cardos31's said :

Alahai Nombor.....

"TAU1347" nombornya biasa, nampak biasa tetapi sekiranya pandang betul-betul ia akan membawa maksud TAUBAT. Pengemar nombor plat kenderaan pasti akan tahu akan maksudnya. "MAF14" bermaksud MAFIA...fikir-fikirkanlah..

Dahulunya aku jahil tentang nombor dan memang tak kisah langsung tentang nombor plat yang aku gunakan. Semenjak aku berkerja di JPJ, aku mulai minat tengok kenderaan yang mempunyai nombor yang cantik. Sesetengah pelanggan sanggup menghabiskan beratus ribu untuk mendapatkan satu nombor. Alahai nombor...
Ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk mendapat satu nombor. Sekiranya di tanya jawabnya "nombor ni sama dengan Ic saya, alamat rumah saya dan sebagainya".
Janganlah kerana nombor kita bergaduh dan berhutang, ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan.

0 comments: