Firman Allah yang bermaksud :
" Allah tidak memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya"
Al-Baqarah ayat 286
Hampir seminggu aku tak mampu untuk mencoretkan sepatah dua kata di blog kesayanganku ini... dah 3 tag yang aku terima belum terjawab & ada satu award minta aku grab tp tak grab2 lagi.. maaf yer kepada mereka yang terlibat...nnti akan diusahakan juga utk menjawab...mungkin disebabkan kekangan masa & ketidakstabilan kesihatanku membuatkan blog ku ini agak sedikit suram tanpa diupdate...Sepanjang minggu lepas dua kali aku mengalami sakit kepala yang amat... lepas maghrib lepas ngajar budak ngaji terus tido sbb tak tahan sgt dengn kesakitan yang dialami...nak kata migrain tak jugak...Actually sakit kepala ni bermula pada hari Sabtu yang lalu... sebelum tu tak sakit kepala tp senak mata.. bila ditilik2 ada sesuatu dimataku..sebenarnya dah lama wujud bendalah tu tp tak jelas & tak sakit pun...sejak akhir2 ni je pantang kena aircond & panas terik akan rasa 'senak' mata & menjalar ke kepala...dah dua kali g ke Azman Pakar Mata tp malangnya tutup sbb dah lewat...Sabtu ritu aku drive dalam cuaca yang panas disertai dengan aircond... Ya Allah, hanya Allah yang tau sakitnya mataku & rasa tak mampu untuk buka mata...mataku berair... keesokkannya dengan kelapangan masa yang ada seusai Kelas Kafa sekali lagi aku ke Azman Pakar Mata... Alhamdulillah sempat jugak aku check apa masalah mataku.. setelah diperiksa oleh Dr Azman alhamdulillah penglihatanku tidak kabur malah sangat jelas tetapi sangat sensitif dengan silauan... setelah selesai diperiksa kata Doktor... aku mengalami masalah selaput... mengikut keterangannya, selaput terbahagi kepada 2 : selaput dalam & selaput luar.. selalu yang dialami oleh orang2 tua tu selaput luar manakala yang aku alami sekarang selaput dalam...kata doktor lagi, semua orang ada selaput mata cuma aktif & tidak jer..macam aku sakit macam ni ni kira aktif la.Selaput yang wujud di mata kiriku ini sangat hampir dengan mata hitam.. kata doktor jugak..selaput ni sebaiknya dibuang dengan cara pembedahan.. masalahku ni masih diperingkat awal.... jika dibiarkan lama kelamaan akan menutupi mata hitam & menyebabkan penglihatan kabur, pendek kata tidak nampak... ubat titik ada, kalau setakat guna ubat titik jer ia hanya boleh mengecut tp tidak hilang sepenuhnya.. jadi doktor nasihatkan supaya dibedah saje... jika bersetuju doktor telah tetapkan tarikh iaitu 11 Jun 2009 di Azman Pakar Mata... tp kalau tak boleh tarikh tu boleh ditunda..so setelah berbincang dgn my hubby , buat masa ni mungkin akan dilewatkan sedikit dari tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan.Apa yang aku alami ni hanyala ujian kecil dari Yang Maha Kuasa yang perlu ku hadapi... sepanjang hidupku Alhamdulillah aku tak pernah lagi mengalami penyakit yang serius. hanya sakit2 biasa jer... Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah..... dengan ujian ini moga2 aku lebih dekat denganMu...Kau kurniakanlah aku kekuatan...ampunkan segala dosaku selama aku hidup dimuka bumi Mu ini Ya Rabb...p/s : Buat semua yang menatap en3 ku ini..doakan moga segala urusanku dipermudahkan & selamat semuanya... terima kasih atas doa kalian...
2 comments:
syafakillah Jah..
mg dipermudahkan segalaNya..
jg dr ye..
shukran akak..doakan saya...
semoga akk sekeluarga sihat...
Post a Comment