cardos31's said :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Segala puji hanya layak untukMu Ya Rabb atas segala nikmat yang tidak ternilai buat kami...

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama memendam rasa untuk menceriakan kembali blog yang hampir usang ini..akhirnya kesempatan yg ada ini ingin kembali ku coretkan sepatah dua cerita.. akhir zaman 24jam rasa tidak cukup, betapa cepatnya masa berlalu... bangun pagi dgn azam yang tinggi moga2 hari ini lebih baik dari semalam.. cuba memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.. ku mohon padaMu ya Rabb bimbinglah kami ke jalan kebenaran ..

Dengan hadirnya zuriat yang dinantikan sekian lama .. hari2 yang dilalui penuh makna dengan melayan keletah dan gelaktawa & jeritan tangisnya.. keletihan mendidik anak2 di sekolah setiap hari akan hilang bila menatap wajah sang penghibur hati mama & baba ini...

29 Oktober 2010 genaplah usia sang penghibur hati mamababa 6 bulan.. alhamdulillah atas kurniaan nikmat kesihatan buat kami sekeluarga... Dengan izinnya & buat pertama kalinya mamababa dapat meluangkan masa membawa bersama sang penghibur hati ini menyertai aktiviti pejabat baba Family Day JPJ K.Trg...

Hari : Jumaat - Sabtu
Tarikh : 29okt - 30okt 2010
Tempat : Sutra Beach Resort, Setiu Terengganu
Peserta : JPJ seluruh negeri Terengganu (+-600org)

11.30 pagi - Bertolak dari teratak Firjah...
12.30 tghari - Tiba di Sutra Beach Resort.. pendaftaran & amik kunci bilik, masuk bilik rehat2... baba g sembahyang Jumaat..
3.00 petang - Sukaneka ibubapa & anak2.. (mamababa & ishraqi menonton ja)
Sambil2 acara mencari belon di celahan pokok sekitar kawasan aktiviti... alhamdulillah rezeki ishraqi, mama ada terjumpa 1 belon berwarna kuning & tercatat hadiah didalamnya HAMPER B..hehe.. rezeki2...
6.30 petang - Selesai acara & rehatkan diri.. mandi , solat..


8.00mlm - Makan malam bersama pengarah serta cabutan bertuah... malangnya baba tidak bertuah... ngak apa2 sih!!

Sabtu 30 Okt 2010
Plan asal pagi2 ada senamrobik & poco2, futsal, bola tampar pantai tdpcuaca tidak mengizinkan.. hujan hujan & hujan..



So lepas sarapan, buat aktiviti sendiri... kekanak riang gumbira memanfaatkan masa di dalam kolam renang...

"Kita merancang, Allah jugak merancang.. sebaik2 perancangan adalah perancangan yang Maha Mengetahui"

12.00 tghari check out... 1.00 petang selamat tiba di teratak FirJah..
Alhamdulillah syukur Ya Rabb atas kurniaan nikmatmu yang melimpah ruah...

Semoga sisa-sisa hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya diiringi petunjuk & hidayahMu serta di bawah keredhaanMu Ya Allah... aminnn Ya Rabbal A'lamin...


SALAM LEBARAN....

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...
Perhimpunan Aidilfitri 2010 seramai 30 orang
dengan hadirnya
2 orang Imam Muda Umar & Ishraqi..
Kemeriahan bertambah....
Tidak sabar menunggu hujung tahun...
Imam Muda & Imam Tua... hehe

* ONE HAPPY FAMILY.... hingga ke syurga amin...


* Harta Ayahbonda.... anak yang soleh & solehah..insyaAllah..


* Bujang2 bersama ayahbonda...


* Kami ber "SEBELAS"....


* Barisan IMAM2 yg bisa menggegarkan dunia.. :)


* Barisan bunga2 di kebun nangka... haha...


* Menantu Lelaki @ Biras2....


* Cucu2 yang memeriahkan teratak nenda..!!!




Minna :
Firdaus , Khadijah & Ishraqi

Selamat malam buat semua ...

Sudah memasuki 29 JUlai bermakna genapla permata hati mama baba ni 3 bln ..
Pantas benar masA berlalu..
Moga anak mama baba ini terus membesar dgn sihat dan cemerlang.

Berukband mama sudah diterminate coz kelembabannya telah melampaui batas
kesabaran penggunanya. Dgn rezeki kurniaannya baba telah berpaling tadah
Pada BB barunya.. Dgn itu mama menggunakan khidmat bakti BB baba mencoret
Di sini sambil menidurkan ishraqi.. Betapa canggihnya teknologi skrg ya,
Berinternet dihujung kuku ... Apa2pun alhamdulillah atas nikmtNya..

Ishraqi pun sudah diulik mimpi indah, mata mama pun dah tak larat nak celik dah..
Mau tidur sudah.. Good nite ..


Alhamdulillah...
Suka hati, riang gembira hati mama & baba
tika mana dapat menyaksikan
kesungguhan anakanda ISHRAQI yang cuba me"meniarap"kan dirinya
seawal jam 6 pagi..
pada 25 Julai 2010..
ketika mana usianya 2 bulan 26 hari...

4 hari lagi,
29 Julai 2010
maka genaplah ISHRAQI 3 bulan..

Cepatnya kemahiran yang ISHRAQI dapat...
sebagaimana cepatnya masa berlalu...
Itulah kurniaanNya...

Sayang selalu anakanda mama & baba
Muhammad Sidqi Ishraqi
















Assalamualaikum....

Alhamdulillah ... kini usia ISHRAQI 2 minggu lebih..
Sangatlah tidak membuat perangai...

Mama & baba boleh tido dgn nyenyaknya..

ISHRAQI akan terjaga dikala pampersnya telah dikotori dgn najis2nya..
minta untuk ditukarkan..
ISHRAQI akan terjaga dikala perutnya menyanyi2 minta disusukan...

Setelah kedua2nya selesai dilaksanakan oleh mamanya..
ISHRAQI akan kembali menyambung mimpi2 indahnya... hihi
Solehnya anak mama & baba ni yer... InsyaAllah...

* Dah pandai senyum tunjuk lesung pipitnya..


Dah hampir sebulan tok, tok wan & toknek nya di Terengganu...
Banyak berkorban untuk mama , baba & ISHRAQI...

Berkali2 sudah merancang utk pulang ke kg halaman..
tp keadaan mama tidak mengizinkan utk bermusafir jauh2..

akhirnya mama & baba membuat keputusan untuk menghantar tok, tokwan & toknek pulang terlebih dahulu ke kg halaman atas bantuan pakcik mat insyaAllah selasa nnti 18 Mei 2010..
Maka mama & ISHRAQI akan dijaga pula oleh tokpitah, ciklah & maktamton...
InsyaAllah bila mama dah sembuh nnti , kita akan segera pulang ye sayang..

Isnin - Khamis ni pula baba terpaksa menghadiri kursus di Johor..

Moga baba selamat pergi & kembali ya...


* ISHRAQI dan tok nek bersedia untuk menunaikan sembahyang..

tp ISHRAQI masih dalam mimpi tu.. hihi


* Tok wan yang setia disamping cucu pertamanya...


"TERIMA KASIH TOK, TOK WAN & TOK NEK ATAS PENGORBANAN INI,
JASA KALIAN TETAP MAMA, BABA & ISHRAQI KENANG SAMPAI BILA2"


Assalamualaikum....

Ini baba ishraqi..
namanya muhammad firdaus....
Ishraqi sayang baba...
Baba sayang mama...
Baba & mama sayang sangat2 kat ISHRAQI...
3 tahun penantian baba & mama berakhir dgn rasminya pada 29 April 2010..
Semoga dengan kehadiran ISHRAQI akan menambahkan seri umahtangga baba & mama..



9 Mei 2010... Hari Ibu...
Dengan ini... ISHRAQI & BABA ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat mama tersayang Khadijah binti Mohd Kasim...
Moga mama akan menjadi ibu mithali, ibu yang terbaik & ibu yang berjaya didunia & akhirat...





PADA : 29 APRIL 2010
HARI : KHAMIS
JAM : 10.58 MALAM

TEMPAT : HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH , K.TRG
BERAT : 3.21 KG


"terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa kalian"

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu...

MasyaAllah lama benar saya tidak mengupdate blog ni ya.. tapi tak kisah pun sbb bukannya berdosa pun kan.. hihi.. sekadar menyimpan memori untuk dikenang masa depan..

Sepanjang tempoh tidak mengupdate blog ni.. banyak benda yang sebelum ni mengganggu pemikiran saya telah dapat saya selesaikan, alhamdulillah atas nikmat & kesempatan yang diberikan..

Antara masalah yang telah berjaya diselesaikan :

* 7 biji lampu yang rosak telah selamat dibaiki ...
* Bilik air yang tersumbat .. siap dibaiki .. terima kasih kepada Penghulu & AJK KIP atas bantuan kalian.
* Peti Sejuk yang selama ni diikat dah boleh ditutup dgn sempurna setelah ditukar getahnya..
* Set langsir rumah siap ditempah & dipasang.. alhamdulillah.. rasa hidup lebih sempurna..


Saya sudah tidak kuat seperti dulu.. termekngot2 sebab perut pun sudah membesar..
Kini usia kandungan saya telah mencecah 36 minggu & bila2 masa saya boleh belayar..
Mohon doa dari semua moga semuanya selamt & dipermudahkan olehNya...

Sekian.. jumpa lagi... dah azan zohor maaa... jom solat!!


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meinta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai @ sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya...

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.


Masaa al khair ... selamat berhujung minggu...


20 Februari 2010 - Sabtu

Hari ni semua guru j-QAF Bahasa Arab Tahun 3 diwajibkan hadir ke "Taklimat Penggunaan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 3, Program j-QAF Negeri Terengganu" yang bertempat di Dewan SK Sultan Sulaiman 1, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, untuk semua sekolah j-QAF Daerah KT, manakala untuk daerah Dungun & Kemaman telah diadakan di Dewan PPD Dungun. Kami telah diberi taklimat cara penggunaan sukatan pelajaran tahun 3 coz utk silibus darjah 3 tahun 2010 telah bertukar sepenuhnya kepada silibus baru.. sesiapa yang ingin mendapatkan RPT terbaru tahun 3 boleh melayari web Bahagian Pembangunan Kurikulum..

Taklimat itu telah dihadiri oleh pegawai2 dari PPD KT & pegawai2 dari JPNT.. Ustaz Wan Fauzi selaku bapa kami Program j-qaf Negeri Terengganu telah menyampaikan sepatah 2 kata berkaitan program j-QAF.. berkali2 beliau mengingatkan bahawa untuk sekolah2 kohot 2005 yang mana murid2 j-QAF yang sulungnya telah mencapai usia 12 tahun akan menentukan samada program ini telah mencapai matlamat @ sebaliknya... mereka masih mempunyai 4 bulan untuk menyempurnakan 4 Objektif program j-QAF tersebut supaya semuanya tercapai...

Berita baik juga untuk semua guru j-QAF yang berhasrat untuk bertukar samada antara daerah @ negeri, EG Tukar akan beroperasi pada April ini & pertukaran akan dibuat pada pertengahan tahun 2010 iaitu bulan JUN... syarat layak memohon EG Tukar ialah guru2 j-QAF tersebut mestilah guru2 j-QAF Kohot 2005 & 2006 sahaja.. huhu...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Gambar yang tiada kaitan.. tetiba rindu pada kekanak niii... uummmuuuaaahhhh!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni jugak SK Ladang telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2010... tak dapatlah jurukamera ni menjalankan tugasnya.. huhu... Harap2 semuanya berjalan lancar la yer..

Selesai taklimat, saya tidak terus pulang sebaliknya merayap2 dulu di Hyperuncit Sabasun.. bukan sesaja gi tp ada tujuannya ya.. nak amik cek ABR Mumtaz (produk LeGa) tp elok sampai kak inah dah rehat.. tak dapekla nak mengambiknya... Then ke Giant, nak tebus stamp Giant yang telah berjaya dikumpul sebanyak 92 keping... malangnya tak dapat nak tebus coz tak der barang. So just tinggalkan nama & nombor tel, katanya nnti barang dah sampai pihak giant akan call... whatever lah, kalau ada rezeki ada la tu kann...

3.30 petang kembali ke teratak FirJah.... berehat sahaja di petang hujung minggu ini sambil menyiapkan beberapa kerja yang perlu diselesaikan..

Wallahua'lam...

Salam hujung minggu buat semua.. moga sihat hendaknya..

Kutitipkan doa buat bonda tersayang moga kembali sihat wala'fiat seperti sediakala...
"Ya Allah.. ampunkan dosa kami, dosa kedua ibubapa kami.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kecil.. Ya Allah .. Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna buat kedua ibu bapa kami Ya Allah.. Moga ujian2 kecil ini dapat menghapuskan segala dosa mereka Ya Allah. terimalah taubat kami Ya Allah.."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Februari 2010

Seawal 7 pagi saya keluar ke sekolah. Selalunya kalau kuar awal2 ni bukannya sekolah yang dituju tapi disebabkan ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Saya sangat happy stay di KT ni coz lokasi teratak & tempat kerja kami di tengah2 bandar KT.. andai mempunyai urusan berkaitan bank saya tak perlu bersesak2 di sebelah petang utk mencari2 parking sebaliknya saya boleh selesaikannya di awal pagi.. itupun kalau yang tidak bersangkut paut dgn kaunter la...

Selesai tugasan saya ke sekolah.. 7.30 pagi tiba di pintu pagar sekolah. Dalam hati.. "lega, hari ni kelas tak banyak". Pagi ni boleh la rehat2 sambil tanda buku bebudak ni coz ada 2 kelas lepas rehat.... asyik membuat kerja di bilik guru, tiba2 bebudak tahun 4 mencari2 kelibat ustazah khadijah.. katanya: "ustazah, kelas bising.. masa ustazah sekarang".. aik saya yang penuh kehairanan... rupanya sejak bertukarnya GPI & masuknya cikgu baru selasa lalu , semua jadual sudah berubah.. so, terus masuk kelas tanpa tengok jadual baru.. selesai kelas, PK1 menyerahkan jadual baru.. alamak, macam tak best ja jadual baru ni.. apa2pun kena terima la.. katanya akan berubah pulak coz akan ada sorang lagi cikgu akan masuk.. buat masa sekarang guna jer dulu jadual tu. So utk hari khamis jadual padat la jugak..Selesai sesi persekolahan.. solat Zohor di kelas Pra.

NAK GI HAJI....!!!

Sekian lama menyimpan hasrat untuk mendaftarkan diri & suami sebagai bakal Jemaah Haji di TH tidak tercapai disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan , akhirnya 18 Feb 2010 hasrat itu tercapai jua... alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. walaupun baru sekadar mendaftar, hati terasa sedikit lega. At least dah ada nama walaupun 20 tahun lagi nama bakal ditawarkan ke sana.

Sepatutnya , utk mendaftarkan diri syaratnya kena hadir sendiri kononnya perlukan cop jari.. ketika mana saya bertanyakan tentang prosedur mendaftar haji untuk diri sendiri & suami di kaunter itu, katanya.. "kena datang sendiri dik"... alamak hati sedikit hampa, penat2 naik tangga tak boleh plak nak daftar.. boleh saya daftar utk diri tapi tidak utk suami. Kalau nak gi sama2 seeloknya daftar bersama, kalau daftar pada masa yang berlainan kemungkinan utk pergi bersama tu agak sukar, katanya. So saya batalkan utk mendaftar pada masa tersebut & berhasrat moga2 ada masa utk datang bersama sang suami (maklumla... masing2 keja, elok2 abis time keja TH pun tutup gak..huhu).

Dah kata tak boleh, takpa la.. sebelum turun saya duduk berehat seketika di kerusi depan kaunter tu menghilangkan lelah menaiki tangga tadi.. tiba2 kakak kaunter tu panggil semula.. mungkin dia tengok gelagat sang labu yang kelelahan ini kot, sedikit terasa simpati laaaa (penat2 naik tangga tp tak leh daftar plak).. hihi.. untung jugak menjadi sang labu ini yer coz banyak benda orang akan dahulukan kita.. hehe.. alhamdulillah..

Kakak kaunter tu panggil untuk tolong daftarkan saya & suami walaupun tanpa kehadiran empunya diri.. bukan susah pun nak daftar, just bagi no IC, Nama penuh, nama datuk & RM1300 dalam akaun akan dibekukan.. tak pulak dia minta jari saya utk dicop.. awal2 tadi kata nak cop jari.. apa kesss!!! tapi apa2pun saya sgt berterima kasih kepada kakak kaunter tu yang sudi menghulurkan bantuan untuk saya.. hihi..Beberapa minit kemudian, urusan pendaftaran selesai.. saya diberikan 2 helai kertas maklumat diri & tahun yang ditawarkan untuk menunaikan haji iaitu pada 2030 masihi... 20 tahun dari sekarang.. huhhhhh... sempatkah diri ini & sang suami utk 20 tahun akan datang??? apa2pun doa yang kami pohonkan moga dipercepatkan untuk urusan itu dengan lengkapnya semua syarat... moga Allah permudahkan segala urusan kami...

Selesai semua urusan.. saya kembali ke teratak untuk berehat & menunaikan solat asar. Petangnya perlu hadirkan diri @ Pantai Batu Burok untuk latihan Larian Pantai.. 5 petang ke pantai & 7 petang berakhirnya latihan tersebut... Kembali ke teratak membersihkan diri, solat maghrib, baca quran & masak untuk makan malam... Alhamdulillah masih diberi kekuatan.. Maka berakhirlah aktiviti 18 Feb 2010...




Assalamualaikum buat semua.. moga sihat dan hidup sentiasa dirahmatiNya...

Lama bebenor tidak mencoret disini.. tetiba rindu plak rasa nak menulis sepatah dua khabar berita.... saya & bakal permata hati ini sekarang sihat2 ajer.. bertambah2 sihat.. alhamdulilah masih diberi kesempatan utk mengecapi nikmatNya yang tak ternilai yang mana kadangkala kita terleka utk mensyukurinya.... alhamdulillah, alhamdulillah , alhamdulillah...

Jam 10 malam tadi kami selamat sampai diteratak ini.. dengan lesunya kami membaringkan diri setelah 10 jam bermusafir di bawah sinaran mentari yang sangat lah terik sehingga terbenamnya metari itu..... hari ni 17 Feb 2010, diri rasa letih & lesu.. lalu hp dicapai, mohon cuti (mc) sehari lagi dari GB (tq GB).. seharian berehat & petangnya ke klinik utk check up bulanan seterusnya memohon mc... check up macam biasa cuma ditambah dengan cucuk dibahu untuk mengelakkan kancing gigi.. apa lagi lenguh la tangan niii... huhuhu...

Alhamdulillah.. Sangat berpuas hati dapat bercuti di kampung halaman walaupun cuma beberapa hari.. dapat bemain dengan kekanak yang sgt cute miut itu.. UMAR yang sangat tidak membuat perangai.. ANAS yang sgt cumel.. MUAZ & AMMAR yang petah dalam berkata2... ALONG & ANGAH yang mulut tak abis2 dgn sifir sistem maqdarnya.. AUFA yang bercakap seperti orang2 tua.. HANIF yang sangat lucu dengan bacaan al quran konon2nya "inNAKA".. FARHANA tak sempat nak bermain coz kejap ja jumpa.. NUHA pulak dengan sombongnya tak nak balik umah tok pitah.. hihi... aduhhh rindunyaaa pada kalian semua...

Kini kami di sini kembali, tanpa saudara mara hanya rakan taulan tempat mengadu.. menghitung hari. Mohon yang terbaik di masa hadapan, dipermudahkan segala urusan.. kita hanya merancang, Dia juga merancang.. tetapi sebaik2 perancangan adalah perancanganNya...

Doa kami jugak untuk BONDA tersayang.. moga cepat sembuh & sihat seperti sediakala...

Salam hujung minggu buat semua...

Rutin hujung minggu saya still benda yang sama..
mengemas, mengemas & terus mengemas...
Memandangkan banyak lagi yang tak terkemas,
so masa dihabiskan dengan mengemas la di hujung minggu..
hari2 persekolahan balik umah tak sempat nak buat semua tu..

Banyak lagi tak settle.. langsir belum ditempah, kain baju masih dalam beg, barang2 umah lama ada lagi sekali amik, bilik air tetamu masih tersumbat.. pendek kata : kehidupan belum selesa...

Alhamdulillah mesyuarat KIP selesai dijalankan.. sudah mengenali jiran tetangga... semuanya baik2 belaka.. terutamanya blok A yang kami diami ini... 29 Januari 2010 akan diadakan gotong-royong.. lebih menekankan 3K, Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan.. Moga program ini lebih mengakrabkan lagi silaturrahim sesama penghuni...

* Kesibukan mengemas ofis hubby yang sedang proses melaksanakan 5S..
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa Amal


Sekian...

Salam hujung minggu buat semua..

01012010 di umah baru.. bukan umah sendiri tapi kuarters guru..
Kami mengambil keputusan untuk berpindah ke sini atas sebab2 tertentu..
atas bantuan mereka yang terlibat.. akhirnya proses perpindahan sudah selesai..

Jutaan terima kasih kepada :
* mak & ayah mertua yang banyak membantu ...
* Pekerja sekolah yang sudi menolong .. kak mah & kak sah..
* Staff2 JPJ yang sanggup menggadaikan malam tahun baru mengangkat barang2 kami..

Kini .. kami sudah disini..



Rumah ok cuma beberapa tempat yang perlu diperbaiki...
Kawasan buat masa ini agak tidak terurus...
Isnin ni 11 Jan 2010, diwajibkan semua penghuni menghadiri mesyuarat kuarters bertempat di Dewan SMKSS yang dihadiri oleh pegawai PPD...

;;