28 JANUARI 2009
Travel 16 jam membuatkan aku terlantar seketika dan terpaksa memohon cuti sakit pada hari berikutnya Khamis...pagi Rabu aku ke sekolah seperti biasa tp badan ku terasa sangat lemah & tidak bermaya. Apa2pun tangungjwbku utk harini wajib aku laksanakan dgn meng"gagah"kan diri utk menyelesaikan beberapa program yang telah dirancang.. akhirnya selepas tamat sesi persekolahan aku terpaksa berehat & tiada tenaga dan kekuatan utk pulang ke rumah. Paginya aku CB.. thah apa yang dimakan terpaksa ulang alik ke toilet... sebelah petangnya aku dah muntah2 (keracunan makanankah aku.. oh tidak!!!). So, aku mengambil keputusan utk tidur seketika dgn harapan mendapat kekuatan utk memandu pulang ke teratakku & sms telah kukirimkan buat mentuaku mamaklumkan kelewatanku pulang harini.. setelah hampir tamat ofis hour aku masih tak bermaya & mengambil keputusan membiarkan KCH31 ku "tidur" di sekolah & dengan belas kasihan meminta tolong my friend menghantarku pulang... TQ Na... sesampainya di teratakku terus ku merebahkan diriku hingga ke senja.. bangun seketika utk makan tp hanya sedikit dpt dijamah & aku "telan" ubat seterusnya syahid seketika hingga keesokkan harinya...
29 JANUARI 2009
Di pagi hari sms dikirimkan buat GB & PK1 mamaklumkan ketidakhadiranku ke sekolah.. then 8.00pg aku telefon semula meng"confirm"kan permohonan cutiku. Sayang sekali aku tidak dapat meng"join"kan diriku utk aktiviti tahunan sekolah harini "Larian Pantai Peringkat Sekolah"... tanpa kehadiranku tidak dptlah aku rakamkan aktiviti sekolah harini ... oh sangat sayang..!! apa yg mampu dilakukan lagi, kita hanya merancang tetapi sebaik perancangan adalah perancanganNya..
seharian aku berehat mengumpulkan kembali tenaga.. ( pesan org tua2 : jgn layan sakit.. cuba2 gagahkan diri bangun ) so, aku gagahkan diri bangun menolong mertua masak utk lunch... lepas makan, alhamdulillah aku semakin gagah cuma tak sepenuhnya.
.. Alhamdulillah nikmat sihat aku dapat kecapi semula, aku bersyukur padamu Ya allah, betapa peritnya bila ditimpa kesakitan... tetapi itulah salah satu cara pengampunanMu ke atas dosa2 hambaMu...moga dosa2ku diampunkan.. "ujian adalah tarbiyah dari Allah, adakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..."
Petangnya.. aku & my hubby membawa ayahbonda & adik berjalan2 di persisiran Pantai Batu Burok yang sangat indah pemandangannya.. dan pantainya yang agak bersih pada pandanganku.. aku mmg sangat sangat sangat suka pantai...kalau ditakdirkan lama berkhidmat di Trg, aku sanggup... hehehe .. tp dengan syarat tidak berjauhan dengan my hubby...
KENANGAN BERSAMA ...
Sepetang bersama, bahagia dirasa....
dapat membahagiakan ayahbonda, nikmat yg sgt berhargaMencari... mencari.. dan terus mencari,
sinar bahagia yang sedang menanti,bakal membawa diri ke INDIA sari,meninggalkan ayahbonda & juga family.... dik..."berapa rhiyaa sekali naik kude ni?",
5 rhiyaa kak, kite bawa jalang2 tepi pataaa...ooo... ok tima kasih,
nnti kalau nak kite maghi mula deh..ok kak..
Seindah sedamai, pantai melambai gemalai....
aku yang sentiasa disisimu my hubby :
0 comments:
Post a Comment