"terkenang sebuah memori lalu
kisah persahabatan kita bersama,
di dalam suatu pengajian,
menuntut ilmu & pengalaman"
-soutul a'mal (memori lalu)-
mengenang kembali memori lalu..aku sebagai MURID.20 tahun yg lalu, sejurus selepas maghrib kami rakan sekampung akan bergegas ke umah tok wan rib (arwah - alfatihah)..masing2 berkejar2 kerana ingin memilih & mendapatkan rehal yg paling ok (tak rosak) dan ingin mengambil turn yg paling awal utk diajar oleh tok wan rib kami..kelas dimulakan dgn doa beramai2..betapa semangatnya ketika itu utk menuntut ilmu al-quran yg mana belajar tanpa bayaran hanya doa dan harapan moga tok wan rib beroleh pahala barakah atas ilmu yg dicurahkan..kini tok wan rib telah kembali kerahmatullah..moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi....ingin ku menjadi seperti tok wan rib yg tidak jemu mengajar kami mengenal Al-Quran drpd hanya mengenal alif , ba , ta sehinggakan dapat membaca AlQuran dgn sempurna dan tak kurang juga yg dah menjadi Hafiz&Hafizah..kini...impianku tercapai & aku sebagai TOK GURU...selepas maghrib aku mengajar anak seorang jiran yg mempunyai 6 org anak berumur dr 14 tahun- 4tahun mengaji & mengenal Al-Quran serta Tajwid.moga ilmu yg ku curahkan mendapat keberkatannya...-JAHshahanis,arinah,aisyah,adilah,alia,amir akbar
0 comments:
Post a Comment