cardos31's said :

30 JANUARI 2009
Pagi @ Swimming Pool, Primula
Tetamu mana pun yang bertandang & bermalam di teratak kami.. jika berkesempatan di sini lah antara salah satu tempat WAJIB yang kami akan bawa. Dengan menjadi Ahli Kelab Primula.. kami bebas keluar masuk menggunakan kemudahan yg ada di Primula ni antaranya : Swimming Pool, Gym, Catur Gergasi,Bola Tampar Pantai, Bola Sepak Pantai dll. Waktu Operasi : 7.00pg-7.00ptg setiap hari.
Pakaian Lelaki : tak kisah seluar ape tp kena tanggal baju kecuali baju renang
Pakaian Perempuan : tak kisah walaupun bukan baju renang..
Selain itu... tempat berehat yang sangat selesa mengadap ke Pantai Batu Burok.. amat menenangkan... sekali lagi aku khabarkan... "aku sangat sukakan pantai"...



yoooo...!!
jom lawan berendam,siapa paling lama bertahan...

berenaang plak... bestttt !!!

di sebalik pepohon tepi kolam...

kalau tak nak berenang.. boleh jugak berehat2 di tepi kolam...
lihatlah mentua ku yang sangat suka membaca di masa lapang...
maklumlah pencen di bidang perguruan ( mak:guru BM, ayah:guru BI )

tak ketinggalan juga photoku... hehe


aku yg sentiasa menemanimu dear...

28 JANUARI 2009
Travel 16 jam membuatkan aku terlantar seketika dan terpaksa memohon cuti sakit pada hari berikutnya Khamis...pagi Rabu aku ke sekolah seperti biasa tp badan ku terasa sangat lemah & tidak bermaya. Apa2pun tangungjwbku utk harini wajib aku laksanakan dgn meng"gagah"kan diri utk menyelesaikan beberapa program yang telah dirancang.. akhirnya selepas tamat sesi persekolahan aku terpaksa berehat & tiada tenaga dan kekuatan utk pulang ke rumah. Paginya aku CB.. thah apa yang dimakan terpaksa ulang alik ke toilet... sebelah petangnya aku dah muntah2 (keracunan makanankah aku.. oh tidak!!!). So, aku mengambil keputusan utk tidur seketika dgn harapan mendapat kekuatan utk memandu pulang ke teratakku & sms telah kukirimkan buat mentuaku mamaklumkan kelewatanku pulang harini.. setelah hampir tamat ofis hour aku masih tak bermaya & mengambil keputusan membiarkan KCH31 ku "tidur" di sekolah & dengan belas kasihan meminta tolong my friend menghantarku pulang... TQ Na... sesampainya di teratakku terus ku merebahkan diriku hingga ke senja.. bangun seketika utk makan tp hanya sedikit dpt dijamah & aku "telan" ubat seterusnya syahid seketika hingga keesokkan harinya...
29 JANUARI 2009
Di pagi hari sms dikirimkan buat GB & PK1 mamaklumkan ketidakhadiranku ke sekolah.. then 8.00pg aku telefon semula meng"confirm"kan permohonan cutiku. Sayang sekali aku tidak dapat meng"join"kan diriku utk aktiviti tahunan sekolah harini "Larian Pantai Peringkat Sekolah"... tanpa kehadiranku tidak dptlah aku rakamkan aktiviti sekolah harini ... oh sangat sayang..!! apa yg mampu dilakukan lagi, kita hanya merancang tetapi sebaik perancangan adalah perancanganNya..
seharian aku berehat mengumpulkan kembali tenaga.. ( pesan org tua2 : jg
n layan sakit.. cuba2 gagahkan diri bangun ) so, aku gagahkan diri bangun menolong mertua masak utk lunch... lepas makan, alhamdulillah aku semakin gagah cuma tak sepenuhnya.
.. Alhamdulillah nikmat sihat aku dapat kecapi semula, aku bersyukur padamu Ya allah, betapa peritnya bila ditimpa kesakitan... tetapi itulah salah satu cara pengampunanMu ke atas dosa2 hambaMu...moga dosa2ku diampunkan.. "ujian adalah tarbiyah dari Allah, adakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..."

Petangnya.. aku & my hubby membawa ayahbonda & adik berjalan2 di persisiran Pantai Batu Burok yang sangat indah pemandangannya.. dan pantainya yang agak bersih pada pandanganku.. aku mmg sangat sangat sangat suka pantai...kalau ditakdirkan lama berkhidmat di Trg, aku sanggup... hehehe .. tp dengan syarat tidak berjauhan dengan my hubby...
KENANGAN BERSAMA ...
Sepetang bersama, bahagia dirasa....
dapat membahagiakan ayahbonda, nikmat yg sgt berharga

Mencari... mencari.. dan terus mencari,
sinar bahagia yang sedang menanti,
bakal membawa diri ke INDIA sari,
meninggalkan ayahbonda & juga family....

dik..."berapa rhiyaa sekali naik kude ni?",
5 rhiyaa kak, ki
te bawa jalang2 tepi pataaa...
ooo... ok tima kasih,
nnti kalau nak kite maghi mula deh..

ok kak..


Seindah sedamai, pantai melambai gemalai....

aku yang sentiasa disisimu my hubby :

Balik kedah 2 hari 1 malam jer coz ahad my hubby tak cuti.
26 JANUARI 09
6.30 pg : kami bertolak dari Kuala Trg.
+- 2.30 ptg : sampai di Naka. Berehat, mandi, makan, solat
3.30ptg : ber- balik ke Jitra coz ada kenduri umah pak sedara Pulau Nyior. singgah "autowash" TAQ31, berenti jap umah kak faris.

Autowash RM6 sempena RayaCina-harga asal RM4 jer
5.30ptg : sampai Pulau Nyior terus ke umah pak ngah. Org kg dah mula bergotong-royong kemas khemah dll.. "selamat pengantin baru utk Yasir & Azizah.... moga bahgia hingga akhirnya"


Yasir & Azizah

27 JANUARI 2009
Hari ni travel bersama 5 org... mak&ayah mertua, adik ipar- syafiq, abang & aku. Sajer bawa mak ayah & syafiq jalan2 trg coz bln 8 ni syafiq dah nak ke India sambung study dlm bidang kedoktoran insyaAllah. Lepas ke trg insyaAllah ke KL umah kak long.

7.45pg : bertolak dari Jitra, berenti SHELL & umah kak faris amik brg2 yg dipesan.
8.50pg : singgah NAKA utk berjumpa ayahanda & bonda & amik barang2 keperluan &
beberapa hasil tanaman ayahanda bonda ( serai, daun pandan, limau nipis, cabai melaka, daun limau purut, dan nangka madu) utk di bawa pulang ke trg.
9.30pg : bertolak ke Negeri Darul Iman
12.00tghari : rehat @ R&R Perah, Grik menjamu selera dgn bekalan Nasi Musa. 12.45tghari : Kembali meneru
skan perjalanan.
3.15ptg : Hajatnya nak solat jama' @ Bukit Titiwangsa tp org ramai bangat .. so rehatkan enjin kereta jer & sempat "mengetip" beberapa keping gambar @ permandangan yang sgt Indah. ( Kalau sesapa lalu sini jgn lupa singgah, cantik tmpat ni . Wpun cuaca panas tetapi udaranya tetap sejuk )


sejukkan enjin kereta setelah beberapa jam perjalanan

mak & ayah ( Meryam & Abdullah )

Syafiq, ayah, mak, Fir

Fir, ayah, mak, Jah

Bukit Titiwangsa.. berenti rehat

+-5.30ptg : Tiba @ Pantai Rhu Sepuluh singgah pulak beli ikan utk makan malam & keesokkan harinya.


Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

aksi manja anak2 ...

6.30ptg : Dah sampai Tok Jembal tp dgn ke"nebeng"an drivernya g lalu plak Pantai Teluk Ketapang , maka beberapa minit telah dibazirkan dgn terperangkap jeeeemmm yg teramat coz ramai bercuti di tepi pantai harini. Apa2pun terima jer laa... sabar...letih pun letih gak hampir 9 jam perjalanan.


Pemandangan indah Pantai Teluk Ketapang

7.15 ptg : Alhamdulillah, maka tamatlah travel kami harini dengan selamatnya.

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Kalau 2 minggu lalu sibuk krn terpaksa menghadiri program2 utk pilihanraya tp minggu ni juga makin sibuk... sibuk dengan bermacam2 keje.. keje2 penting yg perlu disiapkan. yang dah lama tertangguh disbbkan pilihanraya..kalau disenaraikan lebih belasan kejer yg perlu di selesaikan secepat mungkin...kerja yang perlu kepada "kerumitan" utk menyelesaikannya spya ianya nampak kemas, menarik, tertarik dan yang terbaik... mohon diberi kekuatan dan kelapangan masa.

Di sini lah tempatku bertapak sepanjang di teratak kami.. menyelesaikan kerja2 sekolah..
tak sempat mengemas alat2 sek yg baru dibeli.. 2 3 beg bawa g sek..
sekali naik tangga balik ke teratak, lelah ku rasa.. tp dah siap keje kepuasan yg ku dapat.


Yeah...!!! Alhamdulillah akhirnya siap jugak dgn seberapa yang ada dan mampu... sedikit "ciplak idea" dari my creatif sister.. Tq Dear...!!

kul 1.00 pagi belum siap sepenuhnya...sambung kat sek esok.. dah ngantuk ma...

Carta Organisasi Panitia Agama Islam

Board Panitia Agama Islam

yg riang gumbira dgn keje,

Salam buat pengunjung cardos31...

fuuhhhh!!! bahang pilihanraya membakar ku rasa...terengganu semakin sibuk,semakin semak mata memandang bendera2 & poster2 tp kadang kala cantik plak memandang bewarna warni hijau, biru,merah, putih, kuning semua ada di bandar KT sekarang, semakin bersemangat penyokong masing2, di sana sini kedengaran ceramah2, perasmian2 dll. kebetulan teratakku di tgh2 bandar berdekatan dgn markas kerajaan & pembangkang, so boleh dgr dari rumah ja tak perlu keluar tp kadangkala tidak jelas juga kerana gelombangnya dibawa arus angin yg kuat bersempena musim tengkujuh ni & ditambah dgn siren2 polis & ambulans yg tak henti2 .. semakin berdebar2 pun ada perasaan masing2 menantikan penentuan YB baru... kelmarin di sekolahku dah mula memasang khemah2 utk pilihanraya sabtu nih.. SK Ladang merupakan salah tempat mengundi. sebelum ni parking kereta dibawah sinaran mentari & kadang kala di basahi hujan tp hari ni bolehla parking kereta bawah khemah.. hehehe

megah berkibar @ Pantai Batu Burok
warna warni @ PRK...
antara kekreatifan yg ditunjukkan

kalau dulu tengok menteri dalam TV jer.. tp sekarang depan mata sini sana ada menteri... kelmarin(140109) balik dari sek aku ke kedai photostat dekat2 dgn Hotel Grand berhampiran kampung yg kebanyakkannya warga emas penghuninya.... masyaAllah manusia ramai gak berkerumun.. tp dalam byk2 tu yg ketaranya uniform polis. dalam hati "ni mesti ada menteri di situ" .. tekaan ku tepat, bersusah payah mencari parking akhirnya dapat juga parking btul2 dpn kedai photostat, rezeki.. aku pun menuju ke kedai photostat dan dari jauh aku lihat media2 asyik memukul gambar & merakam peristiwa yg agak penting bagi mereka.ketika tu menteri tersebut baru keluar dari perkampungan tersebut dan melawat warung yg bersebelahan kedai photostat tu... ooo TPM & isteri rupanya, patutla org jadi darat hulu gitu, kalau org kedah yg belah2 hulu kata "pheghak" ...dan pg kemarin berita TV3 ada menayangkan rakaman tersebut. "TPM turun melawat warga emas di kampung tanjung ( kalau tak silap aku)"

Kelmarin ketika asyik menanda buku latihan anak2 didikku
di kelas tahun 2, adala sorang murid ni datang ke meja dan berdiri di depanku.. dgn bersemangat dia bercerita dengan loghat terengganunya..."ustazah tazah, maring kita g majlis K W A M P (bukan sebut tapi dia eja),sedak(best) ah kite dapat sijil..pahtu dapat beg tp dak leh nak bawa mari sek sbb besaa... ada menteri pendidikan mari" amboi pandai btol dia, kecik2 dah knal menteri...baguslah.tak sia2 menteri turun trg.hehe....at least anak2 muridku leh knai sbb banyak menteri turun kawasan ladang ni mgkn sbb ramai yg miskin & warga emas.

hari ni aku & beberapa org guru lain kena bw budak plak g naik bot sempena hari bertemu pelanggan & kempen keselamatan feri da
n bot penumpang, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim b Haji Ukin yang dianjurkan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Wilayah Timur.. kami dibawa bersiar2 seketika sekitar kawasan Shahbandar. Majlis selesai kul 4.30 petang selepas jamuan ringan


Bismillahirrahmanirrahim...

.
bersama kanak2 riang

sementara menunggu parents...

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu
Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot
Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu
Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka

Salam kepada semua pembaca blog.....
Hari ni genap seminggu kempen pilihanraya P36 Kuala Terengganu.... jalan2 raya di bandar kuala terengganu sentiasa dalam keadaan sesak & jem yang teramat sangat.... penuh dihiasi dengan bendera2 dan poster2 calon masing2, kemeriahannya kini terasa. Bersempena dengan pilihanraya akan datang ni, masing2 mendapat rezeki yang berlipat ganda :
  • Pembekal Buluh mendapat habuan yg berlipat ganda dengan tempahan buluh sebanyak 23,000 unit dgn keuntungan bersih RM12,000 - HarianMetro
  • Pembekal Banting & Banner dll juga mendapat habuan masing2
  • Penyewa rumah mendapat pitih yang berlipat ganda dgn menyewakan rumah kpd org2 yg berkehendak... ada yang menyewakan dgn kadar RM1000 sehari, RM5000 sebulan dan ada juga RM11000 & RM12000 sepanjang tempoh mengempen... pergh!!!
  • Peniaga Keropok Lekor & lain2 pun bertambah pendapatan dgn bertambahnya pengunjung & pelancong ke Terengganu
  • Hotel2 & homestay penuh dengan tempahan sepanjang musin pilihanraya ni...kalau sape2 nak book lepas 18jan baru ada kekosongan...
  • Tukang2 masak juga turut mendapat tempahan yg berganda disebabkan setiap hari adanya program dan jamuan...
  • Semua rakyat Terengganu dapat makan free setiap hari coz setiap hari ada program yg dihadiri oleh menteri2 bukan saja di kawasan bandar malah ke kampung2 jua
Jumaat lepas kena wakilkan sek ke perasmian CitraSihat @ Dataran Shahbandar, Sabtu plak Multaqa Guru2 Agama @ Dewan Sek.Agama Sheikh Malik.Petang tadi baru saja menghabiskan masa di kediaman Menteri Besar atas jemputan Multaqa Guru2 jQAF dan semua guru di seluruh Kuala Terengganu... aduh sakit kepala dibuatnya sehari tak berehat.4.30 ptg abis program. My hubby amik cuti hari ni coz kurang sihat. 5.30ptg baru sampai umah coz jalan jem giler ditambah dgn hujan yg agak lebat... memang penangan pilihanraya btul la...nasibla!!!

Semalam (040109) ketika menonton berita utama TV3, tanpa disedari air mataku mengalir apabila melihat dan membayangkan penderitaan saudara2 seIslamku yang menjadi mangsa keganasan dan kezaliman rejim Israel laknatullah yang amat dasyat. Sehingga hari ini lebih kurang 514 org syahid ..moga mereka ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman. Sekarang, di mana2 sahaja sering memperkata & membincangkan ttg kezaliman di akhir zaman ini... apa yg mampu dilakukan sekarang sentiasa berdoa & Qunut Nazilah buat saudara2 seagama kita di sana..
" Allahumma ya Mujriyas Sahab, wa ya Hazimal Ahzab, Ihzimhum Kaumalkafirin, wa laknat a'laihim, wansurna a'la kaumil kafirin "
Semoga Allah melaknati sesiapa yang memusihi AgamaNya

Salam semua...

Alhamdulillah dengan kelapangan masa yang ada & dengan izinnya kami sempat menziarahi sahabat(ija&ashim) & saudara yang baru menimang cahaya mata @ Kemaman...
11.30am bertolak dari KT dan singgah menunaikan solat Jumaat @ Kijal 1.15pm.
Sepanjang perjalanan di selang seli dengan hujan renyai dan kadang kala lebat. Tepat 2.30 petang kami tiba di perkarangan Jalan Mak Chili, Lorong Petaling 2, belakang JPJ Kemaman. Meredah banjir di hadapan umah Su (mak sedara ija)...bukan banjir mana sgt pun cuma longkang tersumbat so air pun naik.. tp tak la masuk dlm umah coz umah agak tinggi. Kata org tua2 "kalau dtg dari jauh , jgn terus tgk baby berehat2 la dulu" .. so, kami dihidangkan dengan menu makan tengahari & kami menjamu selera terlebih dahulu.. TQ Su masakan tengahari utk kami !!
Lepas makan... ummi & abi dah tak sabar2 dah nak tgk Hareez Danish bin Hashim ni.... comeynya diaaaaaaa....!!! chubby gitu...!! ummi cium berkali2, danish tetap tenang dlm tidurnya.. dicubit2 pipi danish, makin nyenyak danish tido.... saksikan dirinya....Hareez Danish yang sgt kiut miut ni :


Puas bermain syok sendiri dgn Danish yang asyik tido je dari awal2 ummi & abi sampai.. akhirnya celik jugak mata Danish sebelum ummi & abi bertolak balik. tp tak sempat amik gmbar coz sekejap je Danish buka mata. So 4.00 ptg kami pun bertolak ke umah sedara yang terletaknya tidak jauh dari umah Su... hujan masih renyai2 kadang kala lebat.
5.oo petang kami pun berangkat pulang ke K.Trg yang mengambil masa hampir 3 jam. 7.30malam singgah solat maghrib @ Masjid Terapung, Kuala Ibai. Then terus pulang ke teratak kami @ Jalan Kamaruddin.

;;