cardos31's said :

Masaalkhair utk semua pengunjung setia Blog Cardos31...

En3 kali ni hanya sekadar berkongsi kisah sedih & pengajaran terutamanya kepada mereka yang ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa..
VIVA hilang tu.. bukan VIVA kami tp VIVA my kanda Fiktheboss... untuk pengetahuan my kanda stay @ Pasir Tumbuh, Kelantan. Keja disana & di samping tu beliau membuat perkhidmatan kereta sewa di USM Kubang Kerian terutamanya... .. kadangkala ada juga penyewa yang tempah melalui hotel & untuk yang VIP boleh juga menyewa PERDANA V6 beliau.. selalunya Perdana orang2 hotel la booking... majoriti bebudak USM akan menyewa Kancil & VIVA... ikutla samada nak menyewa ikut jam @ hari @ bulan...

Kejadian berlaku sebulan yang lalu... ada seorang hamba Allah (A) ni datang menyewa VIVA melalui hotel.. macam biasa prosuder menyewa perlukan salinan IC & lesen serta no telefon... kata si A tu nak menyewa untuk seminggu.. ok beres...
Dah cukup tempoh seminggu.. tp VIVA tak jugak dipulangkan.. bila call dah tak dapat.. cuak la jugak pemilik kereta ni. Sepanjang menyediakan perkhidmatan ni tak pernah lagi kejadian sebegini terjadi.. so, rilek dulu. Dah hampir sebulan kejadian tu berlaku,barulah my kanda menceritakan kepada ayahbonda & kami adik beradik mohon membuat solat hajat & doa supaya VIVA dapat kembali...

Setelah berbincang & difikir2, my kanda membuat laporan polis... alamat pada IC & lesen tu ade la.. alamat IC di Temerloh & alamat Lesen di Trg.. kebetulan my kanda ada kawan yang mmg kejanya "tarik kereta" , so minta tolong beliau carikan alamat di Temerloh tu manakala alamat di Trg tu saya yang cuba cari, kebetulan dekat je dgn teratak kami iaitu area Kuala Ibai...

Balik dari Pulau Redang ritu saya berpeluang untuk jejak add tersebut.. dengan bertanyakan kerani sekolah saya yang stay area Kuala Ibai, saya sudah mendapat kepastian di mana add tersebut.. so dengan bertemankan seorang kawan (hubby kat KL time tu) kami pun menuju ke add tu.. lorong nya dah jumpa tp no umah plak tak jumpa coz kawasan tu kampung, jadi no umahnya tak tersusun seperti umah2 taman...lama jugak mencari & bertanyakan org2 kampung no umah tersebut tetapi malangnya tidak jugak jumpa & orang2 situ pun tak kenal jugak bila disebut nama si A tu....dah tak jumpa kami pun kembali ke teratak masing2.

Manakala, kawan my kanda yang mencari di area Temerloh nun dah jumpa add nya & semua orang kampung mengenalinya.. dan si A ni mmg dikenali dengan seorang yang "putar belit".. tp si A ni tiada di rumah & kelibat VIVA jugak tidak nampak...

Dipendekkan cerita... hasil kerjasama 5 orang kawan my kanda ni.. mereka telah menjumpai si A ni di KL nun di sana... tp tak bolehla nak tangkap gitu jer coz tak dak bukti.. beberapa hari selepas tu, selepas usahasama mereka mencari akhirnya VIVA tu telah dijumpai di Kuala Selangor & dalam proses nak dijual... thah macamana cara 5 sekawan tu telah buat, akhirnya mereka dapat kembali VIVA tersebut & alhamdulillah VIVA masih dalam keadaan baik seperti sediakala... my kanda telah mengambil semula VIVA nya di Kuantan...

Alhamdulillah berkat kesabaran, solat hajat & berdoa serta ikhtiar .. Allah telah memakbulkan segala kehendak hambaNya.. syukur padaMu ya Rabb...

p/s : berhati2 kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa...
taktik si A : pada mulanya beliau menyewa PERSONA di hotel tu utk beberapa hari. Kemudian menghantar & membuat bayaran seperti biasa.. kemudian menyewa semula VIVA.. oleh kerana kali pertama beliau menyewa & menghantar seperti dijanjikan, so orang percayalah dgn dia... padahal... PENCURI ghopanya....

Wallahua'lam...

akhirnya....
9 Jun 09 Selasa.... kami kembali ke Terengganu.. kali ni bukan kami berdua ke Pantai Timur tp di temani & berkonvoi 5 buah keta... kami, bonda, kanda fikri sekeluarga (kelantan), kanda sulung Shauki sekeluarga, kanda ummai sekeluarga & kanda fatimah sekeluarga dan adik2.. perjalanan kami sangat meriah maklumla ramai.. berhenti rehat makan di Jeti Awam Tasik Banding... sampai di Kelantan singgah dulu di umah my cousin Pasir Mas... mereka bermalam di Kelantan Teratak Fiktheboss) sebelum ke Terengganu tp kami segera pulang ke Trg coz mai hubby keja esoknya...

10, 11, 12 Jun 2009 - kami menerima tetamu (my family)
Bawa berjalan2 sepuas hati menikmati keindahan Negeri Terengganu ...

10 jun 09 (rabu)
seharian berjalan di Kelantan..malam sampai di trg..so berehat jer..

11 Jun 09 (khamis)
pagi : ke Kolam Renang Hotel Primula.. merengek2 anak2 kecil tu nak mandi kolam.. sbb mak ndak dah janji ritu...
then ke Jeti Bot nnambang.. bawa naik bot ke Seberang Takir makan kepok lekor..
kemudian.. kembali semula ke Jeti & shopping @ Pasar Payang..
Balik umah makan tghari & berehat..

petang : Sesudah solat asar... kami ke tempat pelancongan ter'glamor' abad ini... STADIUM SULTAN MIZAN...sajer bawa tgk2 gambaran sebenar keruntuhan itu..
Seterusnya ke Lapangan Terbang Sultan Mizan melihat ke'gah'hannya lapangan terbang itu..
Kemudian ke Pulau Duyong.. tempat di mana berlangsungnya Monsun Cup setiap tahun..
Then ke Taman Tamadun Islam (TTI).. tp tak masuk pun coz dah tutup.. g solat maghrib jer kat masjid kristal...
kembali semula ke teratak Firjah...
Malamnya berhajat nak main bowling @ ASTAKA... tp tak dak rezeki coz utk malam tu bowling telah dibooking oleh Sukan IPTA.. tengok je la...:(

12 Jun 2009 (Jumaat)
Mereka (kanda shauki sekeluarga, kanda fatimah sekeluarga, mak & adik2) 2 buah kereta bertolak pulang ke Kedah di pagi hari 8.30 pagi...manakala kanda ummai sekeluarga bertolak balik ke KL... lusanya cuti bakal berakhir..

"alhamdulillah atas nikmat kelapangan masa yang dianugerahkan olehnya.. kami dapat menghabiskan cuti dengan sebaiknya"

gambar kenangan di sini

Sambungan....
8 Jun 2009 - Isnin... bangun pagi meneruskan rutin harian mengemas rumah setelah berselerakkan menjamu selera semalam. 8 Jun ada 2 jemputan walimatul urus.. satu di kampung & satu lagi kenduri kawan - Shamsul Nadia Shahrim. So untuk lunch tak perlu masak... lebih kurang 12.30 tengahari kami ke rumah kenduri di hujung kampung nun di sana, menjamu selera di sana bersama2....sebelum tu sempat jugak menziarahi sepupu (kak cik habsah) yang baru bergelar ibu.. sangat cute babynya...

Selesai kenduri, balik semula ke umah menunaikan solat zohor. Sebenarnya banyak plan hari tu.. nak ke JPJ Alor Star, ke kenduri kawin kawan & baru balik ke Jitra... alang2 nak ke AS my kanda Fatimah menumpangkan diri & anaknya untuk berjumpa babanya di AS nak settlekan beberapa perkara.. sebelum tu kami singgah dulu di SK Gelam, my kanda ada hal. So terus ke AS dan JPJ di Mergong... selesai semua perut lapar la plak.... di perjalanan kami singgah menjamu selera di Tok Jalai (umah zauj Nadia)... dah kul 4 pun time tu tp tetamu masih ramai...

Alhamdulillah dah kenyang, siap bergambar dengan pengantin... "selamat pengantin baru ya Nadia & zauj" .... then, kami pun kembali ke Pulau Nyior....

* 3 beranak itu sedang menjamu selera di beranda...
* my cousin habsah... macam mimpi jer dah jadi ibu rupanya kamu.. TAHNIAH!!
* Si fafa (aufa) yang baru sudah di makeup kan oleh makndaknya...
* Gambar bersama pengantin... Shamsul Nadia... Mabruk alaikuma!!


Sambungan...

Selesai majlis pertunangan di Jitra kami bersiap siaga pulang ke Naka kerana malamnya akan diadakan kenduri kesyukuran dengan kelahiran Nur Ain Farhana... "sembelih ayam 10 ekor" itulah nazar ayahanda Nur Ain Farhana setelah 6 tahun menanti kehadirannya sebagai pengikat kasih sayang. Disamping itu juga my ipar telah sponsor sebiji kek untuk meraikan 5 orang ahli keluarga yang telah dilahirkan pada bulan Jun iaitu Nuha, Baba Fendi, Mak Njang Umie, Mak Teh Mah & Cik Mat.

"Happy Birthday"
Nuha : 4 Jun
Mak Njang : 16 Jun
Mak Teh : 22 Jun
Baba : 23 Jun
Pakcik Mat : 30 Jun

Majlis yang diadakan sangat meriah, maklumlah dapat berkumpul semua 11 adik beradik kecuali adinda Ton di Eygpt.. ditambah pula dengan si kecil anak2 sedara yang cerdik pandai & berbagai2 kaletah yang dilakukan amat2 mencuit hati kami semua..juga sedara mara terdekat juga dijemput. ayam2 yang telah disembelih tadi dibakar beramai2 di halaman rumah..

Menjadi kewajipan setiap majlis pasti ditemani dengan Kamera kesayangan saya.. hihi.. lihat ya gambar2 nya!!

*Sangat meriah...
anak2 kecil yang mencuit hati...



*Sepupu2 saya....
Alamak dah sama besar...
mana satu abang @ adik ni??



Hampir pukul 11 malam majlis berakhir. My kanda Fandi, Faris & anak2 terpaksa pulang ke Jitra kerana keesokkannya baba bertugas. Yang lain bermalam di Naka. Anak sedara saya sorang ni sangatlah sensitif & cepat menangis... dia sangat suka berkumpul beramai2 & akan sedih andaikata ada sesapa yang akan pulang yang menyebabkan keramaian itu berkurang.. sepupu2nya juga akan pulang.. ketika mereka bersiap siaga untuk pulang baru dia menyedari bahawa sepupu2nya tidak bermalam di umah tok.. apa lagi puas dipujuk.. muka dah semakin muncung, akhirnya.... huhu :( ... sedihhhh bangat muka & menangis teresak2...sedihhh sbb kakak nuha, mat, muna & hanif nak balik...

* Menangis hingga tertido.. sadis betul!!
muaz...muaz...!!!


Sambungan.............
Dah lama berhajat nak menghabiskan titipan episod cuti sekolah ni, tp masa tak mengizinkan. Sangatlah sibuk dengan urusan2 di sekolah.. Sabtu ni sekolah ganti plak tp sekolah saya akan mengadakan hari Penyerahan Buku Rekod Murid bermula jam 10.00 pg - 12.00 tghari.. ngajar pagi je la.. walaupun saya bukanlah guru kelas tetapi saya jugak terpaksa menyibukkan diri utk Sabtu ni kerana diminta menggantikan seorang guru kelas yang terpaksa menghadiri kursus.

Ok.. berbalik kepada episod cuti sekolah saya yang lalu... untuk hari ketiganya kami di Jitra.. 070609 Ahad family jitra telah mengadakan majlis pertunangan my ipar Kak Long.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. semoga majlis tersebut mendapat barakah dariNya dan akan tercapai segala apa yang dihajati.. "Selamat Bertunang Kak Long & bakal Abang Long"

Tidak ketinggalan sejarah tersebut sempat dipatrikan di Kamera Digital saya...jom tengok!!

* "Selamat Bertunang Fizan & Lia"


*Insan yang diraikan Kak Long.. TAHNIAH ya!!


* Hantaran pihak perempuan (gold)
*Hantaran pihak lelaki (putih)
*Acara wajib.. menyarung cincin oleh bakal mertua


*Gambaran sekitar hari bersejarah tersebut...


Majlis bermula 12.00 tengahari & berakhir 3.00 petang... pihak lelaki jauh bermusafir dari Bangi.... Andai tiada aral melintang, mereka akan disatukan akhir tahun ini.. alhamdulillah!!

Salam sejahtera buat semua...

Bersempena dengan sambutan hari bapa semalam Ahad - 21 Jun 2009, di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa" khasnya buat kedua2 ayahanda Abdullah bin Ariffin (Fir) & Mohd Kasim Md Ariff (Jah)..serta amnya untuk semua yang bergelar bapa...

Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan ayahanda buat kami adik beradik... Terima Kasih atas segalanya.. kami sayang ayah!!!

* Ayahanda Abdullah bin Ariffin

* Ayahanda Mohd Kasim bin Md Ariff


"sungguh indah ciptaan Tuhan,
Laut membiru nyior melambai,
Ombak menderu memukul pantai,
Hati yang resah menjadi damai...."


Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Redang membuatkan diri sangat teruja dengan kecantikkannya. Kelihatan ramai yang sedang menghayati kehidupan laut dengan acara snorkling. Air jernih sehingga menampakkan dasar laut & kehidupan laut... huh... tak sabar rasanya nak terjun snorkling bersama... sob sob!! Acara diteruskan seperti di tentatif... rujuk SKLadang

2.15 petang kami selamat tiba di Jeti Kastam dengan menaiki bot Katamaran Jabatan Laut Malaysia . Cuaca masih disinari dengan mentari ciptaanNya.. panasnya mentari dunia, beribu kali ganda panasnya Api Neraka... masing2 kelihatan merah muka akibat berjemuran di Taman Laut Pulau Redang...

Gambar kenang-kenangan....

* Bot Katamaran Jabatan Laut Malaysia


*Subhanallah.. tak terluah dengan kata2
indahnya ciptaan yang Maha Kuasa!!



*Mentari di ufuk timur pagi 19 Jun 2009..
persisiran pantai Taman Laut!!



* Haha..kelakar giler...
1st time sepanjang 27 tahun hidup nek lori
dok kat belakang ni..

Ke Berjaya Beach Resort..


* Berjaya Redang Beach Resort..
Tempat yang paling cantik di Pulau Redang...
& mempunyai sejarah tersendiri...

sgt sesuai untuk swimming & scuba...


* 8.00 - 11.00 pagi snorkling 19 & 20 Jun 2009..
memang puas hati... macam2 ada!!


p/s : Lagi gambar di blog sekolah www.skladang.blogspot.com

Salam sayang buat semua.. moga sihat hendaknya...

Belum pun sempat menghabiskan titipan2 episod cuti sekolah yang lalu... sekali lagi blog ni akan beradu seketika kerana bloggernya akan ke Pulau Redang .. bukan sesaje g bercuti dgn hubby tapi bekerja mengiring bebudak ni nak berkhemah di sana... Perkhemahan Tahunan Unit Uniform di bawah Unit Kokurikulum... maklumat lengkap tentang perkhemahan sila klik SKLadang

Kebetulan minggu ni jugak my hubby akan ke KL menghadiri majlis penyampaian anugerah... Alhamdulillah atas rekezi yang Allah kurniakan my hubby telah tersenarai sebagai calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008... TAHNIAH sayang!!! Semoga dengan penganugerahan ini my hubby akan lebih meningkatkan prestasinya pada masa2 akan datang.

yeah... sayonara... jumpa lagi sekembalinya saya dari Pulau Redang.. doakan semuanya berjalan lancar & selamat pergi & kembali...

Salam sejahtera untuk semua....


Sambungan cerita 5 hari 4 malam di Kedah.. sebenarnya banyak sangat episod cerita ni..maklumlah 5 hari kan..byk sgt aktiviti yang sgt bermakna pada tempoh percutian tersebut.. Pagi itu kami bangun seawal pagi sebelum subuh kerana untuk menunaikan solat
Isyak.. semalam kami syahid tanpa solat Isyak terlebih dahulu coz kepala sakit yang teramat & tak terkata.... alhamdulillah masih dipanjangkan usia...seperti biasa sesudah subuh menyelesaikan kerja2 rumah, dah lama tak balik umah.. so cuba bantu mak apa yang patut especially mengemas la.. sbb yang tu saya memang sgt pro.. tp sekejap jer la leh kemas elok2 sbb ramai tentera2 yang nak berperang kat umah tu..hihi..

Kul 10 kami bersiap siaga nak balik ke Jitra.. maklumlah 2 umah so kena bahagila elok2.. my hubby siap wat jadual lagi supaya cuti sama rata & adil..hehe.. skema kan. Takpe yang penting dua2 bersetuju... Balik Jitra mcm biasa singgah autowash dulu, TAQ31 tu thah ape2 warnanya.. perjalanan ritu jalannya sgt berdebu disebabkan proses penambahbaikan.

Dah sampai Pulau Nyior masing2 sibuk mengemas & membuat persiapan utk hari esok. Kami pun mengambil tugas turut serta dalam sesi tolong menolong tu. Dan kami telah ditugaskan untuk ke Pekan Jitra coz hari tersebut adalah Ulangtahun Kelahiran my ipar Hadi yang ke 30 (060609) "selamat hari jadi yer bang di, moga selamat semuanya".. so kek dah ditempah @ Secret Resepi. Tugas kami utk mengambilnya & membeli beberapa set Pizza, KFC (RFC jauh sgt nak g beli) & Radix Cola & Oren.

Selepas solat Zohor kami ke sana... sebelum ape2 kami singgah dulu di Pasaraya Aneka... hehe buat apa lagi dah kat aneka tu kalau tak main bowling..haha.. dah gila bowling ni. Bukannya ape, saje nak praktis coz 13 Jun ada tournament anjuran JPJ. Selesai bermain dengan pencapaian yang agak gemilang kami meneruskan misi yang belum selesai. 6 petang selesai semua benda kami pun kembali ke teratak...

yeah...sesi yang dinanti... apa tunggu lagi, jom makan!!!

*Bang Di & Sarah (sepupu my hubby) yang diraikan..
* Semua makanan sgt menyelerakan..alhamdulillah rezeki...


p/s :

Tarikh 060609

"SELAMAT PENGANTIN BARU "
buat :
Abang Mi, Abang Uni Sik & isteri masing2...
Zurina & Zul Baling...
Sofuan Hj Sufi & isteri Yan...

Sorry tak dan nak p...

Selamat petang buat semua pengunjung setia Cardos31's Blog... terima kasih atas sokongan anda...

Cerita seminggu yang lalu.. seperti yang dirancang, pada 5 Jun 09 yang lalu kami telah berangkat pulang ke kampung halaman di Kedah bersempena cuti sekolah. kami hanya sempat bercuti selama 5 hari 4 malam.. alhamdulillah cuti2 tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.. banyak aktiviti telah kami lakukan sepanjang di sana & semuanya bersama keluarga...


* Afnan yang sangat cumeelll macam babanya
7.30 pagi kami bertolak... sebelum sampai ke teratak ayahbonda saya di Naka, kami singgah sebentar di teratak rakan seperjuangan saya suatu ketika dulu Adilah Abdullah @ Kg Sadu, Sik. Suasana di rumahnya agak meriah kerana keesokkannya akan diadakan Majlis Perkahwinan 2 abangnya (abang mi & abang uni).. oleh kerana kami tidak dapat hadir pada esok hari, jadi kami berpakat untuk menziarahinya pada hari tersebut.. alang2 dah lalu apa salahnya singgah ssekejap kan (sekejap2 pun dan la pekena nasi sehidang :).. lagipun nak jugak tengok hero Lah & Abang Din ni (Afnan Aqil).. tercapai jugak hasrat saya.. tp tak dapat jumpa abahnya Afnan sebab beliau ada kuliah di maktab (KDC).


Bermulanya perjalanan kami pagi itu..sengaja kami melalui jalan di Stadium Sultan Mizan.. melihat sendiri ghopa stadium runtuh tu... perghhhh dasyat yang amat... sangat memalukan & sangat tidak berbaloi dengan kos yang dihabiskan semata2 utk membinanya... sekali tengok macam kain buruk ja bumbungnya terselepuk ssitu...


Permusafiran kami pada hari tersebut sangat meletihkan.. mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas & jalan yang dalam proses penambahbaikan. Kami selamat sampai di Naka lebih kurang 3.30 petang.. sesampainya di umah tak sempat nak beradu kami diajak meraikan majlis aqiqah anakanda Fiktheboss di Bukit Pinang... kami janji berkumpul di sana.. dari Naka 2 buah keta.. kemudiannya kanda ShauKiah sampai dari AS seterusnya diikuti dengan kanda MahSani.
* Pak Ngah dok baca apa tu kat Farhana..
Farhana agak meragam, semalaman tak tido..
* Muaz yang sangat akrab dgn Pak Long nya..

Selesai menjamu selera & solat asar kami berkonvoi ke Taman Berlian depan Istana Anak Bukit saje nak nengok2 umah Kanda MahSani yang baru dibeli.. besar la jugak 3 bilik... parking bolehla 2 3 buah keta. Untuk Mak Tam Ton Egypt nanti balik la tengok yer, mak ndak tak sempat amik gambar. Lagipun dah malam tak nampak. Kami solat maghrib di situ. Then kami pun kembali ke Teratak Ayahbonda.. MasyaAllah letih tak terkata, kepala pun sudah poning maa...Syahid seketika....

* Haaa ada sekeping untuk tatapan Mak Tam...


Salam perjuangan buat semua.. moga kalian dirahmatiNya...

2 minggu menghayati cuti persekolahan.. banyak aktiviti & kenangan tercipta.. kini sekolah kembali bermula untuk penggal yang kedua..
selama musim percutian saya agak bz dengan program2 yang telah diatur... hanya sempat menjenguk blog tetapi tak terdaya untuk meng'update'.. tp kini dengan keizinan nikmat kelapangan masa saya kembali meng'update' ruangan suci ini sebagaimana kembalinya saya ke sekolah..
segala sejarah dan kenangan yang tercipta akan saya kongsikan & abadikan di sini..
tungguuuu!!!!
ok.. tata...wassalam

Salam buat semua tetamu yang dikasihi....

Pagi tadi seawal 8.00 pagi saya telah ke PKG Durian Burung utk menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).. slot pagi bertajuk : Kerja Sebagai Satu Ibadah.. ok jugak penceramahnya, agak kelakar laa.. tak la bosan sangat... slot kedua : Kajian Tindakan... time ni ngantuk tahap cipan. Biasala baru sudah makan , tambah pulak penceramahnya agak skema ... anyway semuanya selamat & selesai jam 1.00 petang selepas 2 kali menjamu selera...

Selesai LADAP hati berhajat untuk ke kedai wat name tag di bando., name tag lama thah hilang ke mana cari tak jumpa... terus drive menuju ke sana, tp ajaib bakpe kedai yang dicari tu macam tak wujud ja.. saya mimpi ke ape ek kedai wat name tag tu kat situ.. memang tak de pun.. heran2.. so sesaje je la masuk bando tanpa berbuat ape2.. ingat nak terus g bayar broadband tp jauh la plak, plak tu ramai manusia.. so cancel & terus kembali ke teratak Firjah..

Balik umah solat & sambung marking paper sambil menonton. Paper MESTI kena siapkan hari ni coz esok dah nak balik kampung..semuanya 6 kelas subjek Bahasa Arab.. Now 9.15 malam saya sudah selesai me'marking paper' anak2 bertuah ni cuma belum masukkan markah.. nampaknya ramai jugak yang dapat 90% ke atas.. ustakzah dah janji sape yang dapat 90% ke atas ustakzah akan bagi hadiah.. so nnti sebelum buka sekolah saya kena sediakan hadiah yang secukupnya utk anak2 bertuah ni.. pandai pun.. ada jugak yang dapat 100% bagus2!! tak kurang jugak yang tak lulus tp 2 3 orang ja.. majoriti yang tak reti membaca la..

Ok ..setakat ni dulu.. saya nak mengemas barang2 apa yang patut.. esok paling lewat 7.00 pagi akan bertolak, insyaAllah... doakan kami selamat pulang & kembali....

Agenda penting sewaktu di kampung :
7 Jun 2009 = Di Jitra, majlis pertunangan kakak my hubby Marliana Abdullah @ lebih manja dengan kak long...
8 Jun 2009 = Di Naka... sembelih ayam 10 ekor sempena melangsaikan nazar my kanda Fikri.. beliau bernazar suatu masa dulu andai dianugerahkan cahaya mata akan disembelih 10 ekor ayam utk dimakan bersama2 family Naka.. alhamdulillah 1 April 2009 setelah hampir 6 tahun menanti akhirnya hadirlah insan penyeri rumahtangga mereka NURUL AIN FARHANA...

Selamat petang buat semua.. masaa alkhair...

Eh tiba2 macam bulan award plak... actually tag & award2 yang digrab tu dapat bulan lepas nun lagi tp tak sempat nak grab.. ni cuti2 sekolah ni sambil2 marking paper sempat la wat & grab award tu...

Award ni dari ibu mengandung Ummu Huraiyah... TQ ya ummu huraiyah sudi anugerahkan award ni pada saya.. cantik award tu..nnti saya akan abadikan di kanan blog saya.


Tp apa prosedurnya nak amik award ni & apa yang perlu saya jawab? just select 10 blogger yang bertuah je ke? yang saya faham gitu jer.. so saya nak pilih la beberapa insan bertuah tp mungkin tak cukup 10.. huhu...award kali ni utk kengkawan xmmas antaranya :
  • Mardiana : Junior saya kat mmas dulu.. kehidupannya boleh dikatakan dah lengkap.. dah ada suami, permata hati & kerjaya.. dgr kata bakal masuk umah baru..hehe.. btul tak mar..
  • Zurina : Jugak junior mmas saya dulu..Yang menghitung hati bersejarahnya utk mengakhirkan zaman bujangnya bersama zulkefly.. tadi baru dapat kad utusan raja sehari nya pada 6 Jun ni.. ok.. ni kira hadiah sempena pernikahan kamu ya zu... hihi
  • Azimah : Still lagi belajar di bumi bertuah Maahad Mahmud.. bertuahnya diri beliau,muda2 ni dah boleh wat umrah.. dikhabarkan sekarang beliau di tanah suci Mekah +- 2 minggu bersama family.... nnti balik Malaysia dah update blog amik award ni yer...
  • Tohirah : Rakan seperjuangan kat mmas dulu.. kemudian ke KUSZA bersama2 tp 2 minggu ja saya kuar g UIA.. sekarang beliau bekerja di Putrajaya & dah bergelar ibu kepada anakanda Madehah...
  • Zulkifli : Beliau jugak xmmas yang sama batch dgn my hubby saya, beliau abang kepada rakan seperjuangan saya jugak di mmas dulu Siti Fatimah Ismail & isterinya kak Yuhanis saya pernah kenali suatu ketika dulu..
Rasanya setakat itu dulu .. utk kengkawan yang saya senaraikan tu amik yer award yang sangat cun tu... hihi...TQ

Salam semua...

Now saya kat sekolah ni..meh melaksanakan tanggungjawab meng'send'kan maklumat Aplikasi e-gpijqaf ke ppiktrg@yahoo.com.my Ustaz Wan Zul bagi tempoh semua sekolah antar dalam tempoh 1 hingga 6 Jun... kesempatan yang ada ni saya mari la sekolah.. meriah betul sekolah cuti2 ni coz bebudak ada tusyen...

Ni dah kali ke 7 send baru boleh.. 6 kali send tp failed.. rupa2nya salah alamat tak letak .my

So.. ni dah siap..lapo.. nak g lunch dgn my hubby kat JPJ K.trg.. hihi...lapo.. lapo...

Esok semua guru SK Ladang ada Kursus Dalam Latihan (LADAP) kat PKG Durian Burung kul 8 pagi....

Ok... tata.. jumpa lagi...

Salam kemaafan buat Ukhti Halimah coz lambat jawab award ni.. kebetulan cuti sekolah ni byk skit masanya, so sempatla jawab..hihi..

Yeah!! inilah award dari Ukhti Halimah ...


Award ni bukan boleh amik saje2 gitu jer tau.. ada syarat2nya plak.. kena jawab dulu beberapa soalan..huhu...

.:: Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda ::.
Nanti akan dicopykan di sebelah kanan blog saya...

.:: Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini Ukhti Halimah ::.
Actually pemberi award ni rakan blogger saya.. tak pernah face to face lagi pun.. harap2 suatu hari nanti diberi kesempatan untuk kita ketemu ya Halimah...
  • Seorang muslimah solehah
  • Seorang blogger yang setia mengupdate blog nya..
  • Seorang yang semangat dalam perjuangannya
  • Seorang yang rajin segala macam
  • Seorang yang bersopan santun sbb beliau seorang muslimah..hihi
.:: Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta @ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya ::.
Ikuti fakta tentang diri saya :

  • Berasal dari negeri jelapang padi & sekarang menumpang di negeri orang2 beriman hehe.. Terengganu Darul Iman...
  • Anak kepada ayahbonda Mohd Kasim & Hafitah...
  • Anak ke 6 daripada 11 orang adik beradik (5 lelaki 6 perempuan)...
  • Isteri kepada insan yang bernama Muhammad Firdaus Abdullah...
  • Seorang guru j-QAF intake Januari 2007...
  • Bekas pelajar Taski Nurul Hidayah, Naka, SK Naka, Maktab Mahmud Puteri alor Star
  • Berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah @ UIA Konvo 2006..
  • Sangat suka berjalan-jalan ke mana sahaja..
  • Sangat peramah & memang hobi suka berkenalan..
  • Suka mengemas tapi kurang minat memasak.. huhu
.:: Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya describe tentang mereka ::.
Akan memilih rakan blog saya tp tak cukup 10 rasanya... describe tentang mereka? mereka rakan blog saya, so tak tau sangat nak describe ape..hihi...
  • Adik Ila KUIS
  • Kak Fatin UK
  • Siti Comel TRG
  • Aniemz TRG
  • Dabir Remaja TRG
  • UmmuHuraiyah EGYPT

Salam teristimewa utk adik ila... moga sentiasa sihat & dipermudahkan segalanya...



Minta maaf bebanyak coz lama sungguh amik masa nak grab award ni... sangat cumel la award ni.. akak suka... dah grab award ni kena la ikut prosedurnya plak kan.. ada plak soalan kena jawab nih..hihi

.:: Pastikan jantina anda perempuan ::.
yeah.. tgk blog pun dah tahu pemiliknya pompuan kan...

.:: Copy badge sebagai award anda ::.
Siap copy kat atas tu.. cumel bebenornya award ni kan...nnti akan disisipkan di tepi blog akak..TQ ye...

.:: Nyatakan 7 sebab anda bangga menjadi perempuan ::.
lebih kurang gak la jawapan macam adik ila..
malas plak nak pk...
blank screen plak pepagi ni..
Yang pastinya saya bersyukur atas anugerah Allah ini...

.:: Pass kan award ni kepada girlfriend anda ::.
khas buat 5 sekawan tp 2 orang jer yang ada blog..
so dipersilakan :
Puan Ila Nursalida
Puan Fatanah

Assalamalaikum teristimewa buat pengunjung Cardos31's Blog... moga kalian sihat & dirahmatiNya..

Sekadar perkongsian aktiviti cuti sekolah.. semalam 31 Mei 2009 Alhamdulillah dengan izinNya tercapai jugak perancangan kami 5 sekawan untuk reunion setelah sekian lama merancang sambil meraikan penutup perkahwinan 5 sekawan iaitu Ton. Abis jer grad masing2 mendirikan rumahtangga & mendapat kerja di tempat masing2.. kecuali Ton masih bujang.. Tanggal 31 Mei 2009 maka berakhirlah zaman bujang Si Dara Fatimatul Husni ini bersama pasangannya Mohd Hizam...

Jom layan hari bersejarah mereka & kami 5 sekawan....



* Inilah kami 5 sekawan..
moga ukhuwah ini berkekalan hingga akhirnya...


* Si Comel penghibur hati Fathi(anakanda Tonah) & Thaqif (anakanda Imah)


* Mua'llimah bersama anak didik, ustazah2 & anak2 sedaranya..


Salam buat semua.. moga hidup kita diberkatiNya, tabah menempuh segala ujianNya...

29 Mei 2009 lalu bagi warga Kedah, Kelantan & Terengganu dah mula bercuti.. Cuti Pertengahan Tahun 2009 iaitu selama 16 hari.. Today is Monday, 1 Jun.. dah 3 hari berlalu cuti sekolah... ni baru sempat post kan jadual cuti terancang kami...

29 Mei 2009 (Jumaat) - Di teratak FirJah ajer...
Pagi : menyelesaikan rutin harian surirumah..
Petang : Keluar shopping.. penyediaan segala macam keperluan coz nak tinggalkan hubby selama 2 hari 1 malam...
Malam : Di rumahku syurgaku saja...

30 Mei 2009 (Sabtu) - Masih di teratak Firjah
Pagi : Masih lagi menyelesaikan rutin surirumah.. mamasak utk hubby coz petang akan meninggalkannya sudah...
Petang : 4.30 ptg dijemput oleh Tonah.. bertolak & singgah di Besut sebelum berangkat ke Kedah
Malam : 9.30 bertolah ke Kedah dari Padang Luas, Besut.. alhamdulillah 2.30 pagi dengan selamatnya kami sampai di Naka, Kedah...

31 Mei 2009 (Ahad) - Di teratak Bonda Naka...
Pagi : Berehat & melayan karenah anak2 sedara yang cerdik pandai.. kanak2 tu baru sampai dari KL kul 5 pagi..
Petang : 12.30 tghari bertolak ke rumah pengantin di Sungai Dua, Penang..
Malam : 9 malam bertolak ke Trg by S.P Bumi... 5 pagi sampai..

1 Jun 2009 (Isnin) - Di teratak Firjah
Pagi : Selesai solat.. tanpa sedar terlena sehingga jam 11 pagi... dasyat.. rasa macam pengsan tidur tak sedar diri... Bangun masak nasi tomato utk hubby lunch tghari nnti..
Petang : Bersantai di teratak seorang diri coz hubby keja
Malam : Bersantai with my hubby di teratak kami... tidak plan utk keluar ke mana2 memalam ni..

2 Jun 2009 (Selasa) - Di teratak Firjah juga tanpa merancang utk ke mana2 setakat ni..

3 Jun 2009 (Rabu) - Mungkin ke sekolah sebentar menyelesaikan laporan guru yang kena email ke PPD tu

4 Jun 2009 (Khamis) - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di PKG Durian Burung

5 Jun 2009 (Jumaat) - Bertolak balik ke Kedah 4 pagi & dijangka 12 tghari sampai.. bermalam di Naka

6 Jun 2009 (Sabtu) - Pagi di Teratak Bonda di Naka... Petang akan pulang ke Pulau Nyior Jitra..bantu mentua buat persiapan utk pertunangan kak long 7 Julai..

7 Jun 2009 (Ahad) - Hari Pertunangan Kakak My hubby merangkap kakak iparku Marliana Abdullah... "Selamat Bertunang"

8 Jun 2009 (Isnin) - Masih di kedah

9 Jun 2009 (Selasa) - Seperti yang dirancang akan konvoi bersama family pulang ke Timur tanah air.. family akan singgah & bermalam di Kelantan terlebih dahulu & kami akan meneruskan perjalanan ke Trg coz esoknya my hubby keje..

10 Jun 2009 (Rabu) - Di teratak tercinta.. buat keja apa yang patut...

11 Jun 2009 (Khamis) - Bawa family jalan2...insyaAllah.

12 Jun 2009 (Jumaat) - Masih melayan family & bawa jalan2... family berangkat pulang ke Kedah..

13 Jun 2009 (Sabtu) - Sertai Perlawanan Bowling JPJ K.Terengganu...

Berakhirnya cuti sekolah.... semuanya hanya perancangan... Dia yang mengaturkan segalanya..kita hanya merancang...

;;