Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua....Maaf coz lama tak meng'update' blog kesayangan ini..Bz??Tak dak mood??Malas?? semuanya mungkin...Semalam, kondisi kesihatan saya agak merudum.. badan panas, batuk2, selsema, bersin dll... saya terus mendapatkan rawatan doktor.. selesai diperiksa, doktor mengesahkan bahawa saya dijangkiti I L I @ influanza B dan saya telah diberi MC 2 hari..kebetulan Isnin cuti so sehari je la... pesan doktor, kalau demam tak kebah lagi dalam masa 2 hari, saya diminta ke Klinik Hiliran untuk diambil kahak & dibuat ujian.. nauzubillah..Setelah menelan segala ubat-ubatan itu & rehat2.. hari ni saya rasa agak sihat & kuat berbanding kelmarin.. Doakan kesihatan saya semakin stabil & bertambah sihat seperti sedia kala... bila dah sakit, baru rasa nikmatnya sihat..huhu...Dikesempatan ini , rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia...Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita kepadaNya...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Kepada mereka yang telah meng'wish'kan salam ramadhan utk saya.. jutaan terima kasih diucapkan & seribu kemaafan dipohonkan kerana tidak dapat membalas sms anda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan....
Nadia Aroff :
Wahai tetamu Ramadhan,
untukmu Rahmat & maghfirah,
airmata taubat,
dendangan tadarus,
selimut tarawih,
dan bantal tahajjud..
Moga mewarisi Jannah..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!
Puan Rubiah JPJ :
Selamat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.
Kak Ita SKL :
1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH,
1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH,
1 hari lagi DOA2 ini di IJABAH,
1 hari lagi PAHALA ini diLIPATGANDAKAN,
Tapi.. semua itu tidak akan menjadi tanpa MAAF tulus daripadamu..
Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup mohon maaf untuk
lisan yang terlanjur,
janji yang terabai,
hati yang berprasangka,
& semua sikap yang menyakitkan.
Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT adalah PENAWARnya,
dan jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.
Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH s.w.t & diampuni segala dosa.. amin..
Faradiana :
Subhanallah Maha Suci Allah,
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,
Walailahaillahhuwallahuakbar Tiada Tuhan melainkan Allah,
Allah yang Maha Besar.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
-Daripada Fara sekeluarga-
Hasanah :
NOTIS AKAUN : Harap maklum, baki PAHALA anda tidak cukup untuk menampung akaun AKHIRAT anda,
sila tambah nilai AMALAN ANDA untuk menaikkan kredit ke SYURGA.
Untuk tambah nilai, sila kunjungi mana2 surau/masjid yang berdekatan.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!
Ila KUIS (Rakan blog) :
Surah Al-Baqarah ayat 183 ...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430.
Mohon maaf segala kesilapan & kekurangan.
Kak Wati SKL :
"Tiada hari seindah JUMAAT,
Tiada kata seindah ZIKIR,
Tiada Ibadah seindah SOLAT,
Tiada bulan seindah RAMADHAN"
Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa.
Ton (5 sekawan) :
"Bila KEKUATAN yang dipohon,
Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi.
Bila KEBIJAKSANAAN dipohon,
Allah beri MASALAH untuk diselesaikan.
Bila KASIH ALLAH yang dipohon,
ALLAh beri DUGAAN untuk dihadapi.
Dan setiap yang dipohon pasti DIUJI,
supaya lebih dekat denganNya".
Selamat menyambut Ramadhan, medan untuk MENGUKIR CINTA padaNya..
Ramadhan Kareem.
Kanda Faris (my ipar) :
Salam.. jangan lupa Renew Lesen Mulut, & cukai kesabaran,
Serviskan Hati, Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga,
Peliharalah Enjin Perut,
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 1430,
BERAMAL Jariah pada Ramadhan akan datang kini...
Tuah anda siapa yang tahu.. amin.
Imah (5 sekawan) :
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Mohon maaf atas segala salah & silap yang disedari @ sebaliknya.
Moga tarbiyah Ramadhan akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Ramadhan Kareem.
0 comments:
Post a Comment