Agak lewat aku menge'post'kan en3 ni... tp ngak ape2.. sekadar mengabadikannya di sini.
25 Jan 09 yang lalu kami dikunjungi oleh pasangan Maisarah & Akashah. tp kami tak sempat berlama2 & MyKashah tak bermalam pun di teratak kami kerana keesokkannya 4pg kami akn pulang ke kg. Kami hanya sempat seharian bersama. Di kesempatan cuti peristiwa Ahad tu tp my hubby tak cuti, so aku membawa MyKashah berjalan2 sekitar Trg. Kami lunch bersama2 @ medan selera Batu Burok dgn hidangan Nasi Ayam Yunnan... tp malangnya nasib aku membawa tetamu menjamu selera petang tu.. layanan yg diberikan sangat buruk & memalukan... tp nasib baik kami bukan jenis panas baran, kami sabar menghadapinya & tetap menunggu hingga akhirnya... tp berbakul2 jugak buat ketupatnya..
Lepas makan...balik parking di teratakku & kami ke Pasar Payang bersama dgn hanya sebuah kereta je.. sempat jugak membeli baju batik L + Blouse P yang di jual berhadapan pejabat pos tp dibuka setiap Ahad jer. Lama jugak round2 atas PP.. kul 6 kami balik solat asar.
7.00mlm kami membawa MyKashah ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong - ikan, udang, sotong celup tepung @ Pantai Teluk Ketapang. Singgah solat maghrib terlebih dahulu di Masjid Tok Beng, Seberang Takir.
9.00mlm siap menjamu selera tp borak tak habis2 lagi bertukar cerita... tp apa2pun kami terpaksa berpisah setakat itu dulu.. dengan rezeki yang ada, kami kirimkan sekotak buah limau buat MyKashah sebagai buah tangan dari kami...TQ buat Mykashah yang sudi hadir menziarahi kami... ada rezeki jumpa lagi.. semoga berpuas hati atas layanan yg diberikan & maaf atas segala kekurangan.
huhu...
Kiri : Fir, Jah, Maisarah, AkashahKiri :A.kashah bersama businessnya (beg perfume)Kanan : K.My yang semakin cun lagi menawanKami Fir&Jah,
0 comments:
Post a Comment