cardos31's said :

Assalamualaikum buat semua... moga dirahmatiNya...

040409 (Sabtu) - Setibanya saya di teratak kami dari menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah, saya berehat seketika sebelum menunaikan solat Zohor...Selesai mengadap yang Maha Esa saya cuba melelapkan mata kerana terlalu letih seharian di sekolah sebagai urusetia merangkap jurukamera. Lebih kurang 3.15 ptg saya menerima panggilan dari Izy sahabat seperjuangan saya di IPKT dulu :-

Izy : "Jah, dah tau belum zuhaili meninggal? eksiden"...

saya terkedu seketika, seakan2 bermimpi mendengar berita tersebut.

Saya : "innalillahiwainnailaihirajiun, bila izy?"
Izy : "Tengahari tadi, saya pun yana yang bagitau"

Jah : "ok, terima kasih..nanti saya try tanya kawan2 terdekat zuhaili"
Izy : "ok, nnti apa2 hal jah bagitau semula yer"
Saya : "ok, assalamualaikum"
Izy : " waalaikummussalam"

Saya masih terpinga2.. macam tak percaya...


Untuk pengetahuan , arwah merupakan seorang pendidik (j-QAF, BA), merupakan ahli kumpulan kami ketika berkursus di IPKT selama 1tahun setengah yang lalu.. hubungan kami ahli kumpulan bagaikan keluarga sangat rapat.. yer la.. belajar sama2, BIG sama2 .. pendek kata semua aktiviti dilakukan bersama & semua memberi kerjasama yang sgt bagus...

Sesudah bercakap dgn izy, saya cuba menghubungi nombor arwah , mana tau family arwah yang jawab bolehlah mendapat kesohihan berita tersebut tp dah masuk voice mail...then, saya cuba hubungi kawan2 yang rapat dgn arwah
.. ada masuk v.mail & ada yg tak angkat...akhirnya saya cuba hubungi Yana kat Kemaman. Ye sohih... yana dapat tau dari Kak Wan sama2 j-QAF di sekolah arwah..

Kemudian saya menghubungi Kak Wan utk mengetahui berita tersebut dgn lebih lanjut.. Kak Wan ontheway nak ke rumah arwah.... Arwah terlibat dengan kemalangan jalanraya pukul i9 pag tadi, di Kerteh kalau tak silap... melibatkan 3 buah kereta... dan arwah meninggal dunia di tempat kejadian...berlaku macamana saya tak pasti...

Arwah seorang yang baik hati, peramah, suka menolong dan lain2.... kali terakhir saya menghubungi arwah pada (24 Feb 09) hari temuduga DG41 di Hotel Sri Malaysia, KT. Beliau memaklumkan kpd saya soalan2 yang
ditanya ketika ditemuduga kerana keesokkannya saya pula akan menghadiri temuduga ditempat yang sama...itulah kali terakhir saya menghubungi arwah..
2 3 minggu sebelum tu arwah ada bertanyakan saya samada tau atau tidak nombor2 agen yang menjual kereta terpakai kerana beliau berhajat untuk membelinya.. setelah saya memberikan nombor tel tersebut, arwah memaklumkan kpd saya bahawa beliau telah membeli HONDA 2nd hand... tak sempat saya nak tengok kereta tu... Ternyata Allah lebih sayangkan beliau
..semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah & ditempatkan bersama2 orang yang soleh...

Sama-sama lah kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk dihadiahkan kepada : -
AHMAD ZUHAILI BIN MUHAMMAD SHAFIE
(28 Tahun)
KUSZA - Mesir
88 Rumah Awam Kos Rendah Bukit Kuang,
24000 Kemaman , Terengganu
Status : Bujang
( Sek. Keb. Pengkalan Ranggon )

* Arwah selamat dikebumikan lebih kurang 6.00 ptg tadi...

Salam Takziah,

10 comments:

::: HaNiEs z.M.i ::: said...

sedihnye rasa bila tiba2 kehilangan gitu.moga rohnya ditemptkan dikalangan org2 beriman..

FirJah said...

Ya.. sedih sangat rasa... rasa satu kehilangan... Insyallah moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi...
Al-Fatihah

fa10 said...

al-fatihah..tuhan lebih sayang padanya

Uwais Amzar's Family said...

al-fatihah... innalillahi wainnalillahi raaji'un... mg Rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.. amiin!

fathi fadhil said...

innalillah..sy baca msg mcm xpercaya rasa sbb tu tnya awk mula..tapi awk xbls2 dah msg sy..sy send ke 019..awat 019 prob ke?

FirJah said...

to kak fatin & ummu uwais : amin, insyaAllah

to tonah : ooo patutla aku heran awatla budak ni dok mis call2 tp tak dapat msg apa pun.. kemarn msg full.. dah delete tp tak masuk2 lagi msg awak.
awak... saya sedih la.. saya beru plan nak msg dia semula bila dah kuar result.selalunya saya yg tolong tgkkan..

dia selalu cakap kat kak wan ustzh jqaf sek dia tu, dia kata "SAYA TAK YAH TGK INTERNET DAH, SELALUNYA JAH YANG AKAN INFORM KAT SAYA"...

dah 2x dia g temerloh nak jmpa kak lin & kawan2 BA kumpln 1.. tp diorg ada hal...

ritu dia ajak saya g besut kenduri shihabuddin konvoi dgn dia.. tp saya ada hal...

Allah lebih sayangkan dia...mg rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman...

samapi hari ni saya masih rasa mcm bermimpi ja zuet dah tak dak...

Abang saya knal dia.. sbb waktu g konvo jqaf dulu kami tak tau jalan nak g ke ptrajaya tu dr bangi.. kbtln kami bermalam kat taman yang sama..so kami ikut keta dia..siap sesat2 lagi... semuanya tinggal kenangan...

Amir Hamzah said...

Saya bersahabat dengan Zuet sejak dari tingkatan Satu sehingga ke Tingkatan 5. Terima kasih atas maklumat ini. Saya sekarang di Washington DC. Tribute saya untuk Zuet di blog saya http://amir-legacy.blogspot.com.

izuan murat said...
This comment has been removed by the author.
izuan murat said...

Salam takziah wat keluarga dan semua yg mengenali Arwah.

FirJah said...

to amir : sama2 kasih... semoga arwah selamat di sana..

to kak izu : tima kasih atas ucapan...
"dari Dia kita datang & kepada DIA juga kita kan kembali"