cardos31's said :

Salam kemaafan buat semua coz lama tak mengupdate blog kesayangan ni.. hihi..


Kalau ditanya soalan MENGAPA?? 1001 alasan boleh kita senaraikan.. tp hakikatnya jika tiada kemahuan sampai bila2 pun boleh menyepi.. hehe..tak gitu??

Sebenarnya bukan lah alasan mana tidak mengupdate....mungkin sbb utama :

Sejak akhir2 ni MALAS sangat menebal dalam diri.. bukan malas ape hanya malas nak mengupdate.. sbnrnya banyak cerita nak diabadikan di sini tp oleh kerana berita2 tu sudah pun basi bertambah tebal lagi la KEMALASAN dalam diri saya...

Sbb ape MALAS?? mungkin kurang sihat .. bukan kurang sihat tak larat nak bangun tp kurang sihat nak mengadap laptop lama2 sbb nya sejak ramadhan ritu lepas maghrib je mata asyik layu ja mahu direhatkan..(alahan mungkin).. sekarang dah ok.. Kalau lepas maghrib ja tido maknanya apa?? maknanya kekangan mase la.. hihi.. alasan btul.. apa tidaknya, bangun pagi siap2 g sekolah.. balik sek 1.15ptg, tp saya TIDAK, coz kul 4 lebih baru balik.. saya lebih selesa di sekolah daripada balik di tghari rembang & nak mendaki plak 4 tingkat teratak ini.. huuuhhh sangat memenatkan.. so tak dapat tidak pas solat zohor pasti keTiduran plak saya.. kalau dah tido tu selalunya dah asar baru terjaga... dah terjaga waktu asar kepala pun jadi pening.. so saya rela tidak tidur di siang hari daripada bangun petang kepala pusing maaa... saya banyak abiskan masa di sekolah dgn aktiviti tersendiri & hasilnya saya telah berjaya khatam buat pertama kali sepanjang prgnant Alhamdulillah.... azamnya 3X khatam sepanjang 9bulan, moga dipermudahkan...

Sembahyang Asar siap2 di sekolah.. samapi umah dah hampir kul 5 (sama dgn waktu pejabat).. masak2 utk makan malam.. mandi2.. khidmat diri.. makan malam, then ngajar anak2 jiran mengaji.. wat keja2 skit & abiskan surah2 amalan then syahid plak seketika.. kadang2 Isyak di pagi hari coz bolehla nak tambah solat2 sunat. Kalau isyak siap2 berat jugak nak bangun pagi.. haha.. apela ustajah ni..teruk betul!!

Hahahaha... itulah alasan2 yang boleh disenaraikan daripada soalan MENGAPA itu..hehehe

Hari ni .. saya ditinggalkan keseorangan di hujung minggu setelah sekian lama my hubby tak outstation.. aduh sunyi saya dibuatnya... tiba2 jadi sedih & sebak plak ditinggalkan tanpa teman disini.. tp sekejap jer.. esok balikla my hubby itu.. sepanjang 3bulan, beliau lah yang menyediakan susu 2X sehari utk isteri tercinta ni..hihi..ubat+jus, buah-buahan & macam2 makanan yang berkhasiat...(bukan manja yer).. hari ni saya terpaksa melakukan sendiri.. huhu... aduh malas bebenor jadinya...


Ok lah permisi dulu... doakan saya yer..

Beberapa minggu lepas bersamaan hari berlakunya gempa bumi di Padang satu fenomena berlaku HANYA di Negeri Terengganu.. dan saya, my hubby serta kak rin juga menyaksikan kejadian tersebut..
Saat dan tika itu saya bersama my hubby berada di halaman rumah staff my hubby (kak rin) @ Taman Tok Adis Kuala Ibai sedang survey rumah2 utk disewa..
Kejadian itu :
"kelihatan.. bulan serta 1 bintang dikelilingi satu cahaya seakan2 pelangi tetapi berbentuk bulat" .. tidak pernah seumur hidup kami melihat fenomena sedemikian...
Masing2 berpandangan & tertanya2 apakah maksud @ petanda disebalik fenomena tersebut... mungkinkah kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Padang pada siang harinya?? atau...??? yang pasti... ini merupakan peringatan dari yang Maha Pencipta...
"Ya Allah ampunkan segala dosa2 kami... kuat dan tambahkanlah keimanan kami terhadapMu Ya Rabb"

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung setia ...
Masih dalam mood raya??? Yeahhhh semestinya.. selagi tak berakhirnya Syawal selagi tu la tidak abis2 beraya & memenuhi undangan ke open house kan...raya2 jugak.. puasa 6 jangan lupa..hihi

N3 kali ni bukan nak menceritakan ttg hari raya.. sebaliknya ingin memohon doa semua yang membaca entry ni, mendoakan sahabat seperjuangan saya yang masih tidak sedarkan diri (koma) sejak 2 hari yang lalu selepas bertarung nyawa melahirkan Putera Sulung mereka seberat 3.2kg...

Mungkin rakan-rakan yang pernah seSEKOLAH, seUIA , seTERENGGANU, sej-QAF dan lain2 mengenali beliau..

Wan Haida Harnani Wan Abdul Latif
27 tahun

Terengganu
UIA 2001-2006, IRK
j-QAF ambilan JAN2007
Institut Perguruan Kuala Terengganu
Sedang berkhidmat di SK Gong Kapas , KT

Difahamkan beliau telah mengalami pendarahan yang banyak ketika melahirkan.. bersalin secara pembedahan.



p/s : Mohon doa semua samada mengenali beliau @ sebaliknya... semoga beliau cepat sembuh.. aminn Ya Rabb...

Syafakillah...

;;