Assalamualaikum semua.....
Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk bagi guru2 SKL.. aku istilahkan sebagai "minggu perang"... iaitu berperang dengan meeting2 ..boleh kata setiap hari bermula dari 21, 22, 23, 24 Disember dan 1 Januari sekolah ku ada meeting.... demi memartabatkan pendidikan kami rela berkorban segalanya... bak kata GB sekolah ku... " walaupun kamu ada hal yang penting time tu, kalau ada meeting @ apa2 program melibatkan sekolah .. kamu wajib utamakan sekolah"... itulah peringatan GB kepada semua guru setiap kali ada perjumpaan.
Pada awalnya , meeting guru akan diadakan pada waktu pg...tp disebabkan kesibukan utk persiapan pilihanraya kami terpaksa tunda ke petang.. maklumlah sekolahku merupakan salah satu pusat mengundi pada Januari nanti.
21/12/08 - Mesyuarat Guru Kali Pertama sesi 2009
2.30ptg : Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dihadiahkan kpd arwah Dato' Haji Razali yang mana arwah pernah hadir ke sekolah kami menyampaikan motivasi keibubapaan pada awal tahun 2008 yang lalu.
Sebelum meeting diteruskan , PK1 memaklumkan bahawa aku telah dilantik sebagai s/u 2 mesyuarat guru dan staff... jadi tugasku kena catitkan segala apa yang diperkata dan dibincangkan dalam setiap meeting guru dan aku diberi tempoh 3 hari bagi menyiapkan minit mesyuarat dan diserahkan kepada GB utk ditandatangani.... aduh... terimalah jawatan seadanya..aku akan cuba tunaikan tanggungjawab yg diamanahkan sebaik mungkin.
Banyak benda yg dibincangkan dalam mesyuarat pertama ni.. dan sebelum mesyuarat ditangguhkan, PK1 mengedarkan buku manual tugas yang mana tercatit segala jawatan yang ada dlm sekolah. Setelah dibelek2, ditilik2... masyaAllah banyaknya jawatan aku kena pegang...macamana ni ... mampukah aku melaksanakan segala tugas yang diamanahkan???? bimbang pun ada, tension pun ada bila senarai balik setiap jawatan yg aku terpaksa terima nih...
lebih kurang 18 jawatan yang terpaksa aku tanggung... disebabkan sekolahku kecil dan bilangan guru yang sedikit jadi kebanyakan guru terpaksa memegang jawatan yang banyak dalam 1 masa... cuma yang membezakannya samada jawatan tu besar @ hanya AJK biasa...
sebelum diedarkan manual tugas tu GB telah memberi peringatan : "saya harap semua guru dapat terima seadanya setiap jawatan yg telah diberikan "... kami hanya tersenyum...
22/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah (JKS)
Sepatutnya aku tak terlibat mesyuarat JKS ni tapi aku diminta mewakilkan sorang guru yg tak dapat hadir. Jadi aku datang, dengar serta catit apa yang berkaitan dgn tugas guru tersebut.
23/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Hari ni aku tak terlibat dengan mtg HEM. Jadi aku dah plan utk ziarah kawan2 yang sekian lama tak jumpa. Aku ke Seberang Takir seorang diri utk menziarahi kawan UIA dulu... dah lama tak jumpa.. kenduri kawin beliau 20/11 ritu aku tak dapat hadir. so aku amik kesempatan ni utk jumpa beliau Latifah Abdul Rashid. Sekarang berkhidmat di Johor sebagai guru jQAF, telah berkahwin dengan pegawai Telekom K.Trg.
Then, aku ke umah kak Bedah (kakak As) di Taman Permint Perdana, Fasa 4. Singgah sekejap jer, just nak tau di mana umah beliau coz dulu beliau ada minta tolong aku carikan umah sewa utknya kerana suaminya baru berpindah dari Kelantan ke Terengganu.
Kemudian aku singgah sebentar di Syurga Tudung Bt 6 sebelum ke Manir. Siap membeli belah aku ke rumah yana @ Kg.Durian Mas, Manir then selepas berborak2 singgah pula di umah Ida. Sampai ke teratakku kul 4.30 ptg.
24/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Koku
Mesyuarat nih aku jadi pen s/u plak. S/u datang lambat so aku jugak bertindak sebagai pencatit minit... huhuhu... banyak aktiviti tahunan yang dirancang antaranya : Larian Pantai, Perkhemahan, Hari Ko, Lawatan, Kursus Kepimpinan dll. Perkhemahan kali ni mengikut plannya akan diadakan di Pulau Redang... wow bestnya... tak sabar plak rasa..hehehe...harap2 semua yang dirancang akan berjalan lancar.
maka berakhirlah mesyuarat utk minggu ni.. esok cuti sempena Krismas.. minggu dpn plak meeting seterusnya dan hari pendaftaran murid Tahun 1.
0 comments:
Post a Comment