cardos31's said :

Sambungan cerita aktiviti sepanjang cuti sekolah...


Cuti sekolah yang lalu aku bercuti di kampung selama 4 hari 3 malam. Aku cuba memanfaatkan sehabis mungkin cuti tersebut. Selain menghadiri walimah kawan2 kami jugak sempat ziarah kawan lama. Shukran utk my kanda Fandi&Faris coz izinkan dinda menggunakan perkhidmatan KV tersebut.

Lepas selesai kenduri di umah Alias di Changlun, aku pulang ke kampung bersama my bonda,kanda & dinda wafa'. Malamnya ada majlis kesyukuran & solawat sempena Maulidur Rasul di umah sepupuku. Menu malam tu gulai ayam kg + Sayur Labu + Ikan goreng + cabai tumbuk ikan rebus.... perghhhh !!! mmg sedap tak terkira laa..maklumla dah lama tak makan masakan kedah yang enak bangat...

15 Mac 09 selepas bertandang ke umah yuhana, aku ke Langgar menjemput my kanda Fatimah serta anakanda aufa utk bercuti di Naka..my ipar hasani bekerja.. so i pinjamkan isterinya utk bercuti bersama di Naka..lama tak berborak & bermain dgn anakanda aufa..Shukran my iparku Hasani...
Dah makin besar mcm2 ragamla si aufa nih...cakap pandai teriak pun pandai...
Kalau dia bising tu ok la..tp kalau tiba2 dia senyap jer, sila la cari & tengok apa yang dia buat.. al kisah , ada satu malam tu..tiba2 senyap jer dia..sekali maksunya g cari.. hah kat sini rupanya..dok senyap dlm bilik mak ndak jah..dok main alat2 mekap mak ndak..selalu aku yg pakaikan celak utk dia..sekali dia yang memandai pakai sendiri, konon2 pandai pakai la...haha..tgkla hasilnya...habis patah celak & bersepah barang2 mak ndak... aufa aufa !!

Pada 16 Mac 2009 , kami agak lewat menghadiri majlis perkahwinan Rabihah & Helmi coz lunch pun dah lewat, so masih kenyang. Then tidokan aufa dulu..lgpun umah dekat ja..kalau g time kemuncak tak leh lak nak borak lama2 dgn pengantin. So, kul 4 petang kami sampai umah bihah. Sedap gak menunya nasi minyak + bubur + cucuq badak + dangai (lama tak makan dangai)..sedap maaa...
So lepas habis berborak, ontheway balik Naka, kami singgah umah Kak Tikah, Bukit Payung (x-mmas, x-housemate Lrg Klg Papan)..lama bebenornya tak jumpa...masing2 dah membina badan..hehe.. jangan mare..!!

17 Mac 09 , hajatnya nak g kenduri umah Mun tp ada masalah yang tak dapat dielakkan.So aku decide utk g ke kenduri umah suaminya kat Trg nnti la..tp sempat la kena "belebe" dgn Ton dulu..haha..sorry ek ton, InsyaAllah kenduri hg nnti kami sampai...
Utk lunchnya kami sempat masak & makan2 kat beranda luar umah..oh bahagianya..lama tak merasa saat2 sebegini..TQ my kanda masakkan yang sedap
.. tak rugi la pinjam 2 hari dari En Hasani hehe...Tq sekali lg utk En Hasani.
Lepas makan, mengikut perancangan 3.30pm nak bertolak balik ke Pulau Nyior coz malamnya akan pulang ke Trg, bas kat Jitra...kita hanya rancang.. hari kejadian hujan lebat yang amat sangat selama sejam.. so plan kami utk bertolak 3.30pm terpaksa dilewatkan kerana hujan yg lebat tu, mmg tak nampak jalan..sementara menanti hujan reda, sedap plak menjamu selera air kopi dicicah dgn rpti 4 segi...mmg nikmat ni.. hujan2 makan gini... ingt dulu kalau kecik2 mcm ni la..time hujan jer pekena kopi dan roti 4 segi (kata org kedah, sebenarnya biskut) .. perghhh mmg mengancam sedapnya...tp dgn syarat kopi tu mak yang bancuh, air tgn mak mmg lah lazat..TQ my mom..

Setelah sejam lebih hujan turun dgn lebatnya.. 5.00ptg kami pun bertolak. Hujan masih renyai2.. setibanya kami di Kg Padang Kerasak..MasyaAllah.."bah" la plak.. aiyo yoo mcmna nih...?? nasib baik ada jln kampung yang boleh kami lalu& keluar di penghujung kawasan "bah" tu..tp lepas tu ada jgak skit2 lagi air yang melimpahi jalan & dgn cemasnya jugak aku drive coz takut2 keta mati di jalanan..tak naik (bas aku mlm ni)...Alhamdulillah semuanya selamat..

So aku sampai di Jitra 6.45ptg, berborak seketika dgn mentua, tok & mak cik sekeluarga...malamnya sekali lagi, dengan mendapat khidmat bakti dari my kanda Faris&Fandi utk menghantarku di Stesen Bas Tanah Merah,Jitra utk pulang ke pangkuan suami yang dirindui...TQ so much kanda, "terima kasih daun keladi, lain kali nak minta tolong lagi"..hehe.. 5.00pg sampai di Trg. ALHAMDULILLAH

Nikmatnya Cuti Sekolah,

Assalamualaikum....
Pengunjung yang dihormati....
Plannya nak post kan en3 ttg aktiviti cuti sek lps en3 kenduri-kendara tu..tup tup!! ada msg di cbox saya dari Dabir Remaja meminta utk menjawab tag berkaitan Erth Hour ni..so saya dahulukan en3 "tag Earth Hour" ni dulu la yer..

Arahan

Pilih satu gambar yang melambangkan 'Earth Hour'. Kemudian, Jawab soalan berikut.


Adakah anda menyokong Earth Hour?
Ya

Adakah anda padam lampu ketika masa yang ditetapkan?
Tutup semua lampu kecuali 1 jer :)

Kenapa anda lakukan sedemikian?
Kerana saya ada kelas Al-Quran di saat & tika itu...

Di manakah anda mengetahui "Earth Hour"?
Terbaca Dalam Blog Dabir Remaja , seterusnya di TV3

Nyatakan tiga orang yang anda kenali melaksanakan perintah "Earth Hour"?
AshrafTajari
Nafastari
UmmuFathi

Tagkan kepada 5 orang :-
Najmie
IlaNursalida
Ishamizu
AdikIla
KlinikUmmi

Penyokong Earth Hour,


Alhamdulillah ..cuti sekolah yang lalu aku berkesempatan utk pulang ke kampung halaman setelah berbulan-bulan tidak berjumpa family...
Tapi aku pulang tanpa ditemani my hubby coz beliau tidak dapat cuti pada tarikh tersebut..

Oleh kerana cuti sekolah, maka tiket dr Timur ke Utara sememangnya sgt laris. Jadi dgn rezeki yang ada aku telah mendapatkan tiket pada hari Jumaat 13 Mac 09, jam 9.00mlm.

Maka..tinggallah hubby seorang diri selama beberapa hari kepulanganku ke kampung..
Di kesempatan yang ada..aku berpeluang menghadiri beberapa buah majlis perkahwinan saudara mara & sahabat handai sepanjang cuti tersebut...
tanpa
bercerita dengan lebih lanjut aku paparkan potret2 perkahwinan mereka...SAKSIKAN !!!

14 Mac 2009 ( Sabtu )
Intan & Alias
Lokasi : Changlun



15 Mac 2009 ( Ahad )
Yuhana & Nidzam
Muhammad Fithri & Norafiza
Lokasi : Kg Telok, Mukim Bukit Pinang


* Hari yang sama kami ke Langgar rumah Fitriah Mustafa, kakaknya Faizah kahwin. Tp sbb g dah lewat tak sempat snap gambar pengantin.

16 Mac 2009 ( Isnin )
Rabihah & Helmi
Lokasi : Taman Aman, Pokok Sena



17 Mac 2009 ( Selasa )
Munirah & Ridzuan
Lokasi : Pendang ( tp tak dapat hadir)
Gambar bawah ni time nyambut menantu :
20 Mac 2009 ( Jumaat )
Lokasi : Chendering , Terengganu


"SELAMAT PENGANTIN BARU " teristimewa utk mereka yang meraikan hari bersejarah pada cuti sekolah tempoh hari...

* Kami juga memohon maaf atas ketidakhadiran kami utk beberapa majlis pada cuti itu jugak ... iaitu :-

Yatt & Suami = Pahang ( 15 Mac 2009 )
Fakhrati & Suami = Guar Chempedak ( 15 Mac 2009 )
Bakaratul Amani & Khairan ( 15 Mac 2009 )
* Gmbar2 Amani & Khairan blh tgk dlm Harakah bertarikh 20 Mac 09 coz majlis mereka dihadiri oleh Sultan Kedah.

Utk Fikriyah & Abu Qatadah jugak "Selamat Pengantin Baru"... yang telah selamat diijabkabulkan pada ( 14 Mac 2009 ).
InsyaAllah kalau tak dak aral melintang kami akn sampai di Majlis Perkahwinan kalian Mei nnti...

** Next Entry : Masih berkisarkan aktiviti cuti sekolah....InsyaAllah...


Minna :


Earth Hour

Selamatkan BUMI!
Sempena Hari Bumi pada bulan Mac ini, beberapa buah negara akan mengadakan Earth Hour bagi menyelamatkan bumi. Diharap semua dapat memberi kerjasama untuk menyelamatkan bumi.

Oleh itu, tutuplah segala suiz dirumah anda pada:-
Tarikh: 28 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam - 9.30 malam

Assalamualaikum utk semua....
Alhamdulillah kesyukuran ku panjatkan ke hadratMu..

setelah lama saya menghadapi "kebengongan internet" hari ini dgn izinNya ia kembali normal.
itupun selepas beberapa kali menghubungi celcom centre.
biasala manusia..ada kelebihan & kekurangannya...
tp sakit jugak la orang yang menghadapinya..
insyaAlah ada hikmah disebalik apa yg berlaku..
jika berkesempatan saya akn postkan beberapa en3 yang tertunda...
hari ni nak kuar jap ada hal...
tata!!!

HambaMu,

Assalamualaikum buat semua pengunjung Cardos31's Blog....

Hampir sebulan line broadband ku masih kebingungan yang teramat sangat. Kelmarin dah kali ke 4 aku call ke centre memaklumkan ttg permasalahan yang berlaku, dan beliau berkata :" tunggu 27 Mac 09 semua akan berjalan seperti biasa"..

so buat masa sekarang aku tak dapat mengupdate dan apa2 yg sewaktu dgnnya.

tunggu lah tunggu ..berjanggut ku rasa...

pengguna broadband,

"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"



Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430h... Plannya nak g majlis menyambut menantu kat umah kawan semaktab & sekumpulan BA1 Adik Ahmad Shihabuddin @ Besut tp... My hubby ada perarakkan & jamuan sempena Maulidur Rasul.. so, tgk keadaan la mcmana ..jika diizinkan akan sampai jua.

A'la kulli hal...
"Selamat Pengantin Baru"
buat kalian yang melangsungkan perkahwinan
pada 12 Rabiu'l Awal 1430h bersamaan 09 Mac 2009

Ahmad Shihabuddin & Noor Fadhlaine
Fitriwati (Intan) & Suami

....Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

Tidak dilupakan juga utk kekandaku:
Ummai Kalshom & Mohd Najib
"Happy Anniversary yang ke 7"



...Doa kami moga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke akhirnya...

Minna

Tiap kali pulang ke kedah pasti ku bawa beberapa pasang baju utk diupah jahit & sulam yang dikirimkan oleh beberapa orang guru di sekolahku...kerana sulaman di kedah ku kira agak murah..
ini antara beberapa contoh sulam yg siap diupah cuti akhir tahun yang lalu :


Saya sangat suka akan sulaman2 ini.. so saya mempunyai beberapa pasang koleksi pakaian yang disulam :

sulam bawah, tangan & pesak

Lebih sesuai disulam dgn kain kosong berbanding bunga2an

Orang tengah..hehe,

Selamat berhujung minggu...
Tadi, kami sempat meluangkan masa menjengah Sua Rasa TV9 yang diadakan di Taman Shahbandar, K.Trg. Sesajer g nak tgk apa yang ada... sempat jugak aku membuat pemeriksaan & rawatan resdung..hehe

Tapi sayang & tak bestnya.....
Menjelangnya solat Jumaat.. rasa berdosanya Ya Allah.. berapa ramai muslim tak ke masjid..selambe badak dok menjamu selera, berborak & berniaga tanpa segan silu.. sakit mata jugak aku memandang... Ya Allah bukakan pintu hati mereka & sedarkan lah mereka Ya Allah..









Pengunjung Sua Rasa TV9,

"berbudi pada tanah..
inilah hasilnya..."

TQ to my belang coz bawakan buah tangan dari besut utk kami.. dah banyak hari dapat tp terlupa nak amik..3 hari dok dalam keta..huhu.. arini baru makan..merah cantik tapi kurang manis. Rasanya sbb terperap dlm keta lama sangat kot.. betul tak tokey ladang timun? ubat batuk utk my hubby ni...huah huah huah..



Penerima rezeki,

" Selamat Hari Ulangtahun
Pertabalan Sultan Terengganu"

Cepat sungguh masa berlalu.. dah bulan Mac pun. Hari ni cuti, banyak benda yang nak disettlekan. Macam2 plan yang dirancang.. harap sempat selesai semuanya. Alhamdulillah..sekian lama cuaca yang panas terik, kelmarin masuk hari ketiga hujan yang sangat lebat. Hari ni sedikit mendung yang menandakan hari akan hujan... Bersyukurlah kita kepadaNya atas segala kurniaanNya.. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Antara kerja2 yang perlu disettlekan rini :
  • Siapkan borang2 serta bahan2 yang akan digunakan utk Kem Bestari Solat (KBS) Sabtu ni
  • Kemaskini Fail2 bilik j-QAF
  • Tanda buku kerja murid - (nak tunggu wat kat sek tak sempat ma)
  • Beli tiket balik kampung cuti ni... kali ni balik naik bas sorang coz my hubby tak cuti..balik dalam 2 3 hari mungkin. Dah telefon kaunter bas..tiket khamis jumaat dah licin...so terpaksa amik Sabtu la.Sabtu pun Sabtu la, janji boleh balik sekejap.
  • Nak beli tudung yang diorder oleh mak ndak ku utk dijual di Kedah...(bisness tudung la plak..hehe).. sapa nak order boleh..!! nak bidang ape semua ada...hehe..insyaAllah harga berpatutan..huah huah huah...
  • Beli baju tidur bercorak batik yang dipesan oleh my friend Mak Long & pos kan ke KL ( sian mak long dah lama pesan tp bz tak sempat nak p belek2 membeli)
  • My hubby nak g potong rambut
Semoga setiap yang bakal dilakukan akan mendapat keberkatanNya & dipermudahkan segalaNya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah hasil kerja ku hari ni...
  • Keluar beli tudung yg telah diorder oleh makndakku... sapa yang berminat, pasni boleh order dgn ambo..insyaAllah harga berpatutan, hehe.
1 = Air Mata

2 = Mata Lalat Sulam

3 = Manjalara Bersulam

4 = Batu Silver

5 = Manjalara

6 = Manjalara Bersulam 45" (pink)
Manjalara 45" (hitam)

7 = Sulam tanpa batu

8 = Sulam tanpa batu
  • Beli tiket Balik Kampung
  • Tanda buku kerja murid-muridku











  • Borang2 utk KBS siap..alhamdulillah
  • My hubby siap gunting rambut
  • Baju tido tak sempat beli
Me,

;;