barang2 terbuang...

Puas memikir nak buat ape ek kraftangan ni??.. ada sorang ustazah cadangkan buat pasu menggunakan kertas..hari selasa ritu dah try buat tp aduhai lambat bangat.. hari ni ada ustazah sorang lagi bagi contoh buat burung menggunakan cawan kertas...
wah... 1st time ambe tengok cantiiiikkkk bangat & mudah sajer nak menyediakannya...so kesempatan yang ada sempat la menuntut dgn ustazah tu td...ILMU BARU ni...sangat mudah & cepat...

Kegunaannya serbaguna... boleh dibuat hiasan,boleh juga buat cenderahati utk tetamu coz boleh letak telur @ gula2 di dalamnya.. (utk bakal2 pengantin boleh try hehe...terutamanya aniemz!! :) hihi )

di sini ambe sertakan beberapa keping gambar yang boleh ditatap....tengok jangan tak tengok!! hehe.... sekadar berkongsi ilmu bersama...



Peralatan Untuk Burung :
Cawan Kertas / Plastik
Gunting
Stapler
Gam Uhu
Labuci (hiasan)
*Hiasan boleh mengikut kreativiti tersendiri

Untuk Sarangnya :
Pinggan Polisterin
Kulit Telur
Sisa Pensil Color yang dah diasah Daun Kering
* Ini ikut kreativiti.. setakat ni itu yang mampu kami sediakan...



p/s : sesiapa yang punya pengalaman & cadangan untuk memperbaiki lagi hasil kraftangan ini supaya lebih mantop sangat dialu-alukan idea kalian. Terutamanya dalam menghasilkan sarangnya...

Dan satu lagi, tema yang sesuai untuk hasil kraftangan ini... idea kalian???

Setiap idea anda ambe dahului dengan ucapan :
" Terima Kasih Daun Keladi,
Lain Kali Boleh Minta Idea Lagi..hehe :) "


* Moga berjaya... ape yang penting..."bekerjaaasama!! :) "

Salam sejahtera buat semua... moga dilindungiNya...

Hari ni seperti biasa ke sekolah dengan semangat hari Ahad... arini jadual tak padat sangat sempatla nak sediakan ABM & apa yang patut... alkisah kali ni ambe nak berkongsi serba sedikit pengalaman menghadapi sorang anak didik ni..

Damia Syazwina nama diberi.. petah bercakap.. dulu time ambe ngajar dia di tahun 1 dia seorang yang rajin & pandai tapi kerjanya sangatlah lambat.. tp tak ape la sbb dia rajin cuma nasihatkan dia supaya cuba buat keje cepat skit..tp budak darjah 1 namapun,biasalah baru nak biasa dengan alam persekolahan..

Tahun ni anakanda Damia ni dah tahun 2 tp sikapnya sangat berbeza.. sangat malas, suka melawan cakap cikgu, kuat merajuk, kalau merajuk siap tarik muka lagi sangatlah masam mukanya, suka ganggu kawan, tumpuan dalam kelas sangatla tidak ada sbb dia asyik dengan kejernya. Kalau ditegur suruh bagi perhatian, ikut apa arahan cikgu.. oh maaflah.. tak ikut punya...

Ambe selaku guru Bahasa Arab & Pendidikan Islam dia sangatlah berasa bimbang... time ambe ngajar, aduhai... memang tak bagi perhatian. Dulu awal2 ambe selalu marah2 dia kerana sikapnya yang sangat degil & melawan guru...tapi dia sikit pun tak heran & tak takut serta hormat pada guru.. ambe cuba bertanya guru2 lain yang mengajarnya, mmg semua akui sikapnya yang sangat berubah berbanding tahun 1 dulu.... "Ya Allah kenapa la anakanda Damia ni jadi gini, kuatkan & berikan aku kesabaran dalam mendidiknya"... ambe bukannya ape, kesian sangat dgn dia ni... tp yang peliknya dalam tak bagi perhatian dia tu, bila ditanya boleh plak jawab...huh...sbb dia pandai cuma problemnya sekarang kelakuannya tu sangat2 mendatangkan kemarahan guru2nya..

Tadi sebelum balik, ambe nampak dia berkejaran dgn sorang budak lelaki ni..ape masalahnya pun ambe tak pasti..so ambe panggillah dia tanya itu & ini...dia mmg petah bercakap...antara dialog ambe bersamanya:

Ambe : "Damia, nape kejor die"
Damia : "ustazah, tadi kiter tanya die anuar mane, pastu dia kata tak dok & dia ejek kite..kite kejor la die"
Ambe : "dah bakpe Damia nak cari anuar?"
Damia : "tadi anuar pinjam duit kiter seposeng, kita nak mintak smula la"
Ambe : "ooo.. takpelah nnti ustazah gatikan, nnti tak yah la mintok ke anuar doh, berape seng anuar pinjam?"
Damia : "seposeng tapi kalau ustazah nak bagi lebih pun takpe gok..(hehe sambil tersenyum)"
Ambe pun ganti la ke dia semula lebih dari seposeng...then ambe tanya lagi...

Ambe : "Damia mari sekolah dgn sape?"
Damia : "Pagi ke petang?"(petang dia ada kelas KAFA)
Ambe : "Pagi & petang la.."
Damia : "pagi kiter mari dgn tok ki manir sebelah ayah, bile balik tok ki yang jaga kita kat sini mari amik naik beca, petang nanti tok ki manir mari ah amik kiter"
Ambe: "bakpe, Damia ader berape orang tok ki?"
Damia : "kiter ada tok ki sebelah ayah dok manir, tok ki sebelah mak dok kuala ibai, tok ki yang jaga kiter dok dekat ni jer"
Ambe : "ooo..3 orang tok ki la..ramainya tok ki Damia..dah Damia dok dgn saper?mak ayah damia dok kat maner?"
Damia : "mama & papa kita dah bercerai, kiter dok dgn ayah, ayah dok manir. Mak dok KL"
Ambe cuba menguji & bertanyakan dia : "bercerai tu ape?"
Damia : "bercerai tu berpisahlah , dah tak dok sekali"
(dalam hati : siannya lah budak ni)
Ambe : "oo... Damia jupe tak dgn mama?"
Damia : "kiter jupe ah bila hujung minggu, mama balik umah tok ki kat kuala ibai"
Ambe : "bakpe Damia tak ikut mama dok KL"
Damia : "kiter takut"
Ambe : "takut ape?"
Damia : " kiter takut kena culik dok kat KL"
hehe... damia damia....pandai sunggu bercakap...

Ambe : "dah bakpe damia malas belajo skrg, bile ustazah suruh tak nak ikut.. selalu lawan cakap cikgu..dulu darjah 1 damia rajin tp darjah 2 ni damia malas sangat, bekpe?"
Sambil tersenyum dia menjawab : "sajer.. kita tak semangat ustazah nak belajo?"
Ambe : " tak semangat, bakpe?"
Damia : " dulu darjah 1 arwah hayuni ader.. lepas dia meninggal kiter tak semangat.. dulu kalau dia ader waktu nak perikse dia ajo kiter"
(arwah hayuni meninggal akibat sakit jantung)
Ambe : "oo gitu.. dah takpe ahh..damia cari la kawan lain plak. tak leh ah tak semangat gini... hayuni tu jadi gane dgn damia, sedare ke"
Damia : " a'ah arwah 3 pupu dgn kiter"
Ambe : "oo.. takpe la..pasni Damia janji dgn ustazah..kena dengar cakap cikgu2..kalau cikgu suruh wat kejer ikut deh"
Sambil tersenyum & gaya muka takut utk berjanji : "okey"

Oooo... begitu rupanya alkisah & problem yang dihadapi oleh anakanda Damia.. mungkin dia dalam tekanan.. mengikut ceritanya dia nak sangat papa & mamanya bersatu.. katanya dia sayang kedua-duanya & dia pernah bertanya & menyuruh mama & papanya bersatu kembali tp jawapan mama & papanya.. "tengokla nanti kalau mama nak semula ke papa @ pun papa nak semula ke mama...." sian plak.. inilah kesan kepada anak antara mangsa penceraian mama & papa... dia perlukan kasih sayang mama & papa... dah jumpa kawan yang boleh bantu & bersahabat dalam pelajaran tp sahabat pulak kembali kerahmatullah... jawapan yang dia bagi "tak semangat nak belajar sbb arwah dah tak dak".... untuk pengetahuan, kawan2nya yang lain sekarang ni agak kurang nak berkawan dgnnya sbb dia selalu ganggu kawan2 & cepat beremosi, cepat marah... kesian plak, kecik2 dah menerima dugaan sebegini...harap2 dia akan berubah & cemerlang pada masa akan datang... dapat mengecapi kebahagiaan seperti kawan2 yang lain...

Sesape yang pernah menghadapi pelajar sebegini.. sudilah kiranya utk berkongsi pengalaman & memberi pendapat & tip2 yang lebih baik untuk membantunya. Shukran jazielan...

Untuk makluman jugak : Sekolah ambe tak der guru kaunseling coz tak cukup syarat, murid skit...

"seminggu 7 hari...
6 hari bekerja... itu maksud ambe"

Bulan 4 merupakan bulan yang penuh dengan program. Kalau dibelek kalendar bulan 4 tak dak pun cuti umum malah banyak plak bekerja.. setiap sabtu pasti ada program.. huhu.. letih rupanya kerja memanjang cuti sehari ja ni...apa2pun segala tanggungjawab kena la laksanakan...

Hari ni sekolah ambe ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)... diadakan Program Motivasi Keibubapaan.. semua ibubapa murid tahun 5 & 6 dijemput hadir.. & tetamu istimewa motivator laaa.. sape namanya ambe kurang pasti la plak.. huhu.. jap lagi akan dipastikan namanya..harap2 majlis ni nnti akan memberi 1001 keberkesanan kepada mereka yang hadir...

My hubby plak ader gotong-royong kat ofisnya.. so masing-masing membawa diri rini.. hehe.. sekejap jer, kul 12.30 balik ler...

ok... ambe nak bersiap2 dulu.. tata...

p/s : buat mereka yang bercuti, manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya... rasailah nikmat "lapang sebelum sibuk" ni...

Salam penuh kasih sayang untuk semua..semoga sihat hendaknya...

"Setiap yang Allah aturkan ada tujuan & matlamatnya tersendiri...
kita hamba yang kerdil redha & bersyukurlah atas setiap ketentuanNya"

Semenjak dua menjak ni cuaca agak tidak menentu... kadang hujan, guruh, kilat dan kadang kala tersangatlah panas... so digalakkan untuk kita menggandakan minum air masak utk kesempurnaan kesihatan... petang ni kul 6 cuaca dah gelap bangat.. tup tup kilat & guruh berdentum dentam.. tp tak hujan plak... lani bila time malam ooohhhh tersangatlah panas.. selalu panas mcm ni org kata sbb nak hujan... kadang2 rasa macam nak g dok tepi pantai jer amik angin..tp angin malam tak elok untuk kesihatan...berangan jer la..

Minggu ni ku rasa sangatlah letih & tak bertenanga..mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu ni.. balik jer umah , rehat2, masak2, makan2, ngajar ngaji terus tido..ngantuk & letih maa... ada satu malam minggu ni terpaksa cancel kelas sbb terlalu letih & lesu..lepas maghrib jer terus tido & isyak keesokkan paginya... keletihan yang tak dapat dibendung lagi...waaa.... malam ni kira ok skit..sempat post en3 nih..kira ok la tu...My sister lak demam rini..terpaksa amik MC... sian plak.. moga cepat sembuh yer kakak!!

Oklah setakat ni dulu en3 utk kali ni...

p/s : Sama2lah kita menjaga, menikmati & menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan ini dengan sebaiknya.. moga kita semua sihat wala'fiat & mampu menunaikan ibadah kepadaNya dengan sempurna...

Buat kengkawan yang nak menghadapi exam..selamat menempuh ujian.. doa kami semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian.. "selamat maju jaya"

Salam Maulidur Rasul buat semua..

Mungkin sesetengah dari kita tidak menyedari bahawasanya hari ini mengikut tahun masihi 20 April merupakan ulangtahun kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Baginda dilahirkan pada 20 April 571M & secara umumnya kita mengetahui bahawasanya bulan Hijri iaitu pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah... tapi... cuba baca artikel di bawah ini :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari
yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.

Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari
perkabungan-nya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri
adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida'ah)

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW
berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."
Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa'id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I'tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang
terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal.

Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M

Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

Darul Quraan Was Sunnah


Assalamualaikum...

Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang dirahmati Allah tentang satu produk roti yang amat digemari oleh sebahagian daripada kita iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo halal Jakim yang terdapat di premis-premis perniagaan ini mahupun dibalutan plastik roti tersebut.

Saya pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut..

Hari ini saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim, Putrajaya iaitu Puan Najibah - no tel 0388864851. Menurutnya, pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak Jakim. Jadi nasihat Puan Najibah ..selagi belum terbukti tahap halalnya produk tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.

Jadi..saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai saudara ISLAM.. terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati masing-masing untuk menentukannya. Ingatlah bahawa apa jua yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan tahaq ketaqwaanseseorang itu turut bergantung terhadap apa yang dimakannya.

Yang baik itu semuanya dari Allah.. dan buruk itu dari kelemahan saya jua... TQ.

-Petikan dari email-

Salam sejahtera buat semua terutamanya yang men"TAG" ambe ni .. adikila rakan blogger ambe.. hehe.. ambe jawab je la gane2 pung yer..

Untuk makluman, saya masih lg di usia 26 tahun.. menjelang 9 Nov nanti barula saya genap 27 tahun utk tahun ni.. waduh2 dah tua sih!!!
ok... ambe nak cuba jawab soalan yg kat bawah ni... kalau tak cukup 10 halal je la yer...



  • Menjelangnya Ulangtahun kelahiran ambe, ambe nak sape2 yang mengenali ambe supaya menDOAkan kesejahteraan ambe.. dipnjangkan umur & dapat manfaatkan saki baki umur ni dgn sebaiknya.. juga doa semoga dimurahkan rezeki.. & apa2 doa yang baik utk ambe...
  • Ambe nak orang pertama yang wish utk ambe Habibi la.. hadiah tak kisah.. kalau dulu, 2 3 hari sebelum bezday Habibi siap conteng2 dah kat kalender & tinggalkan ucapan & pesanan.. so tak kisah la mcmana pun...TQ sayang atas ingatan...


  • Selain doa dari mereka yang mengenali, ambe nak jugak dapat ucapan istimewa tak kisah la dgn cara apa2pun.. coz bila dilakukan sedemikian ambe rasa diri diingati & dihargai... TQ
  • Di hari lahir ambe @ selepasnya ambe nak diraikan & meraikan bersama2 habibi terutamanya @ sesape yang ada pada hari kejadian...
  • Teringin jugak bersempena dgn ulangtahun kelahiran.. nak la g ke pulau2 mana dgn habibi...dah lama rancang.. tp masa tak mengizinkan...


  • Perkara yang agak 'mesti' ada pada hari kejadian utk rasa 'zuq' sambut bezday mestila kek... kek tempah khas dari Hotel Primula... oleh krn jadi member primula diaorg nak kasi kek la.. hehe.. thn lepas amik kek chocolate.. thn ni nk try yg lain plak...

  • Jika diizinkan olehNya, menjelangnya bezday ambe nnti di harap ambe dah berbadan 2... hehe... insyaAllah

  • Sesape yang sudi nak bg hadiah.. ambe terima. tp lg best kalau dapat set tupperware.. hehe.. ciwi btul dgn barangan tupperware sekarang ni.. bukannya ape, puas hati guna barangan tupperware sbb berkualiti...



  • Walaupun dah berumahtangga & ada family tp ambe perlukan kawan2 dalam kehidupan.. nak kongsi suka duka bersama.. tp ikutla pada mereka yang sudi.. kekadang ada kengkawan yang dah kawin tak hirau sgt dah pada kengkawan, mungkin bz bangat kot. Tp ambe sgt rindukan kenangan 5 sekawan...aduh!! kangen bangat pada kamu semua....


  • Yang terakhir... lagi best pada hari kejadian ambe ada di kampung bersama2 my big family meraikan bersama...



Haaa dah cukup 10 tp tak pasti la terjawab ke tak soalannya.. hentam je la..hehe

Ambe tak berhajat nak TAG sesapa lagi.. tp sape nak jawab jugak dialu-alukan.. Shukran

* Maaf tak menepati syarat menjwb tag.. tak der gmbo nak upload belako.. hehe

Minni :

Salam kemaafan & istimewa buat ummu huraiyah.. maaf dipinta.. lama bebenornya amik masa nak jawab tag ni... dah basi pun tag ni kan.. hehe.. utk tidak menghampakan ummu huraiyah saya cuba jawab setakat mana yg boleh... selamat membaca!!

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
  • Jah - family & kebanyakkan kawan2
  • Khadijah - beberapa org kawan
  • Mak Ndak Jah - anak2 sedara & sepupu sepapat
  • Sayang - Only my habibi panggil
FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
  • 09 November
  • 16 Ogos
  • 02 September
  • 20 Mei
FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :
  • Masak
  • Makan
  • Blogging
  • Mengemas
FOUR WAYS TO BE HAPPY :
  • Layan internet
  • Jalan2 tepi pantai & mana2 aja dgn habibi
  • Bisness apa2 aja mmg buat ambe happy
  • Kira duit.. hehe...
FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
  • Kamera
  • Barang2 tupperware.. hehe
  • Kasut
  • Apa-apa aja...
FOUR OF YOUR FAVARITE HOBBIES :
  • Mengemas
  • Layan internet
  • Jalan2 makan angin...
  • Bisness....
FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION :
  • Sama cam ummu huraiyah.. Mekah
  • Mana2 pulau yang ada
  • Jalan2 ke luar negara.. berangan je la..hehe
  • Balik kampung... huhu
FAVORITE DRINKS:
  • Tea Ais
  • ABC.. boleh la...tak la suka sgt
  • Air Zam-zam
  • Air Masak
FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG :
  • Purse
  • Cincin
  • Kunci
  • Telefon Bimbit
FOUR FAVORITE COLORS :
  • Pink
  • Maroon
  • Putih
  • Hijau
TOP FOUR HANGOUTS:
  • Sekolah... selalu balik lewat
  • Yang lain ..Teratak FirJah je la...
TOP FOUR U LOVES SO MUCH :
  • Habibi
  • AyahBonda & Family
  • Mak&Ayah Mertua
  • Kawan-kawan yang sentiasa mengingati ambe...
TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU :
  • Semua HP yang ambe ade...
  • Kamera yang sgtlah lusuh sarungnya...
  • My Comey Acer & broadband
  • Harta Benda yg berharga...
TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY :
  • Sape2 yang baca & berminat utk menjawab.. sgt dialu-alukan.. ambe menghargai anda!!
TOP REASON WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
  • Sebab dah lama sgt saya simpan & tak jawab... rasa bersalah plak pada ummu huraiyah.. hehe
Ambe:

Salam ukhuwah fillah buat semua pengunjung......

hehe... bila baca tajuk tu agak2 org luar Trg boleh faham tak :) ? mungkin ada yang faham & sebaliknya.. sajer nak post en3 ni... kadang2 teingat balik kisah tu aku tersenyum sendirian.. kelakar pun kelakar jugak bebudak ni.. tp time buat hal mmg "hot" aku jadinya ... begitulah lumrah kehidupan di usia kanak2 ni...

Al-kisahnya, tadi aku mengajar BA tahun 2 Berlian ( kelas hujung)... arini aku ajar tajuk "al-adawatud dirasiah" antara perkataan utk arini:
طبشورة ، ممسحة ، مبراة ، قلم ، مقلمة
"kotak kalam", pen , "ghorek" , pemadam , kapur

.... aku pun buat la Alat Bantu Mengajar (ABM) menggunakan apa yang ada... aku amik pinggan kertas, ditulisnya perkataan2 tu kat situ, then aku letakkan barang2 td aku salotipkan kat bawah perkataan tu... maklumlah bebudak kelas 2 B ni bukanlah pandai membaca sgt.. so dgn cara ni diharap bolehlah diaorg ingat apa yang aku ajar...

Aku pun mula perkenalkan satu persatu barang2 tu dgn menyebut perkataan dlm BA.. so diaorg akn ikut & terus sebut dalam BM apa yg dimaksudkan dgn perkataan aku baca tadi (diaorg tgk brg2 yg aku tampal bawah tu la)

aku pun sebut "qalamun" , diaorg ikut & sebut pen
sampai la ke perkataan "mibraaatun" - diaorg ikut & sebut dengan bersemangatnya "GHOREK"... haha.. aku tak tahan terus tergelak ... aku pun kata la ya btul la "ghorek" tp bahasa bukunya "pengasah pensil"...
begitu jugak dengan perkataan "miqlamatun" - semangat jugak menyebutnya "KOTAK KALAM" ada jugak yg sebut "kotak kalanG"..hihi..Trg kan kaya dgn G... lucu btul kanak2 ni.. Begitulah rutin harian ku mendidik anak2 ni... kalau kelas2 hujung ni aras tak sama dgn bebudak kelas awal tu.. so tak leh la ajar bebanyak.. yang sikit tu pun dia tak leh nak ingat sangat.. asyik nak maaaaaiiiiinnnn jaaa... kalau tak main time aku ngajar , dia "koya - khayal"... suka sungguh bebudak ni "koya".. apa yg di"koya" pun aku tak tau... bila tanya balik apa yang aku ajar td... bertuah la kalau tau.. tu yang buat aku "hot" nya... mmg kena byk sabar laaaaa...

Setakat ni, aku sangat selesa merantau di Ganu Kite & mengajar bebudak trg ni.. byk perkataan2 baru yang aku dapat... mmg best..!! tp satu yang aku masih kurang selesa "masakan" di sini.. hehe.. sorry org trg... so aku banyak masak dari makan luar...hihi

Ok.. setakat ni dulu.....andai terasa harap dimaafi... wassalam


Ustajah,


Salam TAKZIAH buat Ustaz Marhaizan & Kak Long Wahida sekeluarga....

Jugak en3 tentang kembalinya hamba kepada Yang Maha Esa... petang td saya mendapat khabar dari my sis memaklumkan tentang pemergian anakanda Musaddiq bin Marhaizan... cahaya mata pertama pasangan Ustaz Marhaizan Ishak (abg mardiana) & Ustazah Nur Wahida Mat Ludin (kakak nurul azani)... Anakanda Musaddiq yang kini 1 tahun 2 bulan telah kembali ke rahmatullah kelmarin (Selasa - 14 April 2009) ...
Buat Ustaz Marhaizan & Kak Long Wahida... semoga tabah & redha atas pemergian anakanda Musaddiq... yakinlah, Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita hambaNya... "innalillahiwainnailaihirajiun" - AL-FATIHAH

Minna,

Salam semua.. moga saki baki umur kita dapat dimanfaatkan sebaiknya..

Utk bulan ni dah 3 kali en3 saya memaklumkan ttg kematian.. tapi itulah hakikatnya.. dari Dia kita datang & kepadaNya tempat kita kembali...

Kata ustaz.. "bila meninggalnya seseorg itu petanda utk org yang masih hidup.. mungkin dalam masa terdekat akan ada pasangannya yg akan ikut bersama.. samada family, jiran tetangga dan yang terdekat dengannya"

Kelmarin balik dari sek, saya mendapat panggilan dari my adinda abidi memaklumkan bahawa Tok Lebai Mat dah kembali kerahmatullah pagi tadi... innalillahiwainnailaihirajiun.. arwah merupakan jiran tetangga kami satu kampung.. kata org tu la "gu" dgn cikman...

Semoga arwah ditempatkan bersama2 para anbia' , syuhada & solihin..amin

AL-FATIHAH

HambaMu,



Teristemewa utk :

Adinda Wafa 12 April 2009
Anakanda Hanif 13 April 2009
Anakanda Faiz Hakimi (along) 16 April 2009
Kekanda Farishana 19 April 2009
Anakanda Aufa 23 April 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam buka blog.. dapat msg dari ummu uwais suh jawab tag.. hehe.. actually ritu dapat tag dari ummu hurayyah tp time tu tenet prob sampai sekarang tak terjawab lg tag dari ummu hurayyah tu.. maaf yer ummu hurayyah.. insyaAllah nnti ada masa akan dijawab.. oleh kerana tag ni dah disave saya jawab yang ni dulu.. ummu hurayyah jangan marae ye....:)
Baiklah ummu uwais ambo jawab tag dari kamu ni yer..!!

1. anda rasa anda hot?
rasa HOT... kebetulan hari ni mmg saya sgt HOT coz kat sek td ada insiden yang membuatkan saya btul2 HOT... tp biarlah ia berlalu krn kita tau manusia tidak terlepas dr melakukan kesilapan... kini saya sudah memaafkan...

2. upload gambar kegemaran anda?


3. kenapa anda suka gambar ini?

Kat atas ada 2 keping gmbar yang saya suka & selalu tgk.
Kiri : gambar my happy family mak ayah, 11 adik beradik & 6 ipar duai (termasuk my cinta) 8 anak sedara...yang telah diedit oleh my adinda di mesir...time edit tu belum lahirnya puteri kepada abang ke 3 iaitu Nurul Ain Farhana.. so sekarang ahli keluarga dah bertambah kepada 9 orang anak sedara....bestnya.. tak sabar nak tunggu raya sbb nak kumpul ramai2...

Kanan : Gambar 3 org hero my sis NajMie yang sgt syatir, comey loteynya... geram ambo dgn anak2anda ni..dan rindu sgt coz lama tak jumpa.. dgr khabarnya masing2 dah pandai segalanya.. betul2 tak sabar mak ndak nak jumpa muaz, ammar & anas ni... gerrrraaaammm nya tgk gmbar ni.. gambar ni baru disave dari mamanya ketika ber'ym' 2 3 hari lepas.. nak tau lebih lanjut karenah anak2 syatir ni leh klik sini...NajMie

4. bila kali terakhir makan pizza?
Makan Pizza?? kalau tak silap kali terakhir makan pizza bulan 11 tahun lps 2008 ketika meraikan my birthday bersama my cinta.. hehe.. lama dah tu.. nape ada gak soalan ni.. nak antar pizza kat umah ker..??hehe

5. lagu terakhir yang anda dengar?
Haaa.... tgh dgr ni lagu sedih kumpulan iman bersama klip videonya "anak soleh" dalam blog Sekadar Perkongsian sedih maaa lagu ni.. selalu gak dgr lagu ni .. time tgk & hayati maka akan bergenanglah air mataku.. rindunya kat ayahbonda..

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Kalau dah jawab tag ni.. tak buat apa dah la, ngadap "my comey" ni lah sbb nak penuhi permintaan ummu uwais ni.. hehe.. tp sekali sekala pusing jugak kepala tengok TV thah apa2 ceritanya.. tp sblm jawab tag td ambo baru bgn dari tido.. seharian di sekolah then petang td g shopping barang2 dapur.. balik2 sakit bangat kepala sempat jugak tido kul 8.00-10.00 mlm.. lps ni nak iron baju, esok sekolah!!!

7. selain nama sendiri, anda suke dipanggil dengan nama apa?
Sayang dari my cinta
Mak Ndak dari anak2sedara
Peh dari geng senario (hehe)

8. tag lagi 6 orang?
1. Najmie
2. Ila Nursalida
3. Fatanah
4. Hanan
5. Ashraf
6. Adik Iela KISDAR

9. siapa no 1 pada anda?
My sis , mama kepada 3 hero2nya yang syatir..

10. orang no 3 ada hubungan dengan sesiapa?
yeah, cucu kepada nabi adam & hawa sama juga ambo...

11. kata sesuatu mengenai orang no 5?
Cheq... kalau rajin & free2 jawablah tag ni yer... Shukran

12. bagaimana pula orang no 4?
Rakan seperjuangan di UIA dulu.. sekarang merantau mengikut suami tersayang tersayang dan bakal bergelar ayahbonda September nanti, isyaAllah

13. pesanan kepada orang no 6?
Adik ila.. cuti lagi kan sekarang.. sementara dok melepak saje2 tu.. jawabla tag dari akak ni ek.. hehe

Penerima tag :

Selamat Hari Jumaat... moga kita semua di bawah payung RahmatNya...

" DariNya kita datang.. kepadaNya jua kita kan kembali...

hanya Rabbul Izzati yang lebih mengetahui bila & ketikanya masa kita kan tiba"
Kata2 Hukamak :
"Bekerjalah seolah2 kamu kan hidup selamanya,
Beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari"


Pagi tadi seawal jam 6.30 pagi aku menerima panggilan dari my sister NajMie mengkhabarkan bahawa Cik Man (pak saudara sebelah bondaku) dah kembali ke rahmatullah.. إنا لله وإنا إليه راجعون

Abdul Rahman bin Haji Muhammad @ lebih dikenali dengan panggilan Bang Man di kalangan adik beradiknya, Cik Man di kalangan anak2 saudara, jiran2 serta org kampung, Tok Mudim di kalangan orang2 luar yang menggunakan khidmatnya untuk meng"khatan"kan anak2. Arwah yang dilahirkan pada 31 Disember 1936 & hari ini 10 April 2009 di pagi Jumaat yang barakah sekitar 6.15 pagi arwah kembali ke rahmatullah dengan penuh ketenangan dan sangat mudah... Difahamkan arwah
sudah seminggu demam tapi dah sihat skit.. pagi tadi mengalami sedikit batuk2 seterusnya meninggal dunia.. mengikut cerita anakanda arwah, sejak seminggu ni arwah selalu menelefon anak2 siang & malam. Kebiasaannya dia menelefon anak2 cuma tak la sekerap siang & malam.. mungkin siang sahaja @ malam sahaja...



Arwah merupakan bapa saudara sebelah bondaku, perhatikan salasilah mereka : Arwah Haji Muhammad (Tok wan - Mudim) + Arwah Halus (Tok)
Arwah Pak Long Deraof
Pak Ngah Samad (Mudim)
Arwah Pak Cik Man (Mudim)

Pak Cik Wahab
Mak Lang Besah (bondaku)
Arwah Mak Su Jamilah

Arwah merupakan seorang yang sangat baik, tenang & tawaddu' sentiasa bertahajjud setiap hari... Alhamdulillah Allah tentukan arwah kembali kepadaNya di pagi Jumaat yang barakah... oleh kerana kami jauh di perantauan sini, al-fatihah & doa kami kirimkan buat Allahyarham Abdul Rahman bin Haji Muhammad... semoga rohnya ditempatkan bersama2 para Anbiyak & solihin serta dicucuri rahmat Ilahi.... - الفاتحه

*Jenazah akan disemadikan sekitar jam 3.00 ptg ini di Tanah Perkuburan Kg Kubang Juluk, Naka

Salam Takziah,

Salam Sejahtera & moga dirahmatiNya...

(08042009 - Rabu)

Buat Adinda Halimatussa'diah @ Egypt :



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

*Moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, berjaya di dunia & akhirat...
*Selamat Maju Jaya dalam peperiksaan kamu yang bakal menjelang.. lulus dgn cemerlang boleh cepat2 balik Malaysia..hehe
*Sambutlah Salam Hari Lahir dari kami family di Malaysia...

Minna :
KekandaMu FirJah

Bak kata pepatah :
"..sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.."


Huhu...hari ni dah masuk hari ke 3 aku di teratak tanpa disisiku my cinta @ ditemani rakan & taulan huhu..sedih maaaa..kena tinggai plak.. my cinta ke Cherating utk menghadiri mesyuarat ofisnya .. semoga my cinta dapat melaksanakan segala tugas yang diberikan dengan baik.. siang hari tak terasa sangat keseorangan coz sibuk dgn anak2 didik & tugas2 di sekolah... dah balik umah ni barulah kesunyian.. makan beli jer, kalau ada my cinta aku cuba masak jugak apa yang patut..

tp malam2 8.00-9.00mlm ada gak anak2 jiran mai ngaji.. so dah sejam aku manfaatkan di situ.. masa2 lain aku wat la keja2 pe yang patut iron baju ker, lipat kain ker, ngemas ker.. & nasib baik aku ada my broadband & my comey ni... apa lagi ngadap jer la ...

Untuk makluman.. minggu ni di sekolah agak sibuk membuat persiapan untuk Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ).. buat pertama kalinya kami SK Ladang telah diamanahkan menjadi tuan rumah.. so, tak dapat tidak dengan kawasan yang sekangkang kera tu la kami cuba siapkan yang termampu & tebaik .. berita lanjut jemput layari : http://www.skladang.blogspot.com

Esok Jumaat (10 April 2009) my cinta akan kembali ke teratak.. insyaAllah moga sampai dengan selamatnya..amin..

Ur Cinta,

Salam ukhuwah fillah...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.A.W atas segala kurniaanNya.. yang memudahkan segala perjalanan hidup kami.. Hari ni dah keluar result interview pengesahan jawatan yang mana kami semua telah ditemuduga pada Februari yang lalu.. Alhamdulillah syukur & TAHNIAH buat semua rakan seperjuangan kerana result anda : "DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP"

Begitu juga dengan result Arwah Ahmad Zuhaili : "DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP".. tp semuanya tinggal kenangan... semoga segala susah payah & keikhlasan arwah dalam menjalankan amanah sebagai pendidik & khalifah di muka bumi ini akan mendapat ganjaran dariNya... insyaAllah

Semoga kita lebih bersungguh2, cekal & tabah dalam mendidik anak2 didik kita terutamanya untuk men'celik'kan mereka dalam mengenal ayat-ayat Al-Quran dan ilmu duniawi & ukhrawi..

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Salam TAHNIAH,

Salam Sejahtera buat semua pembaca...

Minggu lepas aku & my hubby bersiar2 di tengah2 Bandaraya Kuala Terengganu sambil mencari barang2 keperluan... dari jauh kami tertanya2 :

"aik ..awat plak pokok2 di tgh2 bandar tu ditebang?? nak wat apa plak ni??Lampu Isyarat pun ada yang tak berfungsi"



Utk pengetahuan, sblm ni di tgh2 bandaraya KT yang mana berpusatnya segala jenis bank terdapat pokok2 yang menghiasi divider jalan.. tp sekarang apa yg kami dapat lihat semua pokok2 tu dah tak dak & lampu isyarat "saat" tu pun tak berfungsi.. sbb tu lah timbul persoalan kpd kami.

Time kemuncak kat situ sangatlah sesak.. tambah2 tmpat parking plak tak mencukupi, siap pegawai MBKT 24 jam lagi dok melilau mengenalpasti sape2 yang parking suka hati, siaplah dapat surat cinta.. aku selalunya lebih senang berurusan dgn mesin di mana2 bank waktu pagi2 sebelum ke sekolah.. mudah , parking mane2 pun tak pe.. alhamdulillah umah kami di tgh2 bandar ..senang baaaa.... Tadi.. sesudah selesai semua kejer di sekolah.. aku masuk ke bandar untuk membayar saman parking bermeter 280209 yang lalu.. huah huah huah!! kena saman, ingatkan nak parking kejap jer, buh la duit sebanyak mana yg rasa cukup, tup2 keja yang dibuat tu lama la pulak.. smapai2 kat keta..kwang3 dapat surat cinta tu... nasibla..lain kali kena beringat maaa...

So sesampainya di bandar .. aku nampak jalanraya sangatlah luas & trafik berjalan lancar..tp semak jugak lah dengan kon2 di tepi jalan yang tutup jalan sana tutup jalan sini..& terpampang banyak tanda JALAN SEHALA... ooo rupanya ini lah hajat mereka.. baru aku dapat jawapan dari persoalan kami minggu lepas... dah selesai buat bayaran aku pun tgh nak mencari short cut utk balik ke teratak... so aku ikut la jalan yang selalu aku short cut tu (belakang Pustaka Sri Intan), konon2 terbayang lah keluar kat Bank Muamalat.. tup2 dari jauh aku nampak papan tanda "tak boleh belok kiri"....hahaha... rupanya situ pun dah jadi JALAN SEHALA...so berjauh la plak aku.... tak pe aku kan suka mencuba sesuatu yang baru...


So utk kengkawan & warga Trg dan mana2 yang nak masuk bandar KT.. jgn terkejut dgn perubahan yang berlaku.. sekarang agak sedikit kelam kelibut tgk jalan sbb proses penambahbaikan belum selesai.. nnti dah settle semua InsyaAllah akan mudah utk kita semua.. jalan pun dah lebar & luas....


Warga KT :) ,

Assalamualaikum buat semua... moga dirahmatiNya...

040409 (Sabtu) - Setibanya saya di teratak kami dari menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah, saya berehat seketika sebelum menunaikan solat Zohor...Selesai mengadap yang Maha Esa saya cuba melelapkan mata kerana terlalu letih seharian di sekolah sebagai urusetia merangkap jurukamera. Lebih kurang 3.15 ptg saya menerima panggilan dari Izy sahabat seperjuangan saya di IPKT dulu :-

Izy : "Jah, dah tau belum zuhaili meninggal? eksiden"...

saya terkedu seketika, seakan2 bermimpi mendengar berita tersebut.

Saya : "innalillahiwainnailaihirajiun, bila izy?"
Izy : "Tengahari tadi, saya pun yana yang bagitau"

Jah : "ok, terima kasih..nanti saya try tanya kawan2 terdekat zuhaili"
Izy : "ok, nnti apa2 hal jah bagitau semula yer"
Saya : "ok, assalamualaikum"
Izy : " waalaikummussalam"

Saya masih terpinga2.. macam tak percaya...


Untuk pengetahuan , arwah merupakan seorang pendidik (j-QAF, BA), merupakan ahli kumpulan kami ketika berkursus di IPKT selama 1tahun setengah yang lalu.. hubungan kami ahli kumpulan bagaikan keluarga sangat rapat.. yer la.. belajar sama2, BIG sama2 .. pendek kata semua aktiviti dilakukan bersama & semua memberi kerjasama yang sgt bagus...

Sesudah bercakap dgn izy, saya cuba menghubungi nombor arwah , mana tau family arwah yang jawab bolehlah mendapat kesohihan berita tersebut tp dah masuk voice mail...then, saya cuba hubungi kawan2 yang rapat dgn arwah
.. ada masuk v.mail & ada yg tak angkat...akhirnya saya cuba hubungi Yana kat Kemaman. Ye sohih... yana dapat tau dari Kak Wan sama2 j-QAF di sekolah arwah..

Kemudian saya menghubungi Kak Wan utk mengetahui berita tersebut dgn lebih lanjut.. Kak Wan ontheway nak ke rumah arwah.... Arwah terlibat dengan kemalangan jalanraya pukul i9 pag tadi, di Kerteh kalau tak silap... melibatkan 3 buah kereta... dan arwah meninggal dunia di tempat kejadian...berlaku macamana saya tak pasti...

Arwah seorang yang baik hati, peramah, suka menolong dan lain2.... kali terakhir saya menghubungi arwah pada (24 Feb 09) hari temuduga DG41 di Hotel Sri Malaysia, KT. Beliau memaklumkan kpd saya soalan2 yang
ditanya ketika ditemuduga kerana keesokkannya saya pula akan menghadiri temuduga ditempat yang sama...itulah kali terakhir saya menghubungi arwah..
2 3 minggu sebelum tu arwah ada bertanyakan saya samada tau atau tidak nombor2 agen yang menjual kereta terpakai kerana beliau berhajat untuk membelinya.. setelah saya memberikan nombor tel tersebut, arwah memaklumkan kpd saya bahawa beliau telah membeli HONDA 2nd hand... tak sempat saya nak tengok kereta tu... Ternyata Allah lebih sayangkan beliau
..semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah & ditempatkan bersama2 orang yang soleh...

Sama-sama lah kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk dihadiahkan kepada : -
AHMAD ZUHAILI BIN MUHAMMAD SHAFIE
(28 Tahun)
KUSZA - Mesir
88 Rumah Awam Kos Rendah Bukit Kuang,
24000 Kemaman , Terengganu
Status : Bujang
( Sek. Keb. Pengkalan Ranggon )

* Arwah selamat dikebumikan lebih kurang 6.00 ptg tadi...

Salam Takziah,

Assalamualaikum semua.. kali ni en3 saya bukan lg ttg aktiviti cuti sekolah...hehe.. tapi satu berita yang penuh kesyukuran & kegembiraan, penambahan ahli baru dlm keluarga ayahbonda dgn lahirnya cucuanda yang ke 9...

Ya Allah Engkau yang Maha Mengetahui segalanya,
Engkau lah yang mengaturkan perjalanan hidup kami,
kurniakanlah sebaik2 kehidupan buat kami hambaMu


9 bulan yang lalu telah menyaksikan kegembiraan di wajah my kanda fikri & my ipar kanda fiza setelah disahkan positif dalam "urine test" pada pukul 4 pg... dengan ketidaksabaran mereka utk mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada family, my kanda pagi2 hari lagi call my mom & mentuanya utk maklumkan berita gembira tersebut... Alhamdulillah & tahniah yang mampu kami ucapkan ketika itu.. kami sekeluarga menerima berita itu dgn penuh kesyukuran dan disulami dengan sinar kegembiraan & kebahagiaan....

Kami yang mengetahui berita tersebut bercampur baur perasaan bersyukur & gembira sangat , tambah2 la empunya diri & pasangannya, mestila gembira berjuta kali ganda... maklumlah, 6 tahun penantian, bukanlah satu masa yang singkat... Alhamdulillah atas berkat kesabaran mereka menghadapi segala ujian & dugaan yang melanda, maka akhirnya Allah kurniakan jua mereka suatu kebahagiaan...

Semalam tanggal 1 April 2009, 9.30mlm sekali lagi telah menyaksikan kegembiraan yang teramat sangat bagi pasangan suami isteri Fikri & Fiza dengan selamatnya telah melahirkan seorang puteri yang akan menyerikan lagi mahligai yang dibina...

Alhamdulillah tepat 9.30mlm bertempat di Klinik Mahsuri , Tanah Merah Jitra.. my ipar Kanda Hafiza bt Zainol telah selamat melahirkan puteri sulung mereka seberat 3.4kg secara pembedahan disebabkan baby dah b***k di dalam, so ditakuti baby termakan t***nya sendiri maka doktor bersepakat untuk melakukan pembedahan, alhamdulillah semuanya selamat... dan seperti yang dirancang NURUL AIN FARHANA menjadi nama pilihan bagi puteri kesayangan mereka.

TAHNIAH mak ndak & pan ndak ucapkan... tak sabar la nak tgk Farhana..khabarnya farhana sangat comel, kemerahan mungkin putih seperti mamanya.. tubuh berkatam2.. ni buah mak ndak & pak ndak lagi tak sabar nak peluk cium farhana nih..hehe



*shukran cik lah tlg sendkan pic farhana ni...nnti kredit 50sen i akan bank in kan yer..hehe

TAHNIAH sekali lagi utk my Kanda Fikri & my ipar Kanda Fiza telah dianugerahkan harga yang paling berharga NURUL AIN FARHANA BT MOHD FIKRI ... moga farhana akan menjadi anak yang solehah & penyeri umahtangga mama & baba serta semua insan di sekeliling farhana...

Bertambahlah insan2 yang lahir di bulan APRIL :-
Anakanda Nurul Ain Farhana - 1 April
Adinda Halimatusaa'diah (maktam) - 8 April
Adinda Izzatul Wafa (maksu) - 12 April
Anakanda Muhammad Hanif - 13 April
Anakanda Faiz Hakimi (Along) - 16 April
Kekanda Farishana - 19 April
Anakanda Aufa - 23 April



Pak Ndak & Mak Ndak,

Hehe... minta maaf semua coz en3 saya masih lagi ttg aktiviti cuti sekolah..

18 Mac 09 (Rabu) : sekembalinya aku ke pangkuan my hubby... aku cuma banyak berehat..letih ape thah, tiba2 rasa tak larat bila sampai , nsb baik masih cuti sek. so dapatla berehat sepuasnya..plan mcm2 bila kembali ke Teratak Firjah..nak buat ABM la, nak g siapkan blk jQAF la, nak g ziarah kawan la..tp akhirnya kecundang jua..aku hanya berehat selama 2 hari (Rabu & Khamis) , my hubby bekerja.

Kami bercadang untuk ke Kuantan pd hari Sabtu 21 Mac, menyambung misi yang belum selesai...Untuk mengelakkan keletihan kami ditawarkan untuk bermalam di Kemaman umah ijahashim hari Jumaatnya. So, sebelum bertolak kami memenuhi undangan menyambut menantu di umah Ridzuan pasangan Munirah Ahmad di Chendering. Kami menyertai rombongan family Mun untuk berarak bersama. Kul 12.30tghari km bertolak ke Chendering.


Selesai menjamu selera & berborak bersama pengantin & keluarganya.. aku menghantar my hubby ke Masjid Ladang utk menunaikan Solat Jumaat manakala aku berkesempatan menziarahi Kak Nor yang baru selamat melahirkan Puteri Sulung ( Nusaibah bt Harun ) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT (HSNZ).Tahniah buat Uno & C dah bergelar ayahbonda...Moga dengan kehadiran puteri Nusaibah ni akan menyerikan lagi umahtangga kalian..amin


Lebih kurang 2.30 ptg my hubby selesai menunaikan kewajipannya, kami memenuhi pula jemputan ke Majlis Aqiqah Aqiel Hasif ..putera sulung bagi pasangan Aifaa & Aizat di Lorong Pintasan, Gong Kapas. Shukran atas jemputan. Pada hari & masa yang sama kami juga dijemput ke Majlis Aqiqah anak Cg Hafizah (guru SKL).. tp kami tak berkesempatan utk hadir. Maaf yer kak fizah.


Alhamdulillah beberapa jemputan siap kami hadiri.. kami pun bertolak ke Kemaman..

Alang2 lalu Dungun.. kami singgah sebentar menjenguk si Fathi heronya Fadhil&Fatanah .. time kami sampai keluarga F ni tak dak la plak..tel la si UmmuFathi, katanya tunggu jap coz diaorg dah ontheway balik dr gulai (kenduri) umah kawan abahFathi.. tunggula kami..nasib baik tak sempat berjanggut mok weh...hehe


Dah selesai misi menziarahi si Fathi , kami pun bertolak ke umah ija.. ontheway ke sana , kami menerima msg dari ija mengkhabarkan bahawa mereka masih di Kuantan, dalam kul 9mlm mungkin baru sampai umah...
so kami mengambil keputusan utk singgah solat & makan2 dulu kat Mesra Mall, Kemasik. Ni 1st time kami sampai, selalunya lalu jer. Macam2 ada.. actually ada Giant dalamnya, dah penuh dgn barang2 tp blm beroperasi coz katanya YB tak luluskan utk buka & nak bawa balik ke Kampungnya @ Kemaman...haha..nasibla.. maka bersiar2la kami di dalamnya sambil menikmati makan petang...


Lepas maghrib kami bertolak ke Kemaman..Kemasik ke Kemaman tak la jauh sgt..so km sampai Kemaman +- 8.30mlm... ija blm sampai.. dengan izinNya kami sempat la menziarahi Kak Ani GPI kat SK Ladang dulu yang telah berpindah ke Kemaman. Dah lama plan nak g tp tak sampai2..so kesempatan yang ada kami manfaatkan sepenuhnya...sempatla berborak2 bertanya khabar & makan kepok.. 10.30mlm kami bertolak ke umah ija..dekat jer Bandar Baru Bukit Mentok.


Maka bermalamla kami di situ... anakanda Hareez Danish pun dah tido...

Keesokkannya (Sabtu 21 Mac 09) kul 10 kami bertolak ke Kuantan. Dah settle kejer, 3 ptg bertolak balik ke Trg.. alhamdulillah selamat walaupun hujan sangat lebat di jalanan...

Ya Allah kami bersyukur atas pemeliharaan Mu terhadap kami...amin Ya Rabb...

Musafir,

;;