Salam hari jumaat untuk semua.. weekend kembali lagi.. syukur atas nikmat usia dariNya..
Cerita lama.. hampir seminggu berlalu.. tp tetap nak dipatrikan di sini.
Jumaat minggu lepas 10 Julai 09 , saya bermusafir ke KL atas urusan keluarga untuk meraikan beberapa agenda bersama keluarga mertua. 10.00 pagi bertolak by Sani Ekspress.. 5.30 petang baru sampai Hentian Putra.. ni kali ke dua sampai di hentian putra.. aduh sangat tidak cekap & tidak biasa jalan & tempat2 kat hentian putra ni.. jadi bingung jugak saya dibuatnya.. nasib baik ada org leh la tanya2 tempat yang ingin dituju...
Akhirnya saya naik Star & transit di Masjid Jamek & amik LRT ke Kerinchi.. masyaAllah ramai bangat manusia time tu coz masing2 baru balik keje.. 2X LRT tak boleh nak masuk macam tin sardin padatnya.. kali ke 3 LRT sampai baru leh naik.. itu pun terpaksa la mengecilkan diri.. huh.. dah lama tak lalui kehidupan yang sangat sesak gitu.. poning jadinya... 6.15 petang sampai Kerinchi.
My kanda ummai & anak2 bijak pandainya Muaz & Ammar datang menjemput saya & my hubby.. kami kembali ke UMKL untuk solat Asar.. then balik Damansara solat maghrib. Lepas Maghrib kami se Sg Buloh menjamu selera... alhamdulillah sekian lama tak makan satay, dapat jugak melahapnya malam itu.. Kembali ke Damansara.. anakanda muaz & ammar sangat happy mak ndak & pakNdaknya datang damansara.. macam2 dia bercerita.. ditunjuknya kertas exam dia yang lalu.. bijak bijak !! semuanya 100% kecuali agama.. dapat no 1 plak tu dalam kelas.. syatir la muaz ni...
* Si comel anas jugak makan satay.. hihi...pandai plak dia makan..
Keesokkannya 11 Julai 09 - Sabtu
Plan awal nak ke Bangi dgn komuter jer.. tp my ipar offer nak antar, so apalagi jalanlah.. kalau nek komuter awal la kena keluar umah.. tp oleh kerana my ipar sekeluarga nak antar bolelah kami berlama-lama di umahnya.. sempatla mengemas & lipat2 kain yang hampir selori haha.. muaz & ammar suka sangat sbb mak ndak & pak Nadaknya stay lama jugak kat damansara.. muaz ni agak sensitifla orgnya seperti entry2 yang lalu telah diceritakan, beliau akan sedih apabila keramaian org di rumahnya akn berkurang.. tak dapat tidak kami tak boleh bermalam di Damansara malam itu coz ada agenda lain yang menunggu di Bangi..
3.00 petang itu kami bertolak ke Bangi... meriahnya dalam kereta, tak berenti2 anak2 ni bercerita.. happynya leh layan karenah anak bijak ini.. hampir sampai di Bangi tiba2 Muaz senyap.. eh.. heran plak nape si bijak ni tiba2 senyap.. macam2 dipujuk, makan la jugak pujukan mak ndaknya.. sampai umah kak long, kami naik atas dulu.. langkah kanan, ada buah-buahan tempatan yang dibawa dari Kedah... makan2.. tup2 muaz senyap kembali & meniarap di belakang mamanya... beberapa ketika dipujuk2 & ditanya2.. huhu..waaaaa menangis si bijak ini kerana sedih nak berpisah dgn makndak & pak ndaknya..
katanya "nak ikut g KLIA jugak"..
mak ndak jawab " tak boleh la ikut, kalau muaz ikut nanti macamana nak balik Damansara, mak ndak & pak ndak nak balik Trengganu naik bas je. Nanti bulan 8 yer kita jumpa semula kat kedah"..
jawab si anak bijak :"bulan 8 lambat lagi...hhhuuuuuuuu"...
adui sedihnya makndak dgn si bijak ini...
Muaz muaz... sedihnya dia... kalau lah Terengganu ke KL 2 jam jer.. pasti tiap minggu makndak &pak ndak datang jumpa muaz & adik2. tapi apakan daya... nanti yer muaz kita jumpa kat kedah...
Hampir kul 4.00 petang, mereka bertolak balik ke Damansara.. time antar muaz kat keta, ditariknya tangan makndak suh naik kereta sama balik ke Damansara sambil menangis... aduhai muaz buat mak ndak sebak laaa... huhu...
Selepas Asar kami sekeluarga 3 buah keta menuju Bandar Baru Bangi memenuhi jemputan minum petang di sana... TQ ya tuan rumah!!! sedap2 makanannya... semoga ikatan yang akan dibina berkekalan & diberkatiNya...
0 comments:
Post a Comment