cardos31's said :

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011


Salam Israk Mi'raj 1432 buat semua pengunjung2 mufifirdana..


Semoga seiring dengan sambutan Israk Mi'raj ini akan menginsafkan dan mendekatkan diri kita kepadanya... jua menambahkan cinta kita pada Yang Esa serta Kekasih kita yang sanggup berkorban untuk kesenangan umatnya...


Bermula dengan perintah yang pertama iaitu sebanyak 50 waktu.. demi memikirkan & belas kasihannya Rasulallah kepada umatnya, 9 kali Kekasih kita berulang alik & merayu kepada Yang Berkuasa dan akhirnya hanya 5 waktu yang tinggal dan diwajibkan ke atas kita...


Tapi... betapa hinanya kita kerana hanya dengan 5 waktu juga kadangkala kita tidak dapat melaksanakan dengan sebaiknya.. berapa ramai umatnya meninggalkan kewajipan itu tetapi sanggup menghabiskan masa dengan perkara2 yang lebih lagha & maksiat..wali'azubillah...


Ya Allah ampunkan dosa kami yang hina ini Ya Rabb..sesungguhnya kami ini terlalu lemah dan lalai.. maka berilah kekuatan kepada kami , tetapkanlah iman kami dalam menjalani & menunaikan kewajipan kami terhadapMu Ya Ilahi...


Aminnnnn Ya Rabbal a'lamin


Salam sejahtera buat semua.. moga semua sihat hendaknya..


Lama tak update blog ni coz banyak updatekan blog si kecik tu http://cintamamababa.blogspot.com/


Kini semuanya berubah... hampir 5 tahun merantau di negeri persisiran pantai Terengganu nan indah... akhirnya terpaksa meninggalkan jua dan berhijrah ke kota nan sibuk ini..


Walau apa2pun, semuanya diterima dengan baik dan harapannya kehidupan akan datang akan terus memberikan sinar bahagia buat kami walau dimana pun berada...


1 Jun 2011 Alhamdulillah selamat melaporkan diri di SK Putrajaya Presint 8(1) seperti mana yang diarahkan di dalam surat pertukaran... tup tup ... sehari sebelum masuk bertugas di tempat baru setelah 2 minggu bercuti sempena cuti pertengahan penggal, Pn Khairul Bariah dari PPD Putrajaya call dan maklumkan bahawa Khadijah binti Mohd Kasim akan ditukarkan ke SK Putrajaya Presint 9 1) coz ustaz j-QAF di sek tersebut akan ditarik ke jabatan.So 13 Jun 2011 Isnin aku perlu melaporkan diri semula ke SK Putrajaya Presint 9(1)...


Dan...


Hari ni adalah hari kedua ku di sini... alhamdulillah semuanya berjalan lancar....


Syukur Ya Rabb atas setiap kurniaan nikmatmu yang tidak terhingga ini...



5 JANUARI 2011

Di pagi hari ini sekali lagi mama menitiskan airmata apabila mendapat msg dari kawan mama, yang mana 3 tahun mendambakan zuriat penyeri keluarga seperti mama..

3 tahun penntian itu..akhirnya Allah makbulkn jua doa mereka..

3 DIS - kwn mama selamat melahirkan baby boy TAPI dugaan yang maha berat yang harus ditempuhi apabila anakandanya disahkan menghidap jantung berlubang & saluran darah sempit & terpaksa dibawa ke IJN & ditahan di hospital kuantan. Mengikut perancangan 28 Jan perlu dibawa semula ke IJN ...

Benarlah janji Allah
.."Kita merancang , Allah juga merancang tp sebaik2 perancangan adalah perancanganNya"

Ya kita hanya merancang...TAPI Allah lebih menyayangi anakanda yang dikasihinya..

Semalam 4 JANUARI ,5.15ptg dgn penuh redha dan pasrah pinjaman Allah yang sementara itu telah diambil semula olehNya.. Dia yang berhak atas segalanya..

3 TAHUN menanti
39 MINGGU anakanda itu smpat bersama2 di alam rahim mamanya,
SEBULAN SEHARI smpat bersama mama & babanya melihat dunia..
Akhirnya anakanda yang dikasihi & disayangi pergi jua mengadap Rabbul Jalil..

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti tersirat 1001 hikmah disebaliknya...

Perit n pilu mama mndengar perkhabaran itu.. pastinya lebih perit lagi yang menanggungnya..

Semoga Allah mengurniakan SETINGGI2 kekuatan , Kesabaran & ketabahan utk mereka melaluinya...

Semoga setiap pengorbanan itu diberi ganjaran syurga untuk mereka bersama2 anakanda yang setia menanti di sana... aminn

AL-FATIHAH

Sobahal khair....

Semalam ketika mana tetamu keRAJINan itu menguasai diri.... dengan penuh semangatnya digodek2 blog ini untuk menukar wajah baru, mengambil semangat baru sempena tahun baru..

Sekali tersalah godek... habis hilang link blog kengkawan..

So dgn rendah diri buat mereka yang menjenguk blog yang tidak seberapa ini, minta Ihsan tinggalkan add link anda ye...

TQ

Salam penuh keazaman buat semua pengunjung...

Sekian lama tidak mengupdate blog....

tiba2 tetamu keRAJINan itu datang jua ...

tapi hanya sekadar mengucapkan...

SALAM PENUH KEAZAMAN

&

SELAMAT TAHUN BARU 1432h & 2011m

* Semoga 2011 membawa sinar bahagia & menjanjikan yang terbaik untuk kita memanfaatkan sisa-sisa umur di dunia yang sementara ini...

;;