cardos31's said :

Salam sejahtera buat semua...

Boring2 dok melenggak sorang2 kat umah ni, cuaca pun masih mendung yang mengasyikkan...hajat nak ke sekolah nak settlekan perbelanjaan perkapita BA & ke maybank nak bank in kan cek LeGa ABR MUMTAZ ....

Sementara itu.. sesaje belek gambar2 yang sgtla beribu2 keping ni..
Sekadar mengimbau kembali kenangan setahun yang lalu di bulan November, bertempat di Putrajaya, Konvokesyen j-QAF ambilan 2007 berduet bersama izy & si comeynya Naim...





Sekian dulu...

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '

' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'



Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 7
Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal

orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam

polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata
. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.


kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.

'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...



Salam hari Jumaat buat semua...

Alhamdulillah dengan keizinanNya kita masih lagi mampu menarik nafas.. naik turunnya nafas kita adalah kurnian dariNya.. Seharian di pagi jumaat ini hujan turun dengan lebatnya.. mengikut laporan hujan akan berterusan sehingga hari selasa minggu depan di negeri Terengganu, Kelantan & Pahang.. dan hujan ini di tahap kuning (iaitu akan berterusan 24 jam - 48 jam)

Beberapa minggu lepas 11 Nov - 14 Nov 2009 saya telah ditugaskan menjadi guru pengiring bagi murid perempuan Daerah Kuala Terengganu dalam Program "1 Malaysia Indahnya Negeriku" yang bertempat di YT Midtown Hotel KT ( KT perempuan, Dungun, Kemaman, Marang) & Hotel Sumai (KT Lelaki, Setiu, Besut, Hulu Terengganu)..

Program ini melibatkan 7 Daerah di Terengganu iaitu K.trg, Marang, Dungun, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu & Besut.. dan seramai 245 orang murid darjah 5 berlainan sekolah yang menyertainya..

Objektif utama program ini untuk menikmati & menghayati Indahnya Negeri Terengganu (mungkin jugak nak perabih duit..huahuahhuah).. program ini rentetan daripada program utama beberapa bulan lalu "1Malaysia Indahnya Bandarayaku" yang melibatkan semua negeri.. aktiviti sepanjang program itu semata2 berjalan menghayati di mana indahnya negeri Terengganu ni.. bermula dari pagi hingga ke petang beberapa hari itu kami melawat Pusat Kraf Chendering, Pantai Batu Burok, Muzium Negeri (yang terbesar di Malaysia), Losong (pemprosesan kepok lekor), Kota Lama Pulau Duyong (ada istana zaman penjajah dulu), Taman Tamadun Islam & Majdid Kristal, Pasar Payang, Bukit Puteri, Taman Shahbandar KT...

Sepanjang aktiviti berjalan kekanak ni serupa jer belaka pakaiannya kerana mereka telah diperuntukan berbelas jenis barangan.. iaitu :

* Sepasang Kasut
* Sepasang sarung kaki
* T-shirt 1 Malaysia Kuning
* T-shirt 1 Malaysia Merah
* Seluar sukan Hitam
* Seluar Sukan Biru
* Topi Hitam+merah
* Topi Merah menyala
* Sweater hijau lumut
* Track Suit 1 Malaysia Merah
* Beg sandang yang cun
* Beg biasa
* Pen
* Buku Nota
* Thumbdrive 2 gb (terisi gambar2 program)
* Album
* 2 keping gambar program
* Sijil penyertaan JPNT
* Sijil penyertaan Kementerian
* DUIT poket RM30

Ohhh beruntungnya bebudak zaman sekarang ni... segalanya percuma..





Sekian...

Salam Hari Lahir buat diri sendiri T___T dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia...

Nampaknya tak dapat maintain jugak nak selalu update blog ni.. tp tak pe lah, buat sekadar yang mampu je... hihi..Alhamdulillah & beribu kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat usia yang dikurniakan olehnya buat diri ini..

Seminggu yang lalu (9 November) saya telah mencapai usia 27 tahun... aduhh rasa dah tua bangat coz hampir mencecah 30-an... walauapapun kepadaNya sahaja yang layak untuk segalanya.. Dialah yang mengaturkan naik turun kehidupan insan yang bernama KHADIJAH... segala cubaan & dugaan , suka & duka yang dilalui selama ini adalah ketentuanNya.. setiap yang berlaku terselit 1001 hikmah disebaliknya.. kita sebagai hamba yang kerdil hanya mampu berusaha & redha atas iradatNya...syukur padaMu Ya Rabb...

Ulangtahun kelahiran yang ke 27 ini terasa sedikit kelainan apabila diberi lebih kenikmatan dapat merasai manisnya saat2 bergelar ibu mengandung.. celebrated bersama my hubby @ Pizza Hut... & kebetulan Kelas PKBP SK Ladang mengadakan jamuan pada hari tersebut, maka dgn rezekiNya saya telah menempah kek coklat diselitkan dalam jamuan tersebut..alhamdulillah....

Harapan saya di hari ulangtahun kelahiran ini..

09 NOVEMBER 1982 - 09 NOVEMBER 2009

:: Semoga dipanjangkan umur & dapat lebih mendekatkan diri denganNya dlm meniti kehidupan yang mendatang..
:: Semoga kehidupan yang lalu, sekarang & mendatang sentiasa dibawah keredhaanNya..
:: Semoga kebahagiaan yang dikecapi sekarang akan berkekalan hingga ke akhirnya...
:: Semoga lebih dimurahkan rezeki yang halal..
:: Semoga dipermudahkan segala urusan & sentiasa diberi petunjuk olehNya...


* Badan makin bertambah2 isinya... kalau 2007 mcm "kanyaiq" ja lagi..
La ni nampak la mature skit haha... semua orang tegur makin bulat.. kwang3!!

;;