cardos31's said :

Masaa al khair ... selamat berhujung minggu...


20 Februari 2010 - Sabtu

Hari ni semua guru j-QAF Bahasa Arab Tahun 3 diwajibkan hadir ke "Taklimat Penggunaan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 3, Program j-QAF Negeri Terengganu" yang bertempat di Dewan SK Sultan Sulaiman 1, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, untuk semua sekolah j-QAF Daerah KT, manakala untuk daerah Dungun & Kemaman telah diadakan di Dewan PPD Dungun. Kami telah diberi taklimat cara penggunaan sukatan pelajaran tahun 3 coz utk silibus darjah 3 tahun 2010 telah bertukar sepenuhnya kepada silibus baru.. sesiapa yang ingin mendapatkan RPT terbaru tahun 3 boleh melayari web Bahagian Pembangunan Kurikulum..

Taklimat itu telah dihadiri oleh pegawai2 dari PPD KT & pegawai2 dari JPNT.. Ustaz Wan Fauzi selaku bapa kami Program j-qaf Negeri Terengganu telah menyampaikan sepatah 2 kata berkaitan program j-QAF.. berkali2 beliau mengingatkan bahawa untuk sekolah2 kohot 2005 yang mana murid2 j-QAF yang sulungnya telah mencapai usia 12 tahun akan menentukan samada program ini telah mencapai matlamat @ sebaliknya... mereka masih mempunyai 4 bulan untuk menyempurnakan 4 Objektif program j-QAF tersebut supaya semuanya tercapai...

Berita baik juga untuk semua guru j-QAF yang berhasrat untuk bertukar samada antara daerah @ negeri, EG Tukar akan beroperasi pada April ini & pertukaran akan dibuat pada pertengahan tahun 2010 iaitu bulan JUN... syarat layak memohon EG Tukar ialah guru2 j-QAF tersebut mestilah guru2 j-QAF Kohot 2005 & 2006 sahaja.. huhu...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Gambar yang tiada kaitan.. tetiba rindu pada kekanak niii... uummmuuuaaahhhh!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni jugak SK Ladang telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2010... tak dapatlah jurukamera ni menjalankan tugasnya.. huhu... Harap2 semuanya berjalan lancar la yer..

Selesai taklimat, saya tidak terus pulang sebaliknya merayap2 dulu di Hyperuncit Sabasun.. bukan sesaja gi tp ada tujuannya ya.. nak amik cek ABR Mumtaz (produk LeGa) tp elok sampai kak inah dah rehat.. tak dapekla nak mengambiknya... Then ke Giant, nak tebus stamp Giant yang telah berjaya dikumpul sebanyak 92 keping... malangnya tak dapat nak tebus coz tak der barang. So just tinggalkan nama & nombor tel, katanya nnti barang dah sampai pihak giant akan call... whatever lah, kalau ada rezeki ada la tu kann...

3.30 petang kembali ke teratak FirJah.... berehat sahaja di petang hujung minggu ini sambil menyiapkan beberapa kerja yang perlu diselesaikan..

Wallahua'lam...

Salam hujung minggu buat semua.. moga sihat hendaknya..

Kutitipkan doa buat bonda tersayang moga kembali sihat wala'fiat seperti sediakala...
"Ya Allah.. ampunkan dosa kami, dosa kedua ibubapa kami.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kecil.. Ya Allah .. Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna buat kedua ibu bapa kami Ya Allah.. Moga ujian2 kecil ini dapat menghapuskan segala dosa mereka Ya Allah. terimalah taubat kami Ya Allah.."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Februari 2010

Seawal 7 pagi saya keluar ke sekolah. Selalunya kalau kuar awal2 ni bukannya sekolah yang dituju tapi disebabkan ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Saya sangat happy stay di KT ni coz lokasi teratak & tempat kerja kami di tengah2 bandar KT.. andai mempunyai urusan berkaitan bank saya tak perlu bersesak2 di sebelah petang utk mencari2 parking sebaliknya saya boleh selesaikannya di awal pagi.. itupun kalau yang tidak bersangkut paut dgn kaunter la...

Selesai tugasan saya ke sekolah.. 7.30 pagi tiba di pintu pagar sekolah. Dalam hati.. "lega, hari ni kelas tak banyak". Pagi ni boleh la rehat2 sambil tanda buku bebudak ni coz ada 2 kelas lepas rehat.... asyik membuat kerja di bilik guru, tiba2 bebudak tahun 4 mencari2 kelibat ustazah khadijah.. katanya: "ustazah, kelas bising.. masa ustazah sekarang".. aik saya yang penuh kehairanan... rupanya sejak bertukarnya GPI & masuknya cikgu baru selasa lalu , semua jadual sudah berubah.. so, terus masuk kelas tanpa tengok jadual baru.. selesai kelas, PK1 menyerahkan jadual baru.. alamak, macam tak best ja jadual baru ni.. apa2pun kena terima la.. katanya akan berubah pulak coz akan ada sorang lagi cikgu akan masuk.. buat masa sekarang guna jer dulu jadual tu. So utk hari khamis jadual padat la jugak..Selesai sesi persekolahan.. solat Zohor di kelas Pra.

NAK GI HAJI....!!!

Sekian lama menyimpan hasrat untuk mendaftarkan diri & suami sebagai bakal Jemaah Haji di TH tidak tercapai disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan , akhirnya 18 Feb 2010 hasrat itu tercapai jua... alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. walaupun baru sekadar mendaftar, hati terasa sedikit lega. At least dah ada nama walaupun 20 tahun lagi nama bakal ditawarkan ke sana.

Sepatutnya , utk mendaftarkan diri syaratnya kena hadir sendiri kononnya perlukan cop jari.. ketika mana saya bertanyakan tentang prosedur mendaftar haji untuk diri sendiri & suami di kaunter itu, katanya.. "kena datang sendiri dik"... alamak hati sedikit hampa, penat2 naik tangga tak boleh plak nak daftar.. boleh saya daftar utk diri tapi tidak utk suami. Kalau nak gi sama2 seeloknya daftar bersama, kalau daftar pada masa yang berlainan kemungkinan utk pergi bersama tu agak sukar, katanya. So saya batalkan utk mendaftar pada masa tersebut & berhasrat moga2 ada masa utk datang bersama sang suami (maklumla... masing2 keja, elok2 abis time keja TH pun tutup gak..huhu).

Dah kata tak boleh, takpa la.. sebelum turun saya duduk berehat seketika di kerusi depan kaunter tu menghilangkan lelah menaiki tangga tadi.. tiba2 kakak kaunter tu panggil semula.. mungkin dia tengok gelagat sang labu yang kelelahan ini kot, sedikit terasa simpati laaaa (penat2 naik tangga tp tak leh daftar plak).. hihi.. untung jugak menjadi sang labu ini yer coz banyak benda orang akan dahulukan kita.. hehe.. alhamdulillah..

Kakak kaunter tu panggil untuk tolong daftarkan saya & suami walaupun tanpa kehadiran empunya diri.. bukan susah pun nak daftar, just bagi no IC, Nama penuh, nama datuk & RM1300 dalam akaun akan dibekukan.. tak pulak dia minta jari saya utk dicop.. awal2 tadi kata nak cop jari.. apa kesss!!! tapi apa2pun saya sgt berterima kasih kepada kakak kaunter tu yang sudi menghulurkan bantuan untuk saya.. hihi..Beberapa minit kemudian, urusan pendaftaran selesai.. saya diberikan 2 helai kertas maklumat diri & tahun yang ditawarkan untuk menunaikan haji iaitu pada 2030 masihi... 20 tahun dari sekarang.. huhhhhh... sempatkah diri ini & sang suami utk 20 tahun akan datang??? apa2pun doa yang kami pohonkan moga dipercepatkan untuk urusan itu dengan lengkapnya semua syarat... moga Allah permudahkan segala urusan kami...

Selesai semua urusan.. saya kembali ke teratak untuk berehat & menunaikan solat asar. Petangnya perlu hadirkan diri @ Pantai Batu Burok untuk latihan Larian Pantai.. 5 petang ke pantai & 7 petang berakhirnya latihan tersebut... Kembali ke teratak membersihkan diri, solat maghrib, baca quran & masak untuk makan malam... Alhamdulillah masih diberi kekuatan.. Maka berakhirlah aktiviti 18 Feb 2010...




Assalamualaikum buat semua.. moga sihat dan hidup sentiasa dirahmatiNya...

Lama bebenor tidak mencoret disini.. tetiba rindu plak rasa nak menulis sepatah dua khabar berita.... saya & bakal permata hati ini sekarang sihat2 ajer.. bertambah2 sihat.. alhamdulilah masih diberi kesempatan utk mengecapi nikmatNya yang tak ternilai yang mana kadangkala kita terleka utk mensyukurinya.... alhamdulillah, alhamdulillah , alhamdulillah...

Jam 10 malam tadi kami selamat sampai diteratak ini.. dengan lesunya kami membaringkan diri setelah 10 jam bermusafir di bawah sinaran mentari yang sangat lah terik sehingga terbenamnya metari itu..... hari ni 17 Feb 2010, diri rasa letih & lesu.. lalu hp dicapai, mohon cuti (mc) sehari lagi dari GB (tq GB).. seharian berehat & petangnya ke klinik utk check up bulanan seterusnya memohon mc... check up macam biasa cuma ditambah dengan cucuk dibahu untuk mengelakkan kancing gigi.. apa lagi lenguh la tangan niii... huhuhu...

Alhamdulillah.. Sangat berpuas hati dapat bercuti di kampung halaman walaupun cuma beberapa hari.. dapat bemain dengan kekanak yang sgt cute miut itu.. UMAR yang sangat tidak membuat perangai.. ANAS yang sgt cumel.. MUAZ & AMMAR yang petah dalam berkata2... ALONG & ANGAH yang mulut tak abis2 dgn sifir sistem maqdarnya.. AUFA yang bercakap seperti orang2 tua.. HANIF yang sangat lucu dengan bacaan al quran konon2nya "inNAKA".. FARHANA tak sempat nak bermain coz kejap ja jumpa.. NUHA pulak dengan sombongnya tak nak balik umah tok pitah.. hihi... aduhhh rindunyaaa pada kalian semua...

Kini kami di sini kembali, tanpa saudara mara hanya rakan taulan tempat mengadu.. menghitung hari. Mohon yang terbaik di masa hadapan, dipermudahkan segala urusan.. kita hanya merancang, Dia juga merancang.. tetapi sebaik2 perancangan adalah perancanganNya...

Doa kami jugak untuk BONDA tersayang.. moga cepat sembuh & sihat seperti sediakala...

;;