cardos31's said :

:: Nak gi Haji ... ::

Salam hujung minggu buat semua.. moga sihat hendaknya..

Kutitipkan doa buat bonda tersayang moga kembali sihat wala'fiat seperti sediakala...
"Ya Allah.. ampunkan dosa kami, dosa kedua ibubapa kami.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kecil.. Ya Allah .. Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna buat kedua ibu bapa kami Ya Allah.. Moga ujian2 kecil ini dapat menghapuskan segala dosa mereka Ya Allah. terimalah taubat kami Ya Allah.."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Februari 2010

Seawal 7 pagi saya keluar ke sekolah. Selalunya kalau kuar awal2 ni bukannya sekolah yang dituju tapi disebabkan ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Saya sangat happy stay di KT ni coz lokasi teratak & tempat kerja kami di tengah2 bandar KT.. andai mempunyai urusan berkaitan bank saya tak perlu bersesak2 di sebelah petang utk mencari2 parking sebaliknya saya boleh selesaikannya di awal pagi.. itupun kalau yang tidak bersangkut paut dgn kaunter la...

Selesai tugasan saya ke sekolah.. 7.30 pagi tiba di pintu pagar sekolah. Dalam hati.. "lega, hari ni kelas tak banyak". Pagi ni boleh la rehat2 sambil tanda buku bebudak ni coz ada 2 kelas lepas rehat.... asyik membuat kerja di bilik guru, tiba2 bebudak tahun 4 mencari2 kelibat ustazah khadijah.. katanya: "ustazah, kelas bising.. masa ustazah sekarang".. aik saya yang penuh kehairanan... rupanya sejak bertukarnya GPI & masuknya cikgu baru selasa lalu , semua jadual sudah berubah.. so, terus masuk kelas tanpa tengok jadual baru.. selesai kelas, PK1 menyerahkan jadual baru.. alamak, macam tak best ja jadual baru ni.. apa2pun kena terima la.. katanya akan berubah pulak coz akan ada sorang lagi cikgu akan masuk.. buat masa sekarang guna jer dulu jadual tu. So utk hari khamis jadual padat la jugak..Selesai sesi persekolahan.. solat Zohor di kelas Pra.

NAK GI HAJI....!!!

Sekian lama menyimpan hasrat untuk mendaftarkan diri & suami sebagai bakal Jemaah Haji di TH tidak tercapai disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan , akhirnya 18 Feb 2010 hasrat itu tercapai jua... alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. walaupun baru sekadar mendaftar, hati terasa sedikit lega. At least dah ada nama walaupun 20 tahun lagi nama bakal ditawarkan ke sana.

Sepatutnya , utk mendaftarkan diri syaratnya kena hadir sendiri kononnya perlukan cop jari.. ketika mana saya bertanyakan tentang prosedur mendaftar haji untuk diri sendiri & suami di kaunter itu, katanya.. "kena datang sendiri dik"... alamak hati sedikit hampa, penat2 naik tangga tak boleh plak nak daftar.. boleh saya daftar utk diri tapi tidak utk suami. Kalau nak gi sama2 seeloknya daftar bersama, kalau daftar pada masa yang berlainan kemungkinan utk pergi bersama tu agak sukar, katanya. So saya batalkan utk mendaftar pada masa tersebut & berhasrat moga2 ada masa utk datang bersama sang suami (maklumla... masing2 keja, elok2 abis time keja TH pun tutup gak..huhu).

Dah kata tak boleh, takpa la.. sebelum turun saya duduk berehat seketika di kerusi depan kaunter tu menghilangkan lelah menaiki tangga tadi.. tiba2 kakak kaunter tu panggil semula.. mungkin dia tengok gelagat sang labu yang kelelahan ini kot, sedikit terasa simpati laaaa (penat2 naik tangga tp tak leh daftar plak).. hihi.. untung jugak menjadi sang labu ini yer coz banyak benda orang akan dahulukan kita.. hehe.. alhamdulillah..

Kakak kaunter tu panggil untuk tolong daftarkan saya & suami walaupun tanpa kehadiran empunya diri.. bukan susah pun nak daftar, just bagi no IC, Nama penuh, nama datuk & RM1300 dalam akaun akan dibekukan.. tak pulak dia minta jari saya utk dicop.. awal2 tadi kata nak cop jari.. apa kesss!!! tapi apa2pun saya sgt berterima kasih kepada kakak kaunter tu yang sudi menghulurkan bantuan untuk saya.. hihi..Beberapa minit kemudian, urusan pendaftaran selesai.. saya diberikan 2 helai kertas maklumat diri & tahun yang ditawarkan untuk menunaikan haji iaitu pada 2030 masihi... 20 tahun dari sekarang.. huhhhhh... sempatkah diri ini & sang suami utk 20 tahun akan datang??? apa2pun doa yang kami pohonkan moga dipercepatkan untuk urusan itu dengan lengkapnya semua syarat... moga Allah permudahkan segala urusan kami...

Selesai semua urusan.. saya kembali ke teratak untuk berehat & menunaikan solat asar. Petangnya perlu hadirkan diri @ Pantai Batu Burok untuk latihan Larian Pantai.. 5 petang ke pantai & 7 petang berakhirnya latihan tersebut... Kembali ke teratak membersihkan diri, solat maghrib, baca quran & masak untuk makan malam... Alhamdulillah masih diberi kekuatan.. Maka berakhirlah aktiviti 18 Feb 2010...




2 comments:

Mami Hadeef said...

salam akak.. kitaorg ritu tak perlu cop jari pun.. just mintak no IC je, pastu register haji.. pasal yang tahun 2030 M baru gi haji tu sebab ramai mak ayah dah daftarkan terus utk anak2nya.. tapi sebenarnya, TH akan panggil kite utk ke Mekah selepas 5 tahun daftar dan tidak kurang 10 tahun.. maknanya, start dari tahun akak daftar (2010), TH akan panggil lebih kurang tahun 2015-2020.. itu penerangan mereka la.. sebab anim tanye dorang, terkejut gak bile kitaorg daftar, naik nama utk tahun 2029M.. huhu

FirJah said...

wsalam...
oic.. kalau gitu ok la.. akak tak tanya banyak pun ritu sbb ada org lain tgh tunggu turn nak wat urusn..
tq atas info tuu...