cardos31's said :

Hujan...

Kebelakangan ini di Terengganu hujan turun mencurah -curah hampir setiap hari. Customer pun dah berkurangan di JPJ. Tak la seramai sebelum hujan. Membataskan pergerakan agaknya. Kerja pun berkurangan. Cuma kebelakangan ini aku sibuk menyelesaikan satu masalah yang besar menyebabkan satu team dari IT HQ turut membantu.

Setelah sekian lama berpanas, akhirnya tiba waktunya untuk bersejuk pulak. Teringat aku ketika pertama kalinya balik kekampung isteri aku. Kebetulan kedah ketika itu mengalami banjir yang teruk. Begitu jugak kampung isteri aku. Itulah pengalaman pertama aku meredah banjir, tidak akan aku lupa. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
-FIR-

2 comments:

Nafastari said...

Selamat bermain hujan.. Wah, sronoknya dapat main banjir mcm dlm gambar tuh. Gue x pernah rasa, sbb rumah tak pernah banjir seserius itu. Lagi pun kawasan kami dekat dgn pantai, agak tinggi susah nak naik air. Kalau naik pun, sikit je dan sekejap saja, lepas tu surutlah.

FirJah said...

gambar tu 2 tahun yg lalu..sekarang jalan kg dah dinaik taraf so banjir baru2 ni pun tak la seteruk itu..
kalau zaman kanak2 dulu waktu banjirla paling seronok sbb time tu lah boleh main air..lintah, ikan semua ada.yg bestnya lg bila nak g sek..pakai bj biasa dulu, selepas menyeberang banjir tu ,tukar baju sek...bestnya zaman kanak2 dulu..gemilang segemilangnya..zaman tu tak mungkin dapat diulang kembali dan anak2 buahku tak dapat merasa mcmana mak sedaranya lalui dulu..
aduh..kangen bangat zaman kanak2ku tahun 80an dulu...