cardos31's said :

Salam di penghujung fasa pertama Ramadhan & di awal fasa kedua...

Tarawih sahur buka posa, tarawih sahur buka posa, tarawih sahur buka posa... tup2 dah nak masuk hari ke dua belas dah puasa ... masyaAllah terlalu cepat masa berlalu...

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Berkehendak, Yang Maha Pemurah kerana telah meminjamkan kembali nikmat kesihatan untuk diri yang lemah ini..

2 hari diuji dengan penyakit yang dikira pakej demam, batuk, sakit tekak,selsema cuma sedikit Allah ringankan sbb kepala tidak pening dan tak sakit, Alhamdulillah... tak dapat bayangkan macamna kalau 2 hari itu kepala pun sakit dan pening.. Allahurabbi Kau la yang Maha Berkehendak atas segalanya... semoga ujian yang sedikit ini dapat menghapuskan segala dosa hambaMu yang lemah & lalai ini...

Tika ini.. mulut & lidah masih terasa pahit.... perut lapar tapi tak dak selera nak makan... aduh sangat perit rasanya.. semalam my hubby beli jer kat bazar tp ayooyooo sbb tak berselera semua benda rasa tak sedap.. harini gagahkan jugak diri masak sbb makan beli tak puas .. nak jugak makan masakan sendiri walaupun tak sedap mana pun masak... tp still rasa tak puas sbb lidah pahit..... last2 mengidam jugak masakan bonda di kampung.. rasa nak balik kampung bercuti sebulan puasa ni.. huhu... (selamat berangan la wahai cik jah oiii!!!)

* Meleleh plak air liur tengok menu ni...
menu ni time awal posa ritu masak beramai2, semua balik kecuali mak tam ton EGYPT .
Sangat syookkkkk... sangat menyelerakan...

Tadi pesan bonda mandi dgn air asam... gosok2kan asam tu di badan supaya haba panas tu keluar dari badan.. terima kasih bonda atas segala nasihat & tunjuk ajar itu... dah kawin2 pun bonda jugak menjadi rujukan... pentingnya bonda dalam kehidupanku, tanpa bonda siapalah daku.. i love & miss u so much bonda !!

Esok sekolah plak.... huhu... tak bersemangatnya nak ke sekolah. Apa nak jadi ni, ustazah tak semangat nak ke sekolah.. kalau anak murid tau, anak murid lagi la malassss sbb ustazah pun ala2 malas ni... oh tidakkk!! semangatkan dirimu wahai ustajah. Actually kelmarin last day saya ganti guru KAFA yang belayar tu.. tp saya pun tak mampu ke sekolah kelmarin... so kelas terpaksa gabung jugak. Mulai Rabu ni ustazah yang belayar tu dah mula mengajar, bolehla saya pulang awal untuk persiapan nak ber"perang" kat dapur tu...

Oklah.. setakat ni dulu coretan untuk kali ini... mohon permisi...

p/s :
- Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan saya...
- TAHNIAH untuk adinda Halimatussaa'diah yang telah NAJAH dalam imtihan akhir.. Awal November ni bolehlah kita bersua muka andai umur masih panjang....
- TAHNIAH jugak untuk Kanda Fikri yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah bulan ni.. berkat Ramadhan...
- TAHNIAH untuk Bang Di (kanda my hubby) atas kejayaan yang sangat membanggakan.. tabikkk sssppprrriiiinnngggg!!!! mantopppp!!

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA
YANG KE-52 TAHUN
BUAT SEMUA WARGA MALAYSIA


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua....

Maaf coz lama tak meng'update' blog kesayangan ini..
Bz??Tak dak mood??Malas?? semuanya mungkin...

Semalam, kondisi kesihatan saya agak merudum.. badan panas, batuk2, selsema, bersin dll... saya terus mendapatkan rawatan doktor.. selesai diperiksa, doktor mengesahkan bahawa saya dijangkiti I L I @ influanza B dan saya telah diberi MC 2 hari..kebetulan Isnin cuti so sehari je la... pesan doktor, kalau demam tak kebah lagi dalam masa 2 hari, saya diminta ke Klinik Hiliran untuk diambil kahak & dibuat ujian.. nauzubillah..
Setelah menelan segala ubat-ubatan itu & rehat2.. hari ni saya rasa agak sihat & kuat berbanding kelmarin.. Doakan kesihatan saya semakin stabil & bertambah sihat seperti sedia kala... bila dah sakit, baru rasa nikmatnya sihat..huhu...

Dikesempatan ini , rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia...
Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita kepadaNya...


Dapatkan Mesej Be
rgambar di Sini

Kepada mereka yang telah meng'wish'kan salam ramadhan utk saya.. jutaan terima kasih diucapkan & seribu kemaafan dipohonkan kerana tidak dapat membalas sms anda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan....

Nadia Aroff :

Wahai tetamu Ramadhan,
untukmu Rahmat & maghfirah,
airmata taubat,
dendangan tadarus,
selimut tarawih,
dan bantal tahajjud..
Moga mewarisi Jannah..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!

Puan Rubiah JPJ :

Selamat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Kak Ita SKL :

1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH,
1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH,
1 hari lagi DOA2 ini di IJABAH,
1 hari lagi PAHALA ini diLIPATGANDAKAN,
Tapi.. semua itu tidak akan menjadi tanpa MAAF tulus daripadamu..
Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup mohon maaf untuk
lisan yang terlanjur,
janji yang terabai,
hati yang berprasangka,
& semua sikap yang menyakitkan.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT adalah PENAWARnya,
dan jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH s.w.t & diampuni segala dosa.. amin..

Faradiana :

Subhanallah Maha Suci Allah,
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,
Walailahaillahhuwallahuakbar Tiada Tuhan melainkan Allah,
Allah yang Maha Besar.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
-Daripada Fara sekeluarga-

Hasanah :

NOTIS AKAUN : Harap maklum, baki PAHALA anda tidak cukup untuk menampung akaun AKHIRAT anda,
sila tambah nilai AMALAN ANDA untuk menaikkan kredit ke SYURGA.
Untuk tambah nilai, sila kunjungi mana2 surau/masjid yang berdekatan.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!

Ila KUIS (Rakan blog) :

Surah Al-Baqarah ayat 183 ...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430.
Mohon maaf segala kesilapan & kekurangan.

Kak Wati SKL :

"Tiada hari seindah JUMAAT,
Tiada kata seindah ZIKIR,
Tiada Ibadah seindah SOLAT,
Tiada bulan seindah RAMADHAN"
Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa.

Ton (5 sekawan) :

"Bila KEKUATAN yang dipohon,
Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi.
Bila KEBIJAKSANAAN dipohon,
Allah beri MASALAH untuk diselesaikan.
Bila KASIH ALLAH yang dipohon,
ALLAh beri DUGAAN untuk dihadapi.
Dan setiap yang dipohon pasti DIUJI,
supaya lebih dekat denganNya".
Selamat menyambut Ramadhan, medan untuk MENGUKIR CINTA padaNya..
Ramadhan Kareem.

Kanda Faris (my ipar) :

Salam.. jangan lupa Renew Lesen Mulut, & cukai kesabaran,
Serviskan Hati, Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga,
Peliharalah Enjin Perut,
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 1430,
BERAMAL Jariah pada Ramadhan akan datang kini...
Tuah anda siapa yang tahu.. amin.

Imah (5 sekawan) :

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Mohon maaf atas segala salah & silap yang disedari @ sebaliknya.
Moga tarbiyah Ramadhan akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Ramadhan Kareem.

Salam di penghujung Sya'ban buat semua... moga di bawah lindunganNya...



Surprise!!! Part 2... sambungan dari entry lalu...
Apa yang surprise lagi nya... hihi.. tak de pape pun...
hajat di hati nak buat surprise tp tak jadi sangat laaaa yang satu ni..

Saya berhajat konon2 nak wat surprise dengan menempah utk "candle lite dinner" (biar la tak der candle lite pun, asalkan ada dinner...hihi) kat mana2 pun tak pe sempena ulangtahun my hubby ni...

Urusan saya dipermudahkan.. memandangkan kebetulan kami telah menjadi Ahli Kelab Primula setahun yang lalu dan pakej yang kami dapat tu antaranya :

Complimentary Double Dining (1)
Complimentary Barbeque Dinner (1)
Complimentary High Tea (1)
Complimentary Celebration Cake (2)
Early Usage Incentive (1)
Complimentary Room Privilage (4)
70% Room Accommodation (5)
Boleh memanfaatkan segala kemudahan yang ada di Hotel Primula cthnya : kolam renang, gym dll

So apa tunggu lagi... just call utk booking... sang isteri ni dengan cedaihnya call la ke Ofis Primula tu & telah menempah untuk : Complimentary Double Dining & Complimentary Celebration Cake.. dibuka pada jam 7.00mlm - 10.30 malam...

Mula2 nak rahsia la dari my hubby ttg tu, nak surprise... tp memandangkan hari tu beliau kurang sihat, saya perlu la informkan beliau dulu.. takut2 nnti tak larat plak nak gi...

Selesai solat maghrib kami ke Primula.. best la sbb tak ramai orang. Dapat la menghayati malam itu dengan sebaiknya... Yang tak sangka laginya... aduhai ada plak si "singer" tu menyanyikan lagu happy birthday khas utk my hubby... huhu... ala2 filem meloya plak... kah kah kah...

Yang pastinya kami sangat happy pada malam itu.. makan pun kenyang. Tp my hubby tak makan pun nasi coz time tu beliau masih di zon "tiada selera makan"....

Sebagai foto kenangan pada hari kejadian, saya patrikan ia di sini...





Sekali lagi....
"Selamat Hari Lahir yang ke 28 sayang.."
Uhibbuka abadan abada...

Salam sejahtera buat semua penjejak setia blog ini... moga dirahmati Allah selalu hendaknya...
Sekadar mengabdikan kenangan2 di sini...

160809 genaplah 28tahun usia my hubby... dah tua rupanya ya abang... tp ramai kata nampak muda (hehe jangan riak & perahsantan tau), ayang sentiasa doakan abang sihat selalu & diberi kekuatan untuk mendekatkan diri denganNya, diberi kesabaran dalam menempuh hari-hari yang mendatang, dipanjangkan lagi usia yang dah makin tua tu :), ceria2 selalu, dan bahagia didunia & akhirat..

Perancangan saya untuk membuat kejutan pada hari jadi my hubby kali ini dikira menjadi la.. birthday abang yang ke 26 & 27 (sejak berumahtangga) dulu tak sempat nak wat pape surprise.. just bagi hadiah macam biasa jer... kali ni surprise la kira...hihi..
ape yang surprisenya???
jeng jeng jeng!!!
...
...
...

Di pagi 160809 my hubby menerima panggilan daripada seseorang yang mengatakan ingin menghantar b**** (hampes btul sender tu cakap nak antar b**** coz saya berhrp dia ckpla nak antar sesuatu) , beberapa ketika lepas tu sorang lagi plak call katanya nak antar h*****.... lama jugak my hubby menunggu si dia2 yang janji nak antar tu tp tak sampai2 pun.. so heran gamaknya.. my hubby pun call saya informkan ttg tu... saya yang menerima information tu ala2 buat tak tau pape.. padahal..........hihi.... tp mungkin my hubby dah boleh syak kot sang isteri terchenta punya keja ni coz my hubby tanya si pemanggil tu sapa yang bagi.. kata si 'sender' tu SURPRISE (sapa lagi dah kalau bukan sang isterinya yang cedaih ni... tp mana tau kot2 ada admire kan.. huhu.. oh tidakkkkk!!!)

Mungkin beberapa minit kemudian si pemanggil tadi tiba di ofisnya tp my hubby ada meeting... so si 'sender' tu hanya meletakkannya di atas meja ofisnya saje..
Lewat jugak meeting my hubby abis aritu... masuk2 jer bilik... tersenyum simpul lah dia coz ada

SEJAMBAK & SESET CASIO... hihi...


Bila ditilik2 mmg sah la dari sang isteri tercinta yang sgt cedaih ini... huhu...
Sejurus kemudian saya menerima panggilan & msg darinya ... terharu la my hubby dgn SURPRISE yang telah diusahakan oleh isteri terchenta niiiiii.... yeah!!! berjaya jugak saya walaupun si 'sender' tu telah membuatkan my hubby dah syak sang isterinya punya keje...

* TQ kepada pemilik kedai bunga itu ...
Melia Florist & Gifts,
1085 F, Jalan Sultan Sulaiman,
20000 KT

Jom layan seraut wajah my hubby di hari kelahirannya yang ke 28 itu , dah makin tembammmmm laaaa...

* Eh.. dah jadi mat bunga plak.. takpe, sekali sekala kan..hehe



Ok.. setakat ini dulu...
Tata...

Salam Hari Lahir teristimewa buat suami tersayang...
Semoga cepat2 sihat seperti sediakala... (my hubby dah hampir seminggu kurang sihat, batuk2 tp bukan H...., nauzubillah)
Semoga dipanjangkan umur & dapat memanfaatkannya sebaik mungkin..
Semoga bertambahnya umur abang, maka meningkat juga ibadah abang kepadaNya...
Semoga kita jugak sentiasa dimurahkan rezeki yang halal & barakah...
Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga.. amin...
I Love u soooo muchhhh !!!

Salam 1 malaysia buat semua pengunjung setia... moga sihat selalu hendaknya...

Lamanya saya tak bercerita.. banyak cerita yang nak diceritakan tp masa plak yang tak mengizinkan. Bila ada masa, ada niat nak update.. broadband ni plak wat hal lagi.. sehari setengah tak boleh nak connect.. mcm biasa call semula celcom broadband... banyakla operator tu suh wat, so now dah boleh connect..

Banyak benda yang berlaku sepanjang 2 minggu yang lalu...

* 2 Ogos 2009 - Perhimpunan Ahad terakhir bersama GB En. Yusof Embong...




* 5 Ogos 2009 - Sekolah telah mengadakan majlis perpisahan GB En Yusof Embong bersama semua murid di Dewan SKL
Seusai sesi persekolahan diadakan pula Jamuan Perpisahan GB & semua guru serta kakitangan SKL di Motel Desa - khabarnya menu di situ kurang enak....
(dua-dua majlis saya tak dapat ikut)

* 6 Ogos 2009 - Mesyuarat & amanat terakhir daripada GB buat semua guru & kakitangan SKL di Bilik Mesyuarat SKL ( jugak saya tidak ikut serta)

* 5 - 7 ogos 2009 - Saya telah menghadiri Kursus Khas GPI di Hotel Sri Malaysia, Kuantan bersama2 99 orang guru2 j-QAF yang lain dari 3 buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu & Marang.. banyak ilmu yang dapat sepanjang kursus tu, alhamdulillah..

* 9 Ogos 2009 - Kami warga SKL menerima kehadiran GB baru En. Ghazali dari SK Pusat Kuala Ibai, KT.

* 12 Ogos 2009 - Saya telah menjadi guru pengiring untuk Rombongan Murid2 PKBP & Murid Pemulihan ke Sekolah Kebangsaan Kuala Besut (3K & LESTARI) dan JJCM sekitar bandar Kota Bharu... bertolak 9 pagi dan tiba di sekolah 12 malam...

* 13 Ogos 2009 - Menerima khabar dukacita daripada my sister... TAKZIAH!! InsyaAllah itu yang terbaik untukmu...

* 13 Ogos 2009 - "Pergi Tak Kembali" seorang insan yang sangat dikagumi oleh semua yang mengenalinya .. Ustaz Asri Ibrahim @ dikenali dengan Asri Rabbani... TAKZIAH untuk keluarga beliau.. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi & ditempatkan bersama2 mereka yang soleh...

* 13 Ogos 2009 - Menyelesaikan tugasan sebagai kejutan untuk "DIA".... :)

* 14 Ogos 2009 - Menerima khabar gembira dari seorang sahabat yang bakal menimang cahayamata yang kedua awal tahun 2010... TAHNIAH!!! Semoga semuanya selamat...

* 15 Ogos 2009 - Antar TAQ31 jumpa doktornya sebagai persediaan nak balik kampung minggu depan....yahoooo!!! balik kampung..oo oo balik kampung.. oo oo balik kampung .. hati girang...

* 15 Ogos 2009 - Membayar insuran & cukai jalan TAQ31 yang bakal tamat pada 26 Ogos nnti.. kena wat siap2 hari ni coz minggu depan takut tak sempat, pastu bercuti plak...

* 15 Ogos 2009 - Ke Klinik Gigi Sophia berhampiran Wisma Tenang...

ok... dah asar.. setakat ni dulu ya... jumpa lagi..
Jom solat asar !!!

Segala puji & syukur bagi Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan kepada kita.. hanya dia yang layak disembah, aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Salam 20 syaaban buat semua pengunjung... moga kita diberi kesihatan yang sempurna, dilindungi dari segala malapetaka & bahaya.. moga hidup kita dirahmati olehNya...

Segala sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... maka bersegeralah kita mendekatkan diri denganNya.. tingkatkanlah segala amalan kita kepada Sang Pencipta.. hanya dia yang Berkuasa di atas segalaNya..

Di kesempatan yang ada ini mari lah sama2 kita mengamalkan doa ini.. minta dilindungi olehNya...




Salam buat semua.. moga bahagia sentiasa & dirahmatiNya...

Adoiiiiiiiii... tension maa.. sekali lagi broadband wat hal.. thah kenape tak boleh nak connect.. bila connect akan naik error. Semalam dah call celcom.. 23 minit bergayut dengan abang operator tu.. hihi.. bukan bergayut ape, tp dok mengikut arahan2nya untuk menyihatkan semula kesihatan broadband saya ini... kata operator tu : "ni error 619 ( 619 ke 916 thah tak ingt plak saya)".. so beliau mengarahkan saya setting semula menggunakan manual & beberapa langkah lain.. kemudian connect semula.. dalam sejam, kalau tak boleh jugak beliau pesan suh call semula.. berjam2 kemudian mmg tak boleh. Tp oleh kerana sudah lewat malam, so saya tidak menelefonnya kembali.. tunggu esok je la (hari ni)..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat saya meng'post'kan entry ni, saya di makmal sekolah.. dah abis waktu sekolah..rehat sementara menunggu untuk perjumpaan koku plak..

Tadi.. time saya masuk makmal.. ada kanak2 tahun 2B ni tengah mengadap komputer di sini bersama gurunya... di kesempatan yang ada tu, saya buka blog KAK PAH & tunjukkan kpd kanak2 tu video eksiden yang sangat tragis tu... dalam masa yg sama saya nasihatkan apa yang patut pada bebudak tu...

Esok Rabu, Khamis, Jumaat (5, 6, 7 Ogos) saya diarahkan menghadiri Kursus Khas Guru Pendidikan Islam di Hotel Sri Malaysia, Kuantan.. pengangkutan disediakan oleh JPNT, kul 8 berkumpul di JPNT.. pendaftaran 2.30 petang.. kebanyakkan nama2 yang tersenarai tu guru2 j-QAF... tp

...... Saya dalam DILEMA .....

Esok.. bersempena dengan pertukaran GB kami yang tersayang ke SK Pusat Kuala Ibai pada Ahad (9 Ogos) ini, sekolah akan mengadakan satu majlis perpisahan GB bersama murid di Dewan SKL , manakala petangnya akan diadakan Jamuan Perpisahan di Motel Desa, Kuala Terengganu di atas puncak sana...

Saya teringin sangat ikut serta dalam majlis & jamuan tersebut.. ye la jamuan terakhir bersama GB.. mestila nak jugak ikut. .. lagipun saya lah "mamarazi" yang akan merakamkan segala detik & saat2 sedih itu.. so, ada beberapa orang guru yang mencadangkan supaya saya bertolak lewat sedikit ke Kuantan dengan menaiki bas awam seusai majlis tersebut... huhu.. ada plak yang sanggup nak tolong belikan tiket untuk saya (tolong beli jer, pitih sendiri la hehe).. so setakat ni belum membuat keputusan.. nak kena call kaunter bas & JPNT dulu untuk maklumkan hal tersebut... itupun kalau JPNT izinkan & kalau ada tiket.. rasanya JPNT ok jer sbb programnya start malam...

Ok... permisi dulu... mahu solat & ke kelas KO...

;;