cardos31's said :

:: Roti Boy ::

Assalamualaikum...

Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang dirahmati Allah tentang satu produk roti yang amat digemari oleh sebahagian daripada kita iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo halal Jakim yang terdapat di premis-premis perniagaan ini mahupun dibalutan plastik roti tersebut.

Saya pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut..

Hari ini saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim, Putrajaya iaitu Puan Najibah - no tel 0388864851. Menurutnya, pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak Jakim. Jadi nasihat Puan Najibah ..selagi belum terbukti tahap halalnya produk tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.

Jadi..saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai saudara ISLAM.. terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati masing-masing untuk menentukannya. Ingatlah bahawa apa jua yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan tahaq ketaqwaanseseorang itu turut bergantung terhadap apa yang dimakannya.

Yang baik itu semuanya dari Allah.. dan buruk itu dari kelemahan saya jua... TQ.

-Petikan dari email-

11 comments:

::: HaNiEs z.M.i ::: said...

eh,ye ke..hanan mmg sgt suka roti boy itu..huhu

FirJah said...

tu la..saya pun baru tau..sebelum tu beli gak kat mesra mall kemasik..siap beli utk buah tangan utk kawan lagi tu..aiyoo...

fa10 said...

lps ni kena buat sendiri la. kat blog akak ada resepinya...nama mexico bun. senang jer. ambil kat myresipi pun boleh

Mrs. Ishamizu said...

Firjah, thnx for this info. pnh la kot skali mkn rotiboy ni..pst xmkn lg dh lps ni.:)

Fatanah Fadhil said...

isk bia betol wei..dulu tiap kali kita g giant bt caves mesti kita beli kan..xsangka la plak cempadak jadi nangka ni..dahlar bau dia sedap..mintak2 sy tahan godaan bila jmpa ngan benda alah ni nat..

FirJah said...

to kak fa10 :
hehe.. ok nnti kalau rajin akan di coba resepinya..hehe

to kak izu :
afwan.. a'a sudah pasti tak kan makan lg pasni..

To fathi fadhil :
eh..kat giant tu roti boy ka..nasiblah...

salida amran said...

kat giant mana ada rotiboy...itu maxican boy la..
aku rase aku baru beli baru2 ni..ade tanda halal lah...kenapa plak takde?

FirJah said...

to salida :
mcm kak fatin kata resepi roti boy tu namanya maxico bun..
mungkin dah dapat halalnya kot.. email ni aku dapat sebulan lepas kalau tak silap,sehari slps aku makan & beli utk buah tgn kawan...

wirkab said...

Macam mana keperluan harian lain? Ubat gigi, sabun, biskut, roti, gula-gula? belum tentu ada tanda halal,benar-benar halal...kene teliti dulu nak beli..

FirJah said...

To wirkab :
yeah..sememangnya kena teliti... jom aktif & galakkan kawan2 guna barangan HPA yang semestinya halal...

Anonymous said...

Rotiboy mmg ade halal jakim lah