cardos31's said :

Masaa al khair ... selamat berhujung minggu...


20 Februari 2010 - Sabtu

Hari ni semua guru j-QAF Bahasa Arab Tahun 3 diwajibkan hadir ke "Taklimat Penggunaan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 3, Program j-QAF Negeri Terengganu" yang bertempat di Dewan SK Sultan Sulaiman 1, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, untuk semua sekolah j-QAF Daerah KT, manakala untuk daerah Dungun & Kemaman telah diadakan di Dewan PPD Dungun. Kami telah diberi taklimat cara penggunaan sukatan pelajaran tahun 3 coz utk silibus darjah 3 tahun 2010 telah bertukar sepenuhnya kepada silibus baru.. sesiapa yang ingin mendapatkan RPT terbaru tahun 3 boleh melayari web Bahagian Pembangunan Kurikulum..

Taklimat itu telah dihadiri oleh pegawai2 dari PPD KT & pegawai2 dari JPNT.. Ustaz Wan Fauzi selaku bapa kami Program j-qaf Negeri Terengganu telah menyampaikan sepatah 2 kata berkaitan program j-QAF.. berkali2 beliau mengingatkan bahawa untuk sekolah2 kohot 2005 yang mana murid2 j-QAF yang sulungnya telah mencapai usia 12 tahun akan menentukan samada program ini telah mencapai matlamat @ sebaliknya... mereka masih mempunyai 4 bulan untuk menyempurnakan 4 Objektif program j-QAF tersebut supaya semuanya tercapai...

Berita baik juga untuk semua guru j-QAF yang berhasrat untuk bertukar samada antara daerah @ negeri, EG Tukar akan beroperasi pada April ini & pertukaran akan dibuat pada pertengahan tahun 2010 iaitu bulan JUN... syarat layak memohon EG Tukar ialah guru2 j-QAF tersebut mestilah guru2 j-QAF Kohot 2005 & 2006 sahaja.. huhu...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Gambar yang tiada kaitan.. tetiba rindu pada kekanak niii... uummmuuuaaahhhh!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni jugak SK Ladang telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2010... tak dapatlah jurukamera ni menjalankan tugasnya.. huhu... Harap2 semuanya berjalan lancar la yer..

Selesai taklimat, saya tidak terus pulang sebaliknya merayap2 dulu di Hyperuncit Sabasun.. bukan sesaja gi tp ada tujuannya ya.. nak amik cek ABR Mumtaz (produk LeGa) tp elok sampai kak inah dah rehat.. tak dapekla nak mengambiknya... Then ke Giant, nak tebus stamp Giant yang telah berjaya dikumpul sebanyak 92 keping... malangnya tak dapat nak tebus coz tak der barang. So just tinggalkan nama & nombor tel, katanya nnti barang dah sampai pihak giant akan call... whatever lah, kalau ada rezeki ada la tu kann...

3.30 petang kembali ke teratak FirJah.... berehat sahaja di petang hujung minggu ini sambil menyiapkan beberapa kerja yang perlu diselesaikan..

Wallahua'lam...

0 comments: