cardos31's said :

Lumrah Kehidupan...

Aku tergerak hati untuk menulis satu peristiwa yang bagi aku memang memberi pengajaran kepada aku. Cerita ini berlaku ke atas kawan aku. Kisah ini bermula apabila bantuan bulanan berbentuk wang telah di batalkan kepada seorang ibu tunggal, maka kawan aku telah di serbu oleh anak-anak ibu tunggal tersebut. Salah seorang daripada mereka dengan nada marah bertanya sebab apa bantuan bulanan yang di terima oleh ibu mereka di batalkan. Kawan aku dengan nada tenangnya memberi perjelasan" Encik-encik semua dah berkerja, bergaji beribu-ribu, tak mampukah encik-encik semua menjaga seorang ibu,? bagi saya, malu saya sekiranya ibu saya menerima bantuan daripada kebajikan masyarakat sedangkan saya mampu untuk menjaga makan minum ibu saya?"... Lebih kurang begitulah penjelasan daripada kawan aku. Aku pernah dengar satu ungkapan yang berbunyi Seorang ibu berupaya menjaga 10 anak, tetapi 10 orang anak tersebut belum pasti mampu untuk menjaga seorang ibu. Aku berharap aku bukanlah seperti itu. Segala pengorbanan ibu bapa perlu kita balas. Tanpa mereka aku sudah pasti tidak akan dapat apa yang aku kecapi sekarang....
" APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA"
FIR

0 comments: