30 Jan 2009 - kami membawa mak ayah & adik ke TTI.. memanfaatkan masa & peluang yg ada.. bertolak kul 4.10ptg dan singgah solat asar @ Masjid Kristal... ramai jugak pelancong time tu.. maklumla cuti...
Pada awalnya, Islam bermula hanya sebagai satu komuniti terpinggir di tengah-tengah gurun di negara Arab. Ia merupakan agama yang ditakdirkan utk mempengaruhi dunia melalui ketamadunannya.
Dari lembah gurun Arab ini, cetusan tamadun Islam telah berkembang ke benua-benua di seluruh dunia dalam masa separuh abad setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Penyebaran Islam dgn cepatnya tersemarak dari Afrika hingga ke Eropah dan dari India hingga ke China. Ia telah berkembang menjadi satu siri tamadun yang hebat, membentuk sebuah masyarakat yang kompleks dengan latar belakang etnik yang pelbagai. Ia disatukan oleh satu kepercayaan yang sama yang dikuatkan lagi oleh rangkaian ribuan masjid.
Taman monument TTI menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik. Memaparkan 21 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah global lagi sofistikated.
National Mosque, MalaysiaDibina pd tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yg terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup. Kudus Minar, Central Java, IndonesiaDibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus ( Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu & Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yg kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu. Pattani Central Mosque, ThailandDibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat utk upacara keagamaan.
Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei DarussalamMasjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.
Taj Mahal, Agra, IndiaMaharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan
Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah. \
Kubbah As-Sakhrah, Jerusalem
Dibina pada 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad S.A.W utk bertemu Allah.
Great Mosque of Samarra, IraqMasjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini. Sheikh Lutfallah Mosque
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke - 17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama yang terkenal. Abu Nasr Parsa, AfganistanDibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.
Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi ArabiaMasjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat & berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz. Aleppo Citadel, SyriaDianggarkan dibina pada abad ke 10SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.
Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohamed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir. Nabawi Mosque, Madinah, Saudi ArabiaMadinah adalah Madinat RasulAllah @ Bandar RasulAllah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.
Suleyman Mosque, Turkey
Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Great Mosque of Qairawan, TunisiaDibina pada 670M oleh Uqba Ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.
The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
Al-Hambra( Istana Merah) merupakan iatana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354M di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.
Kalyan Minaret, Uzbakistan
Menara ini telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslan-Khan. Menara yang dipernuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.
Great Mosque of Agadez, Niger
Masjid yang diperbuat drpd tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dengan 13 baris perancah kayu utk mengukuhkan strukturnya.
Kul Sharif Mosque, Kazan, RussiaPernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin. Xian Mosque, ChinaMasjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.
Jika anda ingin melawati TTI, anda :
#Perlulah membayar RM10 (dewasa)
RM5 (kanak2 & warga emas 60thn ke atas).
#Akan memiliki sebuah buku merangkap Passport Taman Monumen & sah sehingga setahun. Boleh digunakan ssebanyak 3 kali :-
First visit : F&B Voucher worth RM3
2nd visit : F&b Voucher worth RM3
Retail Voucher worth RM3
FREE Tram Ride OR Bicycle Ride worth RM2
3rd Visit : F&B Voucher worth RM3
Retail Voucher worth RM5
30% discount on Buggy Rental
FREE Tram Ride OR Bicycle Ride worth RM2Tram & Taman permainan*Bicycle & buggy lupa nak ketip gambarnyaPemegang passport ini adalah dijemput untuk :
- Menyertai lawatan sambil belajar oleh jurupandu kami melalui perkhidmatan tram & buggy
- Mulakan pengembaraan anda dgn kemudahan basikal yg kami sediakan
- Penuhi masa anda dgn aktiviti2 terpilih di ampiteater kanak2
- Ceriakan hari anda di taman permainan kanak2 yg tersedia
- Persembahan tayangan video di monument kami yg menarik
- Mengambil bahagian bersama kami dgn permainan skrin sentuh, kostum dan pameran yg disediakan
- Nikmati makanan lazat lagi pelbagai di cafe kami
- Singgah sebentar di kedai cenderamata kami
disediakan oleh :
4 comments:
nampak cam real plak banguna-bangunanya...
eh, aku tag hang...pergi ke blog aku, dan buat blog sepertinya (yg di tag)
a'ah.... mai la trg plak .. nnti kami bw hampa bersiar2 di TTI dll.
Aku pun tak pernah masuk dalam sana.MasyaAllah rajinnya hang tulis2 mcm ni... Very informative! Rasa mcm aku sendiri plak yg pi.
nafastari : kebetulan membawa mentua berjalan2, kalau tak x sampai lagi kami ke sana.
saje menulis cuba memanfaatkan bersama passport yang dapat hari tu. semua tu dipetik dr passport taman monumen. Andaikata anda ke sana, anda akan menerima passport TTI dan valid selama setahun...nnti saya akn ceritakan skit lagi dlm blog.
Post a Comment