cardos31's said :

Salam hari jumaat buat semua...

Tika mencoretkan titipan ini.. saya keseorangan di rumah kerana ditinggalkan suami yang terpaksa menghadiri Kursus di KB.. hidup sangat kesunyian tanpa teman berbicara... hati sangat merindui insan tersayang... telefon penghubung kasih sayang...

Tika ini jugak hati sangat meronta2 untuk pulang ke kampung, menemui ayahbonda & family tercinta, bersama menikmati musim buah-buahan... sudah ditakdirkan kami untuk berjauhan sementara bersama keluarga dek kerana melaksanakan tugas2 & kerjaya masing2...

Semalam 2 Julai 2009... maka genaplah umur ayahanda kami 58 tahun, maka berakhirlah kerjaya beliau sebagai seorang Penyelia di Pejabat Agama Kubang Pasu Jitra...

Petang semalam... saya menghantar sms meng'wish'kan birthday ayahanda... sms di balas : "Tq...ayah atas puncak pokok manggis ni"... & seterusnya kami saling berbalas sms...

aduh!! indah sekali saat itu.. seperti musim buah-buahan yang lalu.. kami akan bersama2 memetik buah-buahan yang ada.... ayah @ adik2 lelaki akan memanjat pokok2 tersebut manakala kami yang menunggu di bawah mengutip buah2-buahan yang telah gugur ke bumi... kemudian berkelah di kebun bersama2... nikmatnya saat2 itu.. tapi kini saya hanya dapat membayangkan sahaja tanpa merasa saat itu... di jangka bulan Ogos akan pulang ke kampung.. tp ketika itu musim buah-buahan barangkali sudah berakhir...mimpi je la...hihi..

Dengan ruang masa yang ada ini... ingin sekali saya mendedikasikan "salam ulangtahun kelahiran" ini buat :


Ayahanda Mohd Kasim Md Ariff
2 Julai 2009

Moga ayah akan sentiasa sihat wala'fiat & sentiasa di bawah lembayung rahmatNya...
Moga ayah dipanjangkan umur & kurniaan umur itu dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya..
Moga ayah sentiasa dimurahkan rezeki yang halal...
Moga ayah sentiasa berjaya & bahagia di dunia & akhirat...
Kami semua SAYANG ayah... pengorbanan ayah tidak mampu kami balas... hanya Dia yang layak membalas segala titik peluh ayah membesarkan kami 11 beradik hingga berjaya..Terima Kasih ayah!!

2 comments:

ARE-NA said...

RUGI JAHTHEBEST TAK BALIK KG...MERIAH BANGAT MAKAN BUAH D KG...MCM2 ADA.KAMI BALIK HARI TU BUAH BARU MULA MASAK..BALIK KLATE PENUH DLM BONET..FIKRITHEBOSS BOLEH LE MERASA BUAH LANG KIRIM..GANU JAUH SNGT NAK G HANTAR..

FirJah said...

to ameer_thabat:
mmg sangat rugi laaa..huhu..
nak wat cmna.. makan beli ja la..