cardos31's said :

Manusia memang sering lupa & lalai
Mohonlah padaNya moga diampunkan segala dosa
Jauhkan dari segala mala petaka & bahaya
Bimbinglah ke jalan yang diredhaiNya

Bila diingatkan balik apa yg telah berlaku & walaupun tak jadi apa2..gerun jer ku rasa.. terbayang2 & macam2 bermain di kepala.. nau'zubillah.
Hanya alhamdulillah & syukur yang mampu ku lafazkan atas pemeliharaanNya terhadap kami..

Alkisahnya..Malam kelmarin 250209 :
Seperti biasa, anak2 jiran datang mengaji Quran di teratak kami..kebiasaannya selesai budak mengaji aku akan menghantar mereka di muka pintu seterusnya mengunci pintu. Tp entah mcmana malam tu lepas jer ngajar ngaji aku ke dapur & seterusnya melakukan kerja2 rumah apa yang patut. Bila mata pun dah mengantuk kami terus masuk tidur tanpa check & kemas barang2. Laptop, external hardisk, digital camera & hp ku ada di ruang tamu. Sblm tido my hubby dah tnya : pintu dah kunci blm dan dlm mamai2 aku pun jawab dah...

Kami pun syahid seketika... pagi esoknya, bangun dari tidur aku ke ruang tamu & terpandang pintu...masyaAllah .. debaran hati memuncak... pintu tak berkunci & masih terbuka sedikit & kunci masih dipintu... aku terus maklumkan pd my hubby dgn penuh ketakutan.. hanya Allah yang tahu perasaan ku ketika itu... mcm2 ku pk.. nau'zubillah..
My hubby check semua bilik & seluruh rumah.. alhamdulillah tak de aper yg hilang & harta benda ku di ruang tamu masih elok & belum diusik.. syukur ku panjatkan ke hadrat Allah atas pemeliharaanNya terhadap kami selama ini.. Allah masih sayangkan kami & rezeki masih berpihak pada kami... sujud syukur ku pada mu Ya Allah atas kurniaan keselamatan ini..

يا دا فع البلاء يا الله ،
يا دا فع البلاء يا رحمن ،
يا دافع البلاء يا رحيم ،
ادفع عنا كل بلاء الدنيا وبلاء الأخرة
وشر الدنيا وشر الأخرة .... الى اخر"

So.. mengambil pengajaran dari peristiwa tu, kami lebih berhati2 , check & check sebelum beradu... biarlah letih skit pun check berkali2 yang penting semuanya dah dipastikan selamat berkunci...

kami hamba yg lemah di sisimu,

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami
Tajamkan lah fikiran kami, kuatkan lah ingatan kami dan
Tenangkanlah kami dalam menghadapi temuduga ini

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas pertolonganNya dalam mempermudahkan kami menghadapi temuduga yang telah diadakan selama 3 hari bermula pd 24-26 Feb 09 di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Aku merupakan calon yang ke 7 di bilik 1 untuk sesi 10 pagi. Setelah Dato' membelek-belek fail ku..beliau bertanya :
  • "Kamu sudah berkahwin?"
  • "Berapa orang isteri Nabi Muhammad?"
  • "Sebutkan rukun nikah."
  • "Ceritakan tentang diri kamu."
  • "Ceritakan sejarah wujudnya j-QAF."
  • "Kamu mengajar B.Arab?"
  • "Ceritakan apakah kepentingan mempelajari B.Arab."
  • "Apakah hukum, jika bersolat & membaca surah2 tapi tidak memahami maksudnya?"
  • "Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam?"
  • "Membina masjid adalah salah satu usaha meningkatkan syiar Islam, apa pendapat anda dengan pembinaan Masjid Kristal?"
Yeah inilah antara soalan2 yang telah diajukan kepadaku... Alhamdulillah boleh digoreng2 apa yang telintas difikiran... semoga aku & semua sahabat lulus dalam temuduga ini.amin.

Turut bermalam di teratak ku pada malam harinya :
Fathi yang comey, ummi & cu la nya...

coz umminya sama interview dgn ku..



Calon temuduga :

Assalamualaikum semua...
Kelmarin (220209), selesai sesi persekolahan aku ke IPGM Kampus Dato" Hj Razali KT atas permintaan si 'belang' minta tolong amikkan sijil2 Diploma Pendidikan utk guna interview Rabu ni. Oleh kerana beliau tidak menghadirkan diri ke Konvo tempoh hari, so beliau terpaksa menuntut sijil2nya di unit peperiksaan IPGM KT serta bayaran RM35.

Sesampai di depan IPG teruja aku melihat IPG sekarang dah bertukar wajah rupanya..lama benor aku tak datang IPG ni semenjak abis kursus Julai tahun lepas.

Yaaaa.... inilah antara wajah2 baru IPG tp hanya sekitar bangunan depan..belakang kat asrama tak sempat ziarah..


Pintu masuk IPGM

Sekitar bangunan pentadbiran.. landskap tu lama dah..


Dewan yang baru siap...

Ex-IPKT student,

Assalamualaikum...

Minggu ni kami suami isteri akan menghadapi PTK & Interview...my hubby sgt sibuk study.mmg orgnya bab2 study nih..dr zaman sekolah lg mmg ulat buku. tp aku sgt rilek tp berdebar2..thah apa soalan yg akan ditanya..print mcm2 dah tp tak abis lg hafal...baca pun tak abis lagi..kalau ikut pengalaman org2 yg dah lepas,lain org lain soalan yg kena.yg pasti PIPP, FPK,FPI,FPG,KBSR,KBSM,Rukun Negara,Islam Hadhari, sejarah jQAF dll & isu semasa pasti ada...tp ada gak ikut nasib, just sembang2 ttg sekolah jer..

semalam aku ke Lapangan Terbang KT antar my hubby nak ke Putrajaya coz PTK diaorg kat sana. 8.oomlm bertolak, flight kul 9.20mlm. Dah lama tak berjauhan...sesudah beliau masuk ke balai berlepas tiba2...huhu...sedih.. dlm tak sedar aku menangis.....aduh rindunya lama dah tak kena tinggal..sedih tiba2 rasa keseorangan.Tak tau nak watpe.
Seperti yg dah dirancang aku terus ke umah na staff SKL & bermalam di sana.bukan ape,takut gak dok sensorang...dan malam ni turn dia mai teman ku di sini coz abe dia keje mlm 12.00mlm-8pg. Lega..ada gak kawan...

Doakan kami semoga dapat menghadapinya dengan tenang & dipermudahkan segalanya...
PTK : 23-24 Feb 09, Interview 25 Feb 09 - 10pg
Dah lama tak ke airport..selalunya lalu jer..
Meh kita kenali serta ketahui macamna & aper yg ada kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud KT. Gambar yg sempat di "pukul" olehku..

suasana malam...bersebelahan pantai Teluk Ketapang..

Firefly ada tak sempat "pukul"..


antara yg ada @ airport KT

Miss u so much!!

Salam semua....

Setiap kali perhimpunan sekolah hari ahad, tiap kali tu la GB & guru bertugas pesan pada semua murid.."waktu rehat & balik jgn berkejor2".... maklumla kanak2 riang nih mmg hobi berkejor2... pesan g la berapa kali pun tetap berkejor2 bebudak ni..

2 minggu lepas sorang murid tahun 5 berdarah mulut sebab tersadung jatuh kena bucu meja kalau tak silap aku.sebab musabab nya tak pasti, tp rasanya sbb berkejor2 la nih..huh.. berdarah la sepanjang koridor, guru bertugas bawa ke spital.

Hari Khamis lepas kena pulak murid tahun 4 (Sofuan) tersadung gak jatuh dekat2 ngan longkang belakang dewan nun.. berkejor jugak tu.. habis terbelah kening darah pun banyak gak... maka seperti biasa guru bertugas la susah payah nak kena bwa ke spital.... dah la parking keta sek kekangkang kera jer, sekali nak kuar haru biru gak jadinya coz masing2 keta blok antra satu sama lain... sempat gak aku pukul gambo si mangsa hari kejadian...

Nak jadi cerita lucu... lepas siap pukul gambo mangsa..aku ada kelas tahun 2. Kebetulan kelas tu ada adik mangsa (solihin). Adiknya tak tau lg kejadian menimpa diri abg kesayangannya nih.. so sblm mulakan p&p aku pun mula bercerita ttg apa yg terjadi pada si sofuan ni sambil menasihati anak2 nih, jgn berkejor2. tp blm inform lagi nama si mangsa..adiknya excited dgr..sambil dok bergelak ketawa..dah siap bercerita aku pun mengumumkan nama si mangsa..ternganga jadinya si adik nih & aku menunjukkan gambar si abg nya nih.. aku pun sesaja bg ayat.. "ustazah sedih nih, kita dah kehilangan sorang lagi murid SKLadang"....nak bagi gerun skit bebudak nih... dah tamat cerita aku teruskan p&p .. tengah2 aku dok mengajar tetiba si adik nih menangis teresak2 mengenangkan ayat yg aku bg tadi... huhu...sayang sungguh kat abg nya... so aku pun memberitahu perkara yg sebenar.... lepas tu reda la tangisan si solihin nih ...nak tergelak jugak aku dibuatnya. Tau pun sayang ke abang... "ha.. sapa tak nak mati cepat jgn berkejor2.. boleh???" boleh ustazah...!! kata murid2ku

ustazah yg baik hati..hehe

Sekalung TAHNIAH buat mereka yang sudah & bakal menimang cahaya mata 2009...

Family & saudara mara
  • Hafiza & Mohd Fikri (kak ipar) : Due bulan 31Mac - sulung
  • Rohana & Shahmir (sepupu) : Due bulan April - ke 4
  • Habsah@kak cik (sepupu) - sulung
  • Khadijah (sepupu) - kedua
Sahabat-sahabat MMAS
  • Hasnawati@chatna: Due bulan Julai - anak ke 2
Sahabat-sahabat MMAS & UIA
  • Hikmatul Mabruk & Zainol Abidin = Muhammad Thaqif ( 8 Jan 09 ) -sulung
  • Asrol Nizam & Wahida = Alisya Amalia ( 15 Jan 09 ) - sulung
  • Mohamad Ridhauddin & Nur Arfah = Aisyah Solehah ( 19 Jan 09 ) -sulung
  • Sh Faezah = Syed Ahmad Yusuf ( 10 Feb 09 ) - kedua
  • Noor Adilah & Azzudin = Muhammad Afnan Aqil ( 16 Feb 09 ) -sulung
  • Bulkiyah@Bobo : Due April - sulung
  • NurulHayatiYusop@Yati : Due April - sulung
  • Azlina Dan@Ina : Due Mei - sulung
  • IzhamAli&Sopiah : Due September - sulung
  • Shatibi & Isteri - sulung
Sahabat-sahabat UIA
  • Wan Nurul Hawa & Dzaidin = Aisyah Humaira' ( 9 Januari 09 ) - sulung
  • Firdaus Omar & Fetty = Putera Sulung ( 13 Februari 09 ) -sulung
  • AisyatulRadhiah&Adli = Hannan Tihani ( 15 Februari 09 ) -sulung
  • Izuan&Hisham = Irissafina Hurrun Ein ( 16 Februari 09 ) -kedua
  • NurAfidaAyu@ayu = Adam (25 Feb 09) -sulung
  • CheFadlina@ina : Due Mac - sulung
  • MawarNafastari : Due bulan April - sulung
  • Munaliza Engin - sulung
  • Norashidah@shidah) : Due Mei - sulung
  • Naimah Baling - Kedua
  • Husniza@Zaa :Due 14 Julai - sulung
  • JamilahHassanBasri@Jem : Due September -sulung
  • Zurina@zurin : Due September : sulung
Sahabat-sahabat UIA & Maktab

  • Zulkifli & Ailey = Putera Sulung ( 17 Feb 09 )
  • Habsah Shaari : Due Feb - kedua
  • UmmiQais&Sabri : Due 23 Feb 09 -kedua
  • Habsah Abu Bakar : Due Mei - sulung
  • Rohani@ani : Due Mei - sulung kemungkinan kembar
  • Hazlida@ida -sulung
  • Wan Haida Harnani@Haida : Due Oktober -sulung
Sahabat-sahabat Maktab
  • Aifaa Normaliza & Aizat Hariz = Aqiel Hasif (19 Jan 09 ) -sulung
  • Kak Dah : Due 12 Feb 09 = kedua
  • Hamidah Due bulan Feb - sulung
  • W.Noraini@KakNor :Due 15Mac-sulung
  • Aini : Due bulan Oktober - sulung
  • Rosnani@kak nani : Due Julai
Rakan-rakan sejawat
  • Suzana & Affendi = Ahmad Zakiyuddin Wa'ie( 21 Feb 09 ) -kedua
Semoga permata hati yang dilahirkan & bakal dilahirkan akan menyerikan lagi umahtangga kalian.. moga zuriat2 itu akan manjadi anak yang soleh & solehah serta pejuang yang akan menegakkan Ad-Din... aminnn..

TAHNIAH juga buat mereka yang telah & bakal melangsungkan perkahwinan 2009....
  • Nazim (kwn mmas & uia) : 1 Januari 09
  • Ezar Sarfiza (kawan maktab) : 24 Januari 09
  • Habibah@bibah (kawan uia) : 25 Januari 09
  • Hamizan@MatJan (kwn mmas) : 28 Februari 09
  • Fitriwati@Intan (adik kak iparku) : 9 Mac 09
  • Shihabuddin (kwn maktab) : 9 Mac 09
  • HafiziPahang (kawan uia) : 15 Mac 09
  • Fakhrati (kawan mmas) : 15 Mac 09
  • Fakhrati&Azman (kwm mmas) : 15 Mac 09
  • Norhayati Rabu@Yatt (kwn uia) : 15 Mac 09
  • Yuhana Hamzah (kawan mmas) : 15 Mac 09
  • Rabihah Zakaria (kawan mmas) : 16 Mac 09
  • Munirah Ahmad (kawan mmas & uia) : 17 Mac 09
  • Fatimatul Husni ( 5 sekawan) : 31 Mei 09
  • Jamilah (kawan uia ) : November 09
  • Nadia Arof (kawan uia) : November 09
Semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar & moga bahagia selamanya..

Dari kami :

Agak lewat aku menge'post'kan en3 ni... tp ngak ape2.. sekadar mengabadikannya di sini.


25 Jan 09 yang lalu kami dikunjungi oleh pasangan Maisarah & Akashah. tp kami tak sempat berlama2 & MyKashah tak bermalam pun di teratak kami kerana keesokkannya 4pg kami akn pulang ke kg. Kami hanya sempat seharian bersama. Di kesempatan cuti peristiwa Ahad tu tp my hubby tak cuti, so aku membawa MyKashah berjalan2 seki
tar Trg. Kami lunch bersama2 @ medan selera Batu Burok dgn hidangan Nasi Ayam Yunnan... tp malangnya nasib aku membawa tetamu menjamu selera petang tu.. layanan yg diberikan sangat buruk & memalukan... tp nasib baik kami bukan jenis panas baran, kami sabar menghadapinya & tetap menunggu hingga akhirnya... tp berbakul2 jugak buat ketupatnya..

Lepas makan...balik parking di teratakku & kami ke Pasar Payang bersama dgn hanya sebuah kereta je.. sempat jugak membeli baju batik L + Blouse P yang di jual berhadapan pejabat pos tp dibuka setiap Ahad jer. Lama jugak round2 atas P
P.. kul 6 kami balik solat asar.

7.00mlm kami membawa MyKashah ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong - ikan, udang, sotong celup tepung @ Pantai Teluk Ketapang. Singgah solat
maghrib terlebih dahulu di Masjid Tok Beng, Seberang Takir.

9.00mlm siap menjamu selera tp borak tak habis2 lagi bertukar cerita... tp apa2pun kami terpaksa berpisah setakat itu dulu.. dengan rezeki yang ada, kami kirimkan sekotak buah limau buat MyKashah sebagai buah tangan dari kami...TQ buat Mykashah yang sudi hadir menziarahi kami... ada rezeki jumpa lagi.. semoga berpuas hati atas layanan yg diberikan & maaf atas segala kekurangan.
huhu...

Kiri : Fir, Jah, Maisarah, Akashah

Kiri :A.kashah bersama businessnya (beg perfume)
Kanan : K.My yang semakin cun lagi menawan

Kami Fir&Jah,

Assalamualaikum semua....

1stly buat sahabatku ila... TQ sudi men"tag"kan diriku & minta maaf bebanyak coz mengambil masa yg lama utk menjawab tag ni. Busy btul jadi cikgu ni rupanya kan... hehe. Lagipun tak pandai la ambo nak menjawab "tag"2 ni... maklumlah ni 1st time masuk dunia 'tag'.. apa2pun ambo akan cuba menjawab apa yg terlintas di fikiran di saat & tika ini ttg diriku : Pn. Khadijah bt Mohd Kasim.


Seperti biasa teliti panduan permainan Tag ini dahulu:

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]


yeah....aku, saya, ana, ambo, i , chek, ustazah, jah, dik jah, firjah, khadijah :-

1)seorang yang sangat peramah,mudah didekati & mendekati. Bak kata kawan2 :"mu ni tohok mana pung dok ape, mudah masuk dgn org".. itulah hakikatnya yg ku rasa. Allah itu Maha Adil, Dia jodohkan aku dgn seorg lelaki yg sgt pendiam.. so dgn itu secara tak langsung kami sering melengkapi antara 1 sama lain.Kami bersyukur padaMu Ya Rabb.

2) Lantaran dengan sikapku yg peramah... hobiku sangat suka berkenalan tidak kira umur & darjat. Dan aku sgt meghargai setiap hubungan yg terjalin.Setiap peringkat bermula dari aku di zaman kanak2 hinggalah sekarang aku punya kawan baik & hingga kini ada yg masih dihubungi & ada yg tidak dpt dikesan ... diri ini sgt merindui kalian.

3) seorang yang sgt berdikari & suka mencuba sesuatu yg baru. Aku pernah tinggal di negeri org ni tanpa suami di sisi selama 6 bulan & time tu lah aku terpaksa menguruskan urusan masuk kuarters, pindah rumah, sewa lori, angkat barang dll. Betapa banyak prosedur yg perlu dilakukan tp aku suka & mampu lakukan coz aku sangat suka mencuba sesuatu yg baru, ditambah dgn sifatku yg peramah memudahkan urusanku. Aku jugak pernah memecah rekod dlm diriku memandu selama 16 jam pergi & balik dr Trg-Kdh, Kdh-Trg tanpa suami di sisi hanya ditemani kakak iparku. Alhamdulillah syukur ya Rabb.

4) seorg yg sangat kurang suka membaca tetapi sgt suka mengira. Sbb tu lah time SPM dulu subjek yg memerlukan kpd pembacaan yg berganda aku tak dapat score berbanding subjek yg memerlukan kpd pengiraan. Aku lebih suka berbincang jika subjek2 tu memerlukan kpd pembacaan... dengan cara tu aku dpt memngingat dgn lebih cepat. Berbeza dgn my hubby yg suka membaca tetapi tidak suka mengira. Tp sekarang pekerjaannya di kelilingi dengan nombor2 cuma tidak perlu mengira ja..huhu

5) lantas sikapku yg tidak suka membaca , jadi aku seorang yang tidak suka mengadap novel & hanya sekali aku mampu habiskan novel tp aduh mengambil masa yg lama... yang lainnya hanya hangat2 tahi ayam.. bolehla baca kejap jer.. pastu ah bosan... biarlah menarik mana pun jln cerita novel tu aku tak berdaya habiskan..nasibla... cerpen yang pendek2 jer aku boleh nak mengadap.

6) sehubungan dgn sikap tidak suka membacaku.. sekarang aku dlm kerisauan kerana 25.2 ni aku akan menghadiri temuduga utk pengesahan jawatan.. semua tu memerlukan kpd pembacaan yg bnyk. So aku kena study dari awal.. baca skit2... "sikit2 lama2 jadi bukit"... & my hubby akan exm PTK 23-24.2 ni & beliau sekarang bertungkus lumus study.. haha.. kontra btul dgn aku...moga km dapat menghadapi exam & temuduga dgn tenang & lulus sempurna.Aminnn...

7) seorang yang sangat suka ber'business'... yela dah suka benda2 mengira mmg patut pun suka business...dulu bercita2 jugak nak jadi business woman tp akhirnya dapat jadi pendidik, so business tu sampingan dlm kehidupanku. sekarang aku giat ber'business' tupperware hehe.. kawan2 yg nak order tupperware just call me...hahaha... garam belacan Mak Bee pun aku jual jugak tp setiap kali balik Kedah ja ada stoknya. Pengalaman semasa belajar, aku berniaga donat & pizza kecik tu bersama kawan2 ila & tonah.. laris jugak.. best sgt berniaga time tu.. rindunya kenangan lalu. Alhamdulillah atas nikmat rezeki dariNya.

8) Seorang yang suka berenang & boleh la jugak berenang "kampung". Teringin sgt nak belajar berenang cara yg btul. Kat UIA dulu belajar sekejap jer, tak sempat mahir. Sekian lama tak berenang tp semenjak jadi ahli kelab Primula, secara automatik dah dpt port utk berenang. Akan dijadikan acara wajib hujung minggu, itupun kalau tak dak program apa2 & tak letih tp tak dak plak tok guru nak ajar.huhu.

9) Seorang yang tidak pandai memasak.. masak utk suami bolehla tp kalau tetamu nak datang rumah pening jugak pk nak masak apa, takut tak sedap. Setakat ni, nasi tomato jer la yang boleh buat utk hidangan tetamu yg hadir. Akan cuba dipelajari menu2 lain... hehe..

10) seorang yang suka mengemas... tak senang duduk & hati berserabut kalau tengok rumah bersepah. kalau tak dak masa sgt nak ngemas biar jugak bersepah tapi hati berserabut bila tengok & memikirkan ke'sepah'annya...

11) seorang yang suka buat kerja last minit tp my hubby sgt suka buat perancangan yang rapi.. skema katakan. so sekarang saya tgh belajar seperti beliau tidak buat keja last minit tp bukan utk jadi skema tau...kahkahkah

12) seorang yang tidak dapat menepati masa, kontra jugak dgn my hubby yang sangat sangat sangat on time.. lambat seminit pun dah bising2, kalau beliau kata " kul 10 tayar kereta bergolek, maka tepat kul 10 lah bergolek tayar keretanya"... huhu. Kadang2 tensi jugak aku jadinya .. tp at least aku dah boleh membiasakan diri utk on time sekarang. Alhamdulillah.

13) seorang yang sangat suka berjalan2/ bersiar2/ melancong & cepat ingat jalan. Jadi pantang ada masa kosong akan berjalan2 & bersiar2 walaupun dekat2 dengan teratak. Kalau kat Trg ni banyak jugak pelusok yang aku dah sampai & boleh ingat jalan. Alhamdulillah. Kadang2 org Trg plak yg tanya aku tmpat sekian2 kat mana... hehe...

14) seorang yang sangat suka mengabadikan memori, bergambar & mengambil gambar. bercita2 jugak nak beli kamera yang power tu, tp 'pitih' tak cukup ma... so harta yang aku paling sayang sekarang adalah my CAMERA.. tp dah byk hari aku tak dpt gunakannya coz tak dak bateri & charger bateriku thah hilang di mana , masih dlm proses mencari, mencari & terus mencari.Moga cepat2 menjumpainya coz masih banyak progrm yg akan berlangsung minggu depan.

15) seorang yang tidur tanpa menggunakan bantal... aku mmg tak boleh guna bantal. kalau tidak, kepalaku akan pening. sekadar tilam, badan & kepalaku mesti serata. kalau nak jugak bantal mestilah bantal yg sgt2 nipis. so kalau aku bertandang & bermalam kat umah sesapa pun, tak perlu susah2 sediakan bantal... hehe...kata org tua2 " kalau nak merawat mata yg kelabu & yg pkai spek tu, tidurlah tanpa bantal"

16) akhirnya .. seorang yang happy go lucky.. akan beremosi apabila hampir masuk ke zon ABC ( Allah Bagi Cuti).. time tu pantang silap , emosi terus tak terkawal. Sejak jadi pendidik ni.. beremosi jugak kalau ajar murid kelas yg lemah2.. dah la lemah + nakal.. aduh yg tak emosi pun leh jadi emosi tau!!! Sabar je la...

ok alhamdulillah.. dah siap serba sedikit fakta ttg diriku... hehe...

ok, sekarang i nak 'tag' :
  • my hubby
  • Aufani
  • Anisah
  • Zurina
  • Rokiah
  • Mardiana
  • Hafizbad
  • AmeerNa
  • palli
  • nafastari
  • mawar nafastari
  • Huda Akmal
  • siticomel
  • dabir remaja
  • klinik ummi
  • Ummu Huraiyah
Yeah...!!! cukup 16 ingin ku kenalimu dgn lebih dekat... jika berkesempatan jawab la tag dariku ek...TQ

aku......

03 Februari 2009 - Selasa
Aku & my hubby ke tempat kerja seperti biasa. Motor kami tinggalkan utk syafiq manfaatkan. Kul 11 syafiq janji dgn kawannya, jumpa di stesen bas.. then kawannya bawa jalan2. sekali lagi syafiq g bowling tapi kali ni bowling kat stadium baru kat Gong Badak. Dengan menggunakan kad student, mereka hanya perlu membayar RM2.80/game... murah kan???
Malam, selepas siap ngajar ngaji kami ke Stesen Bas KT antar ayahbonda & Syafiq.. mereka akan ke Bangi umah kak long. Sani Ekspress, 10mlm, KT-Kajang. TQ ayahbonda & Syafiq .. ada masa & rezeki mai lagi yer nanti. Harap2 berpuas hati sepanjang berada di sini & mohon maaf di atas segala kekurangan.
Hentian Bas Bandaraya Kuala Terengganu

kiri : bersiap siaga
kanan : Express Sani yg agak selesa

tingkat atas Express Sani

jumpa lagi.. doakan kami...

anakanda & menantumu,

02 Februari 2009 - Isnin
Hari ke 2 my hubby cuti.. paginya berehat jer kat umah. Petang selepas pulang dari sekolah.. rehat sebentar. Lepas Asar kami keluar menuju ke Syurga Tudung 15min dari teratak FirJah. Mak ada la memborong 3 4 helai tudung sebagai buah tangan utk adik & anak2 sedara di kedah. Selesai memborong kami ke Giant, KT membeli sepasang kasut (bata) utk bonda & ubat mata utk ayahanda.
Kemudian kami ke Fasha Thai Seafood... sajer makan luar plak kali ni. Hajatnya nak bawa ayahbonda & syafiq merasa sotong, udang, ikan celup tepung @ Pantai Teluk Ketapang.. tp masa tak mengizinkan, dah hampir senja. Jadi... Fasha jer destinasinya... nasib baik layanan memuaskan coz dulu pernah bawa kak long & bang di.. layanan teruk bangat.


Giant, Kuala Terengganu

Sepasang kasut utk bonda & ubat utk ayahanda

sedondon... batik terengganu...
(beli bersama mykashah tempoh hari 250109)
sesape yg berminat bolehlah membuat pesanan..hehe

bersama selamanya :

;;