cardos31's said :

Salam buat semua tetamu yang dikasihi....

Pagi tadi seawal 8.00 pagi saya telah ke PKG Durian Burung utk menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).. slot pagi bertajuk : Kerja Sebagai Satu Ibadah.. ok jugak penceramahnya, agak kelakar laa.. tak la bosan sangat... slot kedua : Kajian Tindakan... time ni ngantuk tahap cipan. Biasala baru sudah makan , tambah pulak penceramahnya agak skema ... anyway semuanya selamat & selesai jam 1.00 petang selepas 2 kali menjamu selera...

Selesai LADAP hati berhajat untuk ke kedai wat name tag di bando., name tag lama thah hilang ke mana cari tak jumpa... terus drive menuju ke sana, tp ajaib bakpe kedai yang dicari tu macam tak wujud ja.. saya mimpi ke ape ek kedai wat name tag tu kat situ.. memang tak de pun.. heran2.. so sesaje je la masuk bando tanpa berbuat ape2.. ingat nak terus g bayar broadband tp jauh la plak, plak tu ramai manusia.. so cancel & terus kembali ke teratak Firjah..

Balik umah solat & sambung marking paper sambil menonton. Paper MESTI kena siapkan hari ni coz esok dah nak balik kampung..semuanya 6 kelas subjek Bahasa Arab.. Now 9.15 malam saya sudah selesai me'marking paper' anak2 bertuah ni cuma belum masukkan markah.. nampaknya ramai jugak yang dapat 90% ke atas.. ustakzah dah janji sape yang dapat 90% ke atas ustakzah akan bagi hadiah.. so nnti sebelum buka sekolah saya kena sediakan hadiah yang secukupnya utk anak2 bertuah ni.. pandai pun.. ada jugak yang dapat 100% bagus2!! tak kurang jugak yang tak lulus tp 2 3 orang ja.. majoriti yang tak reti membaca la..

Ok ..setakat ni dulu.. saya nak mengemas barang2 apa yang patut.. esok paling lewat 7.00 pagi akan bertolak, insyaAllah... doakan kami selamat pulang & kembali....

Agenda penting sewaktu di kampung :
7 Jun 2009 = Di Jitra, majlis pertunangan kakak my hubby Marliana Abdullah @ lebih manja dengan kak long...
8 Jun 2009 = Di Naka... sembelih ayam 10 ekor sempena melangsaikan nazar my kanda Fikri.. beliau bernazar suatu masa dulu andai dianugerahkan cahaya mata akan disembelih 10 ekor ayam utk dimakan bersama2 family Naka.. alhamdulillah 1 April 2009 setelah hampir 6 tahun menanti akhirnya hadirlah insan penyeri rumahtangga mereka NURUL AIN FARHANA...

0 comments: