Masaaalkhair buat semua pembaca...
Seperti yang pernah saya ceritakan en3 terdahulu, di mana saya telah mengalami sakit mata & ada sesuatu di mata saya. Awal bulan Jun yang lalu, semasa dalam perjalanan pulang yang jauh saya mengalami sakit mata yang tak terhingga & menyebabkan saya tidak dapat meneruskan pemanduan saya & sakit itu telah menular ke kepala. Keesokkannya saya membuat rawatan mata di Pakar Mata Azman..
Kata Dr. Azman : "Ini masalah selaput, sebaiknya dibedah & dibuang selaput itu sebelum terkena & tertutup mata hitam. Jadi jika berkemampuan boleh membuat pembedahan itu di kliniknya & kosnya agak beribu la"
Setelah dimaklumkan kepada keluarga, mertua saya yang sangat pemurah & baik hatinya nak menanggung semua kos perbelanjaan itu memandangkan kewangan kami agak terhad, terima kasih mak ayah atas tawaran itu... tp saya masyaAllah rasa dah malu nak terima semua bantuan dari mertua. Dah banyak kali kami menyusahkan mak ayah...
Setelah berbincang dengan my hubby, kami mengambil keputusan untuk cuba mendapat & menjalani rawatan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah KT (HSNZ) terlebih dahulu. Kemudian dengan surat sokongan Pakar Mata Azman & bantuan jiran saya yang bekerja di HSNZ, saya telah mendapat tarikh temujanjinya pada hari ini Selasa , 21 Julai 2009, 9.00 pagi.
Alhamdulillah syukur atas nikmatNya, sepanjang 26 tahun hidup ni saya jarang diuji dengan penyakit2 yang kronik yang perlu berulang alik ke hospital.Pendek kata saya jarang menerima perkhidmatan di hospital kerajaan. Kalau ke hospital pun sekadar menziarahi.
Pagi tadi, saya ke sekolah seperti biasa. 8.30 pagi saya mengisi borang untuk ke hospital. 9.05 pagi saya sampai di kaunter pendaftaran.. setelah ditunjuk surat sokongan itu,
kata petugas kaunter itu : "adik naik tingkat 1, ke kaunter Pakar Mata"..
saya yang menurut perintah terus ke tingkat 1.
sesampainya saya sekali lagi menunjukkan surat tadi,
kata si A ini : "oo.. kita buat appoinment dulu ya"..
saya : "aik, appoinment? saya dah buat appoinment beberapa minggu lepas, tu dia dah bagi tarikh harini & masa nya" sambil menunjukkan tarikh di surat tu.
Si A : "Ish , bakpe yang ye tulis kat sini, geram betul" si A tu mengata2 dengan kawannya tanda tidak berpuas hati dengan cara penulisan di surat itu.
Kemudian, kata si A : "akak g kaunter bawah tu daftar dulu yer"
(dalam hati : e'eleh tadi suh naik sini, ni turun bawah plak. ikut ja la)
Selesai pendaftaran, saya naik atas semula mengambil nombor giliran (no saya 0030) & menunggu.. agak lama menunggu...
Di depan kaunter telah terlulis ,lebih kurang begini maksudnya
"nombor akan dipanggil tidak mengikut turutan tetapi mengikut keperluan doktor"
"Rawatan mata berperingkat & mengambil masa yang lama, harap bersabar"
Bermacam2 ragam dah orang menunggu sebab lama sangat & sangat lah lambat prosesnya.. hampir sejam nombor saya di panggil ke bilik 1.. bilik 1 just ujian penglihatan yang selalu kita buat.. tgk & baca huruf2 dengan sebelah mata. Sekejap jer siap.. kemudian sesiapa yang siap di bilik 1 diminta duduk semula di depan tempat menunggu tadi..
haaa time ni lah lama plak nak menunggu... aiyoo yoo... patutlah orang sanggup bayar beribu buat rawatan di klinik swasta.
Kemudian nombor saya dipanggil utk ke bilik 3... jumpa doktor tapi saya rasa tu bukan doktor pakar sbb nampak muda2 lagi & 1 bilik tu ada 2 orang doktor & 2 pesakit ... saya dirawat & ditanya beberapa soalan. Kemudian, sekali lagi diperiksa mata menggunakan alatnya..
kata doktor : "kejap lagi saya akan letakkan ubat untuk kembangkan mata hitam & check glukoma samada ada malasah ke tak. Lepas letak ubat tu, mata akan jadi kabur dalam tempoh 3 4 jam.. so tak boleh la nak drive dalam tempoh tu"
Lepas letak ubat, kata doktor : " ok tunggu di luar, 15 minit lagi saya akan panggil semula"
Beberapa minit kemudian setelah diletakkan ubat tu.. adoi pening jadinya.. penglihatan jadi kabur. Msg sampai pun dah tak boleh nak baca.. tulisan jadi kembang. Terus telefon my hubby suh teman sementara menunggu masa untuk balik selepas jumpa doktor kali ke 3.
15 minit kata doktor nak panggil semula... tp hampir sejam baru saya dipanggil semula. Kali ni bilik 4 plak..huh nasibla...Mata hitam pun dah mengembang, doktor check sekali lagi guna alat itu.. aduh sakit la plak.
Siap check, jumpa doktor lain plak di bilik 4, kata doktor: "selaput ni sikit jer, kalau operate pun tak dak ape. Kena tunggu selaput tu masuk mata hitam dulu baru boleh operate"
saya : "oo ye ke? so tak yah buang lagi la..abis tu kalau drive, kena aircond sakit macam mana?"
Doktor : " haa yang tu mmg biasa.. kalau operate pun sikit sangat"
Saya : "ubat akan dibagi tak?"
Doktor :"Ubat tak dak, kalau ada pun eyemo je la"
Saya : "ooo..." tanda faham & malas dah nak berkata2
Jam 12 lebih siap diperiksa.. saya diminta membawa dokumen2 tu ke kaunter depan. Sampai di kaunter
si A tadi berkata : "Siap dah kan, nanti dalam setahun lagi kalau dah kena mata hitam & merah2 mari semula ah"
Hai konpius saya jadinya.. di sana suruh operate buang sebelum kena mata hitam, di sini plak tak boleh operate lagi selagi tak kena mata hitam... mana satu saya nak ikut ni??tolongggg!!! kalau tak sakit tak kisah ja.. tp selalu bermusafir ni payah jugak la. Malam lagi la tak boleh nak drive langsung, silau...
Malas dah nak berlama-lama disitu, kami pun beredar. TAQ31 yang dibawa tadi terpaksa ditinggalkan di parking tu buat sementara waktu kerana mata saya masih kabur & tak boleh nak drive. Sampai di umah, selepas solat saya rehat jer. Petangnya hampir senja baru g ambik semula TAQ31.
Petang tadi, jiran saya yang tolong settlekan appoinment saya tempohari menelefon bertanyakan ttg appoinment td. Katanya dia ada tanya Dr. kalau operate mcmana. Kata Dr. kalau operate lagi cepat tumbuh semula & cepat merebak... & beliau bertanya lagi samada saya berjumpa Dr Pakar @ tidak pagi tadi. Saya pun menjawab, "thah bukan pakar kot". So beliau menawarkan diri sekali lagi untuk membuat semula appoinment & akan memastikan saya dapat berjumpa dengan Dr. yang betul2 pakar (nama Dr tersebut disebut tp saya lupa, Dr tu kawan beliau)
Adoi.. makin konfius saya.. Dr. Pakar Azman ada bagitau, kliniknya ada ubat titik tp just utk kecutkan saja tak kan hilang, sbb tu kena operate, akan hilang. Dr tak pula cakap kalau operate akan cepat tumbuh & lagi cepat merebak. Tp doktor kerajaan sebaliknya.
Huhu... moga setiap keputusan yang dibuat sentiasa diiringi dengan petunjukNya..
p/s : Doakan kesihatan & kesejahteraan saya.. terima kasih
14 comments:
Salam..jah, skdr ingin berkongsi..bkn nak under estimate Govt hospital..tp..kadang2 kene consider gak hal2 tak best yg berlaku..
Adik ipar sy beberapa thn yg lalu, mengalami sakit kulit..mcm2 ubat yg doktor govt bagi tap tak jalan..dierang mantion, ni sakit kulit biasa je nih..Bila my sister on law mintak nak bwk ke pakar..dierang mention..takyah sebbaa bkn series..
dan sehinggalah tahun lepas..akhirnya stleh bertegas..dpt lah jump pakar..Rupa2nya, penyakit adik ipar saya tu..bkn penyakit biasa..tp SLE..salah satu drpd jenis kanser yang di hidap oleh 1 dalam sejuta org di malaysia ni..Dan paling menyedihkan..SLE di nih da smpai peringkat ketiga..
That's why setiap kali die sakit n ambil ubat, ubat tu just mujarab sekli je..da next time die ambik ubat tu..dah tak jalan lagi dah sebaab kumaan dalam tubuh die tu dah imune + kenalpasti ubt tersebut..
Moral of da story: Buatlah Pilihan yang terbaik.. Better jumpa pakar..If nak gi Govt Hospital pon, better Refer dgn Doktor Pakar mereka..InsyaAllaah, saya doakaan jah cepat sembuh..
Jah, mgkin doktor dihospital tu, ckp tak kronik lagi..tp kalau daah menggaanggu pemanduan..tak ke boleh membaawa padaah yg lain pulak?nauzubillah...Mudah2n tak berlaku perkara2 yg tak diingini..amin...
ok jah, take care alwaays..
Wassalam
oic... TQ kak pah atas perkongsian itu & doa itu..
hm..mcm2 kerenah kalo berurusan dengan hosptal kerajaaan ni..
moga ada jalan yang terbaik utk jah,
take care ye
-hanan
to hanan:
ermmm.. mmg mcm2 karenah la kalau nama free ni kan...
tq,insyaAllah moga saya dapat yang terbaik..
hanan pekabar sekarang.. lama tak tahu menahu berita hanan di sana..
kenapa menyepi jer.. konfius saya..
memang pun mcm2 karenah...teringat peristiwa k.na nak bersalin baru2 ni.bayangkan waktu tu sakit yang amat sangat..dia suruh tunggu 10min x bg meneran pahtu dia pindahkan pulak ke bilik lain.sampai dpn pntu bilik tu dia tinggai ja k.na sorang2 dpn bilik tu(bukan dlm bilik)sbb time tu tukar shif sdngkan sakit masa tu antara hidup dan mati dgn pendarahan yg bnyk .bila k.na sebut ALLAHUAKBAR sakit ni..barula ada doktor n pelatih mari dari cerok mana xtau..10min lps tu k.na slmt bersalin.bayangkan orng dah sakit mcm tu blh lg tiggai sorang2.xdak rasa tnggungjawab langsung.rasa dah serik bersalin di hosp k'jaan...
ooh spital kerajaan...i pun support pendapat awam..g lar kat pakar..bia mahal sket asal berbalaoi..duit boleh cari..tapi mata xdk ganti tau hehe..
wish u segar megar sokmo...
why not awk try g rujuk pakar or dokrtor permata hijrah?ritu jumpa dealer dia jer kan..ni jupo la dr dia..kot2 ada cara yg xyah amik ubat spital ke..
tu la lain org lain plak pengalaman... kebanyakan org mmg serik ngan gov hospital. cume sy je yg x serik2.. haha... dua kali bersalin, dua2 kt HKL, alhamdulilah service tip top! mmg sgt puas hati, bersyukur sgt dpt layanan yg baik... then, my kids demam teruk, pegi klinik n hospital swasta bnyk kali pun x elok2 jugak (siap buat blood test semua), last2 pi gov hospital, baru la sihat walafiat.. mungkin jugak diorg ni serasi ngan ubat dr gov sbb dr kecik lgi dok kt hospital gomen ni.. hehe...
dlm kes jah, kite sendiri pun akan confiuse nk percaya mane satu... mmg better pi pakar! kalo member tu dpt buat appointmet ngan pakar tu lagi bagus!
Rasanya tidak mengapalah berhabis duit untuk kesihatan, lagi-lagi mata. Baiklah segera mendapatkan rawatan.
to emeer_thabat :
begitulah nasib g kerajaan no... alhamdulillah selamat..
tq
to fathi fadhil :
InsyaAllah akan ke swasta.. doakan yg terbaik..tq
to syahnur :
Gitu plak .. lain org lain plak pengalamannya..
a'a confuse la.. tp mungkin akan ke swasta kot nnti..tq
to anuar :
Ya insyaAllah akan disegerakan..tq
moga cepat sembuh aaa..mata nak pakai lama
to ila :
Terima kasih.... amin.
ya mata nak pakai lama..
salam...mcmne mata cik skrg?
assalam..
mmg gtu la klu gi klinik mata, HSNZ..
klu diri sendiri jd pesakit, ok la dpt MC..sy dr Setiu..tempoh menunggu & drive gi/ balik mmg kompem lebih dr 4 jam..kompem dh kna cuti..huhu
Maaf cakapla kalau disini ada frontliner doktor, jururawat, ma atau sebagainya. Hakikatnya masuk klinik mata memang camtu, mari jam 9 confirm jam 1 baru selesai kalau hsnz. Orang terlalu ramai sangat. Lagi satu bila pergi appoinment hospital ni bukan sorang doktor yang cek kita, minggu ni doktor ni bagi pendapat macam ni, minggu sekali lagi doktor tu bagi pendapat lain, alih alih kita dijadikan tikus makmal dengan bagi preskrepsi ubat bukan bukan...bila makan makanan suppliment bukan main marah sebab bahaya (tak nafi stengah supplimen bahaya) tapi memandangkan sakit sangat apa pilihan??
Post a Comment