cardos31's said :

Assalamualaikum semua....

1stly buat sahabatku ila... TQ sudi men"tag"kan diriku & minta maaf bebanyak coz mengambil masa yg lama utk menjawab tag ni. Busy btul jadi cikgu ni rupanya kan... hehe. Lagipun tak pandai la ambo nak menjawab "tag"2 ni... maklumlah ni 1st time masuk dunia 'tag'.. apa2pun ambo akan cuba menjawab apa yg terlintas di fikiran di saat & tika ini ttg diriku : Pn. Khadijah bt Mohd Kasim.


Seperti biasa teliti panduan permainan Tag ini dahulu:

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]


yeah....aku, saya, ana, ambo, i , chek, ustazah, jah, dik jah, firjah, khadijah :-

1)seorang yang sangat peramah,mudah didekati & mendekati. Bak kata kawan2 :"mu ni tohok mana pung dok ape, mudah masuk dgn org".. itulah hakikatnya yg ku rasa. Allah itu Maha Adil, Dia jodohkan aku dgn seorg lelaki yg sgt pendiam.. so dgn itu secara tak langsung kami sering melengkapi antara 1 sama lain.Kami bersyukur padaMu Ya Rabb.

2) Lantaran dengan sikapku yg peramah... hobiku sangat suka berkenalan tidak kira umur & darjat. Dan aku sgt meghargai setiap hubungan yg terjalin.Setiap peringkat bermula dari aku di zaman kanak2 hinggalah sekarang aku punya kawan baik & hingga kini ada yg masih dihubungi & ada yg tidak dpt dikesan ... diri ini sgt merindui kalian.

3) seorang yang sgt berdikari & suka mencuba sesuatu yg baru. Aku pernah tinggal di negeri org ni tanpa suami di sisi selama 6 bulan & time tu lah aku terpaksa menguruskan urusan masuk kuarters, pindah rumah, sewa lori, angkat barang dll. Betapa banyak prosedur yg perlu dilakukan tp aku suka & mampu lakukan coz aku sangat suka mencuba sesuatu yg baru, ditambah dgn sifatku yg peramah memudahkan urusanku. Aku jugak pernah memecah rekod dlm diriku memandu selama 16 jam pergi & balik dr Trg-Kdh, Kdh-Trg tanpa suami di sisi hanya ditemani kakak iparku. Alhamdulillah syukur ya Rabb.

4) seorg yg sangat kurang suka membaca tetapi sgt suka mengira. Sbb tu lah time SPM dulu subjek yg memerlukan kpd pembacaan yg berganda aku tak dapat score berbanding subjek yg memerlukan kpd pengiraan. Aku lebih suka berbincang jika subjek2 tu memerlukan kpd pembacaan... dengan cara tu aku dpt memngingat dgn lebih cepat. Berbeza dgn my hubby yg suka membaca tetapi tidak suka mengira. Tp sekarang pekerjaannya di kelilingi dengan nombor2 cuma tidak perlu mengira ja..huhu

5) lantas sikapku yg tidak suka membaca , jadi aku seorang yang tidak suka mengadap novel & hanya sekali aku mampu habiskan novel tp aduh mengambil masa yg lama... yang lainnya hanya hangat2 tahi ayam.. bolehla baca kejap jer.. pastu ah bosan... biarlah menarik mana pun jln cerita novel tu aku tak berdaya habiskan..nasibla... cerpen yang pendek2 jer aku boleh nak mengadap.

6) sehubungan dgn sikap tidak suka membacaku.. sekarang aku dlm kerisauan kerana 25.2 ni aku akan menghadiri temuduga utk pengesahan jawatan.. semua tu memerlukan kpd pembacaan yg bnyk. So aku kena study dari awal.. baca skit2... "sikit2 lama2 jadi bukit"... & my hubby akan exm PTK 23-24.2 ni & beliau sekarang bertungkus lumus study.. haha.. kontra btul dgn aku...moga km dapat menghadapi exam & temuduga dgn tenang & lulus sempurna.Aminnn...

7) seorang yang sangat suka ber'business'... yela dah suka benda2 mengira mmg patut pun suka business...dulu bercita2 jugak nak jadi business woman tp akhirnya dapat jadi pendidik, so business tu sampingan dlm kehidupanku. sekarang aku giat ber'business' tupperware hehe.. kawan2 yg nak order tupperware just call me...hahaha... garam belacan Mak Bee pun aku jual jugak tp setiap kali balik Kedah ja ada stoknya. Pengalaman semasa belajar, aku berniaga donat & pizza kecik tu bersama kawan2 ila & tonah.. laris jugak.. best sgt berniaga time tu.. rindunya kenangan lalu. Alhamdulillah atas nikmat rezeki dariNya.

8) Seorang yang suka berenang & boleh la jugak berenang "kampung". Teringin sgt nak belajar berenang cara yg btul. Kat UIA dulu belajar sekejap jer, tak sempat mahir. Sekian lama tak berenang tp semenjak jadi ahli kelab Primula, secara automatik dah dpt port utk berenang. Akan dijadikan acara wajib hujung minggu, itupun kalau tak dak program apa2 & tak letih tp tak dak plak tok guru nak ajar.huhu.

9) Seorang yang tidak pandai memasak.. masak utk suami bolehla tp kalau tetamu nak datang rumah pening jugak pk nak masak apa, takut tak sedap. Setakat ni, nasi tomato jer la yang boleh buat utk hidangan tetamu yg hadir. Akan cuba dipelajari menu2 lain... hehe..

10) seorang yang suka mengemas... tak senang duduk & hati berserabut kalau tengok rumah bersepah. kalau tak dak masa sgt nak ngemas biar jugak bersepah tapi hati berserabut bila tengok & memikirkan ke'sepah'annya...

11) seorang yang suka buat kerja last minit tp my hubby sgt suka buat perancangan yang rapi.. skema katakan. so sekarang saya tgh belajar seperti beliau tidak buat keja last minit tp bukan utk jadi skema tau...kahkahkah

12) seorang yang tidak dapat menepati masa, kontra jugak dgn my hubby yang sangat sangat sangat on time.. lambat seminit pun dah bising2, kalau beliau kata " kul 10 tayar kereta bergolek, maka tepat kul 10 lah bergolek tayar keretanya"... huhu. Kadang2 tensi jugak aku jadinya .. tp at least aku dah boleh membiasakan diri utk on time sekarang. Alhamdulillah.

13) seorang yang sangat suka berjalan2/ bersiar2/ melancong & cepat ingat jalan. Jadi pantang ada masa kosong akan berjalan2 & bersiar2 walaupun dekat2 dengan teratak. Kalau kat Trg ni banyak jugak pelusok yang aku dah sampai & boleh ingat jalan. Alhamdulillah. Kadang2 org Trg plak yg tanya aku tmpat sekian2 kat mana... hehe...

14) seorang yang sangat suka mengabadikan memori, bergambar & mengambil gambar. bercita2 jugak nak beli kamera yang power tu, tp 'pitih' tak cukup ma... so harta yang aku paling sayang sekarang adalah my CAMERA.. tp dah byk hari aku tak dpt gunakannya coz tak dak bateri & charger bateriku thah hilang di mana , masih dlm proses mencari, mencari & terus mencari.Moga cepat2 menjumpainya coz masih banyak progrm yg akan berlangsung minggu depan.

15) seorang yang tidur tanpa menggunakan bantal... aku mmg tak boleh guna bantal. kalau tidak, kepalaku akan pening. sekadar tilam, badan & kepalaku mesti serata. kalau nak jugak bantal mestilah bantal yg sgt2 nipis. so kalau aku bertandang & bermalam kat umah sesapa pun, tak perlu susah2 sediakan bantal... hehe...kata org tua2 " kalau nak merawat mata yg kelabu & yg pkai spek tu, tidurlah tanpa bantal"

16) akhirnya .. seorang yang happy go lucky.. akan beremosi apabila hampir masuk ke zon ABC ( Allah Bagi Cuti).. time tu pantang silap , emosi terus tak terkawal. Sejak jadi pendidik ni.. beremosi jugak kalau ajar murid kelas yg lemah2.. dah la lemah + nakal.. aduh yg tak emosi pun leh jadi emosi tau!!! Sabar je la...

ok alhamdulillah.. dah siap serba sedikit fakta ttg diriku... hehe...

ok, sekarang i nak 'tag' :
  • my hubby
  • Aufani
  • Anisah
  • Zurina
  • Rokiah
  • Mardiana
  • Hafizbad
  • AmeerNa
  • palli
  • nafastari
  • mawar nafastari
  • Huda Akmal
  • siticomel
  • dabir remaja
  • klinik ummi
  • Ummu Huraiyah
Yeah...!!! cukup 16 ingin ku kenalimu dgn lebih dekat... jika berkesempatan jawab la tag dariku ek...TQ

aku......

8 comments:

*Mawar Nafastari* said...

no 4 kamu sama seperti mawar dan nafastari.. hehe...
mawar sgt suka mengira
nafastari pula sebaliknya, malah dia phobia dengan nombor katanya.. haha

FirJah said...

haha... sama la tu... tp nasibnya my hubby saya, kejanya sekarang di kelilingi dgn nombor2 tp tak perlu mengira laaa...hehe..

Fatanah Fadhil said...

la ptt la mu bnci diriku tiada sbrg tnda kat cni rupanya..sila bertenang yer...rindu plak kat donut kita dlu...bes nya kl leh mkn ni..

FirJah said...

bukan benci sbb tu... mu pk2 la sendiri deh... kahkahkah...
donut yg kita jual tak pe blh makan tp yg donut yg special tu kna boikot...

Unknown said...

kak jah kenal afrah?
die ex naqibah kite tu,
skang smbung blaja kat australia

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
FirJah said...

achik... kak jah tak knal sgt dia tp perasan la.saja link kan sbb uia..hehe

Unknown said...

die bukan uia,die dari jaiputra,
husband die x uia