Selamat petang buat semua pengunjung setia Cardos31's Blog... terima kasih atas sokongan anda...
Cerita seminggu yang lalu.. seperti yang dirancang, pada 5 Jun 09 yang lalu kami telah berangkat pulang ke kampung halaman di Kedah bersempena cuti sekolah. kami hanya sempat bercuti selama 5 hari 4 malam.. alhamdulillah cuti2 tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.. banyak aktiviti telah kami lakukan sepanjang di sana & semuanya bersama keluarga...
* Afnan yang sangat cumeelll macam babanya7.30 pagi kami bertolak... sebelum sampai ke teratak ayahbonda saya di Naka, kami singgah sebentar di teratak rakan seperjuangan saya suatu ketika dulu Adilah Abdullah @ Kg Sadu, Sik. Suasana di rumahnya agak meriah kerana keesokkannya akan diadakan Majlis Perkahwinan 2 abangnya (abang mi & abang uni).. oleh kerana kami tidak dapat hadir pada esok hari, jadi kami berpakat untuk menziarahinya pada hari tersebut.. alang2 dah lalu apa salahnya singgah ssekejap kan (sekejap2 pun dan la pekena nasi sehidang :).. lagipun nak jugak tengok hero Lah & Abang Din ni (Afnan Aqil).. tercapai jugak hasrat saya.. tp tak dapat jumpa abahnya Afnan sebab beliau ada kuliah di maktab (KDC).Bermulanya perjalanan kami pagi itu..sengaja kami melalui jalan di Stadium Sultan Mizan..
melihat sendiri ghopa stadium runtuh tu... perghhhh dasyat yang amat... sangat memalukan & sangat tidak berbaloi dengan kos yang dihabiskan semata2 utk membinanya... sekali tengok macam kain buruk ja bumbungnya terselepuk ssitu...
Permusafiran kami pada hari tersebut sangat meletihkan.. mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas & jalan yang dalam proses penambahbaikan. Kami selamat sampai di Naka lebih kurang 3.30 petang.. sesampainya di umah tak sempat nak beradu kami diajak meraikan majlis aqiqah anakanda Fiktheboss di Bukit Pinang... kami janji berkumpul di sana.. dari Naka 2 buah keta.. kemudiannya kanda ShauKiah sampai dari AS seterusnya diikuti dengan kanda MahSani.* Pak Ngah dok baca apa tu kat Farhana..
Farhana agak meragam, semalaman tak tido..
* Muaz yang sangat akrab dgn Pak Long nya..
Selesai menjamu selera & solat asar kami berkonvoi ke Taman Berlian depan Istana Anak Bukit saje nak nengok2 umah Kanda MahSani yang baru dibeli.. besar la jugak 3 bilik... parking bolehla 2 3 buah keta. Untuk Mak Tam Ton Egypt nanti balik la tengok yer, mak ndak tak sempat amik gambar. Lagipun dah malam tak nampak. Kami solat maghrib di situ. Then kami pun kembali ke Teratak Ayahbonda.. MasyaAllah letih tak terkata, kepala pun sudah poning maa...Syahid seketika....
* Haaa ada sekeping untuk tatapan Mak Tam...
6 comments:
Wah, seronoknya dia balik kampung... Dan keruntuhan itu memang sangat memalukan!
nafastari ..
ya memang amat menyeronakkan. sangat berpuas hati..
yes..sgt memalukan!! sekarang ni tempat tu jadi tempat perlancongan plak.. ramai yang ke stadium tu nak nengok apa kejadahnya jadi stadium tu...
Stadium runtuh tu peluang peniaga kecil cari duit berniaga kat situ..tiada halangan hanya peluang.
Yeah, tiada halangan hanya peluang...
Funny!
hehe saya yg xpenah2 balik dungun lalu kot tu pun,semata2 nk tgk suh abg lalu jln tu huhu..jadi tempat pelancongan plak..ni pluang baru ni hehe
to wirkab :
betul3!! tiada halangan hanyalah peluang...
to fathi fadhil :
mmg jadi tempat perlancongan, termasuklah aku membawa family ke sana minggu lepas...haha
Post a Comment