cardos31's said :

Salam kemaafan buat semua coz lama tak mengupdate blog kesayangan ni.. hihi..


Kalau ditanya soalan MENGAPA?? 1001 alasan boleh kita senaraikan.. tp hakikatnya jika tiada kemahuan sampai bila2 pun boleh menyepi.. hehe..tak gitu??

Sebenarnya bukan lah alasan mana tidak mengupdate....mungkin sbb utama :

Sejak akhir2 ni MALAS sangat menebal dalam diri.. bukan malas ape hanya malas nak mengupdate.. sbnrnya banyak cerita nak diabadikan di sini tp oleh kerana berita2 tu sudah pun basi bertambah tebal lagi la KEMALASAN dalam diri saya...

Sbb ape MALAS?? mungkin kurang sihat .. bukan kurang sihat tak larat nak bangun tp kurang sihat nak mengadap laptop lama2 sbb nya sejak ramadhan ritu lepas maghrib je mata asyik layu ja mahu direhatkan..(alahan mungkin).. sekarang dah ok.. Kalau lepas maghrib ja tido maknanya apa?? maknanya kekangan mase la.. hihi.. alasan btul.. apa tidaknya, bangun pagi siap2 g sekolah.. balik sek 1.15ptg, tp saya TIDAK, coz kul 4 lebih baru balik.. saya lebih selesa di sekolah daripada balik di tghari rembang & nak mendaki plak 4 tingkat teratak ini.. huuuhhh sangat memenatkan.. so tak dapat tidak pas solat zohor pasti keTiduran plak saya.. kalau dah tido tu selalunya dah asar baru terjaga... dah terjaga waktu asar kepala pun jadi pening.. so saya rela tidak tidur di siang hari daripada bangun petang kepala pusing maaa... saya banyak abiskan masa di sekolah dgn aktiviti tersendiri & hasilnya saya telah berjaya khatam buat pertama kali sepanjang prgnant Alhamdulillah.... azamnya 3X khatam sepanjang 9bulan, moga dipermudahkan...

Sembahyang Asar siap2 di sekolah.. samapi umah dah hampir kul 5 (sama dgn waktu pejabat).. masak2 utk makan malam.. mandi2.. khidmat diri.. makan malam, then ngajar anak2 jiran mengaji.. wat keja2 skit & abiskan surah2 amalan then syahid plak seketika.. kadang2 Isyak di pagi hari coz bolehla nak tambah solat2 sunat. Kalau isyak siap2 berat jugak nak bangun pagi.. haha.. apela ustajah ni..teruk betul!!

Hahahaha... itulah alasan2 yang boleh disenaraikan daripada soalan MENGAPA itu..hehehe

Hari ni .. saya ditinggalkan keseorangan di hujung minggu setelah sekian lama my hubby tak outstation.. aduh sunyi saya dibuatnya... tiba2 jadi sedih & sebak plak ditinggalkan tanpa teman disini.. tp sekejap jer.. esok balikla my hubby itu.. sepanjang 3bulan, beliau lah yang menyediakan susu 2X sehari utk isteri tercinta ni..hihi..ubat+jus, buah-buahan & macam2 makanan yang berkhasiat...(bukan manja yer).. hari ni saya terpaksa melakukan sendiri.. huhu... aduh malas bebenor jadinya...


Ok lah permisi dulu... doakan saya yer..

Beberapa minggu lepas bersamaan hari berlakunya gempa bumi di Padang satu fenomena berlaku HANYA di Negeri Terengganu.. dan saya, my hubby serta kak rin juga menyaksikan kejadian tersebut..
Saat dan tika itu saya bersama my hubby berada di halaman rumah staff my hubby (kak rin) @ Taman Tok Adis Kuala Ibai sedang survey rumah2 utk disewa..
Kejadian itu :
"kelihatan.. bulan serta 1 bintang dikelilingi satu cahaya seakan2 pelangi tetapi berbentuk bulat" .. tidak pernah seumur hidup kami melihat fenomena sedemikian...
Masing2 berpandangan & tertanya2 apakah maksud @ petanda disebalik fenomena tersebut... mungkinkah kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Padang pada siang harinya?? atau...??? yang pasti... ini merupakan peringatan dari yang Maha Pencipta...
"Ya Allah ampunkan segala dosa2 kami... kuat dan tambahkanlah keimanan kami terhadapMu Ya Rabb"

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung setia ...
Masih dalam mood raya??? Yeahhhh semestinya.. selagi tak berakhirnya Syawal selagi tu la tidak abis2 beraya & memenuhi undangan ke open house kan...raya2 jugak.. puasa 6 jangan lupa..hihi

N3 kali ni bukan nak menceritakan ttg hari raya.. sebaliknya ingin memohon doa semua yang membaca entry ni, mendoakan sahabat seperjuangan saya yang masih tidak sedarkan diri (koma) sejak 2 hari yang lalu selepas bertarung nyawa melahirkan Putera Sulung mereka seberat 3.2kg...

Mungkin rakan-rakan yang pernah seSEKOLAH, seUIA , seTERENGGANU, sej-QAF dan lain2 mengenali beliau..

Wan Haida Harnani Wan Abdul Latif
27 tahun

Terengganu
UIA 2001-2006, IRK
j-QAF ambilan JAN2007
Institut Perguruan Kuala Terengganu
Sedang berkhidmat di SK Gong Kapas , KT

Difahamkan beliau telah mengalami pendarahan yang banyak ketika melahirkan.. bersalin secara pembedahan.



p/s : Mohon doa semua samada mengenali beliau @ sebaliknya... semoga beliau cepat sembuh.. aminn Ya Rabb...

Syafakillah...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Dari kami Mohd Kasim & Hafitah sekeluarga


Ayahanda Mohd Kasim (tetiba oren kira aci laa haha)
&
Bonda Hafitah


Anak-anak perempuan bersama bonda kecuali Ton


(Sulung)
Mohd Shauki Bik & Che Kiah
Anakanda Faiz Hakimi & Farid Wajdi


(Kedua)
Tak dak gambar rasmi la pulak hihi...
Mohd Afandi & Farishana
Anakanda Nuha & Hanif

Align Center

(Ketiga)
Mohd Fikri & Hafiza
Anakanda Nurul Ain Farhana


(Keempat)
Ummai Kalshom & Mohd Najib
Anakanda Muaz, Ammar & Anas



(Kelima)
Siti Fatimah & Hasani
Anakanda Aufa


(Keenam)
Khadijah & Muhammad Firdaus


5 ke bawah kecuali adik halimatussaadiah (ketujuh) masih di Egypt
InsyaAllah 25.10 konvo, 28.10 terbang ke tanahair.
dari kiri : Abidi (kelapan), Adilah (kesembilan), Afifuzzuhdi (kesepuluh), Izzatul Wafa (kesebelas)

Salam Aidilfitri buat semua...

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

teristimewa buat :

family tersayang..
sanak-saudara & rakan taulan..
juga mereka yang mengenali diri kami..
semoga Aidilfitri kali ini memberi 1001 keinsafan, kebahagiaan & kenangan untuk kita semua...






Salam di Penghujung Ramadhan... semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik & moga kita diberi kesempatan untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang.

Seperti semua yang sedia maklum..Petronas sedang menayangkan beberapa iklan sempena hari raya yang kadang kala sangat memilukan hati...

Teringat saya pada iklan ini setahun yang lalu saya menontonnya & tersemat rapi tersimpan di dalam "my comey".... bukan memilukan tapi sangat lucu tahap zzz !!

Mungkin ada setengah yang pernah menontonnya..
Apa kata jom tonton sekali lagi...
Selamat menonton!!


video

Salam fasa kedua Ramadhan untuk semua.... moga Ibadat kita diterimaNya..

Alhamdulillah segala puji & syukur atas segala nikmat pemberianNya.. Salawat & salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w ...

MasyaAllah cepatnya masa berlalu.. dah lebih setengah bulan kita berpuasa.. macam2 ujian & dugaan kita tempuhi .. tidak kurang juga nikmat yang berganda kita kecapi Alhamdulillah kepadaNya sahaja yang layak untuk segalanya... Entry yang dah lama tertunda....

Teristimewa buat pasangan Fir & Jah
(hihi ucapan untuk diri sendiri, kira aci la)

"Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 3"
020906 - 020909



Actually tak der buat surprise & sediakan hadiah ape2 pun.. cuma tak ketinggalan singgah di ZIQ untuk membeli setengah kilo KEK bersempena ulangtahun ini... raikan berdua di samping berdoa moga mahligai yang dibina ini kekal hingga ke Syurga InsyaAllah...

Alhamdulillah 030909 Fir & Jah mendapat hadiah yang paling bermakna & sangat ditunggu2kan selama 3 tahun ini.. Doakan moga semuanya selamat...

"Rabbi la tazarni fardan waanta khairul warithin"

Salam di penghujung fasa pertama Ramadhan & di awal fasa kedua...

Tarawih sahur buka posa, tarawih sahur buka posa, tarawih sahur buka posa... tup2 dah nak masuk hari ke dua belas dah puasa ... masyaAllah terlalu cepat masa berlalu...

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Berkehendak, Yang Maha Pemurah kerana telah meminjamkan kembali nikmat kesihatan untuk diri yang lemah ini..

2 hari diuji dengan penyakit yang dikira pakej demam, batuk, sakit tekak,selsema cuma sedikit Allah ringankan sbb kepala tidak pening dan tak sakit, Alhamdulillah... tak dapat bayangkan macamna kalau 2 hari itu kepala pun sakit dan pening.. Allahurabbi Kau la yang Maha Berkehendak atas segalanya... semoga ujian yang sedikit ini dapat menghapuskan segala dosa hambaMu yang lemah & lalai ini...

Tika ini.. mulut & lidah masih terasa pahit.... perut lapar tapi tak dak selera nak makan... aduh sangat perit rasanya.. semalam my hubby beli jer kat bazar tp ayooyooo sbb tak berselera semua benda rasa tak sedap.. harini gagahkan jugak diri masak sbb makan beli tak puas .. nak jugak makan masakan sendiri walaupun tak sedap mana pun masak... tp still rasa tak puas sbb lidah pahit..... last2 mengidam jugak masakan bonda di kampung.. rasa nak balik kampung bercuti sebulan puasa ni.. huhu... (selamat berangan la wahai cik jah oiii!!!)

* Meleleh plak air liur tengok menu ni...
menu ni time awal posa ritu masak beramai2, semua balik kecuali mak tam ton EGYPT .
Sangat syookkkkk... sangat menyelerakan...

Tadi pesan bonda mandi dgn air asam... gosok2kan asam tu di badan supaya haba panas tu keluar dari badan.. terima kasih bonda atas segala nasihat & tunjuk ajar itu... dah kawin2 pun bonda jugak menjadi rujukan... pentingnya bonda dalam kehidupanku, tanpa bonda siapalah daku.. i love & miss u so much bonda !!

Esok sekolah plak.... huhu... tak bersemangatnya nak ke sekolah. Apa nak jadi ni, ustazah tak semangat nak ke sekolah.. kalau anak murid tau, anak murid lagi la malassss sbb ustazah pun ala2 malas ni... oh tidakkk!! semangatkan dirimu wahai ustajah. Actually kelmarin last day saya ganti guru KAFA yang belayar tu.. tp saya pun tak mampu ke sekolah kelmarin... so kelas terpaksa gabung jugak. Mulai Rabu ni ustazah yang belayar tu dah mula mengajar, bolehla saya pulang awal untuk persiapan nak ber"perang" kat dapur tu...

Oklah.. setakat ni dulu coretan untuk kali ini... mohon permisi...

p/s :
- Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan saya...
- TAHNIAH untuk adinda Halimatussaa'diah yang telah NAJAH dalam imtihan akhir.. Awal November ni bolehlah kita bersua muka andai umur masih panjang....
- TAHNIAH jugak untuk Kanda Fikri yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah bulan ni.. berkat Ramadhan...
- TAHNIAH untuk Bang Di (kanda my hubby) atas kejayaan yang sangat membanggakan.. tabikkk sssppprrriiiinnngggg!!!! mantopppp!!

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA
YANG KE-52 TAHUN
BUAT SEMUA WARGA MALAYSIA


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua....

Maaf coz lama tak meng'update' blog kesayangan ini..
Bz??Tak dak mood??Malas?? semuanya mungkin...

Semalam, kondisi kesihatan saya agak merudum.. badan panas, batuk2, selsema, bersin dll... saya terus mendapatkan rawatan doktor.. selesai diperiksa, doktor mengesahkan bahawa saya dijangkiti I L I @ influanza B dan saya telah diberi MC 2 hari..kebetulan Isnin cuti so sehari je la... pesan doktor, kalau demam tak kebah lagi dalam masa 2 hari, saya diminta ke Klinik Hiliran untuk diambil kahak & dibuat ujian.. nauzubillah..
Setelah menelan segala ubat-ubatan itu & rehat2.. hari ni saya rasa agak sihat & kuat berbanding kelmarin.. Doakan kesihatan saya semakin stabil & bertambah sihat seperti sedia kala... bila dah sakit, baru rasa nikmatnya sihat..huhu...

Dikesempatan ini , rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia...
Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita kepadaNya...


Dapatkan Mesej Be
rgambar di Sini

Kepada mereka yang telah meng'wish'kan salam ramadhan utk saya.. jutaan terima kasih diucapkan & seribu kemaafan dipohonkan kerana tidak dapat membalas sms anda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan....

Nadia Aroff :

Wahai tetamu Ramadhan,
untukmu Rahmat & maghfirah,
airmata taubat,
dendangan tadarus,
selimut tarawih,
dan bantal tahajjud..
Moga mewarisi Jannah..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!

Puan Rubiah JPJ :

Selamat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Kak Ita SKL :

1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH,
1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH,
1 hari lagi DOA2 ini di IJABAH,
1 hari lagi PAHALA ini diLIPATGANDAKAN,
Tapi.. semua itu tidak akan menjadi tanpa MAAF tulus daripadamu..
Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup mohon maaf untuk
lisan yang terlanjur,
janji yang terabai,
hati yang berprasangka,
& semua sikap yang menyakitkan.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT adalah PENAWARnya,
dan jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH s.w.t & diampuni segala dosa.. amin..

Faradiana :

Subhanallah Maha Suci Allah,
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,
Walailahaillahhuwallahuakbar Tiada Tuhan melainkan Allah,
Allah yang Maha Besar.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
-Daripada Fara sekeluarga-

Hasanah :

NOTIS AKAUN : Harap maklum, baki PAHALA anda tidak cukup untuk menampung akaun AKHIRAT anda,
sila tambah nilai AMALAN ANDA untuk menaikkan kredit ke SYURGA.
Untuk tambah nilai, sila kunjungi mana2 surau/masjid yang berdekatan.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!

Ila KUIS (Rakan blog) :

Surah Al-Baqarah ayat 183 ...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430.
Mohon maaf segala kesilapan & kekurangan.

Kak Wati SKL :

"Tiada hari seindah JUMAAT,
Tiada kata seindah ZIKIR,
Tiada Ibadah seindah SOLAT,
Tiada bulan seindah RAMADHAN"
Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa.

Ton (5 sekawan) :

"Bila KEKUATAN yang dipohon,
Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi.
Bila KEBIJAKSANAAN dipohon,
Allah beri MASALAH untuk diselesaikan.
Bila KASIH ALLAH yang dipohon,
ALLAh beri DUGAAN untuk dihadapi.
Dan setiap yang dipohon pasti DIUJI,
supaya lebih dekat denganNya".
Selamat menyambut Ramadhan, medan untuk MENGUKIR CINTA padaNya..
Ramadhan Kareem.

Kanda Faris (my ipar) :

Salam.. jangan lupa Renew Lesen Mulut, & cukai kesabaran,
Serviskan Hati, Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga,
Peliharalah Enjin Perut,
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 1430,
BERAMAL Jariah pada Ramadhan akan datang kini...
Tuah anda siapa yang tahu.. amin.

Imah (5 sekawan) :

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Mohon maaf atas segala salah & silap yang disedari @ sebaliknya.
Moga tarbiyah Ramadhan akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Ramadhan Kareem.

Blog Widget by LinkWithin