cardos31's said :

Salam sejahtera untuk semua....


Sambungan cerita 5 hari 4 malam di Kedah.. sebenarnya banyak sangat episod cerita ni..maklumlah 5 hari kan..byk sgt aktiviti yang sgt bermakna pada tempoh percutian tersebut.. Pagi itu kami bangun seawal pagi sebelum subuh kerana untuk menunaikan solat
Isyak.. semalam kami syahid tanpa solat Isyak terlebih dahulu coz kepala sakit yang teramat & tak terkata.... alhamdulillah masih dipanjangkan usia...seperti biasa sesudah subuh menyelesaikan kerja2 rumah, dah lama tak balik umah.. so cuba bantu mak apa yang patut especially mengemas la.. sbb yang tu saya memang sgt pro.. tp sekejap jer la leh kemas elok2 sbb ramai tentera2 yang nak berperang kat umah tu..hihi..

Kul 10 kami bersiap siaga nak balik ke Jitra.. maklumlah 2 umah so kena bahagila elok2.. my hubby siap wat jadual lagi supaya cuti sama rata & adil..hehe.. skema kan. Takpe yang penting dua2 bersetuju... Balik Jitra mcm biasa singgah autowash dulu, TAQ31 tu thah ape2 warnanya.. perjalanan ritu jalannya sgt berdebu disebabkan proses penambahbaikan.

Dah sampai Pulau Nyior masing2 sibuk mengemas & membuat persiapan utk hari esok. Kami pun mengambil tugas turut serta dalam sesi tolong menolong tu. Dan kami telah ditugaskan untuk ke Pekan Jitra coz hari tersebut adalah Ulangtahun Kelahiran my ipar Hadi yang ke 30 (060609) "selamat hari jadi yer bang di, moga selamat semuanya".. so kek dah ditempah @ Secret Resepi. Tugas kami utk mengambilnya & membeli beberapa set Pizza, KFC (RFC jauh sgt nak g beli) & Radix Cola & Oren.

Selepas solat Zohor kami ke sana... sebelum ape2 kami singgah dulu di Pasaraya Aneka... hehe buat apa lagi dah kat aneka tu kalau tak main bowling..haha.. dah gila bowling ni. Bukannya ape, saje nak praktis coz 13 Jun ada tournament anjuran JPJ. Selesai bermain dengan pencapaian yang agak gemilang kami meneruskan misi yang belum selesai. 6 petang selesai semua benda kami pun kembali ke teratak...

yeah...sesi yang dinanti... apa tunggu lagi, jom makan!!!

*Bang Di & Sarah (sepupu my hubby) yang diraikan..
* Semua makanan sgt menyelerakan..alhamdulillah rezeki...


p/s :

Tarikh 060609

"SELAMAT PENGANTIN BARU "
buat :
Abang Mi, Abang Uni Sik & isteri masing2...
Zurina & Zul Baling...
Sofuan Hj Sufi & isteri Yan...

Sorry tak dan nak p...

0 comments: