cardos31's said :

Salam buat semua...
Actually saya tengah menunggu si belang menjemput untuk bermusafir ke sungai Dua,Penang untuk menghadiri pengakhiran perkahwinan 5 sekawan Fatimatul Husni Nawawi... dari pagi tadi confius semacam boleh g ke tak kami ni.. tonah dah msg suh standby tiket coz anakandanya demam.. so aku merangkak mencari tiket tp dukacita kerana tiket sudah habis dijual.. agak kecewa & sedih tak terkata.. dah msg pengantin memaklumkan situasi...kata pengantin : "la.. siannya kat hang..susah2 tak yah la jah.. takpe aiman tak kesah :)"
Walaupun pengantin berkata sedemikian tp dalam hati masih menaruh harapan agar fathi cepat sembuh & kami berpeluang ke sana...
Alhamdulillah.. dengan keizinanNya fathi beransur pulih & kami bersepakat akan ke sana jua... doakan perjalanan kami selamat sampai & kembali...
Ok... tata... sadisnya nak tinggal my hubby.. huhu... TQ my hubby coz memahami & membenarkan isterimu ke sana, I Love U so much!! .. don't worry.. baju siap diiron & siap masak utk hari ni.. esok malam akan kembali ke Trg & pagi Isnin sampai insyaAllah...

Firman Allah yang bermaksud :
" Allah tidak memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya"
Al-Baqarah ayat 286

Hampir seminggu aku tak mampu untuk mencoretkan sepatah dua kata di blog kesayanganku ini... dah 3 tag yang aku terima belum terjawab & ada satu award minta aku grab tp tak grab2 lagi.. maaf yer kepada mereka yang terlibat...nnti akan diusahakan juga utk menjawab...mungkin disebabkan kekangan masa & ketidakstabilan kesihatanku membuatkan blog ku ini agak sedikit suram tanpa diupdate...

Sepanjang minggu lepas dua kali aku mengalami sakit kepala yang amat... lepas maghrib lepas ngajar budak ngaji terus tido sbb tak tahan sgt dengn kesakitan yang dialami...nak kata migrain tak jugak...

Actually sakit kepala ni bermula pada hari Sabtu yang lalu... sebelum tu tak sakit kepala tp senak mata.. bila ditilik2 ada sesuatu dimataku..sebenarnya dah lama wujud bendalah tu tp tak jelas & tak sakit pun...sejak akhir2 ni je pantang kena aircond & panas terik akan rasa 'senak' mata & menjalar ke kepala...dah dua kali g ke Azman Pakar Mata tp malangnya tutup sbb dah lewat...

Sabtu ritu aku drive dalam cuaca yang panas disertai dengan aircond... Ya Allah, hanya Allah yang tau sakitnya mataku & rasa tak mampu untuk buka mata...mataku berair... keesokkannya dengan kelapangan masa yang ada seusai Kelas Kafa sekali lagi aku ke Azman Pakar Mata... Alhamdulillah sempat jugak aku check apa masalah mataku.. setelah diperiksa oleh Dr Azman alhamdulillah penglihatanku tidak kabur malah sangat jelas tetapi sangat sensitif dengan silauan... setelah selesai diperiksa kata Doktor... aku mengalami masalah selaput... mengikut keterangannya, selaput terbahagi kepada 2 : selaput dalam & selaput luar.. selalu yang dialami oleh orang2 tua tu selaput luar manakala yang aku alami sekarang selaput dalam...kata doktor lagi, semua orang ada selaput mata cuma aktif & tidak jer..macam aku sakit macam ni ni kira aktif la.

Selaput yang wujud di mata kiriku ini sangat hampir dengan mata hitam.. kata doktor jugak..selaput ni sebaiknya dibuang dengan cara pembedahan.. masalahku ni masih diperingkat awal.... jika dibiarkan lama kelamaan akan menutupi mata hitam & menyebabkan penglihatan kabur, pendek kata tidak nampak... ubat titik ada, kalau setakat guna ubat titik jer ia hanya boleh mengecut tp tidak hilang sepenuhnya.. jadi doktor nasihatkan supaya dibedah saje... jika bersetuju doktor telah tetapkan tarikh iaitu 11 Jun 2009 di Azman Pakar Mata... tp kalau tak boleh tarikh tu boleh ditunda..so setelah berbincang dgn my hubby , buat masa ni mungkin akan dilewatkan sedikit dari tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan.

Apa yang aku alami ni hanyala ujian kecil dari Yang Maha Kuasa yang perlu ku hadapi... sepanjang hidupku Alhamdulillah aku tak pernah lagi mengalami penyakit yang serius. hanya sakit2 biasa jer... Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah..... dengan ujian ini moga2 aku lebih dekat denganMu...Kau kurniakanlah aku kekuatan...ampunkan segala dosaku selama aku hidup dimuka bumi Mu ini Ya Rabb...

p/s : Buat semua yang menatap en3 ku ini..doakan moga segala urusanku dipermudahkan & selamat semuanya... terima kasih atas doa kalian...

Salam hujung minggu untuk semua...

Sedikit cerita yang agak lucu bagi kami....
Pepagi Khamis yang lalu.. tetiba aku terima sms dari my ipar najib yang berbunyi :

"Makluman berita terkini, ayah dapat tawaran cikgu kat kaw gunyah kedah, dah lama apply.. tp baru dapat. Harap anak2 kasim semua setuju & redha.."

Ish apa benda plak ni.. hatiku berbisik.. bila masa plak ayah apply & mcmana leh dapat jadi cikgu padahal umur pencen dah, gunyah kedah?kat mana plak tu tak pernah dengaq plak aku.... macam2 terlintas di fikiran.. aku terus call my kanda Ummai (isteri my ipar najib) nak tanya apa benda msg ni tp tak angkat plak.. so aku tel my ipar najib.. katanya : "kalu mu tak caya, tel umah"... aku pun tel umah..adinda dilah angkat.. aku tanya.. "a.najib antaq msg ni, kata ayah dapat cikgu kat kaw gunyah..kat mana tu kak?"..dia gelak laaa... katanya cikgu kat gunyah apanya.. "cikugunya" laaa....haha... terbahak jugak aku ketawa... najibun btoiii!!! ada2 ja idea nak kenakan orang...

Rupanya bukan aku sorang terkena... kanda fikri & kanda shauki pun tel umah jugak tanya... huhu.. haru hijau jadinya najibun ni... my ipar sorang ni mmg mulut tak dak insuran.. ada ja pelik2 dia buat...haha...

Actually .. ayahanda kami kena cikhungunya jugak.. bukan cikgu kat kaw gunyah...haha.. tp tak la teruk mana pun.. sekarang dah ok... mak pun dah ok... alhamdulillah..

Ok setakat itu sahaja... minta diri dulu ya..tata....

Salam Rindu & penuh kasih sayang buat bonda tersayang Hafitah binti Haji Muhammad...

Tanggal 17 Mei 2009 genaplah usia bonda kami 56 tahun.. semoga mak sentiasa sihat wala'fiat & dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki...segala pengorbanan mak selama mendidik kami hanya Allah yang mampu membalasnya... semoga kita ditempatkan di SyurgaNya nanti...

Kesempatan yang ada ketika pulang menziarahi mak minggu lepas... aku & adik2 telah merancang untuk celebrate birthday mak.. secara on the spot kami plan & akhirnya majlis itu berjaya jugak seperti yang dirancang...

My kanda MahSani kebetulan ke Alor Star untuk settle kan beberapa urusan.. so bolehla beli Kek untuk majlis tersebut tanpa pengetahuan mak.. call my kanda ShauKiah yang akan pulang ke umah petangnya & memesan se"bucket" RFC.. semuanya bereh!!!

Telefon kanda Faris minta pulang untuk meraikan bersama tapi keadaan tidak mengizinkan coz anakanda Nuha demam & kanda Fandi jugak masih lagi di KL. Telefon kanda FikFiza lak .. katanya ok..

Lepas asar kami kemas2 ruang tamu ..adikku siap pasang belon & rambu ramba ala2 party la..hehe.. sajer sekali sekala.. time pasang memasang belon & rambu ramba tu bonda pun agak pelik.. "nak buat apa ni?" tanyanya.. kami jawab jer saja2.. tp mak dah boleh tau bahawa kami nak meraikan ulangtahun kelahirannya.. ala dah tak surprise la.. tak pa la..yang penting mak bahagia..

So dah semua pulang ke teratak.. selesai menunaikan solat maghrib kami memulakan majlis.. majlis siap ada PA System lagi & siap dengan karaoke (TQ my dinda)... yang suka berkaraoke nya si anakanda Aufa tu la.. dok nasyid Doa Syifa yang macam cerita "anak betong" tu .. ingat belako plak tu.. aufa aufa...

Majlis dimulakan dengan ucapan & diiringi dengan nasyid Selamat Hari Lahir... kemudian Doa oleh my kanda Fik seterusnya upacara memotong kek... sangat happy... kemudian apa lagi... jom makan!!

Syukur padaMu atas segala nikmat.. nikmat hidup, masa & rezeki yang Kau kurniaka untuk kami... semoga kami semua digolongkan dalam golongan orang2 yang beriman & bersyukur kepadaMu...

Untuk menceritakan lagi suasana majlis tersebut... jom tatap gambar2 dibawah.. juga simpanan kenangan, memori terpatri buatmu Bonda... semoga terus kuat & tabah menempuh hari2 mendatang...

* Kedai Kek Sayang, Jalan Teluk Wanjah AS...sedapppp!!!


* Menu : Kek, RFC,Cola Radix, Gulai Itik & Roti, Pulut Udang...
Alhamdulillah kenyang...


* Selamat Hari Lahir Mak!!!
Moga selamat di dunia & akhirat...


* Special pose untuk tatapan anakanda Ton di Egypt...


* Senyum sokmo!! Happy selalu !!


Sekian... moga majlis yang telah berlangsung diberkatiNya...

Salam buat semua...


En3 kali ni masih berkisarkan tentang Hari Guru... Sambutan Hari Guru peringkat SK Ladang telah diadakan pada hari Ahad 17 Mei 2009... alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sangat meriah.. untuk berita lanjut klik SK Ladang


Untuk mengabadikan lagi kenangan hari guru ingin ku pahatkan ia di sini...Terima Kasih untuk anak2 didik yang tidak henti2 mengucapkan selamat hari guru & tak kurang juga yang menghadiahkan sesuatu sebagai tanda Terima Kasih Cikgu...Bukan hadiah yang ustazah harapkan tapi kejayaan kamu lebih bermakna buat semua guru...semoga kalian terus berjaya..


Untuk sesi tukar2 hadiah juga iaitu dengan cara cabutan nombor , aku telah menerima "MANGKUK TINGKAT" dari Cikgu Jem... wah memang sesuai untukku coz boleh la gunakan untuk bawa bekal ketika bermusafir hehe... Terima Kasih Cikgu!!

Salam Hari Guru buat semua guru ....

Tika rata2 blogger meng'post'kan en3 selamat hari guru.. aku amat busy dengan kerja2ku yang perlu diselesaikan.. maka en3 "selamat hari guru" dariku agak lewat di postkan... walau apapun aku tetap nak mengabadikan di sini & belum terlambat untukku mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat semua yang bergelar pendidik...

Dan tak lupa juga untuk mereka yang sangat berjasa mendidik & membimbingku seterusnya membuatkan aku menjadi seperti "aku" hari ini...juga mewarisi mereka dalam profesion perguruan... yang bertekad penuh semangat & kegigihan mendidik anak2 untuk terus cemerlang di dunia & akhirat...

Terima Kasih kepada mereka yang berjasa kepadaku bermula dari :
  • Ayahbondaku merangkap guruku dalam membimbing kami 11 beradik
  • Semua Kekanda & ipar yang memberi tunjuk ajar padaku untuk menjadi adik yang berakhlak mulia..
  • Teh Faridah & semua guru Taski Nurul Hidayah Naka ( 4 - 6 tahun )
  • Semua guru2 yang mengajar & mendidikku di SK Naka ( tahun 1 - tahun 6 )
  • Kullu Muallim wa Muallimah fi Maahadil Mahmud ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5 )
  • Guru Tusyenku "Tusyen Asmi" & "TM" ( Tingkatan 3 & 5 )
  • Semua Pensyarah di Matrik UIA Petaling Jaya ( 2000 - 2002 )
  • Semua Pensyarah di UIA Kampus Gombak ( 2002 - 2006 )
  • Semua Pensyarah & pembimbing serta mentor di IPKT -Institut Perguruan Kuala Terengganu ( 2007 - 2008 )
  • Guru2 SK Ladang yang menjadi pembimbing & memberi tunjuk ajar kepadaku untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang & terbilang...
Dan semua yang terlibat secara tidak langsung dalam menbimbingku...TERIMA KASIH CIKGU!!!

Tidak lupa juga kepada mereka yang meng"wish"kan selamat hari guru buat diriku...ku abadikan msg2 kalian di sini tanda kenangan & penghargaan dariku buat kalian...

  • "Selamat Hari Guru Sayang" ... min zauji.. walaupun ringkas tetapi amat bermakna untukku... Thanks Sayang...
  • Menjelang 12 malam... my friend IjaHashim call semata2 untuk mengucapkan selamat hari guru...TQ ija.. selamat hari guru kembali untukmu..
  • From TONAH (Guru j-QAF) : SWEET sms for a SWEET teacher from a SWEET person for a SWEET foe a SWEET reason at a SWEET time on a SWEET day in a SWEET month and SWEET year, "Have a SWEET TEACHER DAY!!"
  • From Kin (Guru Kaunseling SK Puchong) : Selamat Hari Guru buat sahabat tersayang ..moga kita menjadi guru yang akan menjadi tunggak kejayaan negara!!
  • From Kak Ita (GPI SK Ladang) : Ku hadiahkan seteguk sayang bersama AL-FATIHAH yang penyayang, Ku kirimkan sesuci kasih bersama AL-IKHLAS yang suci bersih , istimewa buatmu , moga rahmat ALLAH tetap bersama kita .."Selamat Hari Guru..!!"
  • Frok Kak La (Guru SK Ladang) : I'm very lucky today cause.. had a very.. Generous friend , loving & caring sister and a great teacher like u in my life... "Happy Teacher's Day"
  • From Kanda Ummai (Guru j-QAF SK Sri Damai PJ) : Bila murid duduk, cikgu berdiri...bila murid diseligi, cikgu pulak kena gari, murid datang naik BMW 7, cikgu datang naik moto road tax pun dah mati, murid p belajar sampai Phd, cikgu baru berkira2 nak amik degree, ... namun di dunia kita berbakti, moga keikhlasan kita dibalasi syurga firdausi di akhirat nanti .. "selamat hari guru"...
  • From Lah (Guru j-QAF) : Mak cakap CIKGU macam MAGGI, makan masa susah, ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS menakutkan, atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam2 ada, tapi anak cakap CIKGU macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga ... "selamat hari guru"...
  • From AwieHusbandKin (Tentera) : "selamat hari guru..ngajaq elok2 noo...
  • From Uyun (Lawyer) : Assalamualaikum... Selamat Hari Guru ... =)
  • From Liza (Guru j-QAF SK Bukit Bayas) : Erti seorang cikgu ... C = cantik budi pekertinya, I = inovatif praktisnya, K = kreatif mindanya, G = garang semangatnya, U = unggul ilmunya... "Selamat Hari Guru!!!"
  • From Nadia (GSTT Melaka) : "happy teachers day.. may success be with you always...
  • From Ton (Guru Penang) : Banyak dapat BUNGA? *Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN? *Tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? *Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ? *Tanda guru sentiasa di ingatan!... "Selamat Menyambut Hari Guru"...
  • From Aifaa (Guru j-QAF SK Ladang) : Teacher is like PEPSI "Ask 4 more", Teacher is like NIKE "Just Do It", Teacher is like NOKIA "connecting people", Teacher is like McD "I'm Loving it"... "HEPPY TEACHER'S DAY"
  • From Ustaz Wan Hanif (PK Hem SK Ladang) : Sabda nabi :kelebihan guru atas orang yang beribadah seperti kelebihan bulan pada malam penuh purnama atas segala bintang. Selamat Hari Guru... moga kita dirahmati Allah.
  • From Shidah (GPI SMAAZA) : Bersama2 kita muhasabah diri kita, sejauh manakah ilmu yang diajar telah memberi impak yang positif & mengubah diri mereka menjadi insan yang beriman, berilmu, beramal& bertaqwa, adakah kita seiring menjadi qudwah hasanah buat mereka menjadi insan yang berjaya di dunia & di akhirat, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, "Selamat Hari Guru"..
Akhir kalam... Terima Kasih Semua.... "Selamat Hari Guru... guru pembina negara bangsa"

Salam buat semua... moga sihat wala'fiat hendaknya...

Aduuuhhh letih bangat rini... arini ada Ko kat sek. So balik lambat skit & tak jadi jumpa 2 sahabat rini & ditunda ke hari Khamis, kebetulan ada meeting Agama Islam.. so alang2 g meeting, jumpa hari tu je la..

Hari ni aku lupa nak kunci keta time parking kat sekolah tadi... selesainya program Ko aku dapat panggilan dari seseorang : " hello... hai keta tu nak wat pameran jer ke... tak mboh jual ke? " ... heran aku dibuatnya... keta bende plak ni, bila masa aku wat pameran & nak jual plak... (dalam hati : ni mesti ade pape terjadi dgn ketaku ni)
Keluar dari kelas terus aku ke keta... hahaha... sape la khenat ke aku nih...hihi... tengok la apa yang mereka telah lakukan dgn KCH 31 ku... huhu...


* Memang ada gaya nak wat pameran ni..
siap buka kesemua pintu..
ish2..memang khenat2 manja ni...
siap la kamu esok dengan saya..
tp aku belum tau sape wat khenat ni..hihi

En3 ni sesaje je menyimpan kenangan di SK Ladang... cikgu2 kat SKL ni mmg gila2 skit.. oleh kerana tak ramai guru kat sekolah hubungan kami ibarat sebuah keluarga..
I Love SK Ladang !!!

Untuk makluman : InsyaAllah, Kami akan pulang ke Kedah Khamis ni bersama my bro kat Kelantan untuk menziarahi my bonda.. moga mak cepat sembuh ya...

Selamat malam semua.....

Alhamdulillah ... akhirnya 1.25 pagi siap jugak penyediaan Soalan Peperiksaan Pertengahan Penggal Bahasa Arab Tahun 1 ..
itu saja yang mampu ku katakan.. syukur Ya Allah atas kurniaan kesempatan & kekuatan bagiku untuk menyiapkan segala tugasku ini... esok nak g jumpa 2 sahabat seperti yang dijanjikan... mata pun dah mengantuk... hatiku di kampung teringatkan my bonda... moga mak dapat tido dengan tenang.. semalam setiap 1 jam mak akan terjaga... seddddiiiiiihhhhhh maaaaa....sian mak... :(

terlupa nak tulis en3 lepas... oleh kerana ramai yang dijangkiti chikungunya tu maka petang tadi Jabatan Kesihatan Padang Terap telah datang & menyembur kawasan Naka & kampungku Kampung Kubang Juluk... sepertimana yang sepupuku informkan kat ym td.. g klinik pun misi dah malas nak amik & check darah sbb ramai sangat.. just bg ubat balik makan, 2 3 hari lepas tu ok... semoga my bonda & semua mereka yang dijangkiti virus ini akan cepat sembuh...

ok tata... dah ngantukkk...good nite.. sweet dream !!!

"Allah tidak memberati manusia,
melainkan sekadar tenaganya"
Al-Baqarah ayat 286

Sedang asyik mengajar anak2 prasekolah mengaji quran.. aku menerima panggilan dari my ipar kanda faris ... setelah merungkai beberapa persoalan bersama my ipar, aku terus menelefon ke umah utk memastikan apa yang terjadi...

MasyaAllah rupanya my bonda tak sihat.. semalam borak2 ok jer..mak tak cakap pulak kata tak sihat..happy je anak2 wish selamat hari ibu... so oleh kerana my ipar paling hampir tempat kerja dengan umah mak, beliau bertindak dahulu dengan segera pulang menziarahi dan membawa mak ke klinik berhampiran.. TQ my ipar...



Setelah diperiksa oleh doktor di Klinik Berkat, Kuala Nerang doktor telah mengesahkan bahawa bonda kami telah dijangkiti CHIKUNGUNYA .

Ya Allah tabahkan hati bonda kami, kuatkanlah beliau dalam menempuh ujian Mu ini... kalau boleh segera aku ingin pulang ke rumah tp dek kerana aku nun jauh di sini hanya doa tidak putus2 ku panjatkan ke hadratmu Ya Allah..sembuhkan lah bonda ku, sempurnakan kesihatannya... semua abang, kakak & adik2 ku yang ada berdekatan segera pulang kecuali aku (terengganu), abg ke3 (kelantan), kakak (KL), adik (mesir) & 2adik diasrama... itulah kelebihan bila dok dekat dgn makayah... boleh sentiasa menziarahi mereka...

Sekarang dikhabarkan mak beransur pulih.. cuma masih perlu dipimpin untuk bergerak... serangan yang paling dasyat iaitu lutut.. so memberi effect untuk bergerak.. kata mak : " sakit sangat, rasa macam menyocok2 semua sendi.. pagi tadi mak bangun merangkak ke bilik air untuk mengambil wudhu' sambil teriak (menangis) sebab terlalu sakit" ... Ya Allah kesian & sedihnya aku dengar .. titisan air mataku tak dapat dibendung lagi memikirkan tentang mak...

"Ya Allah ... aku mohon padaMu ampunkan lah segala dosa2 kami... kau sembuhkan lah segala penyakit kami terutamanya bonda kami..
kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna... kuatkan lah bonda kami dalam menempuh ujian Mu ini.. panjangkanlah umur bonda kami & dapat memanfaatkan umur yang Kau kurniakan ini dengan sebaiknya.. Ya daafial balaaai Ya Allah, Ya daafial balaai Ya Rahman, Ya daafial balaai Ya Rahim.. Idfa' anna kulla balaiddunya wabalaailaakhiarah, wasyarraddunya wasyarralaakhirah.."

Semoga dengan ujian ini kau dapat hapuskan segala dosa2 bonda & kami sekeluarga sepanjang kami menumpang di muka bumiMu ini Ya Allah.. amin...

"ujian adalah tarbiyah dari Allah...
apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya..
kesenangan yang satang selepas kesusahan..
semuanya adalah nikmat dari Allah....."

"jangan difikir deriiita akan berpanjangan...
kelak akan membawa putus asa pada tuhan..
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan..
seletah kabus berlalu... pasti cerah kembali..."



p/s : buat semua, doakan semoga bonda kami sihat sepenuhnya...TQ

Salam buat semua pengunjung....

Jam sudah menunjukkan 12.30 malam... fuh dah lewat ni, esok sekolah... tp aku masih di depan my comey sedang bersengkang mata menyiapkan soalan BA untuk Peperiksaan Pertengahan Penggal 2009 tak lama lagi...

Actually aku dah bersepakat dengan 2 orang sahabat dari sekolah lain untuk bekerjasama menyediakan soalan BA tahun 1, 2 & 3 dan aku memilih untuk soalan tahun 1...

Untuk makluman untuk subjek BA, PPD Terengganu tidak menyediakan soalan sepertimana PPD Selangor ... so terpaksalah ustaj ustajah ni berusaha ke arah itu. Rasanya malam ni belum siap lagi ni...baru siap soalan untuk 2 topik daripada 5 topik...due date untuk berkumpul dengan sahabat2 tu Selasa ni... masih ada waktu untuk aku menyambungnya.. mata pun dah mengantuk.. esok la sambung plak ...InsyaAllah


Toyyib... tusbihu a'lal khair... waantum min ahlihi...

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. "Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. " Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas. Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.' Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam. Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini." Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi." Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran. "Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah.

Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak." "Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun." Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya. "Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an.

Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka." "Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya "Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!""Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.""Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya. "Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka.

Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya." "Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. “Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.""Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu. "Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka." Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan." "Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak." "Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.""Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku.

Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami." "Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain." "Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah." "Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah. "Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak." "Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.""Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu." "Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah." "Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur." "Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu. "Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak." Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya. "Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara. Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut. "Kenapa Mirah tolak tawaran itu?" "Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?" "Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! " "Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya. "Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak." "Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya. "Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin. Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa. Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat. Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas.

Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak." "Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya." "Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak.

Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah." "Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu. Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?" "Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Mithali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Mithali" yang lain. "Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain.

Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah." "Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Mithali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental." "Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara. Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain. 'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku. Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula. "Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan.

Air mata Puan Afifah berladung. Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

Salam teristimewa buat...

Bonda Maryam binti Wahab,Jitra
&
Bonda Hafitah binti Haji Muhammad, Naka

Bonda yang tercinta,
bagaimanakah dapat ku balasi,
segala jasa yang tercurah,
buat kami anak2mu ini,
pengorbanan mu tiada tandingan,
mendidik & mengasuh kami,
tanpa jemu dan bosan penuh kesabaran...
Bonda...
terima kasih atas segalanya,
kerana kau telah mengenalkan kami,
kepada Tuhan yang Maha Esa,
Kau tunjukkan jalan untuk kesana,
Dan jalan akhirat yang kekal Abadi...


...... Tak lupa juga untuk para ibu sedunia... "Selamat Hari Ibu"

Salam teristimewa buat kak fatin sekeluarga... moga sihat wala'fiat di perantauan...

Firstly minta maaf bebanyak sebab mengambil masa yang lama nak menjawab tag kak fa10 ni..bukan susah pun, simple jer... tp masa tak mengizinkan..minggu yang sgt bz... ni weekend ada gak masa nak post en3.. untuk makluman Ahad ni Trg cuti coz menggantikan cuti Hari Wesak esok hari (Sabtu). Rasa lega skit .. lama dah tak cuti..hehe... 2 minggu lagi murid2 akan menghadapi peperiksaan penggal sebelum bercuti...

1) print screen wallpaper yang digunakan sekarang



Hehe.. ni wallpaper yang saya gunakan sekarang...
actually my hubby tak tau pun yang saya kena tag yang berkisarkan wallpaper.
kebetulan minggu lepas my hubby asyik menukar2 screen walpaper ni.. buang tebiat agaknya..haha.. ni gambarnya masa bujang dedolu.. kat UIA hari konvokesyennya 2005...

2) Kenapa anda suka wallpaper tersebut?
Seperti yang saya perkatakan tadi.. my hubby yang menukar-nukar wallpaper ni.. tp saya pun suka jugak tgk gambar ni, masa memudanya..hihi..... kenangan...
kalau dulu saya letak wallpaper gambar kami ketika konvo Diploma Pendidikan IPKT saya pada disember 2008. Wallpaper sekarang adalah kali yang ke 3 my hubby tukar2 sejak minggu lepas.. apa2pun.. saya tak kisah jer...asalkan beliau bahagia, saya pun bahagia..hehe..

3) Tag 10 people
sape ek saya ingin tahu...

Ashraf Tajari
AdikIla KUIS
Aniemz UPSI

tak cukup sepuluh.. tak pe yer kak fa10...

Sekian terima kasih...

Yang menurut perintah :)

Salam Takziah buat my belang Fatanah & family di Besut...

Semalam kami menerima tetamu dari Kedah (sepupuku).. sempat bermalam di sini semalaman... so asyik sangat melayan tetamu, telefon ke mana tuan pun ke mana. Sehinggalah terjaga paginya, baru dibelek telefon...

Eh ada msg plak... sape msg di pagi2 hari ni... setelah dibuka msg, pengantarnya dari my belang rupanya... msgnya berbunyi :

"Al-fatihah buat ayahanda Abdullah bin Mamat pada jam 11.30 mlm sebentar tadi"

Innalillahiwainnailaihirahiun...

ohh.. rupanya msg tu disend sejak semalam lagi... maaf yer my belang lambat reply msg mu... semoga cek (panggilannya utk ayahandanya) ditempatkan bersama2 para syuhada & solihin...

Buat Fatanah & family... bersabarlah atas ujian ini..insyaAllah segalanya ada hikmah & telah diaturkan yang terbaik utk ayahanda mu & kamu sekeluarga.

Sama2 kita hadiahkan AL-FATIHAH untuk arwah Abdullah bin Mamat.

;;