cardos31's said :

Selamat Hari Jumaat... moga kita semua di bawah payung RahmatNya...

" DariNya kita datang.. kepadaNya jua kita kan kembali...

hanya Rabbul Izzati yang lebih mengetahui bila & ketikanya masa kita kan tiba"
Kata2 Hukamak :
"Bekerjalah seolah2 kamu kan hidup selamanya,
Beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari"


Pagi tadi seawal jam 6.30 pagi aku menerima panggilan dari my sister NajMie mengkhabarkan bahawa Cik Man (pak saudara sebelah bondaku) dah kembali ke rahmatullah.. إنا لله وإنا إليه راجعون

Abdul Rahman bin Haji Muhammad @ lebih dikenali dengan panggilan Bang Man di kalangan adik beradiknya, Cik Man di kalangan anak2 saudara, jiran2 serta org kampung, Tok Mudim di kalangan orang2 luar yang menggunakan khidmatnya untuk meng"khatan"kan anak2. Arwah yang dilahirkan pada 31 Disember 1936 & hari ini 10 April 2009 di pagi Jumaat yang barakah sekitar 6.15 pagi arwah kembali ke rahmatullah dengan penuh ketenangan dan sangat mudah... Difahamkan arwah
sudah seminggu demam tapi dah sihat skit.. pagi tadi mengalami sedikit batuk2 seterusnya meninggal dunia.. mengikut cerita anakanda arwah, sejak seminggu ni arwah selalu menelefon anak2 siang & malam. Kebiasaannya dia menelefon anak2 cuma tak la sekerap siang & malam.. mungkin siang sahaja @ malam sahaja...



Arwah merupakan bapa saudara sebelah bondaku, perhatikan salasilah mereka : Arwah Haji Muhammad (Tok wan - Mudim) + Arwah Halus (Tok)
Arwah Pak Long Deraof
Pak Ngah Samad (Mudim)
Arwah Pak Cik Man (Mudim)

Pak Cik Wahab
Mak Lang Besah (bondaku)
Arwah Mak Su Jamilah

Arwah merupakan seorang yang sangat baik, tenang & tawaddu' sentiasa bertahajjud setiap hari... Alhamdulillah Allah tentukan arwah kembali kepadaNya di pagi Jumaat yang barakah... oleh kerana kami jauh di perantauan sini, al-fatihah & doa kami kirimkan buat Allahyarham Abdul Rahman bin Haji Muhammad... semoga rohnya ditempatkan bersama2 para Anbiyak & solihin serta dicucuri rahmat Ilahi.... - الفاتحه

*Jenazah akan disemadikan sekitar jam 3.00 ptg ini di Tanah Perkuburan Kg Kubang Juluk, Naka

Salam Takziah,

4 comments:

Unknown said...

innalillahi wainnalillahi raaji'un.. mg rohnya bersama mereka yg beriman.. amiin.

salam takziah dr kami sekeluarga

FirJah said...

to uwais : InsyaAllah amin...

Mrs. Ishamizu said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...Bersabarlah..smg roh nya dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, Amin!

Takziah utk FirJah n family

FirJah said...

to kak izu :
InsyaAllah amin.. terima kasih...