cardos31's said :

Salam 1 malaysia buat semua pengunjung setia... moga sihat selalu hendaknya...

Lamanya saya tak bercerita.. banyak cerita yang nak diceritakan tp masa plak yang tak mengizinkan. Bila ada masa, ada niat nak update.. broadband ni plak wat hal lagi.. sehari setengah tak boleh nak connect.. mcm biasa call semula celcom broadband... banyakla operator tu suh wat, so now dah boleh connect..

Banyak benda yang berlaku sepanjang 2 minggu yang lalu...

* 2 Ogos 2009 - Perhimpunan Ahad terakhir bersama GB En. Yusof Embong...




* 5 Ogos 2009 - Sekolah telah mengadakan majlis perpisahan GB En Yusof Embong bersama semua murid di Dewan SKL
Seusai sesi persekolahan diadakan pula Jamuan Perpisahan GB & semua guru serta kakitangan SKL di Motel Desa - khabarnya menu di situ kurang enak....
(dua-dua majlis saya tak dapat ikut)

* 6 Ogos 2009 - Mesyuarat & amanat terakhir daripada GB buat semua guru & kakitangan SKL di Bilik Mesyuarat SKL ( jugak saya tidak ikut serta)

* 5 - 7 ogos 2009 - Saya telah menghadiri Kursus Khas GPI di Hotel Sri Malaysia, Kuantan bersama2 99 orang guru2 j-QAF yang lain dari 3 buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu & Marang.. banyak ilmu yang dapat sepanjang kursus tu, alhamdulillah..

* 9 Ogos 2009 - Kami warga SKL menerima kehadiran GB baru En. Ghazali dari SK Pusat Kuala Ibai, KT.

* 12 Ogos 2009 - Saya telah menjadi guru pengiring untuk Rombongan Murid2 PKBP & Murid Pemulihan ke Sekolah Kebangsaan Kuala Besut (3K & LESTARI) dan JJCM sekitar bandar Kota Bharu... bertolak 9 pagi dan tiba di sekolah 12 malam...

* 13 Ogos 2009 - Menerima khabar dukacita daripada my sister... TAKZIAH!! InsyaAllah itu yang terbaik untukmu...

* 13 Ogos 2009 - "Pergi Tak Kembali" seorang insan yang sangat dikagumi oleh semua yang mengenalinya .. Ustaz Asri Ibrahim @ dikenali dengan Asri Rabbani... TAKZIAH untuk keluarga beliau.. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi & ditempatkan bersama2 mereka yang soleh...

* 13 Ogos 2009 - Menyelesaikan tugasan sebagai kejutan untuk "DIA".... :)

* 14 Ogos 2009 - Menerima khabar gembira dari seorang sahabat yang bakal menimang cahayamata yang kedua awal tahun 2010... TAHNIAH!!! Semoga semuanya selamat...

* 15 Ogos 2009 - Antar TAQ31 jumpa doktornya sebagai persediaan nak balik kampung minggu depan....yahoooo!!! balik kampung..oo oo balik kampung.. oo oo balik kampung .. hati girang...

* 15 Ogos 2009 - Membayar insuran & cukai jalan TAQ31 yang bakal tamat pada 26 Ogos nnti.. kena wat siap2 hari ni coz minggu depan takut tak sempat, pastu bercuti plak...

* 15 Ogos 2009 - Ke Klinik Gigi Sophia berhampiran Wisma Tenang...

ok... dah asar.. setakat ni dulu ya... jumpa lagi..
Jom solat asar !!!

0 comments: