cardos31's said :

Salam buat semua.. moga bahagia sentiasa & dirahmatiNya...

Adoiiiiiiiii... tension maa.. sekali lagi broadband wat hal.. thah kenape tak boleh nak connect.. bila connect akan naik error. Semalam dah call celcom.. 23 minit bergayut dengan abang operator tu.. hihi.. bukan bergayut ape, tp dok mengikut arahan2nya untuk menyihatkan semula kesihatan broadband saya ini... kata operator tu : "ni error 619 ( 619 ke 916 thah tak ingt plak saya)".. so beliau mengarahkan saya setting semula menggunakan manual & beberapa langkah lain.. kemudian connect semula.. dalam sejam, kalau tak boleh jugak beliau pesan suh call semula.. berjam2 kemudian mmg tak boleh. Tp oleh kerana sudah lewat malam, so saya tidak menelefonnya kembali.. tunggu esok je la (hari ni)..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat saya meng'post'kan entry ni, saya di makmal sekolah.. dah abis waktu sekolah..rehat sementara menunggu untuk perjumpaan koku plak..

Tadi.. time saya masuk makmal.. ada kanak2 tahun 2B ni tengah mengadap komputer di sini bersama gurunya... di kesempatan yang ada tu, saya buka blog KAK PAH & tunjukkan kpd kanak2 tu video eksiden yang sangat tragis tu... dalam masa yg sama saya nasihatkan apa yang patut pada bebudak tu...

Esok Rabu, Khamis, Jumaat (5, 6, 7 Ogos) saya diarahkan menghadiri Kursus Khas Guru Pendidikan Islam di Hotel Sri Malaysia, Kuantan.. pengangkutan disediakan oleh JPNT, kul 8 berkumpul di JPNT.. pendaftaran 2.30 petang.. kebanyakkan nama2 yang tersenarai tu guru2 j-QAF... tp

...... Saya dalam DILEMA .....

Esok.. bersempena dengan pertukaran GB kami yang tersayang ke SK Pusat Kuala Ibai pada Ahad (9 Ogos) ini, sekolah akan mengadakan satu majlis perpisahan GB bersama murid di Dewan SKL , manakala petangnya akan diadakan Jamuan Perpisahan di Motel Desa, Kuala Terengganu di atas puncak sana...

Saya teringin sangat ikut serta dalam majlis & jamuan tersebut.. ye la jamuan terakhir bersama GB.. mestila nak jugak ikut. .. lagipun saya lah "mamarazi" yang akan merakamkan segala detik & saat2 sedih itu.. so, ada beberapa orang guru yang mencadangkan supaya saya bertolak lewat sedikit ke Kuantan dengan menaiki bas awam seusai majlis tersebut... huhu.. ada plak yang sanggup nak tolong belikan tiket untuk saya (tolong beli jer, pitih sendiri la hehe).. so setakat ni belum membuat keputusan.. nak kena call kaunter bas & JPNT dulu untuk maklumkan hal tersebut... itupun kalau JPNT izinkan & kalau ada tiket.. rasanya JPNT ok jer sbb programnya start malam...

Ok... permisi dulu... mahu solat & ke kelas KO...

2 comments:

Unknown said...

Cara penyelesaiannya, sila e-melkan aduan kepada pihak Celcom Broadband. Insya-Allah akan diambil tindakan dalam masa tiga hari.

*Itu yang saya lakukan.

Mrs. Ishamizu said...

Salam FirJah, sht? sori lme xsgah sini, dok bz sokmo..hihi...

td msk blog Latifah, rse tkt nk tgk video accident tu sesorg, taper jap lg nk mntk husben tgk dlu klu ngeri sgt xberani nk tgk..:(

tp berani plak murid2 tu tgk eh?:)nway, slmt bkursus..klu bkursus atau jln2 smp Melaka, kontek tau..bley kte jmp..:)