skip to main |
skip to sidebar
Salam di awal sya'ban... moga diri kita sentiasa dekat denganNya.."Mangli" sepatah perkataan yang biasa digunakan oleh oghang2 Kedah yang bermaksud "dah jadi biasa"... Apa yang "mangli"nya saya?? huhu.. saya sudah mangli bersendirian ditinggalkan teman sehidup semati saya yang terpaksa ke luar daerah atas urusan kerja.. hari ini & esok saya sekali lagi bersendirian tanpa teman berbicara.. seawal 10.00 pagi tadi my hubby bertolak ke Putrajaya bersama beberapa pegawai JPJ by car... InsyaAllah Selasa ini beliau akan kembali ke teratak ini.Petang tadi , balik dari mengajar KAFA saya berehat seketika.. selepas selesai menguruskan diri, saya ke dapur & hanya memasak ala kadar sahaja untuk diri sendiri...Malam... kul 8 anak2 jiran datang mengaji Quran. Dan malam ini anak murid saya bertambah seorang dengan hadirnya anak cikgu sekolah saya yang tinggal di Blok A (kuarters ni) sebelah blok saya.. sebenarnya dah lama mamanya inform nak antar anak datang mengaji tp belum berkesempatan.. so malam ni papanya yang antar sampai tingkat 3. Apa2pun sangat dialu-alukan... ustazah sudi memberi tunjuk ajar pada kalian!!Plan untuk malam ni nak settlekan rekod kehadiran solat jemaah di SKL.. esok ada meeting guru. Takut2 GB tanya plak, so bersedia dahulu sebelum terkena.. hihi..Di samping itu jugak saya berhajat untuk menonton HALAQAH yang telah diadakan di kedah sempena Ekspo Kedah Sejahtera @ Laguna Merbok, Sg Petani..Jom tonton sesama.. menambah ilmu di dada...!!
2 comments:
sy pulak x biasa di tingalkan... hehe.. ari tu hubby pernah pi kursus 4 hari, terus x keruan sbb kene handle anak2 sorg2.. huhu..
to SyahNur :
A'a ye la.. shaf kan dah ada anak2 mmg tak keruan la nak handle sorang2..
mungkin itu hikmahnya saya belum ada baby..huhu.. kalau tak , tak keruan jugak saya jadinya...
Post a Comment