cardos31's said :

:: Ilmu Baru ::

Salam ukhuwah fillah buat semua... moga sihat wala'fiat hendaknya...


Ohhh.. dah lama tak menulis.... agak bz minggu ni..banyak keja nak kena settlekan...macam2 perancangan & pelaksanaan nak kena buat..keja2 sek, kerja2 rumah & lain2...

Hari ni agak letih ambe rasa... mungkin cuaca yang tak menentu ni di tambah dengan kerja2 yang banyak nak kena disiapkan... tadi kul 4.30 petang baru balik coz nak latih budak membuat persiapan utk pertandingan hari puteri Sabtu ni...

Hari puteri ni dianjurkan oleh Pergerakkan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang bertempat di SMK Sultan Sulaiman...ambe sebagai guru pengiring kenala mengiringi bebudak yang masuk pertandingan tu..antara pertandingan yang bakal dipertandingkan pada hari tersebut adalah Hafazan, Tilawah Al-Quran, Bercerita, Memasak, Kraftangan menggunakan barang2 terbuang...

Puas memikir nak buat ape ek kraftangan ni??.. ada sorang ustazah cadangkan buat pasu menggunakan kertas..hari selasa ritu dah try buat tp aduhai lambat bangat.. hari ni ada ustazah sorang lagi bagi contoh buat burung menggunakan cawan kertas...
wah... 1st time ambe tengok cantiiiikkkk bangat & mudah sajer nak menyediakannya...so kesempatan yang ada sempat la menuntut dgn ustazah tu td...ILMU BARU ni...sangat mudah & cepat...

Kegunaannya serbaguna... boleh dibuat hiasan,boleh juga buat cenderahati utk tetamu coz boleh letak telur @ gula2 di dalamnya.. (utk bakal2 pengantin boleh try hehe...terutamanya aniemz!! :) hihi )

di sini ambe sertakan beberapa keping gambar yang boleh ditatap....tengok jangan tak tengok!! hehe.... sekadar berkongsi ilmu bersama...



Peralatan Untuk Burung :
Cawan Kertas / Plastik
Gunting
Stapler
Gam Uhu
Labuci (hiasan)
*Hiasan boleh mengikut kreativiti tersendiri

Untuk Sarangnya :
Pinggan Polisterin
Kulit Telur
Sisa Pensil Color yang dah diasah Daun Kering
* Ini ikut kreativiti.. setakat ni itu yang mampu kami sediakan...



p/s : sesiapa yang punya pengalaman & cadangan untuk memperbaiki lagi hasil kraftangan ini supaya lebih mantop sangat dialu-alukan idea kalian. Terutamanya dalam menghasilkan sarangnya...

Dan satu lagi, tema yang sesuai untuk hasil kraftangan ini... idea kalian???

Setiap idea anda ambe dahului dengan ucapan :
" Terima Kasih Daun Keladi,
Lain Kali Boleh Minta Idea Lagi..hehe :) "


* Moga berjaya... ape yang penting..."bekerjaaasama!! :) "

5 comments:

Siti said...

Ewah ewah FirJah..mantop betul. Siap ade tutorial membuat kraftangan gitu..

Siti said...

eh tema...merak 2 sejoli kot...

Mami Hadeef said...

hehe.. mekasih kak firjah.. huhu.. idea yang menarik tuh.. mase tau boleh jugak wat letak atas hantaran.. hehe..

em, akak.. boleh datang rumah anim.. sorry anim reply komen akak lambat hari tu.. sebb exam 2 paper.. em, kalu 5/6 akak dah balik kedah, akak boleh la datang sebelum or selepas kenduri anim n bile2 la akak free.. hehe

FirJah said...

to siti :
hehe..sekadar berkongsi ilmu baru...
ok jugak tu tema siti.. TQ

to aniemz :
sama2 kasih.. a'a ok jugak wat hantaran..wat 2 ekor dah la & letakkan potpauri & hias la bagi cun lagi...

tak pe..lambat reply , yang penting reply jugak hihi..
insyaAllah jika berkesempatan nnti akk g umah aniem.. nak no tel k...

Mami Hadeef said...

ni no anim, 012-3874004..akak free nanti datang la ek.. hikhik..call dulu tau.. kot2 rumah mcam tongkang pecah.. =)