"Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!
Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.
Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:
"Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!"
"Artis mana, kak dengar dari sapa?", tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.
"Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan..." jawab wanita yang membahasakan dirinya sebagai kakak itu.
"Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"
"Kakak baca dalam surat khabar", jelas wanita itu, "Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?"
Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah campur lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?
Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:
Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;
ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan
iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.
Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!
From : Tranungkite Online
Jika kesilapan semalam belum terampun "MAAFKANLAH",
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati "LUPAKANLAH",
Jika kesilapan esok mendatang jangan dibawa ke AKHIRAT..
Moga Tahun Baru Membawa Sinar Baru dalam hidup kita.
Beri hatimu hanya utk ALLAH,
pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik,
hamparkan masamu seluasnya hanya utk ALLAH,
pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.
Jadikanlah yang TEBAL itu IMAN,
yang NIPIS itu LIDAH,
yang TAJAM itu AKAL,
yang LEMBUT itu HATI,
yang RINGAN itu SOLAT,
yang HALUS itu SUARA,
yang LUAS itu ILMU,
yang MANIS itu SENYUMAN....
Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H & 2009M
Minna : FirJAh Abadan Abada
Assalamualaikum semua.....
Pada awalnya , meeting guru akan diadakan pada waktu pg...tp disebabkan kesibukan utk persiapan pilihanraya kami terpaksa tunda ke petang.. maklumlah sekolahku merupakan salah satu pusat mengundi pada Januari nanti.
21/12/08 - Mesyuarat Guru Kali Pertama sesi 2009
2.30ptg : Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dihadiahkan kpd arwah Dato' Haji Razali yang mana arwah pernah hadir ke sekolah kami menyampaikan motivasi keibubapaan pada awal tahun 2008 yang lalu.
Sebelum meeting diteruskan , PK1 memaklumkan bahawa aku telah dilantik sebagai s/u 2 mesyuarat guru dan staff... jadi tugasku kena catitkan segala apa yang diperkata dan dibincangkan dalam setiap meeting guru dan aku diberi tempoh 3 hari bagi menyiapkan minit mesyuarat dan diserahkan kepada GB utk ditandatangani.... aduh... terimalah jawatan seadanya..aku akan cuba tunaikan tanggungjawab yg diamanahkan sebaik mungkin.
Banyak benda yg dibincangkan dalam mesyuarat pertama ni.. dan sebelum mesyuarat ditangguhkan, PK1 mengedarkan buku manual tugas yang mana tercatit segala jawatan yang ada dlm sekolah. Setelah dibelek2, ditilik2... masyaAllah banyaknya jawatan aku kena pegang...macamana ni ... mampukah aku melaksanakan segala tugas yang diamanahkan???? bimbang pun ada, tension pun ada bila senarai balik setiap jawatan yg aku terpaksa terima nih...
lebih kurang 18 jawatan yang terpaksa aku tanggung... disebabkan sekolahku kecil dan bilangan guru yang sedikit jadi kebanyakan guru terpaksa memegang jawatan yang banyak dalam 1 masa... cuma yang membezakannya samada jawatan tu besar @ hanya AJK biasa...
sebelum diedarkan manual tugas tu GB telah memberi peringatan : "saya harap semua guru dapat terima seadanya setiap jawatan yg telah diberikan "... kami hanya tersenyum...
22/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah (JKS)
Sepatutnya aku tak terlibat mesyuarat JKS ni tapi aku diminta mewakilkan sorang guru yg tak dapat hadir. Jadi aku datang, dengar serta catit apa yang berkaitan dgn tugas guru tersebut.
23/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Hari ni aku tak terlibat dengan mtg HEM. Jadi aku dah plan utk ziarah kawan2 yang sekian lama tak jumpa. Aku ke Seberang Takir seorang diri utk menziarahi kawan UIA dulu... dah lama tak jumpa.. kenduri kawin beliau 20/11 ritu aku tak dapat hadir. so aku amik kesempatan ni utk jumpa beliau Latifah Abdul Rashid. Sekarang berkhidmat di Johor sebagai guru jQAF, telah berkahwin dengan pegawai Telekom K.Trg.
Then, aku ke umah kak Bedah (kakak As) di Taman Permint Perdana, Fasa 4. Singgah sekejap jer, just nak tau di mana umah beliau coz dulu beliau ada minta tolong aku carikan umah sewa utknya kerana suaminya baru berpindah dari Kelantan ke Terengganu.
Kemudian aku singgah sebentar di Syurga Tudung Bt 6 sebelum ke Manir. Siap membeli belah aku ke rumah yana @ Kg.Durian Mas, Manir then selepas berborak2 singgah pula di umah Ida. Sampai ke teratakku kul 4.30 ptg.
24/12/08 - Mesyuarat Jawatankuasa Koku
Mesyuarat nih aku jadi pen s/u plak. S/u datang lambat so aku jugak bertindak sebagai pencatit minit... huhuhu... banyak aktiviti tahunan yang dirancang antaranya : Larian Pantai, Perkhemahan, Hari Ko, Lawatan, Kursus Kepimpinan dll. Perkhemahan kali ni mengikut plannya akan diadakan di Pulau Redang... wow bestnya... tak sabar plak rasa..hehehe...harap2 semua yang dirancang akan berjalan lancar.
maka berakhirlah mesyuarat utk minggu ni.. esok cuti sempena Krismas.. minggu dpn plak meeting seterusnya dan hari pendaftaran murid Tahun 1.
Dah lama aku tak membuat coretan... bukannya masalah kekangan masa..rasanya tiap hari aku online tapi mgkin disebabkan ketandusan idea dan tiada cerita utk berbicara .. huhu
kali ni aku nak meluahkan rasa ketidakpuasan hatiku... bukannya pasal apa pun.. ttg ambulan ja.. tp sbb ambulan aku hampir eksiden so aku nak meluahkan segalanya di sini...
sejak 2 tahun aku mendiami kuartes kat Jalan Kamaruddin ni ( di tgh2 bandar K.Trg ).. boleh kata tiap hari wajib akan kedengaran samada siren ambulan, polis, bomba dll. Kadang2 bengang gak telinga ni sbb kuat sgt dan bukannya sekejap tapi lama bunyinya.. tapi nak wat camna tiap hari ada kecemasan agaknya..
yang aku tak senangnya bila time bunyi tu aku tgh drive samada sehaluan @ setentang dgnnya... yang aku tahu bila bunyinya siren2 tu semua kenderaan yang di tgh2 jalan diminta memberi laluan utk kenderaan yg ber"siren" nih dan walaupun time tu lampu merah kita boleh jalan dan yang penting org yg lampu hijau time tu kena alertla kalau tak..PANG!!! la jawabnya.....
yang buatkan aku tak puas hatinya dan buat aku terfikir cemas sgt ker diaorg nih @ saja menggunakan "siren" tu utk tak nak terjebak dgn jem ( tak baiknya aku, tp aku ttp bersangka baik mgkin cemas sgt )... tp pernah sekali tu ambulan sebelah keretaku tanpa membunyikan siren nampak rilek je kelajuannya.. dlm hatiku berkata2 : " kalau ambulan ni bunyi.. siap la !!" ( hehe, macam boleh saman).. tiba2 ... bila jer sampai lampu merah terus berbunyi... tp sekejap jer. tak tau la samada dia tersilap tekan @ dia dgr hatiku berbicara..haha.. sbb dah stop bunyinya jadi dia harusla melalui jem sepertimana kenderaan2 lain... tak kecemasan la maknanya time tu...
minggu lepas sekembalinya kami ke K.Trg dari kedah kami hampir2 eksiden di sebabkan ambulan nih... yang nak jadi ceritanya... setibanya kami di jalan sultan mahmud nak menghala ke jambatan... dari jauh kedengaran bunyi siren ambulan dan dari cermin sisi dah kelihatan ambulan yang agak laju kelajuannya .. aku ni dah jadi fobia dgn bunyi2 siren ni.. time tu,hanya keretaku saja & aku awal2 lg dah amik di sebelah kiri jalan,tp aku serba salah nak slow kan kereta & berhenti @ terus jer jalan coz time tu lampu isyarat dah nak bertukar ke merah.. aku bukannya apa jadi confius dan takut gitu coz aku bimbang kalau2 turn kenderaan2 yg lampu hijau time tu akan bergerak aduh nahas aku kalau aku jalan jugak...tp kalau diaorg alert dgn kehadiran ambulan tu kami bernasib baik la .. jadi dalam ke"slow"an ku , aku tetap jalan walaupun lampu merah coz ambulan dah hampir... sepertimana yg ku sangka time aku jalan gak lampu merah tu adala sebuah motosikal sepatutnya berhenti ( wpun lampu isyarat hijau) jugak bergerak... adusssssss!!!!! sikit lagi motor tu nak langgar kereta kami... tapi Allah masih pelihara dan selamat kan perjalanan kami... motor tu sempat mengelak ... hanya Allah yang tahu debarnya aku & my hubby time tu... dalam debaran tu kami tetap kena teruskan perjalanan kerana +- 5 km lagi nak sampai ke destinasi kami...yang pastinya aku tak tahu sapa yang bersalah... aku @ motosikal @ ambulan?? huhu...Alhamdulillah akhirnya 6 ptg kami tiba di teratak kami Jalan Kamaruddin dengan selamatnya walaupun debaran masih ada...
so.. moral of the story... berhati-hati lah di jalan raya tambah2 kedengaran "siren" time tu.. slow kan kenderaan & berilah laluan yang sepatutnya dan yang paling penting alert dengan persekitaran & kenderaan2 lain.. apa saja mungkin boleh berlaku kalau kita careless ... moga setiap perjalanan kita dilindungiNya dan selamat.
" Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkan dosa2 kami, ibubapa kami, keluarga, sahabat handai dan umat Islam seluruh alam... kami bersyukur padaMu atas segala nikmat yang Kau kurniakan kpd kami...
Ya Allah .. tiada Tuhan selain Dia , yang hidup dan selalu jaga..dengan keizinanMu , dengan kekuasaanMu Kau mati kan lah kami, keluarga, sahabat handai & umat Islam seluruhnya sebagai para syuhada dalam memperjuangkan agamaMu.. jauhkan lah kami dari segala malapetaka dan bahaya Ya Rahman...Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya...amin ya Rabbala'lamin "
-JAH-
Pagi td aku menerima msg dari kawan semusimku yang kini telah menjadi saudaraku (tipah)..
msg dr tipah : "kakak saya telah meninggal dunia 12malam tadi , 10pg esok akan disimpan. kakak saya sakit tumor otak"...-AL-FATIHAH-
TAKZIAH kami ucapkan kpd keluarga tipah atas pemergian kekandanya.. insyaAllah itulah yang terbaik buat kekandanya yang sekian lama diuji dgn penyakit tersebut.. semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah & ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...
hari utk mengucapkan syukur,
banyakkan bertakbir, bertasbih, bertahmid,
memuji Ilahi sebanyak yg mungkin,
jiwa kan terasa indah sekali,
moga bahagia di hari lebaran.."
MOGA AIDILADHA 1429h INI MEMBERI 1001 KEINSAFAN & MAKNA BUAT DIRI KITA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH INI...
BERJUTA KEMAAFAN KAMI POHONKAN ATAS SEGALA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN SAMADA DISEDARI @ SEBALIKNYA.
AKHIR KALAM.. SAMBUTLAH SALAM AIDILADHA DARI KAMI... FirJah
Selamat Pengantin Baru diucapkan...semoga mahligai yg dibina akan kekal hingga akhirnya.
Bersabarlah dalam melayari bahtera rumahtangga... Moga berbahagia selalu ...
Minna : FirJah
041208
diharapkan perjalanan esok lancar & selamat....
kami mendapat undangan makan tengahari di Kg Sadu,Sik (umah lah & a.din) ...insyaAllah kalau tak dak pape dan berkesempatan kami singgah esok.
macam biasa jadual giliran dah siap disediakan & diluluskan oleh my hubby... ginilah ragam di perantauan..time balik kg kenala bahagi giliran utk 2 rumah.
Moga cuti ini dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya..
" Ya Allah .. selamatkanlah perjalanan kami pulang & kembali.. Engkau yang Maha Berkuasa atas segalanya..amin "
-JAH-
" APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA"
FIR
01 Disember 08
Pada hari tersebut aku menerima kedatangan tetamu ( kawan bermusim katanya ) yang juga sekian lama aku tak jumpa.. hari bahagianya Ogos lalu di Penang dan di sebelah lelaki di Kuala Nerang pun aku tak dapat menghadirinya disebabkan aku nun jauh di sana. Kebetulan mereka ( tipah & Fadil ) melalui jalan Naka utk ke SK Gulau kerana Fadil bertugas pada hari tu.. so di kesempatan yang ada ni..alang2 dah lalu jalan Naka, aku mengalukan kedatangan mereka.
3 ptg : tipah & fadil sampai di KKJ..kebetulan ayahbonda aku ada..so dapatla berborak & bertukar2 cerita... beberapa ketika berborak mengenai salasilah keluarga...RUPA2NYA... mak Fadil tu 2 3 pupu la dgn mak aku (keluarga mudim)... ish kan...keciknya dunia nih..."pi mai pi mai tang tu"...maksudnya tipah berkahwin dgn sedara ( bau2 bacang ) family aku la....
tak sangka plak ke situ jadinya.. apa2 pun kami senang dgn kehadiran mereka, serta kembali merapatkan hubungan yg tak kami sedari.. dari kawan menjadi saudara.. alhamdulillah...
TQ Tipah & Fadil atas kesudian kalian menyinggah ke teratak kami.. insyaAllah raya nnti kalau ada rezeki kita akan jumpa lagi...
Selesai menghadiri majlis perkahwinan Kapten Zawawi & Noor Hashikin di Tualang pd 301108, aku berangkat pulang ke teratak ayahbonda dgn b.di, kak faris, mak, hanif, nuha, along & angah yang turut serta hadir ke majlis tersebut.... jarak tualang ke naka tak la jauh mana sangat +- setengah jam jer...
setibanya di Kg Kubang Juluk (KKJ)..b.di & k.faris menunaikan hajat mereka utk melihat dan meneliti design banglo yang baru siap di tengah2 KKJ itu..kami juga turut menjengah banglo yg tersergam indah, cantik dan mewah yang dimiliki oleh seorg kontraktor, kalau tak siap aku. Banglo tersebut tak sepenuhnya lagi siap tp dah boleh digunakan. Next friday akan diadakan bacaan Yasin memohon keberkatan dan perlindungan dariNya..
Buat pasangan pengantin... sekali lg diucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal hingga akhirnya..bersabarlah dalam melayari bahtera rumahtangga kerana di sana pasti ada suka duka yg perlu ditempuhi bersama. Jadi.. gunalah kebijaksanaan yg ada utk menyelesaikan dan menghadapinya supaya kebahagiaan akan dapat dikecapi hingga akhirnya. Keberkatan, Kerahmatan & Keredhaan dariNya yang kita harapkan...