cardos31's said :

Salam hari Jumaat buat semua...

Alhamdulillah dengan keizinanNya kita masih lagi mampu menarik nafas.. naik turunnya nafas kita adalah kurnian dariNya.. Seharian di pagi jumaat ini hujan turun dengan lebatnya.. mengikut laporan hujan akan berterusan sehingga hari selasa minggu depan di negeri Terengganu, Kelantan & Pahang.. dan hujan ini di tahap kuning (iaitu akan berterusan 24 jam - 48 jam)

Beberapa minggu lepas 11 Nov - 14 Nov 2009 saya telah ditugaskan menjadi guru pengiring bagi murid perempuan Daerah Kuala Terengganu dalam Program "1 Malaysia Indahnya Negeriku" yang bertempat di YT Midtown Hotel KT ( KT perempuan, Dungun, Kemaman, Marang) & Hotel Sumai (KT Lelaki, Setiu, Besut, Hulu Terengganu)..

Program ini melibatkan 7 Daerah di Terengganu iaitu K.trg, Marang, Dungun, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu & Besut.. dan seramai 245 orang murid darjah 5 berlainan sekolah yang menyertainya..

Objektif utama program ini untuk menikmati & menghayati Indahnya Negeri Terengganu (mungkin jugak nak perabih duit..huahuahhuah).. program ini rentetan daripada program utama beberapa bulan lalu "1Malaysia Indahnya Bandarayaku" yang melibatkan semua negeri.. aktiviti sepanjang program itu semata2 berjalan menghayati di mana indahnya negeri Terengganu ni.. bermula dari pagi hingga ke petang beberapa hari itu kami melawat Pusat Kraf Chendering, Pantai Batu Burok, Muzium Negeri (yang terbesar di Malaysia), Losong (pemprosesan kepok lekor), Kota Lama Pulau Duyong (ada istana zaman penjajah dulu), Taman Tamadun Islam & Majdid Kristal, Pasar Payang, Bukit Puteri, Taman Shahbandar KT...

Sepanjang aktiviti berjalan kekanak ni serupa jer belaka pakaiannya kerana mereka telah diperuntukan berbelas jenis barangan.. iaitu :

* Sepasang Kasut
* Sepasang sarung kaki
* T-shirt 1 Malaysia Kuning
* T-shirt 1 Malaysia Merah
* Seluar sukan Hitam
* Seluar Sukan Biru
* Topi Hitam+merah
* Topi Merah menyala
* Sweater hijau lumut
* Track Suit 1 Malaysia Merah
* Beg sandang yang cun
* Beg biasa
* Pen
* Buku Nota
* Thumbdrive 2 gb (terisi gambar2 program)
* Album
* 2 keping gambar program
* Sijil penyertaan JPNT
* Sijil penyertaan Kementerian
* DUIT poket RM30

Ohhh beruntungnya bebudak zaman sekarang ni... segalanya percuma..





Sekian...

2 comments:

Fatanah Fadhil said...

konpem prabih pitih ni..

FirJah said...

huah huah huah!!!!