cardos31's said :

Salam buat semua.. moga hidup kita diberkatiNya, tabah menempuh segala ujianNya...

29 Mei 2009 lalu bagi warga Kedah, Kelantan & Terengganu dah mula bercuti.. Cuti Pertengahan Tahun 2009 iaitu selama 16 hari.. Today is Monday, 1 Jun.. dah 3 hari berlalu cuti sekolah... ni baru sempat post kan jadual cuti terancang kami...

29 Mei 2009 (Jumaat) - Di teratak FirJah ajer...
Pagi : menyelesaikan rutin harian surirumah..
Petang : Keluar shopping.. penyediaan segala macam keperluan coz nak tinggalkan hubby selama 2 hari 1 malam...
Malam : Di rumahku syurgaku saja...

30 Mei 2009 (Sabtu) - Masih di teratak Firjah
Pagi : Masih lagi menyelesaikan rutin surirumah.. mamasak utk hubby coz petang akan meninggalkannya sudah...
Petang : 4.30 ptg dijemput oleh Tonah.. bertolak & singgah di Besut sebelum berangkat ke Kedah
Malam : 9.30 bertolah ke Kedah dari Padang Luas, Besut.. alhamdulillah 2.30 pagi dengan selamatnya kami sampai di Naka, Kedah...

31 Mei 2009 (Ahad) - Di teratak Bonda Naka...
Pagi : Berehat & melayan karenah anak2 sedara yang cerdik pandai.. kanak2 tu baru sampai dari KL kul 5 pagi..
Petang : 12.30 tghari bertolak ke rumah pengantin di Sungai Dua, Penang..
Malam : 9 malam bertolak ke Trg by S.P Bumi... 5 pagi sampai..

1 Jun 2009 (Isnin) - Di teratak Firjah
Pagi : Selesai solat.. tanpa sedar terlena sehingga jam 11 pagi... dasyat.. rasa macam pengsan tidur tak sedar diri... Bangun masak nasi tomato utk hubby lunch tghari nnti..
Petang : Bersantai di teratak seorang diri coz hubby keja
Malam : Bersantai with my hubby di teratak kami... tidak plan utk keluar ke mana2 memalam ni..

2 Jun 2009 (Selasa) - Di teratak Firjah juga tanpa merancang utk ke mana2 setakat ni..

3 Jun 2009 (Rabu) - Mungkin ke sekolah sebentar menyelesaikan laporan guru yang kena email ke PPD tu

4 Jun 2009 (Khamis) - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di PKG Durian Burung

5 Jun 2009 (Jumaat) - Bertolak balik ke Kedah 4 pagi & dijangka 12 tghari sampai.. bermalam di Naka

6 Jun 2009 (Sabtu) - Pagi di Teratak Bonda di Naka... Petang akan pulang ke Pulau Nyior Jitra..bantu mentua buat persiapan utk pertunangan kak long 7 Julai..

7 Jun 2009 (Ahad) - Hari Pertunangan Kakak My hubby merangkap kakak iparku Marliana Abdullah... "Selamat Bertunang"

8 Jun 2009 (Isnin) - Masih di kedah

9 Jun 2009 (Selasa) - Seperti yang dirancang akan konvoi bersama family pulang ke Timur tanah air.. family akan singgah & bermalam di Kelantan terlebih dahulu & kami akan meneruskan perjalanan ke Trg coz esoknya my hubby keje..

10 Jun 2009 (Rabu) - Di teratak tercinta.. buat keja apa yang patut...

11 Jun 2009 (Khamis) - Bawa family jalan2...insyaAllah.

12 Jun 2009 (Jumaat) - Masih melayan family & bawa jalan2... family berangkat pulang ke Kedah..

13 Jun 2009 (Sabtu) - Sertai Perlawanan Bowling JPJ K.Terengganu...

Berakhirnya cuti sekolah.... semuanya hanya perancangan... Dia yang mengaturkan segalanya..kita hanya merancang...

0 comments: