cardos31's said :

01 Disember 08

Seharian di rumah, selepas selesai menemani, menolong dan meraikan kin di hari bahagianya. Aku menghabiskan masa dengan membantu bonda tersayang dengan mengemas rumah, memasak & melakukan rutin2 harian sebagai seorg surirumah. kata bonda sebelum keluar ke kebun : " lega la kalau ada org selalu mengemas & tolong mak macam ni". sedih plak aku dengar.... tp apakan daya aku dah milik seorg yang bergelar suami. jadi , masa2 yg berkualiti ini lah aku manfaatkan sehabisnya utk menolong bonda. Setakat yang termampu aku akan lakukan.

Pada hari tersebut aku menerima kedatangan tetamu ( kawan bermusim katanya ) yang juga sekian lama aku tak jumpa.. hari bahagianya Ogos lalu di Penang dan di sebelah lelaki di Kuala Nerang pun aku tak dapat menghadirinya disebabkan aku nun jauh di sana. Kebetulan mereka ( tipah & Fadil ) melalui jalan Naka utk ke SK Gulau kerana Fadil bertugas pada hari tu.. so di kesempatan yang ada ni..alang2 dah lalu jalan Naka, aku mengalukan kedatangan mereka.
3 ptg : tipah & fadil sampai di KKJ..kebetulan ayahbonda aku ada..so dapatla berborak & bertukar2 cerita... beberapa ketika berborak mengenai salasilah keluarga...RUPA2NYA... mak Fadil tu 2 3 pupu la dgn mak aku (keluarga mudim)... ish kan...keciknya dunia nih..."pi mai pi mai tang tu"...maksudnya tipah berkahwin dgn sedara ( bau2 bacang ) family aku la....
tak sangka plak ke situ jadinya.. apa2 pun kami senang dgn kehadiran mereka, serta kembali merapatkan hubungan yg tak kami sedari.. dari kawan menjadi saudara.. alhamdulillah...
TQ Tipah & Fadil atas kesudian kalian menyinggah ke teratak kami.. insyaAllah raya nnti kalau ada rezeki kita akan jumpa lagi...

0 comments: