251108-aku ke umah bang fik di kelantan utk menghantar Muaz ditemani oleh anak2 didikku tahun 6 Aima, Afiqah dan Dianah coz my hubby keje. Kami bertolak 9 pagi dari KT dan tiba di Pasir Tumbuh, Kubang Kerian +-11.45 pagi...
Selepas makan tengahari , berehat seketika dan solat ..
4.45 petang : kami bertolak pulang ke KT...
6.30 ptg : singgah sebentar di pantai Rhu Sepuluh...aduh..!! cantik bangat ciptaan Allah..Subhanallah...aku memang sukakan pantai..berjalan2 di tepi pantai amat menenangkan..kami sempat bergambar kenangan sempena "rombongan ustazah Khadijah"...hehe
kenangan bersama.. ustazah pun dah mcm sebaya jer... 6.45 ptg : meneruskan perjalanan ..setibanya di Batu Rakit hujan lebat bangat tak nampak jalan..aku terus memandu secara perlahan dengan penuh hati2 mohon dipelihara olehNya...
seperti yg dijanjikan aku menghantar pulang ahli rombonganku ke rumah masing2....
menghantar pulang Afiqah di kg Belara, Manir dan tumpang solat jama' maghrib & i'syak..sempat mengenali ayahbonda afiqah yang sangat baik hati (macam dah lama kenal)...
8.45 mlm : hujan masih lebat tapi apa2pun kami mesti meneruskan perjalanan kerana hari dah lewat..terus ke umah dianah & aima..Alhamdulillah semuanya selamat...
Buat Aima, Afiqah & Dianah..."terima kasih daun keladi , lain kali leh teman ustazah lagi" TQ temankan ustazah....
2 comments:
Hey, datang kampung aku ke?!! Best kan pantai kat sana.. Betullah Ustazah sama besar je dgn anak2 murid..
yer kampung mu jay yang cantik...saya suka kawasan tu..nanti ada masa nak singgah lagi...
tapi saya masih tertanya2...adakah boleh bermandi manda di situ (depan playground) @ ada persisir pantai lain..gambar yg jay masuk blog tu kawasan mana ek?saya suka la
Post a Comment