skip to main |
skip to sidebar
"Allah tidak memberati manusia,melainkan sekadar tenaganya"Al-Baqarah ayat 286Sedang asyik mengajar anak2 prasekolah mengaji quran.. aku menerima panggilan dari my ipar kanda faris ... setelah merungkai beberapa persoalan bersama my ipar, aku terus menelefon ke umah utk memastikan apa yang terjadi...MasyaAllah rupanya my bonda tak sihat.. semalam borak2 ok jer..mak tak cakap pulak kata tak sihat..happy je anak2 wish selamat hari ibu... so oleh kerana my ipar paling hampir tempat kerja dengan umah mak, beliau bertindak dahulu dengan segera pulang menziarahi dan membawa mak ke klinik berhampiran.. TQ my ipar...
Setelah diperiksa oleh doktor di Klinik Berkat, Kuala Nerang doktor telah mengesahkan bahawa bonda kami telah dijangkiti CHIKUNGUNYA .Ya Allah tabahkan hati bonda kami, kuatkanlah beliau dalam menempuh ujian Mu ini... kalau boleh segera aku ingin pulang ke rumah tp dek kerana aku nun jauh di sini hanya doa tidak putus2 ku panjatkan ke hadratmu Ya Allah..sembuhkan lah bonda ku, sempurnakan kesihatannya... semua abang, kakak & adik2 ku yang ada berdekatan segera pulang kecuali aku (terengganu), abg ke3 (kelantan), kakak (KL), adik (mesir) & 2adik diasrama... itulah kelebihan bila dok dekat dgn makayah... boleh sentiasa menziarahi mereka...Sekarang dikhabarkan mak beransur pulih.. cuma masih perlu dipimpin untuk bergerak... serangan yang paling dasyat iaitu lutut.. so memberi effect untuk bergerak.. kata mak : " sakit sangat, rasa macam menyocok2 semua sendi.. pagi tadi mak bangun merangkak ke bilik air untuk mengambil wudhu' sambil teriak (menangis) sebab terlalu sakit" ... Ya Allah kesian & sedihnya aku dengar .. titisan air mataku tak dapat dibendung lagi memikirkan tentang mak...
"Ya Allah ... aku mohon padaMu ampunkan lah segala dosa2 kami... kau sembuhkan lah segala penyakit kami terutamanya bonda kami.. kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna... kuatkan lah bonda kami dalam menempuh ujian Mu ini.. panjangkanlah umur bonda kami & dapat memanfaatkan umur yang Kau kurniakan ini dengan sebaiknya.. Ya daafial balaaai Ya Allah, Ya daafial balaai Ya Rahman, Ya daafial balaai Ya Rahim.. Idfa' anna kulla balaiddunya wabalaailaakhiarah, wasyarraddunya wasyarralaakhirah.."
Semoga dengan ujian ini kau dapat hapuskan segala dosa2 bonda & kami sekeluarga sepanjang kami menumpang di muka bumiMu ini Ya Allah.. amin...
"ujian adalah tarbiyah dari Allah...
apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya..
kesenangan yang satang selepas kesusahan..
semuanya adalah nikmat dari Allah....."
"jangan difikir deriiita akan berpanjangan...
kelak akan membawa putus asa pada tuhan..
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan..
seletah kabus berlalu... pasti cerah kembali..."
p/s : buat semua, doakan semoga bonda kami sihat sepenuhnya...TQ
3 comments:
Salam..
Syafahallahu Syifaan 'ajila.. Semoga cpt sembuh insyaAllah.. Ameen
syafakallah untuk mak hang..
cikugunya tu serang sendi..
to ummu huraiyah:
TQ atas doa dari mu..
to ila :
Terima kasih atas doa mu. moga mak ku cepat sembuh..
ya mmg dia serang sendi, sbb tu tak leh nak jalan sgt, kena guna tongkat buat masa ni...alhamdulillah hari ni dah kurang skit...
Post a Comment