cardos31's said :

Sambungan cerita aktiviti sepanjang cuti sekolah...


Cuti sekolah yang lalu aku bercuti di kampung selama 4 hari 3 malam. Aku cuba memanfaatkan sehabis mungkin cuti tersebut. Selain menghadiri walimah kawan2 kami jugak sempat ziarah kawan lama. Shukran utk my kanda Fandi&Faris coz izinkan dinda menggunakan perkhidmatan KV tersebut.

Lepas selesai kenduri di umah Alias di Changlun, aku pulang ke kampung bersama my bonda,kanda & dinda wafa'. Malamnya ada majlis kesyukuran & solawat sempena Maulidur Rasul di umah sepupuku. Menu malam tu gulai ayam kg + Sayur Labu + Ikan goreng + cabai tumbuk ikan rebus.... perghhhh !!! mmg sedap tak terkira laa..maklumla dah lama tak makan masakan kedah yang enak bangat...

15 Mac 09 selepas bertandang ke umah yuhana, aku ke Langgar menjemput my kanda Fatimah serta anakanda aufa utk bercuti di Naka..my ipar hasani bekerja.. so i pinjamkan isterinya utk bercuti bersama di Naka..lama tak berborak & bermain dgn anakanda aufa..Shukran my iparku Hasani...
Dah makin besar mcm2 ragamla si aufa nih...cakap pandai teriak pun pandai...
Kalau dia bising tu ok la..tp kalau tiba2 dia senyap jer, sila la cari & tengok apa yang dia buat.. al kisah , ada satu malam tu..tiba2 senyap jer dia..sekali maksunya g cari.. hah kat sini rupanya..dok senyap dlm bilik mak ndak jah..dok main alat2 mekap mak ndak..selalu aku yg pakaikan celak utk dia..sekali dia yang memandai pakai sendiri, konon2 pandai pakai la...haha..tgkla hasilnya...habis patah celak & bersepah barang2 mak ndak... aufa aufa !!

Pada 16 Mac 2009 , kami agak lewat menghadiri majlis perkahwinan Rabihah & Helmi coz lunch pun dah lewat, so masih kenyang. Then tidokan aufa dulu..lgpun umah dekat ja..kalau g time kemuncak tak leh lak nak borak lama2 dgn pengantin. So, kul 4 petang kami sampai umah bihah. Sedap gak menunya nasi minyak + bubur + cucuq badak + dangai (lama tak makan dangai)..sedap maaa...
So lepas habis berborak, ontheway balik Naka, kami singgah umah Kak Tikah, Bukit Payung (x-mmas, x-housemate Lrg Klg Papan)..lama bebenornya tak jumpa...masing2 dah membina badan..hehe.. jangan mare..!!

17 Mac 09 , hajatnya nak g kenduri umah Mun tp ada masalah yang tak dapat dielakkan.So aku decide utk g ke kenduri umah suaminya kat Trg nnti la..tp sempat la kena "belebe" dgn Ton dulu..haha..sorry ek ton, InsyaAllah kenduri hg nnti kami sampai...
Utk lunchnya kami sempat masak & makan2 kat beranda luar umah..oh bahagianya..lama tak merasa saat2 sebegini..TQ my kanda masakkan yang sedap
.. tak rugi la pinjam 2 hari dari En Hasani hehe...Tq sekali lg utk En Hasani.
Lepas makan, mengikut perancangan 3.30pm nak bertolak balik ke Pulau Nyior coz malamnya akan pulang ke Trg, bas kat Jitra...kita hanya rancang.. hari kejadian hujan lebat yang amat sangat selama sejam.. so plan kami utk bertolak 3.30pm terpaksa dilewatkan kerana hujan yg lebat tu, mmg tak nampak jalan..sementara menanti hujan reda, sedap plak menjamu selera air kopi dicicah dgn rpti 4 segi...mmg nikmat ni.. hujan2 makan gini... ingt dulu kalau kecik2 mcm ni la..time hujan jer pekena kopi dan roti 4 segi (kata org kedah, sebenarnya biskut) .. perghhh mmg mengancam sedapnya...tp dgn syarat kopi tu mak yang bancuh, air tgn mak mmg lah lazat..TQ my mom..

Setelah sejam lebih hujan turun dgn lebatnya.. 5.00ptg kami pun bertolak. Hujan masih renyai2.. setibanya kami di Kg Padang Kerasak..MasyaAllah.."bah" la plak.. aiyo yoo mcmna nih...?? nasib baik ada jln kampung yang boleh kami lalu& keluar di penghujung kawasan "bah" tu..tp lepas tu ada jgak skit2 lagi air yang melimpahi jalan & dgn cemasnya jugak aku drive coz takut2 keta mati di jalanan..tak naik (bas aku mlm ni)...Alhamdulillah semuanya selamat..

So aku sampai di Jitra 6.45ptg, berborak seketika dgn mentua, tok & mak cik sekeluarga...malamnya sekali lagi, dengan mendapat khidmat bakti dari my kanda Faris&Fandi utk menghantarku di Stesen Bas Tanah Merah,Jitra utk pulang ke pangkuan suami yang dirindui...TQ so much kanda, "terima kasih daun keladi, lain kali nak minta tolong lagi"..hehe.. 5.00pg sampai di Trg. ALHAMDULILLAH

Nikmatnya Cuti Sekolah,

3 comments:

Fatanah Fadhil said...

wa bes nyer smbal ikn rebus tu..teringat lak mk fitah mu buat untuk hidanganku msa knduri mu dlu..mitak resepi skit..nk uat untuk somiku ni

::: HaNiEs z.M.i ::: said...

amboi2..sakan balik kg ye jah.rindunye nak gi kenduri kwn2.boleh jumpa2 kwn2 lama..seronokye

FirJah said...

to fathi :
a'a mmg best...
weh mu ingt sambal ikan rebus tu yg mana..?
yg i makan ni cabai tumbuk pastu gaul dgn ikan rebus...
resepi yg ni : cabai melaka+garam+belacan = ditumbuk, kemudian ikan rebus tu amik isi jer lenyek2kan dgn cabai tadi..letak limau nipis skit...fuhhhh piau maaa...

to hanies :
mmg sakan la hanan sekali balik bercuti..maklumlah bukan selalu balik..takpe , hanan balik nnti wat la reunion dgn kawan2 lama..time tu lg best.masing2 dah ada baby..