cardos31's said :

Salam buat semua.. bertemu kembali kita di hari jumaat.. moga semuanya sihat2 sentiasa..


Setelah sekian lama tidak membakar lemak.. minggu ini tiada program di dalam kalendar jadi kami bersepakat untuk membakar lemak masing2.. yang mana sudah membuncit dengan lemak tanpa isi.. hihi..

Pagi tadi kami ke Gym di Hotel Primula... then berjalan2 di tepi pantai Batu Burok.. lamanya tak ambil angin tepi pantai ni.. tp tak lama pun di situ coz my hubby nak kena ke ofis plak pagi ni, ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan..
Lepas bersenam... pekena roti canai plak.. aiyoo apa nak jadi???

*Gambar sekadar kenangan...




Salam buat semua...

Entry ni khas untuk tatapan kak pah.. atas permintaan kak pah nak tgk tilam lipat 3 tu, so hari ni saya berkesempatan meng'upload'kan gambar tilam yang dimaksudkan..

Saya borongnya di Parkson EastCoastMall, Kuantan dengan harga RM69.90... tilam ni bukan untuk diri sendiri tapi untuk bonda saya di kampung...

Setakat itu sahaja.. kak pah, kalau berminat bolehlah memilikinya dengan memborongnya di sana.. kalau tetamu datang umah senang.. boleh angkat ke sana ke mari... sampai sini sahaja..tata...





Salam hari Selasa.. moga sihat hendaknya...

Hati sudah happy coz teman berbicara sudah kembali di sisi.. semlaam lebih kurang kul 1 pagi beliau tiba di teratak.. kesian letihh!! hari ini masuk ofis plak, ada meeting & kena g ke Setiu.. aduhai kerja!! amanah Allah tetap kena laksanakan.. Moga hidup diberkatiNya.

Malam kelmarin, asyik membasuh baju & atas kelalaian saya.. "teman" kesayangan my hubby jugak saya mandikan.. thah mcmna boleh jadi gitu.. padahal dah check sebelum tu tak plak terpegang barang2 kesayangannya tu.. time nak sidai tu baru tersedar ada benda yang tak sepatutnya dalam mesin itu.. call my hubby mohon maaf atas kelalaian untuk kali kedua ni, nasib baik my hubby sangatlah baik hati.. cool ajer beliau. Sememangnya beliau seorang yang cool. tak pernah tinggi suara.. jauh sekali naik tangan. Cubit2 manja tu biasala.. sorry ye sayang!!

Dulu pernah sekali earphone yang saya mandikan tp ok ja boleh guna seperti biasa.... kali ni earphone beserta MP3 plak... adoiii!!! careless btoi la sang isteri ni.. siap jemur baju2 tu di ampaian, saya try test MP3 & earphone tu.. earphone bereh tak jadi bende2 pun, masih seperti sedia kala.. tp MP3 tu.. boleh on tp saya ni tak reti plak nak menggunakannya.. maklumlah tak pernh guna.. lepas test2, bateri pun dah kong..last2 dah tak menyala.. so, apa lagi keesokkannya kena la bawa berjumpa doktornya di Kedai Komputer Mydin.. terpaksala antar waranty.. mungkin sebulan nnti baru tau boleh guna ke tidaknya "teman" kesayangan my hubby itu... ampunkan adinda wahai kekandaku yang baik hati... JANJI lepas ni akan cuba tidak careless lagi...

p/s : moral of the story.. buat sang2 isteri & sesapa yang sentiasa menggunakan perkhidmatan mesin basuh.. SILA periksa betul2 segala bende yang ada dalam poket2 baju, seluar, swearter & sewaktu dengannya.. jangan jadi macam saya!!! wallahua'lam...

Salam di awal sya'ban... moga diri kita sentiasa dekat denganNya..

"Mangli" sepatah perkataan yang biasa digunakan oleh oghang2 Kedah yang bermaksud "dah jadi biasa"...
Apa yang "mangli"nya saya?? huhu.. saya sudah mangli bersendirian ditinggalkan teman sehidup semati saya yang terpaksa ke luar daerah atas urusan kerja.. hari ini & esok saya sekali lagi bersendirian tanpa teman berbicara.. seawal 10.00 pagi tadi my hubby bertolak ke Putrajaya bersama beberapa pegawai JPJ by car... InsyaAllah Selasa ini beliau akan kembali ke teratak ini.

Petang tadi , balik dari mengajar KAFA saya berehat seketika.. selepas selesai menguruskan diri, saya ke dapur & hanya memasak ala kadar sahaja untuk diri sendiri...

Malam... kul 8 anak2 jiran datang mengaji Quran. Dan malam ini anak murid saya bertambah seorang dengan hadirnya anak cikgu sekolah saya yang tinggal di Blok A (kuarters ni) sebelah blok saya.. sebenarnya dah lama mamanya inform nak antar anak datang mengaji tp belum berkesempatan.. so malam ni papanya yang antar sampai tingkat 3. Apa2pun sangat dialu-alukan... ustazah sudi memberi tunjuk ajar pada kalian!!

Plan untuk malam ni nak settlekan rekod kehadiran solat jemaah di SKL.. esok ada meeting guru. Takut2 GB tanya plak, so bersedia dahulu sebelum terkena.. hihi..
Di samping itu jugak saya berhajat untuk menonton HALAQAH yang telah diadakan di kedah sempena Ekspo Kedah Sejahtera @ Laguna Merbok, Sg Petani..

Jom tonton sesama.. menambah ilmu di dada...!!

Salam hujung minggu buat semua.. moga bahagia di samping orang2 tersayang..

Rejab berlalu... kini Sya'ban... Ramadhan menanti!! Semoga kita dipanjangkan usia & kesihatan yang sempurna & dapat menikmati kembali bulan yang dinanti.. Ramadhan Karim!! Moga kita diberi kekuatan dapat menambahkan & mendekatkan diri denganNya...

Masihi pula kita hampir ke bulan kemerdekaan... di mana2 sahaja dipenuhi dengan iklan2 mega sales.. rupanya saya jugak terpengaruh dengan mega sales ini , terpengaruh bukan kerana kehendak tetapi keperluan... hihi.. boleh caye ke?? yes, sangat boleh percaya...
Jika diikutkan kehendak, mau borong belake.. 1st Lady jugak banyak salesnya, sangat cantik pakaian2 yang pattern baru2 tp itu bukan keperluan saya buat masa sekarang.. jadi jeling sebelah mata je la.. ingat, beli yang keperluan bukan kehendak!!!

Sekian lama saya mencari & terus mencari!! my bonda dah lama memesan tilam lipat 3 seperti yang saya gunakan di teratak firjah ini.. kedai yang saya beli dulu, kata tokey itu, stoknya sudah abis...

Kelmarin kami telah ke EastCoastMall Kuantan atas urusan kerja, banyak jugak la sales nya.. so saya terjumpa dengan tilam yang saya cari selama ini.. sukanya!! Hanya RM69.90...balik bulan 8 nanti akan saya bawa ia bersama ke teratak bonda.. yahoooo!!

Di samping itu, saya jugak tercari2 cadar2 yang berkenan di hati untuk digunakan harian.. alhamdulillah ada jugak dengan sales 70% - 80%... thah la btul ke tidak.. org kata, kalau time sales ni diaorang angkat harga melambung, then buat la sales hampir 80%.. so jadi la sgt2 murah di pandangan kita.. kebenarannya tidak pasti..

Tapi yang pasti saya telah membeli :



Queen Fitted Sheet Set
1 Queen Fitted Sheet Set to fit mattress size up to 23cm
2 Pillow Cases
1 Bolster Case
100% Fine Cotton
Warna : Hijau Kuning sedondon dgn dinding bilik hijau


Harga asal : RM 219
70% : RM 39.90

Jugak telah menerima pesanan dari my kanda ummai yang jugak berminat utk memilikinya.. tetapi corak yang berlainan la...

p/s : Pesanan buat semua & diri sendiri... waspada dengan mega sales ini..
jangan kita digolongkan dengan orang2 yang membazir..
Beli lah yang KEPERLUAN, bukan KEHENDAK!!!

Masaaalkhair buat semua pembaca...

Seperti yang pernah saya ceritakan en3 terdahulu, di mana saya telah mengalami sakit mata & ada sesuatu di mata saya. Awal bulan Jun yang lalu, semasa dalam perjalanan pulang yang jauh saya mengalami sakit mata yang tak terhingga & menyebabkan saya tidak dapat meneruskan pemanduan saya & sakit itu telah menular ke kepala. Keesokkannya saya membuat rawatan mata di Pakar Mata Azman..

Kata Dr. Azman : "Ini masalah selaput, sebaiknya dibedah & dibuang selaput itu sebelum terkena & tertutup mata hitam. Jadi jika berkemampuan boleh membuat pembedahan itu di kliniknya & kosnya agak beribu la"

Setelah dimaklumkan kepada keluarga, mertua saya yang sangat pemurah & baik hatinya nak menanggung semua kos perbelanjaan itu memandangkan kewangan kami agak terhad, terima kasih mak ayah atas tawaran itu... tp saya masyaAllah rasa dah malu nak terima semua bantuan dari mertua. Dah banyak kali kami menyusahkan mak ayah...

Setelah berbincang dengan my hubby, kami mengambil keputusan untuk cuba mendapat & menjalani rawatan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah KT (HSNZ) terlebih dahulu. Kemudian dengan surat sokongan Pakar Mata Azman & bantuan jiran saya yang bekerja di HSNZ, saya telah mendapat tarikh temujanjinya pada hari ini Selasa , 21 Julai 2009, 9.00 pagi.

Alhamdulillah syukur atas nikmatNya, sepanjang 26 tahun hidup ni saya jarang diuji dengan penyakit2 yang kronik yang perlu berulang alik ke hospital.Pendek kata saya jarang menerima perkhidmatan di hospital kerajaan. Kalau ke hospital pun sekadar menziarahi.

Pagi tadi, saya ke sekolah seperti biasa. 8.30 pagi saya mengisi borang untuk ke hospital. 9.05 pagi saya sampai di kaunter pendaftaran.. setelah ditunjuk surat sokongan itu,

kata petugas kaunter itu : "adik naik tingkat 1, ke kaunter Pakar Mata"..

saya yang menurut perintah terus ke tingkat 1.
sesampainya saya sekali lagi menunjukkan surat tadi,

kata si A ini : "oo.. kita buat appoinment dulu ya"..

saya : "aik, appoinment? saya dah buat appoinment beberapa minggu lepas, tu dia dah bagi tarikh harini & masa nya" sambil menunjukkan tarikh di surat tu.

Si A : "Ish , bakpe yang ye tulis kat sini, geram betul" si A tu mengata2 dengan kawannya tanda tidak berpuas hati dengan cara penulisan di surat itu.

Kemudian, kata si A : "akak g kaunter bawah tu daftar dulu yer"
(dalam hati : e'eleh tadi suh naik sini, ni turun bawah plak. ikut ja la)

Selesai pendaftaran, saya naik atas semula mengambil nombor giliran (no saya 0030) & menunggu.. agak lama menunggu...

Di depan kaunter telah terlulis ,lebih kurang begini maksudnya
"nombor akan dipanggil tidak mengikut turutan tetapi mengikut keperluan doktor"
"Rawatan mata berperingkat & mengambil masa yang lama, harap bersabar"

Bermacam2 ragam dah orang menunggu sebab lama sangat & sangat lah lambat prosesnya.. hampir sejam nombor saya di panggil ke bilik 1.. bilik 1 just ujian penglihatan yang selalu kita buat.. tgk & baca huruf2 dengan sebelah mata. Sekejap jer siap.. kemudian sesiapa yang siap di bilik 1 diminta duduk semula di depan tempat menunggu tadi..
haaa time ni lah lama plak nak menunggu... aiyoo yoo... patutlah orang sanggup bayar beribu buat rawatan di klinik swasta.

Kemudian nombor saya dipanggil utk ke bilik 3... jumpa doktor tapi saya rasa tu bukan doktor pakar sbb nampak muda2 lagi & 1 bilik tu ada 2 orang doktor & 2 pesakit ... saya dirawat & ditanya beberapa soalan. Kemudian, sekali lagi diperiksa mata menggunakan alatnya..

kata doktor : "kejap lagi saya akan letakkan ubat untuk kembangkan mata hitam & check glukoma samada ada malasah ke tak. Lepas letak ubat tu, mata akan jadi kabur dalam tempoh 3 4 jam.. so tak boleh la nak drive dalam tempoh tu"

Lepas letak ubat, kata doktor : " ok tunggu di luar, 15 minit lagi saya akan panggil semula"

Beberapa minit kemudian setelah diletakkan ubat tu.. adoi pening jadinya.. penglihatan jadi kabur. Msg sampai pun dah tak boleh nak baca.. tulisan jadi kembang. Terus telefon my hubby suh teman sementara menunggu masa untuk balik selepas jumpa doktor kali ke 3.
15 minit kata doktor nak panggil semula... tp hampir sejam baru saya dipanggil semula. Kali ni bilik 4 plak..huh nasibla...Mata hitam pun dah mengembang, doktor check sekali lagi guna alat itu.. aduh sakit la plak.

Siap check, jumpa doktor lain plak di bilik 4, kata doktor: "selaput ni sikit jer, kalau operate pun tak dak ape. Kena tunggu selaput tu masuk mata hitam dulu baru boleh operate"

saya : "oo ye ke? so tak yah buang lagi la..abis tu kalau drive, kena aircond sakit macam mana?"

Doktor : " haa yang tu mmg biasa.. kalau operate pun sikit sangat"

Saya : "ubat akan dibagi tak?"

Doktor :"Ubat tak dak, kalau ada pun eyemo je la"

Saya : "ooo..." tanda faham & malas dah nak berkata2

Jam 12 lebih siap diperiksa.. saya diminta membawa dokumen2 tu ke kaunter depan. Sampai di kaunter

si A tadi berkata : "Siap dah kan, nanti dalam setahun lagi kalau dah kena mata hitam & merah2 mari semula ah"

Hai konpius saya jadinya.. di sana suruh operate buang sebelum kena mata hitam, di sini plak tak boleh operate lagi selagi tak kena mata hitam... mana satu saya nak ikut ni??tolongggg!!! kalau tak sakit tak kisah ja.. tp selalu bermusafir ni payah jugak la. Malam lagi la tak boleh nak drive langsung, silau...

Malas dah nak berlama-lama disitu, kami pun beredar. TAQ31 yang dibawa tadi terpaksa ditinggalkan di parking tu buat sementara waktu kerana mata saya masih kabur & tak boleh nak drive. Sampai di umah, selepas solat saya rehat jer. Petangnya hampir senja baru g ambik semula TAQ31.

Petang tadi, jiran saya yang tolong settlekan appoinment saya tempohari menelefon bertanyakan ttg appoinment td. Katanya dia ada tanya Dr. kalau operate mcmana. Kata Dr. kalau operate lagi cepat tumbuh semula & cepat merebak... & beliau bertanya lagi samada saya berjumpa Dr Pakar @ tidak pagi tadi. Saya pun menjawab, "thah bukan pakar kot". So beliau menawarkan diri sekali lagi untuk membuat semula appoinment & akan memastikan saya dapat berjumpa dengan Dr. yang betul2 pakar (nama Dr tersebut disebut tp saya lupa, Dr tu kawan beliau)

Adoi.. makin konfius saya.. Dr. Pakar Azman ada bagitau, kliniknya ada ubat titik tp just utk kecutkan saja tak kan hilang, sbb tu kena operate, akan hilang. Dr tak pula cakap kalau operate akan cepat tumbuh & lagi cepat merebak. Tp doktor kerajaan sebaliknya.

Huhu... moga setiap keputusan yang dibuat sentiasa diiringi dengan petunjukNya..

p/s : Doakan kesihatan & kesejahteraan saya.. terima kasih

"Selamat Menyambut Israk & Mikraj.. semoga kita dapat menghayati peristiwa di sebalik Israk Mikraj"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sambungan ...

12 Julai 2009 - Di Bangi Selesai sarapan pagi, kami berehat2. Plan awal saya & my hubby nak ke KUIS sesajer nak tgk2 tak pernah lagi menjenguk KUIS walaupun selalu ke Bangi.. di samping tu plannya nak jumpa adik ila rakan blogger saya.. tup2.. rancangan terpaksa dibatalkan kerana menerima tawaran lain iaitu ke Nilai bersama pak cik & mak cik sekeluarga. Lebih kurang 10 pagi kami bertolak.. bangi ke nilai dekat ajer.. dalam 20 minit jer.. tujuan utama shopping la... sempat kami membeli kain pasang tema untuk majlis Disember nanti bertemakan HIJAU...

Dah siap membeli, belah la..apa tunggu lagi.. hihi.. beratus la jugak bagi ke tokey kedai kat Nilai 3 tu..haha.. siap membeli baju raya bertemakan Biru di Naka, Hijau di Jitra.. Sampai umah solat zohor, makan tengahari , rehat, solat asar & meneruskan agenda paling penting.. menju ke KLIA...

5.00 petang.. 3 buah kereta kami berkonvoi ke KLIA meraikan pemergian adinda bongsu Muhammad Syafiq ke India untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan.. Selamat Tinggal Syafiq... semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!!!

Saksikan gambar2 kenangan itu...

* Meriahnya... bang di, kak long, syafiq..


*Bersama ayahbonda tercinta...


* Lima beradik bersama bonda tersayang...


* Fiq bersama sepupunya.. aina, zaim & sarah


* Fiq bersama rakan taulan..

Salam hari jumaat untuk semua.. weekend kembali lagi.. syukur atas nikmat usia dariNya..

Cerita lama.. hampir seminggu berlalu.. tp tetap nak dipatrikan di sini.
Jumaat minggu lepas 10 Julai 09 , saya bermusafir ke KL atas urusan keluarga untuk meraikan beberapa agenda bersama keluarga mertua. 10.00 pagi bertolak by Sani Ekspress.. 5.30 petang baru sampai Hentian Putra.. ni kali ke dua sampai di hentian putra.. aduh sangat tidak cekap & tidak biasa jalan & tempat2 kat hentian putra ni.. jadi bingung jugak saya dibuatnya.. nasib baik ada org leh la tanya2 tempat yang ingin dituju...

Akhirnya saya naik Star & transit di Masjid Jamek & amik LRT ke Kerinchi.. masyaAllah ramai bangat manusia time tu coz masing2 baru balik keje.. 2X LRT tak boleh nak masuk macam tin sardin padatnya.. kali ke 3 LRT sampai baru leh naik.. itu pun terpaksa la mengecilkan diri.. huh.. dah lama tak lalui kehidupan yang sangat sesak gitu.. poning jadinya... 6.15 petang sampai Kerinchi.
My kanda ummai & anak2 bijak pandainya Muaz & Ammar datang menjemput saya & my hubby.. kami kembali ke UMKL untuk solat Asar.. then balik Damansara solat maghrib. Lepas Maghrib kami se Sg Buloh menjamu selera... alhamdulillah sekian lama tak makan satay, dapat jugak melahapnya malam itu.. Kembali ke Damansara.. anakanda muaz & ammar sangat happy mak ndak & pakNdaknya datang damansara.. macam2 dia bercerita.. ditunjuknya kertas exam dia yang lalu.. bijak bijak !! semuanya 100% kecuali agama.. dapat no 1 plak tu dalam kelas.. syatir la muaz ni...

* Si comel anas jugak makan satay.. hihi...pandai plak dia makan..


Keesokkannya 11 Julai 09 - Sabtu
Plan awal nak ke Bangi dgn komuter jer.. tp my ipar offer nak antar, so apalagi jalanlah.. kalau nek komuter awal la kena keluar umah.. tp oleh kerana my ipar sekeluarga nak antar bolelah kami berlama-lama di umahnya.. sempatla mengemas & lipat2 kain yang hampir selori haha.. muaz & ammar suka sangat sbb mak ndak & pak Nadaknya stay lama jugak kat damansara.. muaz ni agak sensitifla orgnya seperti entry2 yang lalu telah diceritakan, beliau akan sedih apabila keramaian org di rumahnya akn berkurang.. tak dapat tidak kami tak boleh bermalam di Damansara malam itu coz ada agenda lain yang menunggu di Bangi..

3.00 petang itu kami bertolak ke Bangi... meriahnya dalam kereta, tak berenti2 anak2 ni bercerita.. happynya leh layan karenah anak bijak ini.. hampir sampai di Bangi tiba2 Muaz senyap.. eh.. heran plak nape si bijak ni tiba2 senyap.. macam2 dipujuk, makan la jugak pujukan mak ndaknya.. sampai umah kak long, kami naik atas dulu.. langkah kanan, ada buah-buahan tempatan yang dibawa dari Kedah... makan2.. tup2 muaz senyap kembali & meniarap di belakang mamanya... beberapa ketika dipujuk2 & ditanya2.. huhu..waaaaa menangis si bijak ini kerana sedih nak berpisah dgn makndak & pak ndaknya..
katanya "nak ikut g KLIA jugak"..
mak ndak jawab " tak boleh la ikut, kalau muaz ikut nanti macamana nak balik Damansara, mak ndak & pak ndak nak balik Trengganu naik bas je. Nanti bulan 8 yer kita jumpa semula kat kedah"..
jawab si anak bijak :"bulan 8 lambat lagi...hhhuuuuuuuu"...
adui sedihnya makndak dgn si bijak ini...

Muaz muaz... sedihnya dia... kalau lah Terengganu ke KL 2 jam jer.. pasti tiap minggu makndak &pak ndak datang jumpa muaz & adik2. tapi apakan daya... nanti yer muaz kita jumpa kat kedah...

Hampir kul 4.00 petang, mereka bertolak balik ke Damansara.. time antar muaz kat keta, ditariknya tangan makndak suh naik kereta sama balik ke Damansara sambil menangis... aduhai muaz buat mak ndak sebak laaa... huhu...

Selepas Asar kami sekeluarga 3 buah keta menuju Bandar Baru Bangi memenuhi jemputan minum petang di sana... TQ ya tuan rumah!!! sedap2 makanannya... semoga ikatan yang akan dibina berkekalan & diberkatiNya...

Salam buat semua pengunjung setia Cardos31's Blog... terima kasih atas kunjungan setia anda walaupun tak ter'update' blog ni..

Hampir seminggu saya tidak meng'update' blog ni.. 4 hari 3 malam di KL.. semalam 6.15 petang baru sampai KT setelah 9 jam bermusafir by Sani Ekspress.. lamanya.. amat meletihkan..

2 hari saya bercuti tanpa ke sekolah.. ohhh!! rindu plak ke bebudak ni.. hari ni datang semula ke sekolah tanpa memakai uniform puteri islam.. gara2 keletihan, saya tidak ter'iron' uniform tersebut .. so cari jer baju2 yang tak perlu iron..

Memulakan kerja hari ni dengan mendapat surat yang tak diundang.. hari ni 14 Julai 09, 2.30 petang, bertempat di Makmal Komputer JPNT saya perlu menghadirkan diri untuk taklimat SSQS.. saya pun tidak celik apa itu SSQS... actually 2 minggu lepas saya hanya diminta bantuan untuk membantu guru ICT.. tup2 hari ni kena plak g taklimat tersebut... nama pun arahan terpaksa la saya mengikutinya...

Banyak benda yang nak di ceritakan & diabadikan disini kisah 4 hari 3 malam di KL.. tp sekarang masa tidak mengizinkan.. perut pun dah lapo ni.. jap lagi ada kelas.. ni sesajer menghabiskan masa di makmal coz tak der kelas td...

ok.. jumpa lagi... assalamualaikum...

Selamat malam buat semua...

Malam ni saya rasa agak sedikit damaila sbb ada peneman... hehe.. cuba teka sape insan bertuah yang rajin menemankan saya???hihi...jawapannya.....

anak2 murid saya tahun 6 seramai 3 orang... hehehe..

baik betul ustazah ni kan.. huhu...
Actually saya tak la mengajar tahun 6 tp saya sgt baik dgn mereka...
saya mmg suka berkawan dgn kekanak ni.. bila rapat dgn diaorang ni senang skit ustazah nak tegur apa2 yang patut..hihi.. nama pun murid, pantang ustazah kata ape2 pasti ikut... gitula saya kecik2 dulu, sgt rapat dengan cikgu2...

Berbalik kepada tajuk en3 saya kali ni..." alamak, mcmana nak terangkan & jawab soalan2 ni"... sebenarnya, mulai 1 Julai ritu saya telah mengajar kelas KAFA menggantikan guru yang cuti bersalin. Saya mengajar tahun 2 & 3...
Hari Isnin baru2 ni saya kena mengajar ibadah tahun 3...
Kebetulannya ustazah tu berenti pada tajuk baru & saya yang kena mengambil alih tugasnya mengajar tajuk baru tersebut...
Tajuknya : "Mandi Wajib"

Dalam silibus yang bertajuk mandi wajib tu, ada takrif mandi wajib, sebab2 mandi wajib, hukum mandi wajib & lain2...
Aduh.. pusing jugak ustazah jadinya.. mcamna nak terang ke budak2 tahun 3 ni ...

sebab mandi wajib ada 6 :
1) berse****h
2) keluar air m***
3) keluar darah h***
4) nifas
5) wiladah
6) mati selain mati syahid

Sebab 1 & 2 tu mmg sangat sukar nak saya terangkan.. bebudak zaman sekarang ni tak macam kita dulu.. tahun 3 tuu bengong lagi bab2 ni.. apa ustazah kabo, kita hanya mengiyakan...
tp budak zaman sekarang ni.. adoi!!! gawat... soalan2 yang agak power & kadang2 buat saya tergelak & takut... time kita nak terang tu macam2 menyampuknya... sangat sukar bagi saya nak terang, kemahiran menerang masih lemah, saya tak tau sgt mcmana cara menerangkan bab2 ni secara terbaik... kalau bab lain ok, tp bab2 ni aiiyooo yyooo!!!

saya rasa nak tergelak sbb solannya agak kelakar...
tapi saya sangat takut coz pengetahuan dia sangat meluas dalam hal ni walaupun masih di usia 9 tahun, murid lelaki terutamanya..
bila saya tanya mana kamu tau?? ada yang menjawab, sepupu saya cerita itu & ini... pengetahuan mereka seolah2 dah lama terdedah dgn bab2 ni (s*x)... dan ada jugak di kalangan mereka tu tahun 1 dulu dia tersalah cerita kat ustazah2 .. katanya kat umah dia tengok cd org c**m2, p***k2 atas katill...
apa maknanya tu??? huhhhh... takutnya dengar.. tahun 1 dah tau!!!
bila ditanya mana kamu tgk, cd sape? katanya "ada kat rak tv umah kite, abang kite punya"
Ya Allah selamatkanlah mereka!! sangat mencabar mendidik anak2 zaman sekarang ni...

Ya Allah berilah kami kekuatan & kesabaran dalam mendidik anak2 ini menjadi insan yang taat & patuh kepada perintahMu...

p/s : kepada sesiapa yang berpengalaman mengajar bab2 ni pada anak2 murid anda, mohon ditunjuk ajar cara pengajaran yang terbaik...tq

:(

Selamat malam untuk semua...

MasyaAllah sangatlah sunyi tanpa hubby di sisi... di negeri orang, pantai timur tanpa family di sini.... tiada teman untuk berbicara... sangatlah sunyi hidup ini...

Petang kelmarin hubby baru balik dari KB, pagi tadi 10 pagi bertolak pula ke Putrajaya menghadiri kursus sehingga Khamis ini..
Adoi.... nasib badan la.. sebelum ni tak la bz mcm ni sangat seorang hubby tu.. & saya pun tak pernah ditinggalkan lama2 begini..huhu.. kebetulan minggu ni direct seminggu tak dak kat umah ada kursus.... coang2 la saya di sini...

Jadual beliau :
2 - 5 Julai 09 - Kota Bharu (Kursus)
6 - 9 Julai 09 - Putrajaya (kursus)
10 - 13 Julai 09 - Bangi (agenda family)

Jumaat ni 10 Julai 09 saya akan menyusul ke KL coz kami ada agenda family... Kami akan ke KLIA menghantar adik bongsu my hubby yang akan ke INDIA untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.. flight nya di jangka 12 Julai 09 (Ahad) malam.. so Ahad & Isnin kami terpaksa mengambil cuti...

Alhamdulillah setakat ni masih berani berseorangan di teratak firjah ni... tawakkal tu a'lallah... lepas manghrib anak jiran mai mengaji quran.. pastu wat keja2 skit terus syahid...

Untuk pengetahuan semua.. InsyaAllah saya akan menjalani pembedahan mata yang diceritakan en3 bulan lepas pada 21 Julai 09 nanti.. doakan semuanya berjalan lancar & selamat ya.. moga dipermudahkan segalanya...amin..

ok .. sehingga bertemu lagi... ta alif ta alif...

Salam hari jumaat buat semua...

Tika mencoretkan titipan ini.. saya keseorangan di rumah kerana ditinggalkan suami yang terpaksa menghadiri Kursus di KB.. hidup sangat kesunyian tanpa teman berbicara... hati sangat merindui insan tersayang... telefon penghubung kasih sayang...

Tika ini jugak hati sangat meronta2 untuk pulang ke kampung, menemui ayahbonda & family tercinta, bersama menikmati musim buah-buahan... sudah ditakdirkan kami untuk berjauhan sementara bersama keluarga dek kerana melaksanakan tugas2 & kerjaya masing2...

Semalam 2 Julai 2009... maka genaplah umur ayahanda kami 58 tahun, maka berakhirlah kerjaya beliau sebagai seorang Penyelia di Pejabat Agama Kubang Pasu Jitra...

Petang semalam... saya menghantar sms meng'wish'kan birthday ayahanda... sms di balas : "Tq...ayah atas puncak pokok manggis ni"... & seterusnya kami saling berbalas sms...

aduh!! indah sekali saat itu.. seperti musim buah-buahan yang lalu.. kami akan bersama2 memetik buah-buahan yang ada.... ayah @ adik2 lelaki akan memanjat pokok2 tersebut manakala kami yang menunggu di bawah mengutip buah2-buahan yang telah gugur ke bumi... kemudian berkelah di kebun bersama2... nikmatnya saat2 itu.. tapi kini saya hanya dapat membayangkan sahaja tanpa merasa saat itu... di jangka bulan Ogos akan pulang ke kampung.. tp ketika itu musim buah-buahan barangkali sudah berakhir...mimpi je la...hihi..

Dengan ruang masa yang ada ini... ingin sekali saya mendedikasikan "salam ulangtahun kelahiran" ini buat :


Ayahanda Mohd Kasim Md Ariff
2 Julai 2009

Moga ayah akan sentiasa sihat wala'fiat & sentiasa di bawah lembayung rahmatNya...
Moga ayah dipanjangkan umur & kurniaan umur itu dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya..
Moga ayah sentiasa dimurahkan rezeki yang halal...
Moga ayah sentiasa berjaya & bahagia di dunia & akhirat...
Kami semua SAYANG ayah... pengorbanan ayah tidak mampu kami balas... hanya Dia yang layak membalas segala titik peluh ayah membesarkan kami 11 beradik hingga berjaya..Terima Kasih ayah!!

;;